Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahan: (lebih kurang 25 biji bahulu) 5 biji kuning telur 4 biji putih telur 250 gm gula 300 gm tepung

gandum 1/2 st soda bikarbonat- ayak bersama tepung gandum 175 ml air sprite/ 7Up/ aiskrim soda 1.2 st esen vanilla sedikit pewarna merah dan hijau Cara membuatnya: 1. Panaskan pengukus dan didihkan airnya. Sediakan acuan apam. (dalam resepi katanya guna mangkuk kertas, tapi tak disebut pulak kena masukkan dalam acuan atau tidak. Tak yakin, K.An guna acuan lagi senang) 2. Pukul telur, gula, esen vanilla hingga kembang. Setelah kembang masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air soda/ sprite. Gaul rata. 3. Asingkan 5 sudu besar adunan dan warnakan. Sudukan adunan tidak berwarna dan yang berwarna ke dalam acuan seperti dalam gambar. 4. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga kuih masak Tekstur bahulu ni agak berat walaupun kembang juga setelah dikukus. Makan 2, 3 ketul dah kenyang. Anak K.An yang kecik sekali suka sangat kuih ni berbanding kakak-kakaknya yang lain yang lebih sukakan bahulu bakar. (takle membazir buat...)

Anda mungkin juga menyukai