Anda di halaman 1dari 16

.

http://www.scribd.com/doc/11461243/Latar-Belakang-Selatan-Thailand

ExploreLatar belakang Selatan Thailand

Negara Thailand merupakan sebuah Negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan dan Laut Andaman di barat. Selatan Thailand pula terdiri daripada 14 daerah dan antaranya adalah seperti Narathiwat,Pattani dan Yala. Majoriti penduduk di Selatan Thailand terdiri daripada warga yang berbangsa Melayu dan beragama Islam namun seluruh negara Thailand diperintah oleh kerajaan yang beragama Buddha. Thailand juga merupakan sebuah negara yang tidak asing lagi terhadap konsep konflik. Di antara tahun 1960an sehingga awal tahun 1980an, pihak kerajaan Thailand telah berkonflik dan bertelagah dengan pihak pemberontak komunis. Pihak pemisah beragama Islam bergerak aktif di kawasan Selatan Thailand dari tahun 1940an sehingga lewat tahun 1980an. Namun begitu, pada lewat tahun 1990an, kelihatan seperti isu pemberontakan ini telah berjaya diselesaikan oleh pihak kerajaan Thailand di mana pergerakan komunis telah dimansuhkan, masalah keganasan dan pergolakan politik diSelatan Thailand diperhatikan semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, sejak tiga tahun kebelakangan ini, Selatan Thailand dilihat dilanda semula dengan masalah kemarahan yang telah lama dipendam oleh golonganMelayuIslam terhadap pihak kerajaan. Situasi keselamatan dalaman daerah-daerah Selatan Thailand menjadi makin teruk dan jikalau keadaan ini dibiarkan begitu sahaja,ramai yang mengatakan bahawa negara Thailand mungkin akan menjadi satu lagi kawasan tarikan pemberontak militant-militant beragama Islam di Asia Tenggara.

Faktor berlakuKonflik di Selatan Thailand

Konflik di Selatan Thailand ini sebenarnya merupakan satu masalah pemberontakan oleh kumpulan-kumpulan pemisah yang berlaku di daerah-daerah seperti Pattani, Yala dan Narathiwat. Walaupun masalah keganasan kumpulan-kumpulanpemisah ini telah lama berlaku di kawasan selatan negara tersebut namun pada tahun 2004, keganasan tersebut telah menjadi makin serius. Hal ini menjadi begitu disebabkan oleh pada bulan Julai 2005, Perdana

Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah membenarkan penggunaan kekerasan dan keganasan secara radikal dalam usaha menangani konflik yang melanda di Selatan Thailand.

Faktor sejarah Antara dakwaan yang dilemparkan terhadap punca-punca yang mengakibatkan konflik ini adalah seperti faktor-faktor sejarah yang termasuk kependudukan yang berlangsung selama 200 tahun, imperialisme ekonomi dan budaya di Pattani, keganasan oleh pihak polis, aktiviti jenayah yang berleluasa, ketidakhormatan terhadap agama Islam, kehadiran perniagaan yang dianggap tidak menghormati budaya agama Islam seperti kewujudan baratau kelab-kelab malam, perdagangan haram dadah dan korupsi.

Walaubagaimanapun terdapat juga dakwaan oleh pihak kerajaan bahawa untung yang diperolehi daripada perdagangan haram dadah tersebut digunakan untuk membiayai golongan-golongan pemberontak tersebut. Pada 9 Julai 1909, pihak British yang diwakili oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat telah berjumpa dan berbincang dengan Kerajaan Siam di Bangkok. Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah supaya kedua-dua pihak dapat berjumpa dan membincangkan langkah-langkah yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah negeri yang dihadapi oleh Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa tersebut, kerajaan Siam masih lagi menjajah dan mentadbir negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pattani, Yala dan Narathiwat. Selepas perjumpaan tersebut, kerajaan Siam telah bersetuju untuk

menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 yang mengatakan bahawa kerajaan Siam akan menyerahkan Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan kepada pihak British manakala Pattani, Yala dan Narathiwat masih kekal lagi di bawah pemerintahan kerajaan Siam(Mohd Zambri. 1994). Oleh itu, sebuah kumpulan bersenjata yang dinamakan sebagaiPertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) telah ditubuhkan pada tahun 1970an. Tujuan utama PULO ditubuhkan adalah untuk berjuang demi kemerdekaan daerah-daerah Pattani, Yaladan Narathiwat daripada negara Thailand. PULO merupakan sebuah kumpulan perjuangan yang bersenjata dan mendakwa bahawa kemerdekaan sepatutnya milik mereka berdasarkan kepada faktor-faktor sejarah yang disebut tadi.

Faktor komposisi kaum Konflik akan menjadi lebih serius apabila kaum yang berkonflik ini merupakan komposisi yang tidak kecil. Namun komposisi minoriti kecil tidak juga tidak menjamin tidak akan wujud konflik serius. Biasanya mereka yang tertidas atau didomonasi oleh golongan majoriti akan tetap berjuang untuk kepentingan mereka (Nidzam sulaiman dlmGhazali Mayudin.et.all. 1999: 3) Selain itu juga dapat dikesan sedikit unsur-unsur konflik hubungan iaitu konflikyang berlaku antara kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti akibat perasaan negatifdan kurang mempercayai antara kedua-dua kumpulan majoriti dan minoriti. Kumpulan majoriti yang diperkatakan di sini adalah pihak kerajaan Thailand dan pihak kumpulan pemisah pula adalah kumpulan minoriti. Campuran kesemua jenis konflik ini yangmenjadikan konflik Selatan Thailand menjadi satu konflik yang amat sukar diselesaikandan dijangkakan tidak akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat ini. Faktor pengabaian hak asasi manusia Satu lagi faktor yang menjadi punca kepada pergolakan di Selatan Thailand ini merupakan keganasan dan pengabaian hak-hak asasi manusia di Selatan Thailand.Keganasan dan pengabaian hak-hak kemanusiaan ini berlaku pada kedua-dua pihak kerajaan dan juga pihak pemberontak. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa pihak pemberontak telah menyerang sami-sami Buddha yang sedang mengutip derma.Sehubungan itu, para pelajar, guru dan pengetua sesetengah sekolah telah dibunuh dan dibakar kerana didakwa mewakili kerajaan Thailand yang beragama Buddha. Pekerja-pekerja kerajaan dan penduduk kampung beragama Buddha juga telah dibunuh apabila sedang menjalankan aktiviti harian mereka. Menurut kepada The Thai Journalists Association, sebanyak 500 serangan telah dilaporkan yang telah mengakibatkan lebih daripada 300 kematian di daerah-daerah yang diduduki oleh pemberontak-pemberontak tersebut.

Faktor Agama Ada juga yang mendakwa bahawa sikap para pegawai Thailand di peja bat-pejabat daerah mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk yang beragama Islam. Mereka dikatakan tidak mahu menghormati adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan. Hal ini dikatakan telah menjadi satu lagi punca kepada pergolakan di Selatan Thailand yang semakin berterusan. Pihak polis kerajaan dituduh menjalankan operasi serang hendap

terhadap para imam dan guru-guru agama kerana disyaki mereka menyebarkan sentimen sentimen anti-kerajaan. Oleh itu wujud Pertubuhan Pembebasan Bersatu

Patani (PULO)sangat sinonim dengan gerakan pemisah di Selatan Thailand di mana PULO merupakangerakan pemisah terbesar dan paling aktif berbanding gerakan pemisah yang lain. Tujuanutama PULO adalah untuk menjadikan wilayah Pattani sebagai suatu wilayah Islam disamping menentang tindakan oleh Thai-Buddhist yang ingin menghapuskan penduduk Islam dan Muslim. PULO berjuang menuntut kuasa autonomi di wilayah Pattani daripada kerajaan Thailand. Para penduduk beragama Islam mendakwa pihak polis Thailand menculik dan membunuh guru-guru agama dan imam-imam di kampung mereka. Oleh itu, mereka telah mengambil inisiatif sendiri dan membekalkan guru-guru tersebut dengan senjata api sebagai langkah mempertahankan diri mereka. Kumpulan-kumpulan penjenayah kecilkecilan pun dituduh telah mengambil kesempatan dan membunuh para pegawai polisyang menghalang aktiviti-aktiviti haram mereka dan menuduh perbuatan tersebut atas para pemberontak beragama Islam.

Faktor ketidakseimbangan ekonomi dan kuasa politik Masalah kemiskinan dan ekonomi juga telah dikatakan merupakan antara satu factor yang menjadi punca kepada konflik di Selatan Thailand. Pada keseluruhannya, penduduk yang beragama Islam memiliki pendidikan yang jauh lebih rendah daripada para penduduk beragama Buddha. Sebanyak 69.8% populasi beragama Islam hanya memiliki pendidikan setakat sekolah rendah sahaja berbanding dengan 49.6% populasi beragama Buddha. Manakala hanya 9.2% populasi beragama Islam telah menghabiskan pelajaranmereka di tahap sekolah menengah berbanding dengan 13.2% populasi beragama Buddha(Peter Chalk. 1998). Aliran persekolahan di Selatan Thailand semuanya menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar, oleh itu lahirnya perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk sehingga ada yang tidak membenarkan anak mereka bersekolah disebabkan oleh bahasa Thai yang digunakan itu. Keadaan telah menjadi makin teruk apabila lebih daripada 1,200 para guru dan pegawai pendidikan telah memohon agar dapat ditukarkan kepada kawasan yang lain akibat takut dibunuh oleh kumpulan-kumpulan pemisah tersebut. Di samping itu, sebanyak 1,000 buah sekolah juga terpaksa ditutup akibat ibubapa yang tidak mahu

menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana takut akan masalah keganasan yang melanda kawasan selatan itu. Menurut Peter Chalk (1998), Para penduduk yang beragama Islam juga tidak dapat menikmati peluang pekerjaan sebanyak mana yang dinikmati oleh golongan penduduk yang beragama Buddha. Para pegawai kerajaan merangkumi hanya sebanyak2.4% pekerja Muslim berbanding dengan 19.2% pekerja yang beragama Buddha. Peluang pekerjaan di sektor swasta pula susah direbut oleh para graduan beragama Islam yang tidak menerima bahasa Thai atau sistem pelajaran Thai secara langsung.

Faktor Nilai Budaya yang berbeza Di samping dasar yang ditentukan di pusat yang dilihat tidak mengambil kira pandangan dan sensitiviti mereka, pegawai pusat beragama Buddha juga tidak pernah mahu tahu atau memahami adat istiadat mereka. Sebaliknya, penduduk Islam berkenaan merasakan mereka telah banyak berkorban dengan menukar nama kepada nama Thai, bertutur dalam bahasa Thai serta menghantar anak ke sekolah Thai. Meskipun, Kerajaan Pusat pernah berjanji untuk membangunkan kawasan selatan dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk terbabit, janji ini hanya tinggal janji. Akibatnya, wujud perbezaan taraf hidup yang ketara antara penduduk Islam dengan sebahagian besar rakyat beragama yang Buddha. Aspek budaya yang turut menunjangi konflik ini adalah seperti hak penggunaan bahasa Melayu dan adat Melayu oleh majoriti penduduk di Wilayah Selatan. Majoriti yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mahukan bahasa ibunda mereka itu dapat dikekalkan, kerana iamerupakan identiti mereka. Konflik Selatan Thailand ini pada awalnya merupakan satu konflik kepentingan dimana isu tanah yang substantif dijadikan isu pertelagahan antara pihak kerajaan Thailand dengan pihak kumpulan-kumpulan pemisah iaitu kumpulan pemisah yang menginginkan kemerdekaan daripada negara Thailand tetapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan Thailand. Namun begitu, konflik ini menjadi semakin susah diselesaikan kerana konflik kepentingan tersebut mula bercampur dengan konflik nilai. Maksud konteks konflik nilaiini adalah usaha kerajaan Thailand beragama Buddha yang ingin mengasimiliasikan kesemua penduduk Thailand termasuk mereka yang beragama Islam. Pihak kerajaanThailand tidak membenarkan penduduk beragama Islam untuk mengembangkan nilai dan budaya mereka dan ini yang mewujudkan konflik.

Aktor-aktor yang terlibat dalam konflik selatan Thailand Terdapat beberapa aktor penting yang telah terlibat dalam membentuk konflik di SelatanThailand. Aktor-aktor ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu aktor dalaman dan jugaaktor luaran yang telah memainkan peranan masing-masing di dalam konflik ini. Aktordalaman adalah aktor yang utama yang terlibat dalam mencorakkan konflik ini. Sepertikonflik Selatan Thailand, aktor dalamannya terdiri daripada aktor negara dan aktor bukannegara. Aktor negara yang utama sudah pastilah melibatkan Thailand manakala aktor bukan negara terdiri daripada gerakan-gerakan pemisah seperti Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattaniatau Pattani United Liberation Organization(PULO), Barisan Revolusi Nasionalatau People National Front(BRN), Bersatu (United Front for the Independence of Pattani), Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) yang kini dikenali sebagai Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP), dan Gerakan Mujahideen Islam Patani (GMIP). Konflik ini yang telah berlangsung sepanjang lebih 38 tahun iaitu sejak tahun 1970 sehingga ke sekarang, telah menyaksikan penglibatan pelbagai pemimpin-pemimpin Thailand seperti Anand Panyarachun, Surayud Chulanont, Thaksin Shinawatra dan Samak Sundaravej. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa punca awal kepada konflik yang melandaSelatan Thailand adalah akibat diskriminasi yang dijalankan terhadap populasi etnikMelayu-Islam dan tindakan pihak kerajaan Thailand yang beragama Buddha yang inginmemaksa proses asimilasi rakyatnya yang telah berlangsung selama hampir seabadlamanya. Selain itu, menurut Nidzam Sulaiman (dlm Ghazali Mayudin et.all. 1999: 13)menyatakan

perkembangan teknologi yang canggih dan ledakan teknologi maklumatsecara tidak disedari telah menyebabkan konflik ini menjadi lebih sengit. Rujukan. Adi Saputra & Dr.Syahrial Sarbaini. 2007. Sebab-sebab Munculnya Konflik Separatis di Thailand Selatan: pp. 41-59. Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik: Universitas Budi Luhur. Ghazali Mayudin.et.all. 1999. Politik Negara Membangun. Bangi: UKM. Mohd. Zamberi A. Malek. 1994.Patani Dalam Tamadun Melayu. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Peter Chalk. 2008. The Malay-Muslim Insurgency in Southern Thailand: Understanding the ConflictsEvolving Dynamic. National Defense Research InstituteSanta

Monica: RAND Corporation Publisher

http://cinrai.blogspot.com/2010/10/pattani.html

http://cinrai.blogspot.com/2011/03/sejarah-perjuangan-melayu-pattani.html

SEJARAH PERJUANGAN MELAYU PATTANI.


Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

Sengketa di perbatasan negeri berlaku di merata dunia sepanjang masa. Bukan sedikit tentera dan orang awam terkorban sebelum Bukit Golan jatuh ke tangan Israel, India dan Pakistan berbalah hingga ke saat ini bagi mengesahkan hak ke atas Kashmir. Demikian juga halnya dengan isu Patani, Mindanao, Aceh, Timor Timur, Pulau Batu Putih, Pulau Layang-layang dan Spratly yang turut dituntut oleh Malaysia. Bukit Golan yang subur, Kashmir yang indah kepada pelancong, Spratly yang strategik bagi ketenteraan dan dikatakan sarat dengan petroleum di perut buminya, tapak Masjid Babri kerana sentimen agama terdahulu semua ini menjadi alasan bagi sengketa, perbalahan dan perebutan.

Siri ini akan memberi tumpuan ke atas konflik sempadan yang berlaku di beberapa wilayah di rantau Asia Tenggara, bermula dengan konflik di Patani. Kajian dan perbahasan dalam siri ini diharap akan menumbuhkan sosok baru dalam kajian sejarah Malaysia dan serantau. Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani,

Buku ini diabadikan kepada pejuang-pejuang Melayu Patani, khususnya almarhum Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung yang telah berusaha dengan gigih untuk mempertahankan agama bangsa dan tanah air ini.

Semenjak Pemerintahan Beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, o rang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, orangorang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang misgoverned. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah sela antara tahun 1910 tan hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom.

Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membetulkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Major dalam pasukan Force 136, pernah

mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungan dengan Tanah Melayu. Harapan mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di San Francisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskan mana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination)

Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada penjajahan Siam. Pendirian British terhadap Siam bagaimanapun berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British juga memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara selepas perang juga menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis Cina. Justeru, Kerajaan British mahu pastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara-negara Komunis. Kebangkitan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 memerlukan British mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Siam bagi menghapuskan kegiatan pengganas-pengganas Komunis di perbatasan Siam-Tanah Melayu. Oleh kerana itu Isu Patani dianggap sebagai penghalang ke arah kerjasama sempadan yang berkesan untuk British dengan Siam.

Selepas persidangan Songkhla pada awal bulan Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu mula mengambil tindakan ke atas kegiatan GEMPAR di Semananjung Tanah Melayu. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pemimpin utama Melayu Patani, telah ditekan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu manakala Tuan Guru Haji Sulung telah ditangkap oleh pihak berkuasa Siam atas tuduhan subversif. GEMPAR, sebuah pertubuhan politik masyarakat Melayu Patani di Semenanjung juga telah disekar aktivitinya. Akibat daripada tekanan tersebut, gerakan Melayu Patani mula lemah dan goyah. Sungguhpun begitu, perjuangan Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung telah diteruskan generasi muda Patani. Dalam tahun 1960-an, beberapa pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Patani melalui perjuangan bersenjata.

Perjuangan

itu

bagaimana-pun

masih

belum

menempa

sebarang

kejayaan.

Tumpuan buku ini ialah tentang perjuangan orang Melayu Patani dalam usaha membebaskan Patani daripada cengkaman pemerintahan Siam dan mencantumkannya dengan Tanah Melayu. Kajian ini meninjau reaksi Britain dan Siam terhadap gerakan tersebut. Dalam menyiapkan buku ini penulis banyak mendapat pertolongan daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada mendiang Dr. David K.Bassett, bekas Pengarah, Pusat Kajian Asia Tenggara di University of Hull, England, kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa penulisan draf buku ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Jabatan Sejarah, UKM yang turut memberi tunjuk ajar. Saya juga terhutang budi kepada Public Record Office, Kew serta Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atas kerjasama yang diberi kepada penulis semasa menjalankan penyelidikan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Penerbit UKM Jabatan Universiti Bangi Kerajaan Melayu Patani Kebangsaan atas penerbitan buku ini. Sejarah Malaysia

Sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih lagi diselimuti kekaburan.Dalam catatan sejarah tidak dapat dipastikan asal-usul atau tarikh sebenar kerajaan Melayu Patani didirikan. Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang membuat perhubungan dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad kedua Masehi sebuah negeri bernama Lang-ya-shiu atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.

Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Adalah dipercayai bahawa ibu negerinya pada masa itu terletak di sekitar daerah Yarang. Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masehi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Paul Wheatly menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timurbarat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ketiga belas dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh

para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya. A.Teeuw dan Wyatt berpendapat bahawa Patani telah ditubuhkan sekitar pertengahan abad ke-14 dan ke-15. Pendapat mereka berasaskan kepada tulisan Tomes Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke rantau ini dalam tahun 1404-1433 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970,3). Mengikut Hikayat Patani pula, Kerajaan Melayu Patani berasal dari kerajaan Melayu yang berpusat di Kota Mahligai yang diperintah oleh Phya Tu Kerab Mahayana (Teeuw & Wyatt 1970,68). Oleh kerana kedudukan Kota Mahligai itu terlalu jauh ke pedalaman dan sukar untuk didatangi olehpedagang-pedagang telah menyebabkan Phya Tu Antara, anak Phya Tu Kerab Mahayana, memindahkan pusat kerajaannya ke sebuah perkampungan nelayan yang kemudiannya diberi nama Patani, dipercayai berpusat di Kampong Grisek dalam wilayah Patani sekarang ini.

Kedudukan Patani di Semenanjung Siam yang strategik dari segi geografi, telah menyebabkan kota itu menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing baik dari barat atau timur untuk singgah sama ada untuk beristirahat ataupun berdagang. Dalam masa yang singkat saja Patani telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang penting, maju dari segi ekonomi serta stabil dari segi politik dan pemerintahan. Dasar perhubungan antarabangsanya yang baik telah menyelamatkan Patani daripada jatuh kepada penjajah-penjajah Siam, Portugis dan Belanda. Agama Islam juga telah membawa angin perubahan yang bermakna kepada Patani. D Eredia, seorang pelawat Portugis, telah menulis dalam tahun 1613 bahawa Islam telah bertapak di Patani lebih awal daripada Melaka (Mills 1930). Dalam hal ini, Teeuw dan Wyatt berkeyakinan bahawa Islam telah bertapak di Kuala Berang, Terengganu, iaitu pada sekitar 1386- 87 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970, 4). Phya Tu Antara, yang memeluk Islam melalui seorang ulama dari Pasai, Syeikh Said, telah menukar namanya kepada nama Islam iaitu Sultan Ismail Syah Zillullah Dil Alam (Teeuw &Wyatt 1970, 68-69). Semenjak itu, Patani telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar Islam dan menjadikannya sebagai pusat perdagangan Timur-Barat yang terkenal di rantau ini. Patani bertambah maju apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Masalah Melayu Pattani http://apaniwoi.blogspot.com/2009/10/masalah melayu-pattani_01.html


Posted by Mohd Adib Akmal on Thursday, October 1, 2009 at 1:35 PM

Pattani pada dasarnya ialah sebuah wilayah yang merdeka dan berdaulat iaitu sebahagian dari Tanah Melayu dengan orang Melayu sebagai penduduk terbesar di negara itu. Mereka beragama Islam dan mengamal budaya Melayu. Saling tidak tumpah seperi orang Melayu di Tanah Melayu. Pada 1785, Pattani ditakluk oleh Siam dan negara itu berada didalam suatu keadaan yang kacau bilau apabila rakyatnya menuntut pembebasan. Hasilnya, pada aw al 1840-an, Pattani telah diserahkan kembali oleh Siam kepada Raja -raja Melayu. Sejak dari itu sehingga 1902, Pattani kembali aman. Pada 1902 hinggalah ke hari ini, Pattani kembali bergolak apabila Siam kembali menaungi negara Pattani Darussalam melalui Perjanjian Bangkok 1902 antara Siam dan British, British telah mengiktiraf bahawa wilayah utara Semenanjung Tanah Melayu adalah dibawah naungan dan kuasa kerajaan Siam. Bertitik tolak daripada naungan Siam keatas Pattani pada tahun 1902 inilah, pelbagai isu dan masalah terus menghantui wilayah Pattani sehingga ke hari ini. Masalah -masalah dan isu-isu inilah yang cuba dikupas didalam tulisan ini. Pada tahun 1902 apabila kerajaan Siam kembali menaungi Pattani, Siam telah melaksanakan dasar Thesaphiban. Dasar Ini merupakan isu dan masalah terawal untuk umat Pattani. DasarThesaphiban menyatakan bahawa kerajaan negeri iaitu Pattani tidak lagi mempunyai kuasa autonomi iaitu kuasa pentadbiran sendiri dalam mentadbir negeri mereka. Seiring dengan hal itu, Raja -Raja Melayu kehilangan kedaulatan mereka. Dasar Thesaphiban kerajaan Siam itu telah mencetuskan konflik di antara Raja Melayu Pattani dengan kerajaan Siam sehingga membawa kepada penahanan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Pattani, pada tahun 1902.

Kepada rakyat, dasar Thesaphiban ini bukan sahaja menyebabkan raja mereka hilang kuasa, jauh dari itu, masa depan mereka dari aspek sosial, ekonomi, politik dan sebagainya turut terancam. Justeru, tidak hairan apabila mereka (rakyat) turut bangun menentang dasar ini. Perjanjian Bangkok tahun 1909 antara Siam dengan British juga merupakan satu lagi isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat Pattani. Ini kerana, Perjanjian Bangkok tahun 1909 ini telah mengabsahkan bahawa Pattani telah sah menjadi tanah jajahan Siam, yang mana pada sebelumnya (1902), hanya sekadar menjadi negeri yang dinaungi oleh Siam, sama seperti negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok tahun 1909 ini, secara rasminya sistem pemerintahan Kesultanan Melayu telah dihapuskan dan Pattani telah diakui oleh kuasa besar seperti British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang -orang Melayu Patani. Hasilnya, orang-orang Melayu Pattani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Justeru, tidakl ah hairan kekacauan seringkali berlaku di Pattani kerana protes rakyat terhadap penjajahan Siam. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kmarudin, bekas raja Kerajaan Melayu Pattani, dengan sokongan pejuang -pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan Pattani untuk membebaskan Pattani dari pengaruh Siam. Apabila secara rasmi Pattani dijajah oleh Siam pada 1909 dan seiring dengan dasarThesaphiban1902, Raja-Raja Melayu satu demi satu telah digantikan dengan Gabenor Siam yang dilantik dari Perkhidmatan Awam Kebangsaan. Semua jawatan terletak di bawah Perkhidmatan Awam Kebangsaan dan segala urusan pentadbiran Pattani dijalankan didalam bahasa Siam. Oleh itu, maka hampir kesemua jawatan kecil seperti kerani dan pelayan pejabat, telah dipegang oleh pegawai Siam yang didatangkan dari Bangkok. Ini nyata memberi masalah yang besar kepada masyarakat Melayu Pattani dari aspek peluang kerja kerana mereka berbahasa dan berbudaya Melayu, bukannya Siam. Orang -orang Melayu menganggap, perubahan dalam sistem pentadbiran ini adalah satu penjajahan ke atas negeri dan bangsa mereka. Suatu hal yang menimbulkan masalah kepada orang -orang Melayu ialah pegawai-pegawai Siam yang dihantar bertugas ke Pattani adalah berpendidikan Siam. Mereka tidak mengetahui bahasa dan adat -resam tempatan. Maka berlaku

ketidakpuasan hati terhadap pentadbir dari Siam dalam kalangan masyarakat Melayu Pattani. Pemerintah Siam biasanya akan memindahkan pegawai -pegawai mereka yang tidak berkualiti ke kawasan-kawasan yang jauh daripada pusat pentadbiran Sia m di Bangkok. Dalam hal ini, Pattani yang terletak di selatan Siam tidak terkecuali daripada dihuni oleh pegawai -pegawai yang tidak berkualiti dan tidak berintegriti ini. Dengan hadirnya pegawai -pegawai yang korup, tidak cekap dan bertanggungjawab ini, ramai diantara pegawai-pegawai ini melakukan perkara-perkara jenayah seperti penyeludupan dan penipuan. Oleh kerana itu, pegawai -pegawai ini telah mengabaikan tugas hakiki mereka untuk membangun dan mentadbir Pattani dengan baik. Pembangunan, sosial dan ekono mi masyarakat Melayu Pattani bukan sahaja masih berada di takuk lama, bahkan semakin merosot. Hal pegawai Siam dan tahap pembangunan Pattani ini telah menimbulkan konflik yang mendalam didalam hati masyarakat Melayu Pattani memandangkan mereka membayar cukai kepada Siam dan Pattani sendiri yang kaya dengan sumber alam, telah dieksploitasi semaksimum mungkin oleh kerajaan Siam, tanpa hasil itu dapat dinikmati oleh warga Pattani sendiri. Kejengkelan masyarakat Melayu Pattani terhadap kerajaan Siam semakin memuncak apabila Siam melalui kerajaan Pibul Songgram (1939-44), telah memperkenalkan dasar Rathaniyom ataupun dasar kebudayaan Siam (juga dikenali sebagai dasar penSiaman) keseluruh negara dan jajahan takluknya termasuk Pattani. Melalui dasar ini, semua rakyat negara Siam perlu menjadi Siam dari pelbagai segi termasuk dari aspek pendidikan, sosial, agama dan sebagainya. Dengan harapan, jika semua rakyat Siam mempuyai semangat keSiaman, negara mereka akan bertambah maju. Baha sa pengantar di sekolah-sekolah adalah bahasa Siam, nama rakyat juga harus ditukar kepada nama Siam, pengajian agama Buddha wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah dan pelbagai perkara yang menjurus kepada cara hidup Siam telah diperkenal serta diwa jibkan kepada semua rakyat Siam. Siam pada era ini mula dikenali sebagai Thailand. Darihal dasar inilah, masyarakat Melayu Pattani bangun menentang kebiadaban Siam melalui gerakan Heet al Napadh alLahkan ala Shariat (pertubuhan bagi mempertahankan und angundang Syariat) yang dipimpin oleh seorang ulama ulung Pattani, Tuan Guru Haji

Sulung bin Abdul Kadir. Ianya sebagai inisiatif untuk memelihara akidah Islam dan budaya masyarakat Melayu Pattani yang tidak dibenarkan mengamalkan cara hidup dan hukum Islam, disuruh mempelajari agama Buddha, menggunakan nama Siam, bertutur didalam bahasa Siam dan pelbagai suruhan lagi untuk menSiamkan masyarakat Melayu Pattani. Ini juga merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat Melayu Pattani, apabila perjuangan mereka ditekan oleh kerajaan Siam, pemimpin dan pejuang pembebasan mereka ditangkap dan dihukum. Antaranya, Kerajaan Siam dengan bantuan British pada 1949 mengharamkan sebuah pertubuhan pembebasan Pattani, GEMPAR, Mereka juga telah menangkap se orang tokoh besar yang mengepalai pembebasan dan tuntutan autonomi keatas Pattani, Tuan Guru Haji Sulung bin Abdul Kadir. Beliau telah dipenjarakan. Seorang lagi pejuang yang besar dalam sejarah perjuangan Melayu Pattani, Tengku Mahmood Mahyideen iaitu putera bekas Raja Melayu Pattani juga ditekan dan diugut oleh Siam kerana

kelantangannya.Perjuangan pembebasan Pattani semaki meruncing apabila pada 1954, apabila Tuan Guru Haji Sulung bin Abdul Kadir dan T engku Mahmood Mahyideen telah kembali ke rahmatulah.W alaupun perjuangan pembebasan masyarakat Melayu Pattani semakin kendur, perjungan mereka tetap diteruskan. Tekanan dan penginayaan keatas para pejuang ini berlaku secara terus menerus sehingga ke hari ini. Hal ini merupakan masalah utama para pejuang Patta ni sehingga ke hari ini (2009). Ramai dari mereka telah dibunuh oleh kerajaan Siam. Samada mereka ialah pejuang pembebasan, ulama, orang awam, tua, muda, lelaki, wanita, kanak -kanak, semuanya tidak terlepas dari menjadi mangsa kebinatangan kerajaan Siam. Antaranya Haji Awang Endok, seorang guru agama yang dibunuh pada 1946, Nik Puyak, seorang ketua kampung, dan beberapa orang lagi yang dibunuh oleh Tentera Siam yang menyerang mukim Bengnara di Pattani pada 1946 (Sebenarnya, semenjak Pattani dinaungi oeh Si am semenjak 1902, hingga ke hari ini, jumlah penduduknya yang dibunuh adalah terlalu ramai dan tidak boleh diterjemahkan dengan angka yang tepat). Dalam period yang agak kontemporari ini pun, ramai lagi yang dibunuh, misalnya pada Oktober 2004, para penunj uk perasaan di Tak Bai yang hanya inginkan jawapan dari penjajah tentang apa yang berlaku keatas enam

orang pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari sebelumnya, telah dibunuh oleh tentera Thailand. Hampir seribu orang hilang dalam peristiwa ters ebut. Kebinatangan tentera Thailand juga terus terserlah pada April 2004 apabila Masjid Kerisik diserang. Pemuda-pemuda Islam yang berkumpul didalam masjid itu telah dibunuh dengan kejam walhal mereka tidak bersenjata. Terbaru, peristiwa di Masjid Al-Furqan pada 8 Jun 2009, 10 orang jemaah masjid itu telah ditembak oleh sekumpulan manusia berpakaian hitam yang menyerang mereka ketika mereka sedang bersolat. Hakikatnya, krisis Pattani ialah krisis hak asasi. Segalanya berpunca daripada naungan Siam pada 1902 dan penjajahan Siam pada 1909 keatas Pattani. Mereka ditindas, negara mereka dijajah, agama mereka dihina, bangsa mereka diperlekeh, kebebasan dan kemerdekaan dipandang enteng. Ringkasnya, isu Pattani tidak akan selesai selagi Thailand tidak memerdekakan wilayah Pattani atau memberikan mereka autonomi untuk mereka mencorakkan sendiri Tanah Air mereka.

Anda mungkin juga menyukai