Anda di halaman 1dari 9

MENYAMBUT

Gerakan ini mudah dilakukan oleh kanak-kanak samada berseorangan mahupun berpasangan Pergerakan ini, boleh meningkatkan motor kasar kanakkanak dan dapat meregangkan otot-otot serta dapat menyihatkan tubuh badan.. Cara-cara pergerakan menyambut yang betul
seseorang penyambut haruslah berada setentang, tepat di belakang atau di bawah paras bola yang dihantar bagi memastikan tangkapan yang baik Di samping itu, kedua-dua belah tangan dihulurkan ke hadapan bagi membuat tangkapan. Sebaik sahaja bola sampai ke tangan undurkan tangan ke arah badan untuk menghasilkan tangkapan yang sempurna.

Menyambut
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan 5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL
Pergerakan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan. Misalnya, memukul alatan dengan menggunakan tangan, dan memukul alatan dengan gengaman. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan motor kasar kanak-kanak dengan lebih efektif lagi. Pergerakan memukul ini mempunyai cara-cara yang tertentu.
sekira tangan atau kaki dijadikan alat pemukul, bahagiannya yang keras dan lebar hendaklah digunakan sebagai bahagian utama, misalnya bahagian terlebar pada gengaman atau bahagian tapak kaki. Objek yang hendak dipukul haruslah mengenai tangan atau kaki pemukul semasa hayunan berada diperingkat paling laju dan hayunan juga hendaklah dilajakkan mengikut arah sasaran.

Memukul
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Memukul alatan dengan tangan Memukul alatan dengan gengaman Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran Melambung belon keudara dan kemudian memukul Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

MEMBALING
Pergerakan ini terdiri daripada dua bentuk gerakan iaitu gerakan balingan bawah aras bahu dan gerakan balingan atas paras bahu. Bentuk gerakan balingan bawah aras bahu
dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi kanakkanak yang tidak mahir lagi dan bagi yang telah mahir balingan bolehlah dilakukan dengan sebelah tangan sahaja menggunakan sebiji bola kecil. Cara balingannya yang tersendiri iaitu
pembaling berdiri dengan merapatkan kaki menghadap sasaran, tangan kanan diluruskan ke bawah dan ke belakang. Pada masa yang sama, badan berpusing sedikit ke kanan dan berat badan disokong oleh kaki kanan. Seterusnya tangan dihayun pantas ke hadapan dan pada masa yang sama kaki kiri melangkah ke hadapan serta bola dilepaskan apabila bola berada pada sudut tepat bersetentangan dengan sasaran. Di samping itu, tangan kiri menghayun ke belakang untuk menyokong imbangan badan

Gerakan balingan atas paras bahu. Cara yang betul


Antara caranya, pembaling yang menggunakan tangan kanan mestilah berdiri dalam kedudukan kaki kiri ke hadapan dan sisi kiri menghala ke sasaran. Jejari menggengam bola dan tangan pembaling dihayun ke belakang sehingga kedudukannya menjadi sudut tegak dengan badan dan bola berada pada kedudukan di belakang telinga serta pergelengan tangan dikunci. Kemudian bawa tangan yang mengengam bola ke arah hadapan dengan siku mendahului dan bola dilepaskan pada paras bahu. Seterusnya keseluruhan tangan dilajakkan menghala ke arah sasaran dengan melangkahkan kaki kanan untuk membaiki imbangan

Membaling Dan Melambung


Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula 5. Meleretkan bola kesasaran

Anda mungkin juga menyukai