Anda di halaman 1dari 2

ELEMEN 3

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh intergrasi nasional di Negara kita? Semua pihak memang berperanan untuk memperkukuh intergrasi nasional di Negara kita. Institusi pentadbiran tempatan juga tidak dikecualikan dalam usaha untuk mempertingkatkan intergrasi nasional kita. Beberapa buah institusi pentadbiran komuniti setempat seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Majlis Bahagian dan sebagainya perlu melaksanakan langkahlangkah yang proaktif dan pragmatik demi memperkukuh intergrasi nasional di negara kita. Institusi pentadbiran tempatan ialah institusi yang amat dekat dengan masyarakat setempat. Objektif institusi-institusi tersebut adalah untuk meningkatkan pembangunan masyarakat dengan pembangunan fizikal. Oleh sebab itu, institusi ini dapat membentuk masyarakat madani dengan memupuk muhibah atau semangat bermasyarakat (UP3) dalam golongan masyarakat. Majlis Perbandaran Pulau Pinang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan menganjurkan akitiviti dan program yang melibatkan masyarakat tempatan, pihak swasta, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memperkukuh intergrasi nasional. Salah satu inisiatif institusi pentadbiran tempatan untuk mendidik dan mendekati masyarakat ialah Program Kitar Semula. Hal ini dapat memastikan alam sekitar kita dipelihara dan dilindungi bagi kepentingan semua. Apabila penduduk daripada berbagai-bagai peringkat umur bekerjasama dan tolong-menolong (UP3) untuk menjaga kebersihan, kehijauan alam sekitar dan keselamatan awam, program ini samping dapat menyebabkan penduduk bersatu padu dan berharmoni (UP3).

Institusi pentadbiran tempatan lain juga dapat memupuk perpaduan dan intergrasi kaum dalam kalangan pendukuk melalui aktiviti sosial yang bercorak pendidikan, kesihatan, kebudayaan, kebajikan dan sebagainya. Contohnya pentadbiran rumah ibadat berperanan untuk memupuk penduduk yang bersefahaman dan bermuafakat (UP3) dengan menyambut hari perayaan pelbagai kaum. Hal ini juga dapat menyebabkan rakyat Malaysia yang berbeza bangsa lebih bertolak ansur dan bertoleransi (UP3) antara satu sama lain jika konsep rumah terbuka dijalankan dengan objektif memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, institusi pentadbiran perlu menjalankan aktivit yang bertujuan untuk mencapai budaya hidup berkualiti dalam petempatan yang bersih dan selamat, iaitu aktiviti bergotongroyong. Jikalau penduduk dari satu kawasan berusaha demi membersihkan kawasan petempatan, penduduk yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia (UP4) dapat dilahirkan kerana mereka berusaha menjaga kebersihan dan keselamatan tempat kediaman. Semangat kekitaan dapat dipupuk melalui aktiviti bergotong-royong, dan hal ini mengakibatkan dalam penduduk yang lebih hormat-menghormati (UP3) antara satu sama lain. Melalui penglibatan aktif penduduk dalam program dan aktiviti yang dianjurkan, perhubungan kaum dan semangat patriotik di kalangan penduduk dapat dipupuk. Dengan demikian, institusi pentadbiran tempatan dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju dan dengan secara langsung akan memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita. Dengan cara ini, barulah konsep Satu Malaysia serta Wawasan 2020 dapat direlisasikan.

Anda mungkin juga menyukai