Anda di halaman 1dari 6

CAMPURAN KOMUNIKASI TESCO STORE MALAYSIA

Komunikasi merupakan antara pekara yang diberi tumpuan dalam strategi


peruncitan Tesco. Ia bukan sahaja diguna sebagai alat menarik pelangan dan
meningkatkan jualan tetapi pada masa yang sama bermatlamat memperkukuhkan jenama
Tesco untuk jangka masa panjang. Tesco memahami bahawa jenama yang kukuh akan
mempengaruhi proses pembuatan keputusan pelangan, mendorong lawatan dan
pembelian berulang dan sekaligus membina kesetiaan pelangan terhadap perniagaan
runcitnya. Oleh itu Tesco menggunakan orentasi komunikasi untuk mewujudkan kadar
kesedaran jenama yang tinggi, membina perkaitan yang menyenangkan dengan
jenamanya dan memperkukuh imej jenamanya secara kosisten.

Kaedah Komunikasi Yang Diguna Tesco

Pemilihan kaedah komunikasi yang tepat dan berkesan sangat dititikberatkan


oleh Tesco. Kegagalan berbuat demikian akan mewujudkan pembaziran sumber sekaligus
memberi kesan terhadap perniagaan Tesco. Dalam pasaran peruncitan “fast moving
consumer goods” (FMCG) yang penuh dengan persaigan, faktor kos dan harga
merupakan suatu yang sangat sensetif. Hal ini kerana sebarang peningkatan terhadap kos
akan mengurangkan margin keuntungan Tesco manakala peningkatan harga barangan
akan menyebabkan pelangan beralih kepada peruncit lain. Kebanyakan kaedah
komunikasi yang dilaksanakan Tesco melibatkan kos kepada syarikat sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Oleh itu Tesco sedaya upaya cuba memaksimumkan
utiliti kaedah-kaedah komunikasinya untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan
berbaloi dengan pulangan pendapatan atas pembelian pelangan. Dalam pemilihan
kaedah- kaedah komunikasinya antara perkara yang diambilkira oleh Tesco ialah
kawalan, fleksibiliti, liputan, kredibiliti dan kos. Bahagian seterusnya akan menerangkan
kaedah-kaedah komunikasi yang diguna Tesco.
Pengiklanan
Merupakan antara kaedah utama yang digunakan Tesco. Pengiklanan yang dilakukan
Tesco biasanya menggunakan media massa seperti surat khabar, televisyen, radio, mel-
langsung dan internet. Berikut adalah penerangan berkenaan penggunaan media tersebut;

• Surat Khabar
Merupakan antara medium paling utama pengiklanan Tesco. Pengiklanan melalui
surat khabar dilakukan mengikut kekerapan 4-5 kali seminggu dalam akbar-akbar
utama negara seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, The Star,
NSTP dan sebahagian akbar bahasa cina dan tamil. Iklan dibuat pada beberapa
muka surat yang biasanya tidak melebihi 4 muka bagi satu akbar. Iklan yang
dicetak biasanya dalam bentuk katalog ringkas yang menyenaraikan gambar
beberapa barangan tertentu mengikut tawaran harga promosi tertentu. Adakalanya
harga tersebut dibandingkan dengan harga ditawar pesaing.

• Televisyen
Tesco turut mengiklankan produk rangkaian runcitnya di saluran televisyen utama
negara seperti TV3. Oleh kerana kos pengiklanan di televisyen agak tinggi Tesco
cuba memastikan iklannya tepat ke sasaran. Iklan Tesco sering keudara semasa
slot rancangan untuk keluarga dan wanita. Tesco memahami bahawa dalam
pembelian barangan runcit, wanita atau isteri merupakan orang yang banyak
mempengaruhi keputusan pembelian, oleh itu ia cuba menyasarkan iklannya
kepada golongan ini. Iklan Tesco biasanya memaparkan barangan utama yang
mendapat permintaan pelangan seperti barangan pasar segar Tesco, jenama Tesco
Value dan Tesco Choise. Iklan tv akan diperhebat semasa musin perayaan seperti
Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavalli bagi memaklumkan promosi yang
dijalankan.
• Radio
Tesco turut menggunakan radio untuk membuat pengiklanan, namun
kekerapannya lebih rendah berbanding media lain. Iklan di radio hanya dilakukan
untuk promosi tertentu seperti semasa musin perayaan. Iklan ini dijalankan di
stesen radio popular seperti Era Fm dan Hot Fm. Iklan radio ini biasanya tidak
tertumpu pada barangan spesifik tetapi lebih kepada menghebahkan aktiviti
promosi yang dijalankan Tesco dari masa ke masa.

• Mel- langsung
Tesco menggnakan media mel-langsung untuk menghantar risalah promosi dan
katalog ringkas barangan runcit utamanya kepada pelangan. Penggunaan
Clubcard Tesco membolehkan Tesco menyasarkan iklan promosi kepada
pelangan tertentu menggunakan mel-langsung berdasarkan maklumat yang
terkumpul dalam pengkalan data POS miliknya.

Promosi Jualan
Walaupun Tesco melaksanakan strategi “setiap hari harga rendah” (EDLP), namun pada
masa yang sama pada hari-hari tertentu Tesco turut menjalankan promosi jualan untuk
menarik lebih pelangan. Melalui promosi jualan Tesco cuba menawarkan nilai dan
insentif yang lebih kepada pelangan untuk melawat dan membeli barangan di Tesco pada
waktu-waktu tertentu. Biasanya promosi jualan yang dilakukan lebih kepada penekanan
harga rendah. Objektif utama kaedah ini ialah untuk mempercepat proses penjualan dan
jumlah jualan barangan. Tesco kerap mengadakan promosi pasar segarnya. Promosi
jualan juga biasa dijalankan semasa musin perayaan. Antara alat promosi jualan lain yang
turut digunakan Tesco ialah peraduan, kupon, sample dan pek bonus.

Suasana Dalaman Premis


Tesco menyedari bahawa atmosfera dalam premisnya juga merupakan aspek penting
dalam strategi komunikasinya kerana ia mampu mempengaruhi perlakuan belian
pelangan. Antara perkara yang diberi penekanan oleh Tesco dalam hal ini ialah reka
bentuk bangunan, susun atur, penandaan, pameran, warna, pencahayaan, suhu, bunyi dan
bau. Suasana dalam premis akan mempengaruhi tanggapan imej Tesco dalam minda
pelangan dan secara tak langsung mengkomunikasikan maklumat berkenaan
pekhidmatan premis Tesco, harga dan kebergayaan barangan di Tesco.

Laman Web
Laman web Tesco iaitu www.tesco.com.my merupakan satu lagi cara Tesco
berkomunikasi dengan pelanganya dan orang ramai. Tesco menggunakan laman web
sebagai cara membina imejnya dengan memberi maklumat berkenaan profile syarikat,
piagam pelangan, hala tuju dan kejayaan yang telah dicapainya. Ia juga memberi
maklumat seperti lokasi hypemarket Tesco, promosi yang sedang berlangsung dan akan
berlangsung, jenis pembarangan yang dijual, perkhidmatan tambahan, peluang pekerjaan,
berita berkenaan syarikat dan FAQ.

E-mail
Tesco turut menggunakan e-mail untuk berkomunikasi dengan pelangan. Pelangan yang
berdaftar dengan laman webnya akan menerima e-mail berkenaan promosi atau tawaran
menarik di Tesco. Walaubagaimanapun Tesco menyedari keedah ini tidak berapa
memberi kesan kerana kadar penembusan internet yang rendah di Malaysia. Namun di
Bandar- bandar besar seperti kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Penang kaedah ini
mungkin boleh dijadikan sebagai pelengkap kaedah komunikasinya yang lain.

Publisiti
Publisiti merupakan komunikasi bonus bagi Tesco kerana ia percuma dan kredibilitinya
tinggi di mata pelangan. Biasanya liputan publisiti yang diterima Tesco adalah dalam
bentuk berita sama ada melalui media cetak, penyiaran mahupun internet. Tesco cuba
mendapatkan liputan publisiti melalui anjuran acara istimewa, mengadakan sidangt akbar
dan penglibatan amal. Contoh pengambilalihan Makro Cash & Carry Distribution Sdn.
Bhd. Oleh Tesco Store (M) Sdn. Bhd . serta pengenalan Tesco Extra telah mendapat
liputan luas media.
PERKHIDMATAN PELANGAN TESCO

Tesco yakin dan percaya untuk membezakan tawaran runcitnya, membina


kesetiaan pelangan dan membentuk kelebihan persaingan ia harus menawarkan
pehidmatan pelangan yang cemerlang. Perkhidmatan yang baik akan menggalakkan
pelangan kembali membeli dan pada masa yang sama menjana komunikasi “word of
mouth” yang positif, sekaligus menarik pelangan baru. Perkhidmatan pelangan Tesco
boleh dilihat sama ada dari rekaan premis, polisi yang diwujudkan mahupun laman
webnya. Terdapat pelbagai kemudahan dan pekhidmatan pelangan yang disediakan oleh
Tesco yang meliputi untuk semua pelangan dan juga sebahagian perkhidmatan yang khas
untuk pelangan tertentu. Beikut adalah senarai perkhimatan pelangan yang boleh
diperoleh di hypermarket Tesco.

Umum (untuk semua) Khas (untuk ahli Biz Clubcard sahaja)


• Penerimaan semua jenis kad kredit • Perkhidmatan memunggah
• Terminal ATM barangan pukal dan kaunter khas
• Bilik persalinan untuk troli barangan pukal

• Kawasan tempat letak kereta • Invois jualan bercetak (atas

• Kemudahan untuk OKU permintaan)

• Medan selera • Kawasan memunggah barangan


untuk pelanggan
• Tempat memunggah barangan
• Kiriman majalah promosi ke alamat
• Tempat permainan kanak-kanak
pelangan
• Jaminan (warranties)
• Bahagian Biz Clubcard
• Pemulangan barangan
• Pesanan melalui telefon/faks
• Tempat simpan bag
• Khidmat penghantaran (hanya di
• Penghantaran (barangan elektrik
stor terpilih iaitu Tesco Extra
sahaja )
Seremban, Penang and Ipoh)

• Tempahan online (kini dalam


peringkat ujian di Seremban)
Tesco Clubcard

Clubcard adalah skim loyalti Tesco dan cara Tesco mengucap terima kasih
kepada pelanggan yang membeli-belah di hypermarketnya. Terdapat dua jenis clubcard
iaitu Tesco Clubcard dan Tesco Biz Clubcard. Keahlian Clubcard dibuka kepada semua
pelanggan Tesco yang berumur 18 tahun keatas. Manakala Biz Clubcard hanya dibuka
kepada peniaga kecil sahaja. Keahlian untuk Kedua-dua Tesco Clubcard adalah
percuma. Pelangan Tesco yang memiliki Clubcard akan menerima mata apabila membeli
belah di Tesco dan mata yang dikumpul akan ditukar nilai menjadi Baucar Clubcard yang
akan dikirim ke rumah mereka. Clubcard ini boleh digunakan di semua stor Tesco
termasuk Tesco Extra, namun perkhidmatan Biz Clubcard seperti perkhidmatan
pencetakan invois jualan, bahagian Biz Clubcard dan sebagainya hanya terdapat di Tesco
Extra. Ahli Clubcard akan mendapat 1 Mata ( bernilai1 sen) Clubcard untuk setiap RM2
yang dibelanja di Tesco. Setiap 3 bulan, pelangan yang telah mengumpul 150 mata
Clubcard, Tesco akan menghantarkan baucar Clubcard untuk digunakan mereka semasa
membeli-belah di stor Tesco.

Anda mungkin juga menyukai