Anda di halaman 1dari 2

8.3 Punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

1.Asap dari kilang perindustrian Bandar ini mempunyai beberapa kawasan zon perindustrian seperti Zon Perindustrian Kelemak,Zon Perindustrian Rembia dan Zon Perindustrian Hicom-Honda.Pencemaran ini berlaku apabila kilang-kilang melepaskan gas karbon monoksida,nitrogen oksida,hidro karbon,sulfur oksida dan bau-bauan.Kilang-kilang yang menyebabkan pencemaran udara seperti kilang kertas,kilang sarung tangan dan kilang tayar. 2.Asap dari kenderaan bermotor Pencemaran udara juga disebabkan oleh kenderaan seperti lori dan kereta.Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan membawa kesan buruk kepada alam sekitar.Karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi juga boleh menipiskan lapisan ozon. 3.Penbakaran terbuka Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan saya jalankan selama seminggu,saya dapati masih ramai penduduk di Alor Gajah yang melakukan pembakaran sampah secara terbuka.Pembakaran terbuka dilakukan di sekitar Alor Gajah seperti pasar dan kawasan perindustrian di Alor Gajah. 4.Sampah-sarap Sampah-sarap juga salah satu punca pencemaran alam sekitar di Alor Gajah.Sampah-sarap boleh menyebabkan kawasan tersebut menjadi kotor dan busuk seperti di pasar dan kawasan perindustrian di Alor Gajah.

Saya bersyukur kerana pencemaran udara berlaku di Alor Gajah tidak terlalu serius berbanding dengan pencemaran udara di bandar besar Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai