Anda di halaman 1dari 56

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL1

1.0

Pengenalan Reka Bentuk Grafik

Reka bentuk grafik merupakan proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, bulletin, poster, papan tanda dan lainlain komunikasi visual. Pada masa kini, pereka bentuk sering menggunakan gabungan perisian percetakan meja dan teknik untuk menghasilkannya. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi yang berkesan. Grafik boleh didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada penonton atau pelajar. Grafik merujuk gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Grafik juga meliputi beberapa bahan seperti lukisan, carta, graf, poster dan kartun. Istilah grafik berasal daripada perkataan Greek, Graphikos yang

membawa maksud lukisan dan catan. Graphein pula bermakna untuk menulis atau melambangkan penggunaan garisan. Grafik merujuk kepada bahan yang meringkaskan maklumat, memaklumkan fakta atau idea dengan jelas, berkesan dan meyakinkan melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik boleh diertikan sebagai bahan bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka bentuk untuk memaklumkan mesej yang spesifik kepada pemerhati. Grafik diungkap sebagai bahan ilustrasi yang digunakan untuk

memaklumkan fakta atau idea, iaitu sejenis bahasa ringkas yang universal. Bahan grafik 2D merupakan bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping permukaan yang rata. Ia merupakan bentuk seni yang mengandungi mesej dengan tujuan untuk memberi petunjuk, arahan, atau maklumat. Kesimpulannya, grafik ialah kepelbagaian visual bukan unjuran (nonprojected visual), bahan bukan fotografi, bahan 2D yang direka bentuk khusus melalui kombinasi imej, perkataan, simbol dan lukisan untuk menyampaikan mesej, idea, fakta dan maklumat. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satu bentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual dengan menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer. 2.0 Sejarah Perkembangan Grafik

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL2

Reka bentuk grafik telah wujud semenjak zaman dahulu lagi. Orang Roman telah menggunakan pengiklanan pada sekitar 15 000- 10 000 SM di mana piktograf atas dinding gua digunakan sebagai bahasa visual. Selepas tahun 1945, kursuskursus reka bentuk grafik berkembang di kolej-kolej seni,

kolej teknikal, dan politeknik. Para pereka bentuk tersebut memasuki dunia reka bentuk percetakan, pengiklanan dan televisyen termasuklah reka bentuk korporat untuk industri dan perdagangan. Pada zaman itu, reka bentuk grafik meliputi rekaan untuk tiket bas, tanda jalan untuk laluan kenderaan, pembungkusan rokok, penggunaan tipografi untuk perkamusan sehinggalah rekaan seni dalam penerbitan majalah. Seterusnya istilah komunikasi visual digunakan untuk membolehkan filem media digolongkan dalam kategori tersebut. Secara am, reka bentuk grafik ini merupakan medium atau perantara untuk pemindahan objek dan idea. Pada zaman era Victoria, seni grafik berpusat pada perkembangan masyarakat Reka bentuk dan grafik yang menonjol penggunaannya pertumbuhan dalam pesat poster dirangsang dengan pengguna.

persuratkhabaran

perkembangan percetakan. Peralatan seperti air brush

yang dipelopori pada

tahun 1893 oleh Charles Burdick menggunakan semburan dakwat atau cat yang membolehkan pereka bentuk menghasilkan rekaan ton gambar yang lebih halus dan sempurna. Teknologi dan pengguna, korporat dan permintaan institusi telah memberi acuan dalam reka bentuk awal grafik kurun pada ke-20 penghujung seperti kurun ke-20. Walaubagaimanapun, banyak taktik dan strategi grafik kontemporari dibina berasaskan sebelum pergerakan Dunia Kubisme, Surealisme, teknik Futurisme, De Stjil dan Kostruktivisme. Surealisme muncul dalam dua bentuk Perang Kedua. Jurufoto terdorong menggunakan surealisme kerana ia membolehkan transformasi fotografi kepada hasil seni. Seni Surealis ini menjadi ikutan para pereka bentuk ketika itu. Pada lewat kurun ke-20, reka bentuk tipografi dan muka taip dipelopori oleh De Stijl dan kontruktivisme. Di Jerman pada kurun ke-20, Herbert Beyer (Austria, 1900-85) yang mengajar di Bauhaus telah mencipta muka taip sans

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL3

serif yang dipanggil universal pada tahun 1925. Ikutan revolusi Avant Garde pada tahun 1920-an telah dikomersilkan pada tahun 1930-an. Di Britain, Stanley Morison (1889-1967) telah mencipta Times New Roman pada tahun 1932. Muka taip roman ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Negara yang mengetuai rekabentuk grafik moden dalam dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua ialah Amerika Syarikat, Switzerland dan Jerman. 3.0 Elemen dan Prinsip Reka Bentuk Grafik

Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu yang

dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Setiap gubahan seni visual yang menarik lazimnya mengaplikasikan lebih daripada satu prinsip rekaan dalam proses ciptaannya. Struktur dalam rekaan grafik merujuk kepada rangka asas sesuatu objek. Semua objek di alam sekeliling kita mempunyai struktur yang memberi sokongan dan perlindungan kepada objek tersebut. Dalam konteks seni visual, struktur rekaan ialah gaya persembahan sesuatu gubahan seni visual. 3.1 Elemen-Elemen Reka Bentuk Grafik

3.1.1 Garisan Garisan digunakan untuk menunjukkan gerakan, arahan dan juga perlakuan.

Garisan diolah menjadi suatu kesan yang menarik dalam rekaan visual grafik. Sebagai contoh, garisan melintang menunjukkan kestabilan dan ketenangan manakala garisan yang tegak pula menimbulkan kesan kekuatan dalam rekaan yang dihasilkan. Garisan pepenjuru menunjukkan bahawa terdapat gerakan dan dinamik. Selain itu, garisan juga dapat mewujudkan kesan bentuk atau objek dan boleh menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain. 3.1.2 Jalinan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL4

Jalinan dalam reka bentuk grafik biasanya digunakan untuk menampakkan kesan tekstur pada suatu permukaan. Ia terdiri daripada jalinan kasar dan licin. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh. Dalam rekabentuk grafik, jalinan merupakan salah satu elemen yang menjadikan sesuatu rekaan itu kelihatan lebih abstrak contohnya kesan jalinan yang diaplikasikan pada kad jemputan dan juga ilustrasi pada risalah-risalah produksi. 3.1.3 Rupa Rupa merupakan hasil pertemuan di antara titik permulaan suatu garisan dengan penghujungnya. Ia bersifat dua dimensi, mempunyai permukaan yang rata dan kosong. Rupa boleh dihasilkan dengan menggunakan warna dan juga garisan. Dalam seni visual, unsur-unsur ini dapat dilihat dalam gubahan seni grafik iatu logo, corak dan mukataip.

3.1.4 Bentuk Bentuk merupakan salah satu elemen dalam grafik yang sering diolah menjadi suatu rekaan yang bersifat tiga dimensi. Bentuk terhasil daripada beberapa rupa pada satah tertentu, dan juga pada struktur tertentu. Bentuk mempunyai sifatsifat yang tersendiri iaitu mempunyai keluasan, kelebaran, dan ketinggian. Ianya mempunyai isipadu, dan bersifat pejal. 3.1.5 Warna Warna merupakan satu unsur yang sangat penting dalam seni visual.

Penghasilan rekabentuk grafik menjadikan warna sebagai satu elemen yang menjadi ciri asas dan menggunakan warna sebagai daya penarik kepada rekaan tersebut. Warna yang digunakan dalam perekaan bergantung kepada tema, makna, dan komposisi yang ingin diolah melalui karya tersebut. Selain itu tujuan dan mesej yang ingin disampaikan juga mempengaruhi penggunaan warnna dalam sesuatu karya. 3.2 Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Grafik

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL5

3.2.1 Simplisiti Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat member ilusi yang menarik dan mendorong audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut. 3.2.2 Dominan Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam

penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian. Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan. 3.2.3 Harmoni Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsurunsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,

bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata. 3.2.4 Kontra Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan, Kontra banyak diaplikasikan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL6

dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan dan tumpuan. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta menjadi lebih menarik. 3.2.5 Penegasan Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai Center of Interest, Focal Point dan Eye Catcher. Dalam proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkan focus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan. 3.2.6 Imbangan Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari

segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melaui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan. 3.2.7 Irama dan Pergerakan Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip irama dan pergerakan dalam

kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan. 3.2.8 Variasi atau Kepelbagaian

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL7

Variasi adalah kepelbagaian yang diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya. Penggunaan elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari segi warna, bentuk dan komposisi sesuatu hasil karya. Ia merujuk kepada penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan. Kepelbagaian dapat memberikan gaya, variasi, tenaga dan tarikan dari gubahan tersebut. 3.2.9 Kesatuan Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya. 4.0 4.1 Jenis-Jenis Reka Bentuk Grafik Poster Definisi poster

Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kemasyarakatan dan pengiklanan untuk ditontonkan di tempat menunggu bas misalnya. Antara pereka grafik terkenal di Amerika dan Eropah yang menghasilkan poster yang menarik dan bertaraf dunia seperti Oskar Kokoschka dan Ben Shehn.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL8

Poster

adalah

dalam

bentuk

dua

dimensi,

format

halaman

yang

berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum. Kebanyakan poster digantungkan di tempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster sangat penting untuk mengingat dan menarik perhatian masyarakat di sesuatu tempat seperti pada billboard, papan tanda dan lain-lain visual. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat. Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik. Melalui pemahaman skala, ia akan memberikan pereka satu siri dalam membuat ilusi tentang kedalaman dari segi ruang, membuat kejutan dan membuat visual dinamik atau kepelbagaian. Poster mungkin direka hanya menggunakan tipografi atau kombinasi visual dan visual itu mungkin berbentuk abstrak, piktograf, simbolik, ilustrasi, visual grafik, fotografi atau kolaj atau campuran atau kepelbagaian. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan. Jenis-jenis poster i. Dekoratif ii. Kreatif dan artistik iii. Perkhidmatan awam iv. Hiburan v. Pameran dan pertandingan vi. Sukan vii. Iklan dan promosi viii.Media dan teknik percetakan Sejarah Poster dengan penciptaan mesin cetak (1476), ciptaan Guttenberg

Bermula

diperkenalkan oleh Caxton di England. Poster pertama dihasilkan Cuparas yang berfungsi sebagai media penyebaran maklumat. Poster yang awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke 15 di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL9

Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik cetakan litografi. Pada masa ini juga teknik ukiran kayu diperkenalkan bagi poster ilustrasi. Pelukis-pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1974) , Jules Cheret (18361932) Henri de Toulouse-Lautrec (1864-1901) dan Pierre Bonnard (1867-1974). Fungsi poster pada ketika itu kebanyakannya digunakan untuk propaganda dan pemberitahuan selain daripada fungsi pengiklanan. Pada tahun 1796, teknik yang litografi yang pertama telah dihasilkan oleh Senefelder. LA BISHE AU BOIS dihasilkan oleh Jules Charet (1876) dianggap poster litografi berwarna paling menarik dan moden. i) Sejarah perkembangan poster di Perancis Henri de Toulouse-Lautrec, mempunyai pengaruh kuat ke atas poster moden. Beliau memahami bahawa poster adalah salah satu alat komunikasi. Henri menterjemahkan ideanya kepada teknik seni cetak litografi. Poster-posternya dianggap kreatif dan inovatif dan dapat dihayati oleh orang awam di Perancis dan Paris. Poster Henri de Toulouse- Lautrec memaparkan penyanyi Kabaret dan penari Jane Avril (1893). Gaya dan rekabentuk poster berwarna mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan seni reka grafik di abad ke-21. ii) Sejarah perkembangan poster di Jerman. Di Jerman, penggunaan litografi dalam poster begitu ketara penonjolannya serta pengolahan yang radikal.Ini menunjukkan bahawa dalam rekabentuk , tipografi seharusnya berbentuk terang & jelas.Ciri-ciri ini penting dalam menggunakan poster sebagai media untuk berkomunikasi. Ini jelas ditunjukkan oleh pelajarpelajar dan mereka yang mengikut fahaman pergerakan Sekolah Bauhaus (1919). Laszlo Maholy-Nagi (1895-1946) menganggap poster yang baik harus mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Serigrafi atau cetak sutera-saring merupakan satu- satunya teknik menghasilkan poster popular, ia bersifat imaginatif serta memberi impak terhadap audien. Serigrafi sesuai untuk produksi berganda khusus terhadap imej yang menggunakan ruang warna yang rata. Penggunaan photo silk-screen untuk reka bentuk poster telah memberi nafas baru & menaikkan taraf serta nilai

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL10

estetika & kreativiti. Poster iklan merupakan satu bentuk iklan yang mudah dan tepat.

Perkembangan Rekabentuk Poster di Malaysia

Kehadiran poster di negara ini dianggap bermula semasa pemerintahan Jepun yang pada masa itu menggunakan poster sebagai alat penyebar maklumat secara khusus untuk tujuan propaganda disebarkan kepada seluruh rakyat. Poster yang ringkas dengan satu warna sahaja berukuran kira-kira 12x 15 di tampal di rumah-rumah dan pokok serta bangunan tertentu. Kemasukan British ke Malaya dan zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan rekabentuk poster yang dianggap lebih dinamik dan berkesan dari segi persembahan dan mesej. Kempen menyeru rakyat agar menyertai anggota tentera British melawan tentera Jepun dan Komunis tersebar luas di seluruh negara berseiringan dengan poster di Amerika yang popular dengan imej Uncle Sam. Fungsi Poster

i) Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi) Poster digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster. Sebagai contoh poster digunakan untuk mengiklankan produk makanan. Selain itu poster juga digunakan dalam akademik untuk menerangkan dan mempromosikan hasil kajian yang biasanya ditunjukkan semasa persidangan sebagai pengenalan awal. ii) Poster untuk tujuan komersial

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL11

Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga mempromosikan acara-acara sukan atau acara rakyat. iii) Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik) Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej, fahaman atau pun yang dianjurkan seperti acara

propaganda. Selain itu ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.

Contoh-contoh gambar poster

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL12

4.2

Pembungkusan

Pembungkusan merujuk kepada cara sesuatu bekas atau bahan yang digunakan untuk membalut, mengisi, melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan. Pembungkusan tidak terhad kepada barangan makanan sahaja, malahan menyeluruh kepada pelbagai jenis barangan pengguna yang lain. Kebanyakan barangan yang dibeli telah sedia dibungkus bagi memelihara kualitinya daripada kerosakan. Kini, pelbagai alat dan bahan estetik telah digunakan untuk pembungkusan bergantung kepada isi kandungan. Sesuatu barangan atau keluaran yang menggunakan pembungkusan juga mudah dipamerkan di rak istimewa mengikut jenisnya. Fungsi-fungsi pembungkusan

Antara fungsi pembungkusan adalah untuk:

i) Melindungi fizikal barangan agar tidak mudah pecah atau rosak. ii) Menjaga kualiti barangan. iii) Memudahkan penghantaran. iv) Memudahkan penyimpanan. v) Memudahkan usaha mempromosi keluaran. vi) Sumber maklumat barangan kepada pengguna. vii) Pameran barangan. Pembungkusan Moden

Pembungkusan moden menggunakan bahan-bahan daripada kertas aluminium, plastic, kaca, kayu dan sebagainya untuk membungkus barangan. Biasanya, jenis pembungkusan dipengaruhi oleh jenis barangan tertentu. Barangan jenis cecair, serbuk, krim dan sebagainya mempunyai kaedah dan bahan pembungkus yang berbeza bergantung pada kesesuaian. Pembungkusan moden lebih tahan lama, mudah dibawa dan mempunyai maklumat untuk kepentingan pengguna. Jenis-Jenis Pembungkusan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL13

Jenis pembungkusan yang hendak digunakan bergantung pada kesesuaian jenis barangan. i) Produk cecair Produk cecair seperti minyak dan minuman sesuai dibungkus dalam botol plastik, botol kaca, kertas timah, tin aluminium dan sebagainya. ii) Barangan serbuk Produk yang berasaskan serbuk seperti bedak, tepung, serbuk lada sesuai menggunakan pembungkus yang diperbuat daripada kertas, plastic, beg kertas dan beg plastik. iii) Barangan bijirin Produk bijirin seperti beras, gandum, jagung dan biji kopi sesuai menggunakan beg plastik.

iv) Barangan keras Produk yang keras kotak kayu nipis. Walau bagaimanapun, pembungkusan adalah berdasarkan kepada keputusan pengeluar untuk menentukan jenis pembungkusan yang sesuai untuk barangan keluaran mereka. Kreativiti amat penting dalam membuat pilihan terhadap jenis pembungkusan pilihan mereka. Prinsip Asas Rekaan Pembungkusan seperti peralatan elektrik, alat ganti kenderaan dan

sebagainya sesuai menggunakan pembungkusan daripada kertas tebal atau

Jenis dan pembungkusan mestilah sesuai dengan produk. i) Rekabentuk pembungkusan perlus sesuai dengan jenis barangan atau produk. Ilustrasi mesti sesuai dengan kandungan pembungkusan dan peringkat umur pengguna. Pembungkusan barangan kanak-kanak lebih mengutamakan ilustrasi berbanding dengan orang dewasa.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL14

ii) Warna pembungkusan mestilah dapat menarik perhatian, misalnya barangan kanak-kanak selalunya berwarna-warni berbanding dengan orang dewasa. Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identiti barangan mereka. Ubat gigi Darlie sinonim dengan warna hijau, manakala ubat gigi Colgate serasi dengan warna merah. iii) Muka taip merupakan petunjuk jenama barangan yang paling tepat. Gubahan dan gaya muka taip perlu sesuai dengan kandungan barangan. Muka taip boleh menjadi identiti barangan. Muka taip untuk penerangan metilah jelas dan mudah dibaca. iv) Reka letak merupakan susun atur ilustrasi, muka taip dan warna pada pembungkusan. Reka letak perlu kemas dan sesuai dengan barangan yang dibungkus. v) Maklumat produk yang perlu ada pada pembungkusan termasuklah nama pengeluar, jenama barangan, ilustrasi atau gambar foto barangan, tarikh mengilang, tarikh luput, kandungan bahan dan logo pengeluar perlu disertakan dalam rekaan tersebut.

Contoh-contoh pembungkusan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL15

4.3

Pengiklanan

Iklan merujuk suatu cara yang digunakan untuk pemberitahuan umum seperti surat khabar, televisyen, radio, rekaan grafik persekitaran dan sebagainya. Dalam rekaan grafik persekitaran, rekaan iklan bertujuan untuk menarik perhatian orang awam tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan. Iklan merupakan suatu cara untuk mempromosi sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan cukup berkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada peringkat awal, konsep iklan persekitaran mula dihasilkan di hadapan pintu kedai. Kini, ia dipamerkan di sekitar Bandar dengan pelbagai kaedah peragaan seperti menggunakan papan peraga

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL16

billboard, papan peraga elektronik, iklan berbentuk tiga dimensi (3D) atau berbentuk papan rata. Rekaan grafik persekitaran ini dapat menarik pelanggan kerana mudah dilihat dari jauh dan bersifat keterbacaan. Tujuan pengiklanan

i) Memberi pengenalan kepada barangan yang dikeluarkan dari segi jenis, jenama, mutu, dan sebagainya. ii) Memberi maklumat mengenai barangan, misalnya tentang kandungannya. iii) Menggalakkan pengguna mencuba keluaran baharu, misalnya pengguna dapat mencuba dan mengetahui mutu barangan. iv)Menggalakkan pengedaran sesuatu keluaran, contohnya pengguna dapat membuat pesanan setelah membacanya. v) Menambahkan penggunaan sesuatu keluaran. Keluaran akan bertambah apabila pengguna sudah meyakini dan mempercayainya. vi) Kesetiaan jenama iaitu dapat memberi jaminan kepada pengguna. Elemen-elemen dalam pengiklanan Kebanyakan iklan terdiri dari elemen-elemen berikut iaitu visual, head line, copy dan slogan. Pelbagai elemen yang digunakan oleh pereka grafik antaranya ialah visual, merupakan imej yang wujud melalui gambar foto, ilustrasi, tipografi atau sebarang kombinasi yang lain. Ramai orang merujuk head line sebagai tajuk utama yang merupakan mesej utama lisan. Ia boleh diletakkan di mana-mana dalam satu muka surat dan bukan hanya di atas sahaja. Copy keseluruhan merupakan cerita yang menerangkan konsep pengiklanan dan menyediakan lebih maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Slogan adalah mesej lisan yang mengaitkan dengan produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Konsep pengiklanan

Setiap orang bercakap tentang big idea yang sering diungkap dalam bidang perniagaan dan pengiklanan. Big idea itu akan meyakinkan setiap pengguna supaya membeli produk atau

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL17

perkhidmatan yang hendak dijual. Ia merupakan mesej iklan yang amat berkuasa dan kuat, yang mempunyai kesan yang sukar dilupai juga unik. Idea adalah konsep pengiklanan yang merupakan cara yang terbaik memberitahu pengguna mengenai keunikan atau kehebatan produk atau perkhidmatan mereka. Idea dan konsep merupakan perkara yang berkesan atau cara yang sesuai untuk menjual dan meghasilkan kejayaan jualan bagi produk anda. Idea atau konsep menghubungkan, mengetahui, mengingati dan membeli produk anda. Pengiklanan berada di sekeliling kita, biasanya kita dikelilingi oleh papan-papan tanda, poster-poster di perhentian bas, keretapi, lapangan terbang, begitu juga di laman-laman web di internet dipenuhi dengan iklan, dibanjiri dengan mel secara lansung dan cetakan iklan. Oleh itu, pengiklanan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga sebagai alat yang penting untuk memperdagangkan sesuatu produk atau perkhidmatan dan boleh dikaitkan daripada kebudayaan masyarakat secara amnya. Pengiklanan membawa keuntungan, sebaran am dan reka bentuk kesenian popular yang unik dan disukai ramai atas faktor keberkesanannya. Kita selalu melihat iklan televisyen dan cetakan iklan di dalam majalahmajalah dan surat khabar dan pengguna merasakan ada kesan yang kuat dari iklan. Pengiklanan direka untuk memberitahu, memujuk, menimbulkan dan merangsang pengguna untuk membeli sesuatu produk yang diiklankan. Pengiklanan menggerakkan kita untuk membeli barang, memanggil kita kepada tindakan dan memberitahu mengenai keluaran terbaru, perkhidmatan, acara atau majlis keramaian dan sebagainya. Bagaimanakah pakar pengiklanan menghasilkan iklan yang berkesan? Bagaimanakah mereka mencipta idea dan konsep iklan yang baru yang akan diterima dan menarik pengguna. Persoalan yang sering difikirkan oleh pengguna adalah apa gunanya pada saya? Inilah persoalan yang sering difikirkan oleh pengguna iaitu apa gunanya pada saya? Adakah produk atau perkhidmatan ini akan menjadikan saya lebih gembira, lebih sihat, lebih kaya, lebih menarik, membawa ke mana saya ingin pergi atau menjadikan hidup saya lebih mudah? Pengguna berpotensi inginkan faedah dari sesebuah iklan dan segala idea seharusnya dapat menghubungkan dan mengaitkan gaya kehidupan yang moden dan serba canggih ini. Jenis-jenis pengiklanan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL18

Terdapat tiga kategori major pengguna iaitu yang dikenali sebagai masyarakat atau orang

awam, perdagangan iaitu khusus kepada pakar atau pakar perniagaan dan perkhidmatan awam iaitu khusus kepada barangan awam juga iklan untuk kebajikan atau yang tidak mengaut keuntungan. Terdapat format visual komunikasi seperti poster yang turut dijadikan iklan, ianya juga dihasilkan dalam bentuk cetakan seperti surat khabar, majalah dan sebagainya. iklan Strategi iaitu merupakan point permulaan yang menetapkan potensi pelanggan dan penentuan kepada produk pasaran, mesti juga ada konsep iaitu jawapan kreatif kepada permasalahan pengiklanan, mutu konsep dapat membenarkan ianya berhubung dengan mesej, faedah, mewujudkan tahap jualan yang unik dan sebagainya. Rekabentuk dan visual iaitu menggambarkan konsep dalam visual atau perhubungan lisan. Ianya terdiri daripada visual utama, bentuk muka surat, tipografi, gaya dan persembahan. Copy writing iaitu bahagian lisan dalam pengiklanan jelas mudah difahami dan menggunakan bahasa seharian. Penghasilan cetakan iklan iaitu kajian tentang produk atau perkhidmatan pelanggan, mengetahui maklumat dan kehendak masyarakat. Mengembangkan strategi yang menentukan kaedah produk dan perkhidmatan juga kedudukan produk dalam saingan pasaran. Mengembangkan konsep yang menghubungkan faedah dan pemujukan membeli barangan atau untuk menggunakan suatu perkhidmatan, memikirkan garis panduan dan visual yang akan mengambarkan konsep anda. Menulis teks utama iaitu penerangan keseluruhan konsep, maklumat dan faedah dan mereka bentuk muka surat yang dilaksanakan sebaik-baiknya mengikut strategi dan konsep produk dan sentiasa berfikiran profesional. Contoh-contoh pengiklanan Empat komponen dalam pengiklanan dan penghasilan cetakan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL19

4.4

Papan Iklan (Billboard)

Billboard atau papan iklan adalah salah satu struktur pengiklanan luar yang mempunyai saiz yang agak besar. Ia lazimnya diletakkan dalam kawasankawasan trafik seperti jalan raya, lebuh raya dan kawasan pejalan kaki. Visual dan tipografi yang dipaparkan adalah dalam saiz yang dapat dilihat pada jarak penglihatan yang jauh dan biasanya diiklankan pada papan yang besar dengan slogan yang menarik dan juga imej visual yang menarik perhatian. Media

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL20

pengiklanan yang bersifat komersial dan mesra penggguna ini mempunyai tahap kreativiti yang tidak terbatas. Hal ini kerana bersesuaian dengan fungsinya sebagai media menarik pelanggan, menyampaikan informasi dan mempromosikan produk syarikat mereka. Papan iklan direka untuk menarik perhatian dan mencipta ingatan yang kuat dalam minda pengguna secara cepat, ia bertujuan memberikan ingatan yang berkesan terhadap produk atau perkhidmatan yang diiklankan selepas pengguna melalui jalan tersebut. Pengiklanan pada billboard mesti boleh dibaca dalam masa yang singkat kerana biasanya maklumat dalam bentuk teks yang ada

pada iklan akan dibaca dalam waktu yang pantas semasa berada di jalan raya. Oleh sebab itu, kebanyakan iklan hanya menggunakan beberapa perkataan sahaja, iaitu dalam saiz yang besar supaya mudah dilihat dan juga dengan imej yang diilustrasikan dengan warna yang menonjol dan menarik. Selain daripada papan iklan yang biasa dilihat di jalan-jalan dan persimpangan, terdapat juga billboard digital yang direka menggunakan program dan perisian komputer. Papan iklan digital boleh direka untuk memaparkan teks yang bergerak, memaparkan beberapa iklan produk dan perkhidmatan daripada syarikat yang sama, dan juga direka untuk memaparkan iklan-iklan daripada syarikat yang berbeza melalui beberapa slot paparan dalam sehari. Oleh kerana papan iklan digital berpotensi dan memberi impak yang besar kepada pengguna secara berkesan, ia menjadi satu cara pengiklanan yang akan dikomersialkan di masa akan datang. Sejarah Papan Iklan

Papan-papan iklan awal adalah pada asasnya besar poster-poster pada bahagian-bahagian bangunan-bangunan, dengan terhad tetapi masih nilai komersial ketara. Sebagai jalan-jalan dan lebuhraya-lebuhraya kali, perniagaan papan iklan berkembang maju.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL21

Papan-papan iklan pada peringkat awal adalah pada asalnya besarsaiz poster pada bahagian-bahagian bangunan-bangunan, dengan terhad tetapi masih nilai mempunyai nilai komersial yang ketara. Dipamerkan disepanjang jalan-jalan dan lebuhraya-lebuhraya, perniagaan papan iklan ini berkembang maju. 1794 - Litografi telah direka, ini menjadikan poster lebih nyata. 1835 - Jared Bell membuat 9x6 poster untuk sarkas di Amerika Syarikat. 1867 - Yang paling awal mengendalikan sewa papan iklan (sumber: OAAA) 1872 - Bill Posters Association antarabangsa Amerika Utara telah ditubuhkan (sekarang dikenali sebagai Outdoor Advertising Association Amerika) seperti sebuah papan iklan kumpulan yang melobi.

1889 - 24 helai cadar pertama papan iklan telah ditunjukkan pada Paris Exposition dan kemudian pada 1893 World Columbian Exposition di Chicago. Menawarkan pelbagai jenis pengiklanan, terutamanya bagi sarkas, menjelajah persembahan, dan filem-filem. 1908 - Automobil Model T diperkenalkan di Amerika Syarikat, pertambahan jumlah penduduk yang menggunakan lebuh raya terdapat papan-papan iklan disepanjag lebuh raya tersebut. 1919 - Syarikat gula-gula Jepun Glico memperkenalkan bangunannya dengan merentangi papan iklan, Glico Man. 1925 - Burma-Shave membuat papan-papan iklannya sekitar lebuhrayalebuhraya itu. 1931 - Papan-papan iklan mengenai dadah mula meningkat diseluruh negara 1960 - Dimesin papan iklan Kani Doraku adalah terbina dalam Dotonbori, Osaka.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL22

1965 - Akta Highway Beautification diluluskan setelah banyak berkempen oleh Lady Bird Johnson 1971 - Akta Public Health Cigarette Smoking mengharamkan iklan-iklan rokok ditelevisyenkan dan radio, dan ia mula bergerak perniagaan itu kepada papanpapan iklan. 1981 - Mahkamah Supreme mengubah satu papan iklan yang dikeluarkan oleh San Diego larangan, tetapi meninggalkan bilik membukai kota-kota lain untuk mengharamkan papan-papan iklan perdagangan. 1997 - Iklan tembakau tidak lagi dibenarkan untuk dipamerkan dengan menggunakan papan-papan iklan luar di Amerika. 2007 Pihak Industri mengambil satu keping plastik kepingan penggantian poster untuk menukar poster kertas papan-papan iklan dan bermula fasa akhiran PVC vinil fleksibel, menggantikan ia dengan eko plastik seperti politena. Aspek penting dalam perekaan papan iklan

i) Keterbacaan, iaitu dapat dibaca dengan sekali pandang. ii) Ilustrasi atau gambar yang menarik dan mudah difahami. iii) Saiz papan iklan dan ketinggian mesti sesuai dengan jarak penglihatan.

iv)Penggunaan warna sebaik-baiknya kontra dengan persekitaran dan dapat menjadi tumpuan pandangan. v) Kreativiti dan keaslian ideanya sesuai dengan dan beridentiti. vi)Reka letak atau susunan ilustrasi dan huruf yang sesuai akan menarik perhatian pemerhati. vii) Lokasi yang sesuai atau diletakkan di tempat tumpuan awam. viii) Menggunakan bahasa yang betul. ix) Amaran

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL23

Contoh-contoh papan iklan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL24

4.5 Papan

Papan Tanda (Signboard) tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis.

Kebiasaannya papan tanda digunakan untuk pengiklanan produk, majlis, rumah untuk di sewa dan sebagainya. Papan tanda juga turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Papan tanda juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk. Menggabungkan bentuk, warna dan simbol kecuali maklumat yang berupa tulisan. Sejarah

Pada tahun 1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberi tahu pemilik premis untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada adab ke 19, sesetengah pelukis seperti Austro Hugarian dan Demeter Laccataris telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom dahulunya menggunakan batu dan tanah liat untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media mereka sendiri. Kegunaan dan Fungsi

i) Penunjuk arah ii) Penunjuk lokasi iii)Menyampaikan maklumat iv)Memudahkan atau melancarkan perjalanan v) Mempromosikan sesuatu produk

Jenis-jenis Papan Tanda

i) Industri / Syarikat ii) Pendidikan ii) Lokasi iv)Jalan v) Banner syarikat vi) Keselamatan vii)Notis viii) Iklan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL25

i) ii )

Jenis-jenis seni reka papan tanda Seni reka papan tanda tempat Signboard ialah papan tanda yang menunjukkan sesuatu tempat Signboard lokasi biasanya menunjukkan lokasi tersebut sudah semakin Untuk mempromosikan syarikat mereka Merupakan signboard yang mempunyai tanda korporat Penggunaan jenis tipografi yang jelas Mudah dilihat dan dibaca Penggunaan warna yang kontra supaya mudah dilihat Seni Reka Papan Tanda Industri atau Syarikat

hampir

-Merupakan papan tanda yang digunakan oleh syarikat-syarikat atau kilang. -Menggunakan papan tanda untuk mempromosikan nama produk mereka. Seperti Toyota, Honda, Panasonic dan sebagainya. Ciri-ciri -Biasanya papan tanda ini diletakkan pada hadapan bangunan milik mereka. -Penghasilan papan tandanya ialah menggunakan tipografi dan ilustrasi yang telah dipermudahkan. iii) Seni Reka Papan Tanda Pendidikan -Papan tanda pendidikan merupakan papan tanda yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan - Golongan sasarannya ialah murid, guru, dan ibu bapa

Ciri-ciri -Berunsurkan ilmiah -Memberi pengetahuan yang berguna -Mesej yang ingin disampaikan tepat dan ringkas -Biasanya terdapat dikawasan sekolah iv) Seni Reka Papan Tanda Jalan -Papan tanda jalan merupakan tanda yang berada di tepi- tepi jalan. -Papan tanda ini juga dikenali sebagai perabot jalan. -memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL26

Ciri-ciri -Menggunakan simbol, anak patah atau tipografi -Menunjukkan arah dan jarak kejauhan sesuatu tempat Contoh-contoh papan tanda

4.6

Logo

Logo ialah lambang bagi sesebuah syarikat, pertubuhan, kelab atau persatuan. Syarikat perniagaan menggunakan logo sebagai tanda perniagaan dan identity (trademark) supaya mudah dikenali. Logo

direkacipta berdasarkan objek alam semulajadi, objek buatan manusia huruf dan angka. Rekaan logo biasanya bersifat ringkas dan mudah, mewakili identity organisasi, mempunyai keaslian, menggunakan warna yang minimum, dapat menyampaikan mesej, mengekalkan asas seni reka serta kemas dan menarik. Biasanya logo terdapat pada dinding bangunan, bahan bercetak seperti kepala surat, sampul surat dan sebagainya.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL27

Logo boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti yang biasa dilihat ialah logo syarikat, logo organisasi atau pertubuhan. Untuk menghasilkan sesebuah logo yang baik, logo itu mestilah jelas dan mudah dibaca. Selain itu, pereka grafik perlu memastikan logo yang direka adalah memenuhi permintaan pelanggan dan kena dengan produk dan perkhidmatan mereka. Apabila merekabentuk sesebuah logo, cabaran yang akan ditemui ialah logo yang direka mestilah berbeza dengan logo yang lain maka, sesebuah logo mestilah mempunyai keunikan, mudah diingati dan boleh dibezakan. Sesebuah logo juga mestilah direka mengikut kesesuaian terhadap syarikat itu. Sebagai contoh, logo syarikat insuran adalah tidak sesuai bagi logo syarikat kereta. Ciri- ciri logo yang baik

Untuk mereka logo yang jelas, ia mesti mudah diingati dan mudah dibaca dan juga memastikan logo itu memenuhi permintaan pelanggan. Mesti juga mempunyai perbezaan dalam produk dan perkhidmatan dengan syarikat lain. Ia perlu sesuai untuk perniagaan pelanggan dan dan boleh menunjuk atau melambangkan produk, perkhidmatan syarikat yang mempunyai

keistimewaan yang tersendiri serta menggunakan graphic impact untuk meghasilkan sesebuah logo. Logo boleh dihasilkan dalam 4 jenis iaitu logotype yang menggunakan nama dan Alphabet untuk menghasilkan logo. Pictorial visual yang mempunyai gambar dan gambar itu akan menunjukkan produk dan perkhidmatan syarikat yang diwakili. Ketiga ialah abstrak visual iaitu logo yang tidak mempunyai gambar, initial ialah perkataan pertama terhadap nama tersebut serta kombinasi iaitu campuran terhadap mana-mana jenis logo di atas. Jenis-Jenis logo

i) Logo Huruf Logo Huruf menggunakan huruf ringkas (initial), misalnya UPM, A&W, dan lainlain. Logo huruf juga menggunakan keseluruhan perkataan seperti AVON, PANASONIC, PHILIPS dan sebagainya.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL28

Sesetengah logo huruf hanya menggunakan huruf dan imej, contohnya TV3 dan 7UP. Ciri-ciri logo huruf termasuklah: i) Reka bentuk huruf yang berkesan untuk menunjukkan mesej. ii) Mengandungi unsur-unsur seni supaya rekaannya menarik. iii) Berasaskan bentuk atau rupa satu huruf atau gabungan lebih daripada satu huruf. ii) Logo Representasi (Pictogram) Logo representasi menggunakan imej semata-mata, misalnya logo oleh syarikat minyak Shell, Petronas dan Maybank Berhad. Terdapat juga logo representasi yang menggabungkan imej dan huruf,

contohnya Pizza Hut dan MAS. Punca idea logo representasi adalah berdasarkan rupa objek alam sekeliling dan objek yang dipermudahkan (bersifat 2D), misalnya motif flora dan fauna. Logo representasi masih mengekalkan bentuk asal, tetapi disesuaikan dengan ciri logo. Contoh-contoh logo

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL29

4.7

Reka Bentuk Korporat (Stationery)

Korporat identiti bermaksud reka bentuk grafik untuk membuat imej sesebuah syarikat atau organisasi supaya dikenali oleh masyarakat umum dan boleh menarik perhatian pelanggan untuk mengingati syarikat atau organisasi tersebut itu. Korporat identiti biasanya terdiri daripada kepala surat (letterhead), sampul surat (envelopes), kad perniagaan (business card). Letterhead dan business card mempunyai logo syarikat, nama pemilik atau pekerja dan jawatan yang disandang. (Alamat e-mail dan laman web, nombor telefon dan faksimile adalah dikecualikan dalam sampul surat). Korporat identiti selalunya adalah salah satu bahagian yang penting dalam melambangkan identiti visual sesebuah syarikat perniagaan. Kebanyakan pereka menempatkan maklumat di bahagian paling atas halaman surat. Oleh itu, kita memanggilnya letterhead. Semua gubahan boleh digunakan asalkan ia berkesan. Anda boleh merekabentuk apa sahaja yang anda inginkan asalkan ia dapat mengatasi masalah komunikasi visual masyarakat umum terhadap sesuatu syarikat. Pemilihan kertas untuk letterhead, envelopes dan business card juga penting kerana berat kertas yang dipilih untuk letterhead dan envelopes mesti dapat ditaip, dicetak, ditulis dengan pen dan marker. Kertas letterhead mesti boleh dilipat dan business card haruslah tebal supaya boleh dimasukkan ke dalam dompet. Kertas dan sampul surat perlu dalam bentuk saiz ukuran yang standard. Kualiti yang lebih baik daripada kualiti standard adalah lebih mahal. Rekaan seperti untuk mengatur elemen-elemen, ciptaan hierarki visual, kegunaan logo, pilihan warna-warna, dan jenis permukaan biasanya adalah konsisten dalam tiga bahagian korporat identiti. Semua sistem rekaan sama ada korporat identiti atau satu program identiti visual yang luas mesti mempunyai kesinambungan iaitu persamaan dalam rupa dan warna. Satu rekaan yang baik boleh memberikan ingatan jangka panjang kepada audian. Beberapa perkara perlu diingatkan oleh pereka baru walaupun semua peraturan grafik boleh diubah asalkan dengan adanya kreativiti yang tinggi dan besesuaian dengantema syarikat atau organisasi yang terlibat. Rekaan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL30

letterhead baruslah dilengkapi ruang yang mencukupi untuk keserupaan dan keserupaan itu tidak patut diubah. Rekaaan yang digunakan haruslah boleh berfungsi denga baik dalam semua bentuk korporat identiti. Antara berikut adalah cadangan untuk penghasilan korporat identiti yang baik iaitu yang petama mengembangkan konsep yang unik, sesuai

dan menarik. Reka bentuk yang boleh dikenal pasti oleh penghantar dengan segera. Selain itu, mengkoordinatkan letterhead (kepala surat), envelopes (sampul surat) dan business card (kad perniagaan) denga mewujudkan suasana keharmonian atau kesamaan. Penggunan tipografi yang dapat dibaca dengan mudah dan pantas. Menunjukkan alamat, nombor telefon atau faksimile, alamat e-mail atau laman web yang jelas. Mengekspreskan jiwa atau personaliti syarikat atau pelanggan. Contoh-contoh korporat identiti

4.8

Risalah

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL31

Risalah merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Risalah merupakan reka bentuk grafik yang memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan institusi yang diwakilinya. Kini, risalah menjadi salah satu bahan untuk sesebuah institusi berkomunikasi dengan pihak awam. Risalah berfungsi untuk mempromosi dan mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat. Risalah dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya mengikut cita rasa institusi berkenaan. Kebiasaannya, risalah terhasil dalam bentuk sehelai kertas yang dilipat dua, tiga atau beberapa kali. Ini bergantung pada kreativiti pereka yang menghasilkannnya.

Penghasilan risalah melibatkan kombinasi tipografi, ilustrasi dan rekaletak. Tipografi bagi risalah biasanya bersaiz kecil, melainkan tajuknya. Ilustrasi yang digunakan mestilah berkaitan dengan tajuk rialah. Reka letak yang digunakan mestilah menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud risalah. Jenis-jenis risalah

Risalah yang dihasilkan bergantung pada matlamat serta barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis risalah: i) Risalah perlancongan Menarik perhatian pelancong (orang ramai) terhadap sesebuah tempat menarik. ii) Risalah barangan Memperkenalkan sesuatu produk dalam pasaran. iii) Risalah perkhidmatan Memaklumkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan. iv) Risalah perubatan

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL32

Memperkenalkan produk kesihatan (ubat-ubatan dan alat kesihatan) yang disediakan oleh seebuah syarikat. Ciri-ciri risalah

Ciri-ciri risalah yang baik ialah i) Gubahan sesuai dengan tema risalah ii) Ilustrasi, gambar dan teks berhubung kait dengan tajuk atau tema risalah. iii) Maklumat dan penerangan perlu ringkas, tetapi lengkap, jelas dan tepat. iv) Lipatan kemas dan menarik. v) Dilipat dalam pelbagai gaya, iaitu dalam bentuk sehelai kertas, lipat dua atau lipat tiga dan sebagainya.

vi) Muka taip peraga bersaiz lebih besar dan mempunyai warna yang lebih menonjol sesuai untuk tajuk risalah. vii) Tipografi atau teks biasa bagi risalah bersaiz lebih kecil daripada teks peraga. Contoh-contoh risalah

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL33

4.9

Laman Web

Laman web merupakan bentuk komunikasi visual yang berkesan pada masa kini. Reka bentuk laman web memerlukan kemahiran grafik dan kemahiran menggunakan perisian khas laman web. Laman web yang menarik ialah laman web yang ringkas dan mempunyai malumat yang jelas. Laman web terbahagi kepada beberapa jenis antaranya laman komersil, laman bisnes, laman informasi, laman hiburan, laman atau blog peribadi. Laman web boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen dan informasi elektronik yang

dipaparkan di jaringan web yang mengandungi grafik, audio teks dan video. World wide web (www) adalah jaringan laman web (link) yang dapat dilayari oleh setiap pengguna di seluruh dunia. Setiap laman web yang bertalian dikenali sebagai website atau tapak web. Setiap paparan website dimulakan pada titik permulaan yang dimulakan dengan homepage. Ciri-ciri rekabentuk laman web Laman web yang mudah dan cepat dibuka Penggunaan imej yang ringkas Penggunaan butang yang mudah dan menarik

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL34

Warna yang sesuai Saiz bukaan yang standard (640 x480 pixel) Jelas kepada sasaran (audien) Mempunyai maklumat yang padat dan berkesan Menggunakan animasi yang minima Trend reka letak terkini dan tidak padat Butang kawalan yang jelas dan berfungsi dengan baik Contoh-contoh rekaan laman web

4.10 Majalah Majalah merupakan penerbitan berkala, sama ada dwi-mingguan, bulanan, dwibulanan, dwi tahunan dan sebagainya yang berisi bermacam-macam rencana dengan subjek yang pelbagai. Muka

majalah merupakan bahagian hadapan sebuah majalah. Ia mengandungi tipografi dan imej yang menarik. Muka majalah mempunyai tujuan utama iaitu menarik minat pembaca dan pembeli. Pada kebiasaannya, majalah dicetak berwarna dan menggunakan kertas yang lebih bermutu. Majalah secara umumnya boleh didapati di kedai-kedai buku, gerai majalah, pusat beli-belah, pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan sebagainya. Majalah biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL35

Majalah yang mengandungi penerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal. Majalah juga diterbitkan secara dalam talian di internet. Bahkan sesetengah majalah mempunyai kedua-dua versi cetak dan internet sekaligus. Terdapat juga majalah yang hanya mempunyai sama ada dalam versi cetak sahaja atau pun versi internet sahaja. Ciri-ciri Majalah

Menurut Mus Chairil Samani (2000), ciri sesebuah majalah yang baik boleh dibahagikan kepada dua faktor utama yang merangkumi faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman merangkumi ciri-ciri majalah itu sendiri yang mementingkan aspek mesej, gaya bahasa dan persembahan majalah. Manakala faktor luaran menekankan aspek kepakaran tenaga kerja, pengurusan kewangan dan pengiklanan serta promosi dan pengedaran majalah. Diagram muka majalah

Diagram muka majalah adalah skema yang perlu ada pada setiap muka majalah seperti: i) Nama ii) Imej iii) Logo iv)Tarikh v) Harga vi) Kod bar vii) Tajuk utama/ tajuk sampingan

Contoh-contoh Majalah

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL36

4.11 Kad Jemputan Kad jemputan merujuk kepada sekeping krtas atau kad yang dilipat dua, tiga atau dilipat berbagai cara, direka dengan rekabentuk yang kreatif, dengan imej, grafik atau ilustrasi serta muka taip yang menarik. Jemputan bermaksud mengundang, mengajak, atau mempersilakan seseorang datang. Kad jemputan digunakan untuk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL37

Ciri-ciri rekabentuk kad jemputan

i) Warna Warna amat penting terutama dalam pemilihannya. Warna yang lembut adalah sesuai untuk melahirkan minat pengguna. ii) Rupa dan muka taip Terdapat rupa geometri dan rupa organik digunakan dalam membuat kad jemputan. Rupa digunakan sebagai rekaan grafik untuk menghias kad. Muka taip ialah jenis rupa berbentuk huruf, dan ia juga boleh dihasilkan dalam pelbagai gaya iaitu menggunakan font yang bersesuaian dengan tema kad jemputan. Muka taip yang ringkas dan senang dibaca, dan juga muka taip yang berwarna warni atau berkontra dengan latar belakang juga akan menarik perhatian pengguna. Keterbacaan ini akan memudahkan penyampaian maksud sesuatu mesej dalam kad jemputan yang dihasilkan. iii) Reka letak Reka letak dalam kad jemputan merujuk kepada susun atur ayat dalam kad, ilustrasi dan juga bahan-bahan tambahan seperti kolaj (Imej/Teks). Reka letak amat penting untuk memudahkan pengguna memahami mesej yang disampaikan. Dalam kada jemputan, ayat yang ditaip adalah tidak terlalu panjang mahupun padat dan sesak. Kad jemputan yang baik mestilah menggunakan ayat yang ringkas tetapi penuh makna, mempunyai susun atur yang kemas dan ringkas sesuai dengan tema kad tersebut. Contoh-contoh kad jemputan perasaan maaf mahupun meluahkan perasaan gembira, teruja mahupun sedih. Pemiklihan warna yang sesuai mampu menarik

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL38

5.0

Animasi umum, animasi merupakan satu perlakuan yang mana boleh

Secara

menghidupkan sesuatu atau membuatkan sesuatu itu bergerak. Selain daripada itu, menganimasikan pula ialah menggerakkan sesuatu objek itu supaya bergerak atau hidup. Membuat atau melakukan proses animasi merupakan menggerakkan gambar atau lukisan, patung atau objek tiga dimensi dengan kiraan yang pantas agar hasil daripada gerakan tersebut akan membuatkan gambar-gambar tersebut hidup. Definisi Animasi. berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud

Animasi

dihidupkan atau bring to life. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses yang mana dapat menjadikan sesuatu objek atau benda itu kelihatan hidup dan seakan bernyawa. Mengikut kepada Computer Animation Dictionary, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses membentuk ilusi perkataan di dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej. Animasi berasal dari dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk grafik atau komunikasi visual. Animasi juga merupakan gambar yang lahir daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL39

Definisi Filem Animasi

Manusia ingin untuk membuat gambar atau imej yang hidup dan bergerak sebagai perantara daripada pengungkapan atau expression. Perkataan animasi daripada perkataan yang berasal dalam bahasa Inggeris iaitu animation yang diambil daripada kata dasar to animate bermaksud menghidupkan (Wojowasito, 1997). Secara umum, animasi boleh didefinisikan sebagai suatu

kegiatan

untuk

menghidupkan,

menggerakkan

benda

yang

mati

yang

bermaksud suatu benda yang mati jika diberikan dorongan kekuatan, semangat dan emosi akan membuatkan benda tersebut bergerak atau hidup. Sejarah Animasi. seniman dunia yang terkenal iaitu Leonardo da Vinci telah

Seorang

menghasilkan sebuah karya ilustrasi anggota tubuh manusia dalam pelbagai posisi bertajuk Vitruvian Man. Gioto, iaitu seorang seniman Itali juga melukis malaikat atau angle dalam posisi sedang terbang dengan pengulangan pergerakan yang berlainan. Dalam sejarah, sebuah prinsip asas ditemui daripada karektor mata manusia iaitu persistence of vision (teori pengekalan pandangan). Paul Roget, Joseph Plateau dan Pierre Desvigenes berjaya membuktikan bahawa mata manusia cenderung untuk merakam urutan gambar-gambar pada jarak masa tertentu sebagai suatu pola pengekalan dengan melalui peralatan optik yang mereka cipta. Gua Lascaux di Sepanyol Utara yang berusia 200,000 tahun lebih memaparkan pergerakan binatang seperti khinzir atau kuda digambarkan dengan lapan kaki dalam posisi yang berbeza dan bertindih-tindih. Orang-orang pada zaman itu menganimasikan pergerakan gambar binatang pada dindingdinding gua tersebut. Orang Mesir Kuno pada sekitar tahun 2000 sebelum Masihi menghidupkan gambar mereka dengan melakarkan gambar-gambar pada dinding Piramid sebagai satu hiasan dinding. Lukisan Jepun Kuno pula memperlihatkan suatu jalan cerita yang kelihatan hidup dengan melukiskannya di atas satu gulungan kertas yang panjang.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL40

Ilustrasi pada dinding Piramid.

Ilustrasi dinding di Gua Lascaux, Sepanyol Utara. Sejarah Filem Animasi.

Humorous Phases of Funny Faces (1906) yang dihasilkan oleh seorang kartunis surat khabar iaitu J. Stuart Blackton iaitu salah seorang pemilik syarikat Vitagraph Company yang mana menghasilkan filem animasi terawal. Filem kartun tersebut merupakan filem kartun terawal yang menggunakan kaedah single frame dan dipaparkan dalam 20 frame sesaat. Di dalam filem tersebut juga, terdapat dua bentuk wajah dilukis dengan menggunakan kaedah lukisan iaitu teknik garisan atau line drawing yang mana telah dianimasikan pada sebuah papan hitam. Kedua-dua bentuk muka animasi tersebut dilakarkan dengan karektor yang sedang tersenyum dan mengenyit mata. Manakala karektor pada bentuk wajah satu lagi adalah orang sedang menghisap curut sambil menghambuskan asap terhadap wajah karektor wanita. Karektor seorang lagi merupakan karektor seorang badut sedang membawa anjing untuk melompat menembusi gelung. Seorang pembuat filem bioskop yang berasal dari Perancis merupakan pencetus awal kepada perkembangan teknik filem animasi.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL41

Pada tahun 1908, Emile Cohl seorang warga Perancis telah membuat sebuah filem animasi secara sederhana. Rangkaian gambar-gambar black-line tersebut dihasilkan di atas lembaran putih serta dimasukkan ke dalam negatif filem sehingga figura yang kelihatan menjadi warna putih dan latar belakangnya menjadi warna hitam. Di Amerika Syarikat pada tahun 1909, Winsor McCay membuat filem animasi bertajuk Gertie The Dinosaur. Bentuk di dalam filem tersebut berwarna hitam dan berlatarbelakangkan warna putih. Di dalam filem McCay, beliau menggunakan 16 kali pergerakan pada satu saat. Awal tahun 1920-an pula iaitu tahun 1913, seorang pelukis animasi Amerika Syarikat mula mengembangkan teknik di dalam filem animasi. Max Fleischer mengembangkan filem animasi bertajuk Ko Ko The Clown. Pat Sullivan pula membuat filem bertajuk Felix The Cat. Fleischer dan

Sullivan telah memanfaatkan teknik animasi sel iaitu lembaran tembus pandang daripada bahan seluloid atau celluloid yang disebut sebagai cell. Pada tahun 1919, Lotte Reineger daripada Negara jerman

mengembangkan dunia animasi dalam bentuk bayangan. Tahun 1930-an pula, Bertosch daripada Perancis pula mewujudkan filem animasi potongan dengan bentuk yang berasal daripada potongan-potongan kayu. Mengikut sejarah, perintis awal kepada seni animasi ini ialah para pelukis komik di dalam surat khabar pada zaman 1980-an. George Pal daripada negara Belanda telah menggunakan patung sebagai figura dalam filem animasi pendek pada tahun 1934. Pada tahun seterusnya, Alexander Ptuhshko dari Rusia menghasilkan filem animasi patung dengan jangka masa waktu yang panjang yang bertajuk The New Gulliver. Pada tahun yang sama, Len Lye dari Kana da mencipta filem berwarna bertajuk Colour of Box. Teknik filem animasi berkembang sekitar tahun 1930-an dan menjadi tahun terpenting dalam dunia filem animasi. Bermula tahun 1928-1940-an, filem animasi bersuara dirintis oleh

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL42

syarikat konglomerat terkenal iaitu Walt Disney. Contoh filem animasi yang dihasilkan mereka ialah Mickey Mouse, Donald Duck dan Silly Symphony. Filem animasi berwarna pertama yang dihasilkan oleh Walt Disney pada tahun 1931 bertajuk Flower and Trees. Pada tahun 1938 pula, Walt Disney melancarkan filem animasi kartun panjang pertama yang bertajuk Snow White and Seven Dwarfs.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL43

Humorous Phases of Funny Faces Sejarah Awal Penerbitan Animasi.

Sebelum wujudnya teknologi digital dan juga animasi menerusi penggunaan filem, teori pengekalan pandangan telah lama diaplikasikan di dalam penghasilkan kesan animasi pada suatu masa dahulu. Terdapat beberapa teknik atau teknologi yang telah digunakan bagi menghasilkan kesan animasi yang berkesan dan berjaya. i) Kineograph. Kineograph atau flip book adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan ilusi dengan menggerakkan gambar dengan satu tahap masa yang ditentukan. Flip book adalah sebuah buku yang mempunyai

beberapa helai muka surat yang mana mengandungi imej yang sama tetapi memiliki pergerakan yang berbeza. Apabila helaian tersebut dibuka dengan satusatu masa yang pantas, imej yang berada di dalam helaian tersebut akan kelihatan seperti bergerak dan timbul. ii) Thaumatrope (1825). Thaumatrope merupakan satu cara untuk membentuk animasi secara klasik yang hanya menggunakan kertas. Di dalam cara ini, hanya dua helai kertas yang

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL44

perlu digunakan. Imej yang berada di dalam dua helai kertas tersebut adalah berbeza pada sisi yang berlawanan. Sebagai contoh, apabila kita mahu membuat seekor burung seperti berada di dalam sangkar, imej seekor burung dilukiskan di atas sehelai kertas dan sehelai kertas lagi dilukis dengan sebuah sangkar. Kemudian, dua helai kertas tersebut digabungkan dan diikat dengan tali. Apabila kertas yang sudah mempunyai imej itu diputar dengan laju, maka imej seekor burung dan sebuah sangkar itu akan bersatu dan membuatkan gambar tersebut seakan hidup.

Contoh Thaumatrope. iii) Phenakistiscope (1830). Phenakistiscope adalah merupakan alat animasi terawal sebelum Zeotrope. Alat tersebut telah dihasilkan dan direka cipta pada tahun 1831 yang disimulasikan oleh Belgian Joseph Plateau dan seorang warga Austria iaitu Simon von Stampfer.

Cara ini mempunyai beberapa kepingan cakera yang mengandungi siri imej yang berurutan.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL45

Contoh Phenakistiscope. iv) Zeotrope (1834). Zoetrope telah dicipta oleh William Horner yang berasal daripada negara England. Alat tersebut berfungsi berasaskan kepada prinsip kerja yang sama dengan alat bernama Phenakistiscope. Pada alat tersebut, beberapa siri imej yang berbeza telah diletakkan dan mempunyai kesan potongan

pada sekeliling dan dipasang pada satu alat pemutar yang boleh diputarkan.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL46

Contoh Zeotrope. v) Praxinoscope (1877). Praxinoscope merupakan alat yang digunakan dalam dunia awal animasi yang mana dihasilkan oleh Charles Emile Reynaud dari Perancis. Alat tersebut berkonsepkan kepada konsep kerja yang diperkenalkan oleh zoetrope dan phenakistiscope.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL47

Contoh Praxinoscope.

vi) Zoopraxiscope (1877). Setelah teknologi fotografi diperkenalkan, teknologi animasi semakin

berkembang. Alat tersebut telah dicipta oleh Eadweard Muybridge yang mana beliau menggunakan gambar foto yang disusun secara membulat pada plat kaca yang diputarkan. Antara contoh animasi yang menggunakan alat ini ialah siri pergerakan kuda yang sedang berlari.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL48

Contoh Zoopraxiscope.

Teori

Teori Pengekalan Pandangan (Persistence of Vision). ini memberikan gambaran bahawa retina pada mata kita boleh

mengekalkan imej pada nisbah satu per sepuluh sesaat sebelum memproses imej yang seterusnya. Peter Roget dalam artikelnya pada tahun 1824 menghuraikan bahawa ilusi pergerakan boleh berlaku apabila wujud imej yang dilihat pada mata manusia. Teori pengekalan pandangan ini juga boleh membantu dalam mencipta dan digunakan dalam menghasilkan beberapa patung optikal yang wujud sebelum di dalam filem.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL49

Teori Pengekalan Pandangan (Persistence of Vision) Prinsip Asas Animasi

Squash and stretch aksi dalam animasi yang menampakkan ilusi berat dan nilai terhadap watak yang bergerak dan digunakan ketika watak sedang berdialog dengan ekspresi wajah yang pelbagai.

Anticipation aksi sebelum berlakunya perbuatan. Sebagai contoh, permulaan untuk berlari, melompat atau ketika menggambarkan perubahan ekspresi wajah.

Staging setiap aksi yang dilakonkan seharusnya jelas berkomunikasi dengan penonton sama ada daripada segi watak, mood watak dan juga reaksinya. Latar belakang kedudukan watak seharusnya tepat dan juga bersesuaian.

Straight ahead iaitu aksi kepada aksi animasi yang mana ia berkaitan dengan melukis lukisan pertama hingga lukisan seterusnya. Namun begitu, terdapat kelemahan kerana akan berlaku kehilangan saiz nilai dan juga komposisi. Kelebihannya pula, lukisan akan kelihatan lembut dan menjadi lukisan utama atau key drawing.

Follow through and overlapping action memberikan maksud iaitu aksi yang berlapis. Apabila watak utama berhenti bergerak tetapi pada bahagian yang lain tetapi pada badan watak masih terus bergerak. Sebagai contoh, tangan, rambut, pakaian, ekor dan sebagainya.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL50

Slow out and slow in pergerakan secara perlahan atau lembut yang mana lukisan kurang dengan pergerakan yang pantas.

Arcs merupakan garisan melengkung yang digunakan sebagai panduan lukisan atau guide.

Secondary action pergerakan yang wujud selain daripada watak utama. Sebagai contoh, watak yang sedang berlari dengan rambut yang juga sedang bergerak.

Timing and motion jarak dan masa yang dirangka untuk menghasilkan lukisan animasi supaya pergerakan yang dibuat kelihatan lebih semulajadi dan menarik.

Exaggeration aksi yang melampau dan juga tidak masuk akal. Solid drawing seorang pereka animasi yang baik harus memahami prinsip asas seni. Sebagai contoh, bentuk, rupa, ruang dan sebagainya. Maka, akan dapat menghasilkan lukisan yang mantap.

Appeal or commercial esthetica setiap watak yang dicipta seharusnya mempunyai karisma dan juga daya penarik. Di samping itu, watak animasi yang dicipta juga harus mempunyai nilai komersial dan juga nilai estetika yang tersendiri.

i.

Gaya Animasi Lukisan tangan.

Lukisan tangan memberikan maksud iaitu lukisan yang dihasilkan pada kertas yang mana proses tersebut ialah merakam sesuatu secara beriringan untuk memaparkan pergerakan. Cara tersebut sebagai satu ujian pensel dan selepas itu ialah pembersihan. Penggunaan dakwat dan warna diaplikasikan ke dalam lukisan tersebut dengan mereka komposisi ke atas semua lapisan dan latar belakang dan rakaman ke atas filem di dalam satu frame pada satu-satu masa.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL51

Contoh lukisan yang dihasilkan. ii) Stop-motion. Gaya animasi ini pula ialah menganimasikan sebuah model dan merakamkan posisi yang berbeza pada setiap frame yang ada. Gaya animasi ini juga merupakan salah satu teknik untuk

memanipulasikan watak supaya dapat bergerak dengan sendiri. Ilusi akan berlaku apabila pergerakan dimainkan dalam beberapa masa yang ditetapkan.

Contoh animasi stop-motion. iii) Animatronics. Gaya animasi ini pula ialah gaya yang dikawal oleh komputer yang mana boleh digerakkan pada masa yang nyata. Komponen mekanikal dan elektronik yang disalut dengan kulit sintetik dapat digerakkan dengan menggunakan enjin. Secara umum, animatronics digunakan dalam pembikinan filem malah boleh juga digunakan di taman tema dan bentuk lain untuk hiburan.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL52

Contoh gaya animatronics. Persembahan animasi.

Gaya animasi ini pula biasanya dikaitkan dengan patung atau puppetry. Pelakon ditugaskan untuk mengawal karektor animasi yang akan dilakonkan agar kelihatan seperti hidup walaupun pada

dasarnya apa yang dilakonkan itu adalah watak kartun. Kebiasaannya, patung direka khas dengan watak yang ingin disampaikan dan juga lengkap dengan memakai baju atau suit.

Contoh persembahan animasi.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL53

Karektor animasi.

Animasi gaya ini adalah satu bentuk animasi paling berkualiti tinggi yang mana karektor tersebut dapat menghidupkan karektor yang sebaliknya iaitu khayalan atau virtual. Beberapa pembangun kepada karektor animasi ini ditugaskan dengan pengawalan pergerakan karektor, melancarkan perjalanan pergerakan karektor serta menambah perberakan sekunder pada karektor. Animasi seperti ini dibina dengan gabungan teknik inverse dan forward kinematics dan juga motion capture.

Contoh karektor animasi

Kesan khas animasi.

Kesan khas animasi ini biasanya seperti menghidupkan semula fenomena semulajadi seperti api, asap, angin, habuk, air dan pelbagai bentuk salji dan laut, kilat, baying-bayang dan sebagainya. Namun begitu, penghasilan kesan khas tersebut perlu disesuaikan dengan latar belakang filem atau jalan cerita tersebut. Teknik yang memberikan peluang kepada pereka animasi untuk mengawal kepelbagaian unsur masa seperti sistem partikel dan simulasi dinamik.

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL54

Contoh kesan khas animasi Kesan visual dan aksi langsung animasi.

Animasi kesan visual untuk aksi secara langsung adalah lengkap secara visual yang dipadankan dengan pergerakkan, warna, pencahayaan, perspektif dan keadaan yang sebenar. Kesan ini juga menarik kerana digabungkan dengan aksi yang disediakan dengan pereka sinematografi. Genre Animasi.

i) Aksi dan pengembaraan. Genre ini mengandungi banyak aksi, plot cerita yang mendebarkan dan pada kebiasaannya mempunyai satu hala tuju yang utama. Selain daripada itu, genre ini juga mempunyai beberapa

orang watak iaitu watak hero, heroin dan juga sekumpulan wira dan termasuk filem yang berdasarkan kepada buku komik seperti aksi kejar-mengejar kereta, perisikan dan lain-lain. Perwatakan juga diberikan dengan jalan cerita yang pantas, mempunyai aksi yang banyak dan pergerakan yang menuju kepada

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL55

sesuatu tujuan seperti mencari harta karun atau melarikan diri daripada penjenayah. ii) Komedi. Di bawah genre komedi ini, terdapat beberapa jenis komedi yang lain iaitu seperti komedi tradisional dan juga komedi romantik. Genre ini menggunakan situasi dan juga kelebihan sesuatu dalam rangka cerita untuk menghasilkan unsur jenaka atau humor. Lazimnya, hasil respon atau tindak balas manusia terhadap pelbagai perkara yang mengaitkan dengan kehidupan seharian manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan juga kerenah. iii) Drama. Genre drama biasanya bercorak sejarah, epik, barat, timur, fantasi, fiksyen sains dan juga sukan. Sebahagian daripada drama agak sukar untuk ditakrifkan sebagai genre drama kerana sifatnya yang seakan-akan menjurus kepada genre yang lain. Lazimnya, genre ini agak kurang dengan karektor tetapi sarat dengan plot dan juga lokasi termasuk apabila filem akan dimainkan. Kebanyakan filem animasi yang termasuk dalam genre ini dihasilkan untuk kategori sukan dan drama yang menjurus kepada personality dan memaparkan kehidupan seseorang. iv) Seram Genre ini mempunyai nama lain iaitu thriller. Genre yang mengarahkan kepada audien supaya tertanya-tanya dan mewujudkan perasaan untuk ingin tahu. Genre ini juga akan mewujudkan satu perasaan yang menyeramkan dan juga suspen dengan matlamat sebagai satu tujuan. Selain daripada itu, genre ini mengkhususkan untuk mewujudkan perasaan takut, terkejut dan tidak percaya. Genre ini juga melibatkan benda-benda tahyul seperti hantu, puaka, makhluk halus, makhluk asing, syaitan, iblis dan apa sahaja watak yang menjurus kepada wujudnya situasi yang menyeramkan. v) Fiksyen sains atau fantasi Genre fiksyen seperti ini termasuk di dalam epik dan juga fantasi. Genre ini mengandungi dunia fantasi dan boleh juga bergabung dengan dunia realiti. Di dalam genre ini, kemungkinan besar untuk

SSP 3053

REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL56

melihat haiwan yang aneh dan jalan cerita yang mustahil adalah tinggi dan kadang-kadang tidak terfikir dalam fikiran manusia secara realitinya. 6.0 Penutup

Bidang rekabentuk grafik mempunyai peranan yang sangat penting dalam perkembangan dan kemajuan kepada kehidupan seharian manusia. Ia adalah suatu bidang yang menggabungkan segala fungsi visual dengan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang menarik, mempunyai nilai estetik yang tinggi disamping membina suatu ruang yang kondusif iaitu melalui konteks persekitaran dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai