Anda di halaman 1dari 1

KESELAMATAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR Antara langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan adalah: 1.

Ambil masa untuk memanas dan meregangkan badan. Hal ini kerana terdapat kajian mengatakan otot-otot badan lebih cenderung untuk cedera. Panaskan badan dengan berlari setempat, berjalan dan berlari dalam masa 3 hingga 5 minit. Kemudian, perlahan-lahan melakukan regangan ringan selama 30 saat. 2. Gunakan alat perlindungan lutut untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan semasa jatuh atas gelanggang. 3. Memakai kasut sukan yang ringan yang memberi sokongan kepada tumit dan pergelangan kaki serta dapat menyerap kejutan kecederaan. 4. Jikalau jaring bola tampar diperbuat daripada wayar, ia harus dibaluti dengan bahan yang lembut. 5. Jangan menyambar atau bergayut pada jaring di mana akan menyebabkan jaring terbalik dan jatuh menghempap pemain. 6. Kita haruslah mengetahui tentang penggunaan peti keselamatan supaya kita dapat merawat kecederaan ringan dengan segera seperti bengkak. 7. Bersiap sedia dengan situasi kecemasan dan mempunyai rancangan perubatan persendirian untuk merawat kecederaan. 8. Sentiasa memerikasa gelanggang sebelum digunakan.