Anda di halaman 1dari 1

Cinta Jabal Rahmah

Ku ukir nama mu di puncak Jabal Rahmah Tapak bersua Tok Adam dan Hawa Perkisah riwayat fitrah Penghuni alam fitnah Tangan-tangan ini bukan dari Bani Syaibah Maka pintu hatimu juga bukan gerbang Kaabah Perlukahku biratkan puisiku dengan emas Dan canangkan pintaku dengan silau permata Bagai mana harusnya Mahu aku beradu di kamar hati mu Katakan.... Aku ini insan biasa Merindu pada insan biasa Berpekik pada perkhabaran cinta Biar bergema sederas teriak sangkakala

Anda mungkin juga menyukai