Anda di halaman 1dari 28

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,Mengkuang,Bukit Mertajam, Pulau pinang.

AG D1311 D2 PENDIDIKAN ISLAM TERAS

NAMA PELAJAR NO I/C KUMPULAN

:MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD ASRI :930623-03-5949 :1 PPISMP(SEJARAH)

NAMA PENSYARAH:USTAZAH SITI AISYAH BINTI ASHAARI NAMA M.P :AG D1311 D2 PENDIDIKAN ISLAM TERAS

TARIKH SERAHAN :26 JULAI 2011

H L M

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .. ama enulis : .. Tarikh : ..

Penghargaan Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah,saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas limpah dan rahmat-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad S.A.W,kaum keluarga serta para sahabat. Moga mereka sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Di sini, saya juga ingin mengucapkan berjutaan terima kasih khususnya kepada pensyarah subjek ini, Ustazah Siti Aisyah Binti Ashaari, di atas tunjuk ajar,panduan serta komen-komen yang membina yang diberikan beliau.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya secara langsung dan tidak langsung .Jasa mereka tidak akan saya lupa sampai bila-bila.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak berkorban membesarkan saya serta memberi didikan yang sempurna kepada saya bagi menjamin kejayaan di masa hadapan. Sepanjang proses pernyempurnaan tugasan yang diberikan, saya telah mendapat pelbagai maklumat yang berfaedah khususnya maklumat tentang tajuk tugasan yang diberikan kepada saya. Pencarian maklumat tentang tajuk ini sedikit sebanyak telah memberikan pengalaman baru serta panduan yang amat berguna kepada saya pada masa akan datang.

I i K ndung n T ju Halaman Pengak an Penghargaan ... bjekti .. . . . . . Pendahuluan Konsep thaharah dan bahagiannya Wuduk dan bahagiannya Mandi dan bahagiannya. Tayammum dan bahagiannya Mu ur t

ampiran Bibliografi Kesimpulannya

Obj

if t y k ilm i s c r l rk it i j is j t is i m r . t m j w l y k r y ki l mt t it t r s rt m t i

y rk it y m y

rs ci s rt

rs ci i i. k l ti l w k,t y mm m rk it t r k ti k -ti i m t j k it . ivi m slim. i l i y ki

t m l ks t t is ik

1.0

Pendahuluan Di antara beberapa istilah yang menunjukkan pada pengertian kesucian

dapat ditakrifkan dengan istilah lain seperti baraah, tazkiyah, nadlafah, dan thaharah. Akan tetapi para ahli feqah menggunakan istilah yang lazim dalam alQuran, yaitu thaharah untuk menunjuk masalah ajaran kesucian yang berhubungan dengan ibadah khusus (mahdliyah). Secara bahasa thaharah berasal dari bahasa Arab yang berarti suci atau bersih, baik itu suci dari kotoran lahir maupun kotoran batin berupa sifat dan perbuatan tercela. Cara mensucikan kekotoran zahir dengan membersihkan diri, pakaian dan tempat dari segala kotoran (najis) dan hadas. Sedangkan cara mensucikan batin dengan bertaubat dari segala noda dosa dan penyakit hati yang menjauhkan manusia dari Tuhannya(ALLAH).Sedangkan secara istilah, thaharah adalah bersuci dengan cara-cara yang telah ditentukan oleh syara iaitu mensucikan diri dari najis dan hadas yang menghalang solat dan ibadah-ibadah sejenisnya dengan air, debu, atau batu.

Konsep Thaharah  Merujuk kepada masalah ajaran kesucian yang berkaitan dengan ibadah khusus(mahdliyah).  Dari segi bahasa thaharah berasal dari perkataan arab yang membawa maksud suci atau bersih,baik dari segi zahir atau batin .  Pengertian ini dapat dilihat dalam penegasan al-quran,misalnya dalam surah asy-syams:9-10;

(9)

(10)

Ertinya: Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Allah SWT menerangkan, bahawa sangat beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya dan memupuknya sehingga dapat mencapai kesempurnaan akal dan perbuatan yang membuahkan kebaikan untuk dirinya dan orang lain. Dan sebaliknya orang tidak beruntung ialah orang yang merugikan dan menjatuhkan diri ke dalam jurang kebinasaan disebabkan melakukan perbuatan maksiat dan menjauhkan amal kebaikan dan akan mendapat siksaan di akhirat nanti.  Pengertian ini juga dapat dilihat dalam ayat al-quran iaitu dalam surah albaqarah:2/222;

Ertinya; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah Suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. Allah Taala memberitahukan kepada mereka tentang pertanyaan mereka tentang haid, apakah wanita setelah haid keadaannya sama seperti sebelum ia haid? Ataukah harus dijauhi secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi? Maka Allah Taala mengabarkan bahwa haid itu adalah kotoran, maka apabila itu adalah kotoran pastilah merupakan suatu hikmah bahawa Allah Taala melarang dari kotoran itu sendiri. Kerana itu Allah Taala berfirman, { } Hendaklah kamu

menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, ertinya, tempatnya haid. Maksudnya, berjima di kemaluannya khususnya, kerana hal itu haram hukumnya menurut ijma. Pembatasan dengan kata menjauh pada tempat haid menunjukkan bahawa bercumbu dengan isteri yang haid, menyentuhnya tanpa berjima pada kemaluannya adalah boleh, akan tetapi firman-Nya, { } Dan janganlah kamu mendekati

mereka, sebelum mereka suci, menunjukkan harusnya meninggalkan mencumbu bahagian yang dekat dengan kemaluan, yaitu bagian di antara pusar dan lutut, sebagaimana Nabi shallallahu alaihi wasallam melakukannya, bila beliau akan

mencumbu isterinya pada saat isterinya itu sedang haid, beliau memerintahkan kepadanya untuk memakai kain lalu beliau mencumbunya. Batasan waktu menjauhi dan tidak mendekati istri yang haidh adalah, { } sampai mereka suci, yaitu, darah mereka telah berhenti, maka apabila darah mereka telah berhenti, hilanglah penghalang yang berlaku saat darah masih mengalir. Syarat kehalalannya ada dua, terputusnya darah, dan mandi suci darinya. Ketika darahnya berhenti lenyaplah syarat pertama hingga tersisa syarat kedua. Maka oleh karena itu Allah berfirman, { telah mandi, { } Apabila mereka telah suci, maksudnya mereka } maka campurilah mereka itu di tempat yang

diperintahkan Allah kepadamu, yaitu pada kemaluan depan dan bukan lubang bahagian belakang, kerana bahagian itu adalah tempatnya bersenggama, ayat ini merupakan dalil atas wajibnya mandi bagi seorang wanita yang haid dan bahawasanya terputusnya darah adalah syarat sahnya mandi. Dan tatkala larangan tersebut merupakan kasih sayang dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya dan pemeliharaan dari kotoran, maka Allah berfirman, { }Sesungguhnya Allah menyukai

orang-orang yang bertaubat yaitu dari dosa-dosa mereka secara terus menerus, { } dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri, yaitu, yang bersuci dari dosa-dosa, dan ini merangkumi segala macam bersuci dari yang bersifat material seperti dari najis mahupun hadas. Ayat ini juga menunjukkan disyariatkannya bersuci secara mutlak, karena Allah Taala menyukai orang-orang yang bersifat dengannya . Itulah sebabnya, bersuci secara mutlak adalah syarat sahnya Shalat, thawaf dan bolehnya menyentuh mushaf. Juga

bersuci secara maknawi seperti (mensucikan diri) dari akhlak-akhlak yang hina, sifatsifat yang rendah dan perbuatan-perbuatan yang kotor. Hukum Thaharah  Thaharah hukumnya wajib berdasarkan al-quran dan as-sunnah.  Allah berfirman di dalam al-quran iaitu dalam surah al-maa-idah:5-6

Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[403] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[404] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan

menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

Jenis Thaharah -thaharah haqiqiyah, (bersuci) dari najis -thaharah hukmiyah, (bersuci) dari hadas

Cara bersuci dari najis adalah membersihkannya dengan air suci secukupnya sampai hilang dzat (bendanya), warna, rasa, dan baunya, baik dari badan dari kain mahupun tempat, terutama kain dan tempat yang akan digunakan untuk ibadah .Air yang dapat digunakan untuk bersuci adalah air yang suci pada dzatnya dan dapat menyucikan yang lainnya. Ia adalah air yang masih dalam keadaan asli. Baik turun dari langit seperti hujan, salju, embun maupun mengalir di atas tanah seperti air sungai, sumur, laut, atau air hasil penyulingan. Inilah air yang sah dijadikan bahan bersuci dari hadas dan najis.

Hadas terbahagi kepada dua, iaitu hadas kecil dan hadas besar. Hadas kecil terjadi kerana tidak berwuduk atau batal wuduk. Maka cara menghilangkannya adalah dengan berwuduk. Hadas besar terjadi kerana : karena keluar mani atau bersetubuh dengan isteri. Maka cara menyucikannya adalah dengan mandi (meratakan air keseluruh tubuh) atau, bagi mereka yang tidak boleh terkena air ,mereka boleh melakukannya dengan cara bertayamum. Alat Thaharah 1. Air 2. Debu

3. Batu 4. Benda padat lain

1. Air Air merupakan perkara utama dalam thaharah. Oleh itu, sebelum seseorang menggunakan alat bersuci yang lain seperti debu, batu atau benda padat lain, kita terlebih dahulu dituntut untuk menggunakan air sebagai alat

thaharah. Air yang dapat digunakan untuk bersuci adalah; a) air mutlaq- air yang suci lagi mensucikan terhadap yang lainnya. Yang tergolong dalam jenis air ini adalah air mata air, air sungai, zamzam (HR. Ahmad dari Ali), air hujan (Q.S. alAnfal/8:11; al-Furqan/25:48), air salju, air embun (HR. Jamaah, kecuali Tirmidzi, dari Abu Hurairah), air laut (HR. Imam yang lima dari Abu Hurairah).Air sungai ataupun air danau atau air telaga yang telah berubah warnanya akibat terlalu lama menggenang, seperti berubah kehijau-hijauan akibat terlalu banyaknya ganggang, atau lumut tetap suci dan mensucikan. Akan tetapi bila perubahan tersebut diakibatkan oleh bercampurnya barang najis, maka air tersebut tidak dapat digunakan untuk bersuci. 2. Debu yang suci dan kering. Debu ini bisa terletak di tanah, pasir, tembok, atau dinding. 3. Batu atau benda padat lainnya, selain tahi dan tulang. Misalnya; daun kertas tisu, dan semacamnya, digunakan khususnya ketika tidak ada air. Apabila ada air yang bisa digunakan bersuci, maka disunnahkan untuk lebih dahulu menggunakan air tersebut.

Wuduk  Wuduk bererti perbuatan membasuh @ menyapu anggota badan yang tertentu dimulai dengan niat kerana allah S.W.T.

Hukum Wuduk

Ertinya:'Tidak sah shalat seseorang yang tidak berwudlu, dan tidak sempurna wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah.'(HR Ibnu Majah) a) WAJIB I. II. III. IV. V. VI.  Solat Tawaf Menyentuh al-quran Sujud tilawah Sujud syukur Membaca khutbah jumaat

Hukum wajib berwuduk dijelaskan dalam ayat al-maidah:6

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki. b) SUNAT I. Ketika hendak tidur

II. III.

Ketika hendak memasuki masjid Ketika marah

Rukun Wuduk  Niat-niat ketika air sampai ke muka.  Membasuh muka-bermula tempat tumbuh rambut di dahi higga ke dagu dan daripada anak telinga kiri hingga kanan.  Membasuh kedua-dua tangan bermula dari hujung jari hingga ke siku.  Menyapu sebahagian kepala.  Membasuh kedua-dua belah kaki.  Tertib Syarat Sah Wuduk a) Islam b) Mengetahui perkara-perkara yang menjadi rukun wuduk. c) Suci dari haid dan nifas d) Tidak ada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit anggota Perkara Yang Membatalkan Wuduk y y y y y Keluar sesuatu daripada qubur @ dubur Hilang akal Tidur yang tidak tetap punggugnya Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik

Cara-Cara Berwuduk y Langkah pertama, membaca Allah. y Langkah kedua, adalah berkumur, mengisap air, dan menyemburkannya. Adapun caranya adalah; gabungkan kedua telapak tangan dengan dengan niat yang ikhlas kerana

menumpukkan yang kanan di atas yang kiri untuk menampung air, lalu berkumur dari takungan air itu dengan telapak tangan sebelah kanan dan menghisap sebagian air itu serta mengeluarkannya dari hidung dengan cara menekankan ibu jari dan telunjuk tangan kiri, sebanyak tiga kali, dan sempurnakanlah dalam berkumur dan mengisap air apabila tidak sedang berpuasa. y Langkah ketiga, membasuh seluruh muka tiga kali bermula pangkal dahi, pangkal telinga, kedua mata, dan yang berjanggut, hendaklah mengusap janggut, dan menyela-nyelainya dan lakukan tiga kali, sebagaimana Hadits riwayat Muttafaq alaih dari Humran di atas. Lebihkanlah dalam membasuh muka dengan digosok. y Langkah keempat, membasuh atau mencuci kedua tangan beserta kedua siku dengan menggosoknya tiga kali. y Langkah kelima, mengusap kepala dilakukan dengan menjalankan dua telapak tangan dari ujung muka kepala hingga tengkuk, dan mengembalikan kedua telapak tangan itu seperti semula. Setelah itu, mengusap kedua telinga; sebelah luarnya dengan dua ibu jari, sedangkan sebelah dalamnya dengan kedua telunjuk. Mengusap kepala dan telinga ini satu rangkaian tanpa membasahi lagi

telapak tangan untuk mengusap telinga dan semua itu dilakukan cukup satu kali saja. y Langkah keenam, membasuh kedua kaki serta kedua mata kaki dengan menggosoknya sebanyak tiga kali dengan mendahulukan kaki kanan. y Langkah ketujuh, mengucapkan

Hikmah Berwuduk     Membersihkan anggota yang terdedah kepada kekotoran Melahirkan individu yang sentiasa beradab sopan Menghapuskan dosa-dosa kecil Menyegarkan jiwa

Mandi -Mandi ialah meratakan air mutlak keseluruh anggota badan dengan niat. Bahagian mandi I. Mandi Wajib Dasar hukum mandi wajib adalah dari al-Quran dan sunnah Rasulullah, sebagai berikut: Allah berfirman dalam Q.S. al-Maidah/5: 6 Ertinya; Dan jika kamu junub Maka mandilah  II. Mandi yang disertakan dengan niat kerana berhadas besar.

Mandi Sunat

Mandi yang disertakan dengan niat kerana tujuan tertentu: mandi hari jumaat

III.

Mandi Harus  Mandi selain dari mandi wajib dan sunat.

Sebab-Sebab Mandi Wajib -Lelaki  Keluar mani  Bersetubuh  Mati selain mati syahid -Perempuan o Keluar darah haid o Keluar darah nifas o Wiladah iaitu malahirkan anak

Rukun mandi wajib -Niat mandi wajib -Meratakan air keseluruh badan

Perkara Haram Dilakukan Ketika Berhadas Besar -Solat samada fardhu atau sunat -Sujud syukur -Membaca,menyentuh,membawa al-quran -Tawaf

-Berhenti dalam masjid

Hikmah Mandi Wajib -Membolehkan melakukan ibadat -Memberi kesegaran kepada tubuh badan -Menjaga kehormatan diri Tayammum -Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan higga ke siku dengan syarat-syarat tertentu disertai niat. HukumTayammum Allah swt. berfirman dalam al Qur'an surat an-Nisa 43:

Ertinya : 'Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir (bepergian) atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu, sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. -Wajib bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketiadaan air untuk solat @ tawaf. Syarat Tayammum -Masuk waktu solat -Debu tanah suci daripada najis -Menghilangkan najis sebelum tayammum -Debu hendaklah kering

Rukun Tayammum 1. Niat ketika menyapu debu ke muka 2. Memukulkan kedua telapak tangan ke permukaan bumi dengan sekali pukulan, kemudian meniupnya. 3. Kemudian menyapu punggung telapak tangan kanan dengan tangan kiri dan sebaliknya. 4. Kemudian menyapu wajah dengan dua telapak tangan. (HR. Bukhari Muslim) Semua usapan, baik ketika mengusap telapak tangan dan wajah, dilakukan sekali usapan saja. Bahagian tangan yang diusap adalah bahagian telapak tangan sampai pergelangan tangan saja, atau dengan kata lain tidak sampai siku seperti pada saat wuduk. Tidak wajibnya urut/tertib dalam tayammum. Tayammum dapat menghilangkan hadas besar misalnya janabah (junub), demikian juga untuk hadas kecil.

>Perkara sunat tayammum: -membaca bismillah -mengadap kiblat -menipiskan debu di tapak tangan sebelum disapu -merenggankan jari semasa menekup debu

>Perkara yang membatalkan tayammum: -semua perkara yang membatalkan wuduk -ada air sebelum solat jika bertayammum kerana tiada air

Cara-Cara Bertayammum -Bersihkan anggota tayammum dan badan terlebih dahulu daripada najis dan kekotoran sebelum tayammum. -Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah. -Bersihkan debu yang telah digunakan menyapu muka. -Tekapkan kedua-dua tangan ke debu,kemudian sapukan debu di tangan kiri kepada tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan hingga ke siku. Perbezaan wuduk dan tayammum Wuduk y y y Menggunakan air Boleh dilakukan bila-bila masa Wajib disapu muka,tangan,sapu Tayammum y y y Menggunakan debu tanah Dilakukan setelah masuk waktu solat Muka dan tangan sahaja

kepala dan kaki y Boleh digunakan dalam beberapa solat selagi tidak terbatal. y Hanya untuk sekali solat fardhu sahaja.

Hikmah tayammum o Dapat mengerjakan solat dalam apa jua keadaan

o Mendidik individu menjaga waktu solat o Memelihara keuggulan syariat islam o Memberikan ketenangan jiwa