Anda di halaman 1dari 1

HARI YANG MALANG

Pada suatu hari,Ah Meng terbangun lewat kerana jam locengnya rosak.Dia bergegas ke bilik air untuk mandi. Tiba-tiba,Ah Meng menjerit kesakitan.Dia tergelincirkerana terpijak sabun.Kakinya cedera,namun tidak depedulikannya.Dia sedar bahawa dia telah terlewat untuk ke pejabat. Semasa Ah Meng menggosok gigi,dia terhenti seketika kerana rasa ubat gigi yang digunakannya ganjil.Ruparupanya ubat gigi yang disangka oeh Ah Meng itu ialah syampu. Slepas mandi,Ah Meng bergegas ke bilik untuk bersiap ke pejabat.Dia terus memandu keretanya ke pejabat tanpa bersarapan.Dia memandu keretanya dengan laju.Nasibnya agak baik kerana jalan raya tidak sesak. Apabila tiba di pejabat,Ah Meng hairan kerana semua rakan sekerja memandangnya sambil ketawa.Salah seorang rakan Ah Meng memberitahunya bahawa dia memakai baju terbalik.Ah Meng tersipu-sipu malu.Dia terus meluru ke tandas untuk membetulkan bajunya. Hari tersebut merupakan hari yang paling malang bagi Ah Meng.Mulai hari itu,dia berazam tidak akan tidur lewat lagi agar tidak bangun lewat keesokan harinya.

Anda mungkin juga menyukai