Anda di halaman 1dari 1

DOA BENGKEL PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2011

ANJURAN SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN UNIT HAL EHWAL MURID NEGERI SARAWAK. 20-22 JUN 2011 HOTEL PREMIER SIBU

,
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM, SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PARA SAHABATNYA DAN MEREKA YANG MENCONTOHINYA HINGGA HARI KIAMAT. ALLAH HUMA YA ALLAH PADA PAGI YANG BERKAT LAGI BERSEJARAH INI, SEMPENA BENGKEL PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2011 ANJURAN SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN UNIT HAL EHWAL MURID NEGERI SARAWAK. KAMI MENADAH TANGAN DAN BERSYUKUR KE HADRATMU DI ATAS NIKMAT LIMPAH KURNIAMU YANG TIDAK TERHINGGA KE ATAS KAMI SEHINGGA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN, DAMAI DAN HARMONI SERTA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS KAMI DI MUKA BUMI INI DAN DIPOHONKAN JADIKANLAH MAJLIS KAMI INI MAJLIS YANG ENGKAU REDHAI DAN BERKATI. YA LATIF YA RAHMAN KURNIAKANLAH KAMI TAUFIK DAN HIDAYAHMU, BIMBINGLAH KAMI KE ARAH KEJAYAAN, KEAMANAN, KECEMERLANGAN DAN KESEJAHTERAAN DI DALAM PENGHIDUPAN KAMI DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT. JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA SENTIASA MEMATUHI PERINTAHMU DAN MENJAUHI LARANGANMU. AMPUNILAH DOSA DAN KETERLANJURAN KAMI DAN JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERADA DI DALAM KEREDHAANMU JUA. YA MUNZILAL BARAKAT BERKATKANLAH BUMI BERTUAH INI. JAYAKANLAH SEGALA USAHA YANG KAMI ANJURKAN UNTUK MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA RAKYAT YANG MAJU DAN SEJAHTERA. MUDAHMUDAH BENGKEL PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN MODUL PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SELAMA 3HARI 2MALAM INI AKAN DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM TUGAS SEHARIAN DISAMPING BERKONGSI PENGALAMAN. YA SATAR YA ALIM KEPADAMU YA ALLAH KAMI POHONKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KAMI, PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI, HINDARKANLAH NEGERI DAN NEGARA KAMI DARI SEGALA BAHAYA BENCANA, TANAMKANLAH DI HATI KAMI SIFAT SABAR, TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN. YA ALLAH, TERIMALAH SEGALA KERJA DAN KHIDMAT BAKTI KAMI DENGAN SEMPURNA DAN DIKIRA SEBAGAI AMAL IBADAT KAMI KEPADAMU JUA. DOA PENUTUP.