Anda di halaman 1dari 5

Pilih penulisan angka / lambang bilangan yang betul dalam ayat di bawah.

1. Ahmad menonton drama itu sampai tiga kali. 2 Ayah memesan tiga ratus telur ayam.
3. Sani berjaya mengumpul tiga ratus lapan puluh satu mata

dalam pertandingan itu.


4. 98 orang memberikan persetujuan, 15 suara tidak bersetuju dan

5 orang tidak mengundi.

5. Lima belas orang terkorban dalam kemalangan itu. 6. 15 orang terkorban dalam kemalangan itu. 7. Profesor Ghazali mengundang 250 orang tetamu. 8. Dua ratus lima puluh orang tetamu diundang oleh Profesor

Ghazali.
9. Kerajaan baru sahaja mendapat pinjaman sebanyak 250 juta

ringgit

10.

Kerajaan baru sahaja mendapat pinjaman sebanyak 250 000 000 ringgit. Di dalam almari itu tersimpan 80 (lapan puluh) buah buku. Saya lampirkan resit terima sejumlah $999.00 (Ringgit sembilan ratus sembilan puluh sembilan sahaja.

11. 12.

PENULISAN ANGKA DAN LAMBANG BILANGAN

1. Lambang bilangan yang dapat dinyatakan dengan satu atau dua kata ditulis dengan huruf kecuali jika beberapa lambang bilangan digunakan secara berurutan seperti dalam pemerincian dan pemaparan. 2. Lambang bilangan pada awal ayat ditulis dengan huruf. Jika perlu, susunan ayat diubah sehingga bilangan yang tidak dapat dinyatakan dengan satu atau dua kata tidak terdapat lagi pada awal ayat. Contoh : Tujuh belas orang terkorban dalam kemalangan itu. Bukan : 15 orang terkorban dalam kemalangan itu. Pak Sako mengundang 250 orang tetamu. Bukan : 250 orang tetamu diundang oleh Pak Sako : Dua ratus lima puluh orang tetam diundang oleh Pak Sako. 3. Angka yang menunjukkan bilangan yang besar dapat dieja sebahagian supaya lebih mudah dibaca. 380 ribu juta 4. Kecuali dalam dokumen rasmi seperti akta, undang-undang, bilangan tidak perlu ditulis dengan angka dan huruf sekaligus dalam teks. 5. Jika bilangan dilambangkan dengan angka dan huruf, penulisannya harus tepat. $ 888 (Ringgit lapan ratus lapan puluh sahaja) 6. Penulisan lambang bilangan yang mendapat akhiran -an ditulis seperti berikut tahun 50-an atau tahun lima puluhan wang 5000-an atau wang lima ribuan Ayat Dasar Ayat Dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Frasa Nama + Frasa Nama Shamsuddin + peguam Frasa Nama + Frasa Kerja Ibu mereka + sedang bekerja Frasa Nama + Frasa Adjektif Anak itu + sihat Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Pejabat saya + di Universiti Multimedia Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Contoh : Dia ke Kuala Lumpur pagi tadi. Ke Kuala Lumpur dia pagi tadi. Anak itu diciumnya. Diciumnya anak itu. Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya. Jenis-jenis Ayat 1. 2. 3. 4. Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

Ayat Penyata Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan, memberi keterangan tentang sesuatu hal. Contoh : Dia pensyarah Ahmad sedang tidur Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya tanpa kata tanya (b) Ayat tanya dengan kata tanya
(a)

Contoh : Adik masih menangis ? Kereta Kenari itu cantik ? Contoh : Apakah benda itu ? Benda itu apa ? Siapa gurunya ? Gurunya siapa ? Ayat Perintah Ada empat jenis iaitu : Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan Ayat Suruhan Contoh : Keluar dari bilik ini ! Awak siapkan kerja itu sekarang. Ayat Larangan Contoh : Jangan duduk di sini Usah ditanyakan siapa orang itu.

Ayat Silaan Contoh : Sila datang ke rumah saya. Jemput minum. Ayat Permintaan Contoh : Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. Tolong tutup pintu itu. Ayat Seruan Contoh : Amboi, garangnya! Aduh, bisanya tikamanmu itu!

Anda mungkin juga menyukai