Anda di halaman 1dari 11

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

iii

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Mei 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

iv

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

KANDUNGAN

Muka Surat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Kandungan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep, Objektif, Proses dan Bentuk; Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan, Unsur dan Faktor Keberkesanan dan Prinsip Pengajaran; Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kaedah Dan Teknik Pengajaran; Kemahiran Mendengar dan Bertutur Penyediaan Rancangan Pengajaran, Objektif dan Prinsip Pemilihan dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar; Kemahiran Mendengar dan Bertutur; Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Pembinaan Instrumen Penilaian; Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan, Peringkat Pengajaran Bacaan serta Teknik Bacaan; Pendekataan dan Kaedah Pengajaran Bacaan; Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca. Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul Struktur Pelaksanaan

i ii iii v vi - vii viii ix xi 1 12 17 41 32 41 52 62 69 75 76 76 77 78

PANDUAN PELAJAR
v

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda maknamakna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

vi

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

1.

Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

2.

3. 4. 5. 6. 7.

vii

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

Pengenalan Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) bagi mod Kursus Dalam Cuti (KDC) memahami tentang kursus Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini memperkenal kepada anda, perihal kemahiran bahasa: mendengar dan bertutur, membaca serta menulis meliputi aspek pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Turut ditegaskan ialah aspek prinsip asas memilih dan menentu dan menggunakan instrumen penilaian dan bahan bantu mengajar sebagai aspek penting yang turut menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dalam bilik darjah. Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut: Tajuk Pembelajaran 1 : Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep, Objektif, Proses dan Bentuk; Tajuk Pembelajaran 2 : Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan, Unsur dan Faktor Keberkesanan dan Prinsip Pengajaran; Tajuk Pembelajaran 3 : Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kaedah Dan Teknik Pengajaran; Tajuk Pembelajaran 4 : Kemahiran Mendengar dan Bertutur Penyediaan Rancangan Pengajaran, Objektif dan Prinsip Pemilihan dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar; Kemahiran Mendengar dan Bertutur; Tajuk Pembelajaran 5 : Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Pembinaan Instrumen Penilaian; Tajuk Pembelajaran 6 : Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan, Peringkat Pengajaran Bacaan serta Teknik Bacaan; Tajuk Pembelajaran 7 Tajuk Pembelajaran 8 : : Pendekataan dan Kaedah Pengajaran Bacaan; Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Turut disediakan ialah latihan berbentuk latihan kendiri bagi tujuan menguji kefahaman anda mengenai isi kandungan modul ini. Diharapkan modul ini dapat membantu pelajar memahami perkara-perkara penting mengenai kemahiran bahasa: mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, khususny ayang berkaitan dengan keperihalan kaedah mengajar kemahiran berkenaan dalam kalanagan murid-murid di sekolah rendah.

viii

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. Modul (Jam) Interaksi Bersemuka (Jam) Bil Kandungan

Jumlah (Jam)

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kaedah Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

ix

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

Modul (Jam)

Bil

Kandungan

Interaksi Bersemuka (Jam)

Jumlah (Jam)

Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming, Scanning Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Bacaan Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif, dan Pengalaman Bahasa Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad dan Fonik Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca Survey, Question, Read, Review, Recite, (SQ3R); Read, Review, Recite, (3R); Know, What, Learn, How, (KWLH); dan lain-lain Lingkaran Soalan, Tatacerita Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca Objektif Langkah-langkah Sebelum, Semasa, dan Selepas Aktiviti Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Penilaian Kemahiran Membaca Mengenal Pasti Idea Keseluruhan Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan Membuat Ramalan/Kesimpulan Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Menulis Matlamat dan Peringkat Tujuan Penulisan Jenis Penulisan Karangan

10

11

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

Modul (Jam)

Bil

Kandungan

Interaksi Bersemuka (Jam)

Jumlah (Jam)

12

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis Proses LEA (Pengalaman Bahasa) Kemahiran Mengarang Mencari Isi Menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi, Koheren, dan Pemerengganan Kemahiran Kosa Kata, Gaya Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea Peta Minda Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Ejaan Imlak Karangan Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis Mengenal Pasti Idea Keseluruhan Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan Membuat Ramalan/Kesimpulan

13

14

15

Jumlah

15

15

30

xi

BMM3104 Pengajaran kemahiran bahasa Melayu

xii

Anda mungkin juga menyukai