Anda di halaman 1dari 30

ISL MINGGU 4

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK: PEMODENAN DAN PROSES PEMBINAAN NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI Maksud pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada orang yang lebih maju. Konsep pembangunan negara asas kepada dasar-dasar pembangunan negara falsafah dan matlamat, jenis-jenis program, arah serta kesan pembangunan negara merujuk kepada konsep ini.

KONSEP PEMBANGUNAN NEGARA


Pembangunan Dasar dan Program Politik Sosial Kebudayaan Psikologi sumber fizikal dan sumber manusia aspek kebendaan dasar kebudayaan nasional Keperluan-keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Perkhidmatan Asas seperti pendidikan, keselamatan, ksihatan dan hak kemanusiaan.

Pembangunan Ekonomi

Dasar danProgram Dasar-dasar Pembangunan Negara Falsafah dan matlamat Jenis-jenis program Arah dan kesan pembangunan

MODENESASI
Satu proses untuk merobah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut. Ukuran modenisasi perubahan dan pencapaian yang berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi. Kejayaan dan kegagalan falsafah pemikiran dan matlamat pembangunan yang didokong. Jika pembangunan hanya menekankan aspek material sematamata dengan mengetepikan aspek spiritual, maka matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak akan tercapai.

dari sudut realitinya dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu, konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan tradisi sekularisme barat. Asas utama kepada modenisasi iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

KOMPONEN EKONOMI MATLAMAT, METOD DAN UKURAN PENCAPAIAN


komponen, matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong. Contohnya ekonomi kapitalis adalah berbeza daripada ekonomi marxisme. Komponen ekonomi merangkumi aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan sebagainya. Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan pendapatan negara, maka kaedah yang boleh menambahkan pendapatan rakyat akan digunakan. Ini adalah kerana hasil pendapatan negara dikatakan sangat berkait rapat dengan hasil pendapatan rakyat jelata. Sekiranya matlamat ekonomi itu untuk membawa kepada keseimbangan sosial dalam masyarakat, maka kaedahnya pula sudah tentu berbeza dengan di atas, begitu juga dengan ukuran pencapaiannya. Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat.

KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN


Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah membangunkan sosio-ekonomi membina negara (state-building) dan negara-bangsa (nation-state). membina dan membangunkan negara dan negara-bangsa merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai kemerdekaan. Bukan mudah untuk mewujudkan semangat kenegaraan sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum Komponen-komponen yang ada seperti ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini. melalui pembentukan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi keutamaan kepada kepentingan nasional. Kejayaannya boleh diukur sama ada secara kualitatif ataupun kuantitatif berdasarkan tahap integrasi nasional yang dicapai

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Sebelum Penjajahan sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan, pemungut hasil hutan dan bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi. menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain.

menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis. Contoh kecemerlangan orang Melayu dalam perdagangan; Melaka sebagai pusat perdagangan.

Sistem dan pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British.


Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Membawa masuk buruh dari China dan India. Orang Melayu masih kekal dalam pekerjaan tradisi mereka. polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule) -telah membawa perubahan kepada struktur kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu -menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu -Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor pekerjaan mengikut kaum telah menyebabkan ketidak-seimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah.

Wujud Dwiekonomi @ ekonomi Dualisme


Ekonomi Moden Tumpuan Bukan Melayu Cina Masyarakat Majmuk India Ekonomi Tradisional Tumpuan Melayu Melayu

Negeri-negeri Pantai Timur kurang alami perubahan. Jurang ekonomi amat ketara antara melayu dan bumiputera dengan bukan melayu dan bumiputera. Juga antara bandar dan luar bandar

FASA RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN NEGARA (1956-2010)


Rancangan Pembangunan Negara Fasa 1 (1956-70) -Rancangan Malaya 1 (1956-60), ke 2 (1961-65) dan Rancangan Malaysia 1 (1966-70) Rancangan Pembangunan Negara Fasa 2 (1971-90) -Rancangan Malaysia ke 2 (1971-75), ke Malaysia 3 (1976-80), ke 4 (1981-85) dan ke 5 (1986-90) Rancangan Pembangunan Negara Fasa 3 (1991-2010) -Rancangan Malaysia ke 6 (1990-95), ke 7 (1996-2000), ke 8 (2001-2005) dan ke 9 (2006-2010)

Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama


usaha-usaha kerajaan merancang dan melaksanakan perancangan dan pembangunan negara bagi mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan politik dan sosioekonomi. Usaha pemulihan ekonomi selepas Merdeka Pembangunan luar bandar. Pelbagaikan Asas Ekonomi (perkenal komoditi tambahan) Kemajuan pertanian, perusahaan, kemudahan asas dan perkhidmatan. NAMUN; gagal hapus ekonomi Dualisme, kadar kemiskinan dan pengangguran.

Rancangan Malaya 1 (1956-60)


-Tumpuan Pembangunan Luar Bandar, pulih getah. 2 matlamat: 1. Bangun ekonomi luar bandar, rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. 2. Kurangkan kadar kemiskinan.

Penekanan sektor ekonomi, perkhidmatan sosial dan awam. Agensi Utama: RIDA (kini MARA) dan LKTP (kini FELDA). 1959, tubuh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Rancangan Malaya Ke 2 (1961-65) Rancangan yang lebih menyeluruh dengan penyertaan dari pihak pemerintah hinggalah ke rakyat biasa. Perbanyak kemudahan asas dan kepelbagaian ekonomi luar bandar. 4 matlamat: 1.Kurangkan beza taraf hidup antara kawasan. 2. Peluang pekerjaan 3. Penyediaan kemudahan asas

Pelbagai kegiatan ekonomi. -Strategi galakan penyertaan rakyat dalam program pembangunan dan pelaksanaan kerajaan atas keperluan masyarakat setempat. -Sistem Bilik Gerakan Mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan semua maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukan kemajuan sesuatu kawasan.

Rancangan Malaysia 1(1966-70) - Pembangunan negara menyeluruh kesemua bidang ekonomi. Bersepadu dengan Sabah dan Sarawak. Matlamat: 1.Pelbagai ekonomi dalam sektor perindustrian 2.Perbanyak peluang pekerjaan 3.Peningkatan pendapatan dan guna sumber 4.Percepat integrasi

- Tumpuan pembukaan tanah besar-an dan penyediaan kemudahan. - Bantuan kredit luar bandar - Institusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Bank Pertanian, Koperasi LUar Bandar, FELCRA(Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah), MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian) - Perindustrian: lulus akta Pelaburan 1968, MIDA dan memberi taraf perintis industriindustri baru.

Rancangan Pembangunan Negara fasa Kedua(1971-1990)


Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) Rancangan Malaysia Ke 2 (1971-75) -Perbaiki kedudukan ekonomi tidak seimbang antara kaum dan wilayah. -Matlamat DEB: capai perpaduan melalui; 1. Basmi Kemiskinan 2. Susun semula masyarakat.

-Lima usaha basmi kemiskinan ialah: 1. Peluang kerja diisi oleh semua kaum. 2.Kurang jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah 3.Peningkatan daya pengeluaran dan pendapatan 4. Perbaiki taraf dan kualiti hidup 5.Wujudkan suasana pekerjaan dari komposisi kaum. -DEB usaha wujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian. -wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan rancangan tanah bersepadu) seperti KEJORA dan DARA. -Bagi percepatkan DEB, agensi PERNAS, UDA, RISDA dan LPP ditubuhkan.

Rancangan Malaysia Ke 3 (1976-80) -peringkat ke 2 DEB dan RRJP1. -Rancangan Pembangunan Wilayah, buka bandar baru; bina KESEDAR dan KETENGAH. -Getah,kelapa sawit, pertanian dan perindustrian. Rancangan Malaysia Ke 4(1981-85) -Perkemas RMK 1 dan 2. Tika ini ekonomi dunia lembap. -Penekanan perusahaan berat, teknologi tinggi dan tenaga kerja mahir. HICOM ditubuhkan. -Buka kaw.perusahaan baru, bina PNB dan Skim ASN(1981).

Rancangan Malaysia Ke 5(1986-1990) -Memaksimumkan penggunaan tanah, sumber manusia dan peluang latihan kemahiran. -Strategi sektor perusahaan: 1. Peranan sektor swasta dan kecekapan agensi kerajaan. 2. Giatkan perusahaan pembuatan.(bina PROTON) -Hasil: kepesatan ekonomi mampu menghadapi kemelesetan ekonomi dunia.

4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga (1991-2000) RRJP ke-2 Rancangan Malaysia Ke 6(1991-1995) -Kekal dan seimbangkan ekonomi dalam DPN. -Strategi: 1.Tingkat daya saing, penglibatan sektor swasta. 2.Kurangkan penyertaan sektor awam. 3.Dasar liberalisasi dan perbaiki iklim pelaburan. 4.Galakan perindustrian teknologi canggih. 5.Kukuh pasaran kewangan dan modal.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991), lanjutan DEB. Objektif: Pupuk perpaduan, pembangunan seimbang, penglibatan swasta dalam susunatur masyarakat dan pembangunan sumber manusia

Rancangan Malaysia Ke 7(1996-2000) -Menyokong dan kekalkan proses pembangunan. -Tingkat pertumbuhan potensi keluaran, peralihan struktur dan pembangunan seimbang. -Peningkatan produktiviti dan kecekapan (swasta). -Strategi: 1. Stabilkan ekonomi makro 2. Tingkat produktiviti 3. Tabungan dalam negara maju 4. Kurangkan defisit akaun semasa imbangan pembayaran

RRJP ke 3(2001-2010) Rancangan Malaysia ke 8 (2001-2005) -Dasar WAWASAN NEGARA: Menjamin pertumbuhan mapan, kukuh daya tahan ekonomi dan masyarakat bersatu dan saksama. -Wawasan 2020(28/2/1991)menjadi negara maju dgn acuan sendiri. 9 cabarannya: negara bersatu padu, masyarakat berjiwa bebas, demokratik, bermoral etika, liberal, saintifik, progresif, penyayang, adil dan makmur. -Gabung DEB+DPN = tingkat keutuhan dan daya saing negara.

-Strategi RMK 8: 1.Mantap ekonomi makro dan dasar kewangan berhemah 2.Tingkat kemantapan ilmu, kemahiran, kepakaran,penyelidikan, sains dan teknologi. 3. Tingkat daya saing dan ketahanan ekonomi. 4.Luaskan penggunaan ICT. 5. Semai nilai murni dan positif masyarakat dgn sistem pendidikan, sosial, agama dan media.

Rancangan Malaysia ke 9(2006-2010) -Peringkat 2 RRJP3 dan fasa 2 Wawasan 2020 -Pembangunan INSANIAH. Cabarannya: 1.Tingkat prestasi negara 2.Kukuh daya saing, tahan dan Inovasi. 3.Daya pengeluaran dan pengetahuan ekonomi. 4. Bangun sumber manusia. 5. Kemiskinan sifar. Kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi. -Strategi: 1.Keseimbangan Optimum dan saksama. 2.Rakyat termiskin sifar. 3.Tingkat prestasi agihan (ekuiti,pendapatan)

4.Kemudahan dan khidmat berkualiti. 5.IKS peneraju pertumbuhan ekonomi. 6.Imbangan belanjawan 7.Keberkesanan penswastaan. 8.Urus sumber semulajadi secara berhemat. -Keutamaan ialah kepada projek kukuhkan daya saing, penuhi keperluan sosioekonomi segenap masyarakat,projek yang ada kesan berganda dan struktur bersifat fungsian juga projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi. -Masalah: 1.Kurang pelaburan swasta 2.Kurang tenaga mahir 3.Import teknologi, mahir urus dan jentera.

Rujukan:
http://www.slideshare.net/wanbk/hubunganetnik-bab-4-pembangunan-ekonomi-danhubungan-etnik

Anda mungkin juga menyukai