Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Kibod?

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15.

GAMBAR 1 Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa..

GAMBAR 2

Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.

Jenis-Jenis Kibod Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik.Dengan ini terhasillah berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula. Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri. Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya. http://cikgumuzik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=179&Itemid=203&li mitstart=1