Anda di halaman 1dari 24

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat

pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung

Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan pembelajaran biasa. Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa bermain. Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka. Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan.

Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan. Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid. Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.

Guru dapat membentuk sikap positif yang sihat di klangan murid. Contohnya sikap hormat-menghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan (sama ada kalah atau menang) secara terbuka dan sebagainya. Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabar

Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai instument seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan. Kaedah permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan konsep pembelajaran Murid akan mempunyai daya kreatif, dan daya saing yang sihat disamping inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu permainan.

   

Merangsang Interaksi Verbal Murid Menambah Kefasihan dan Kefahaman Bertindak sebagai alat mengikis bosan Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan

1) CIRI-CIRI UMUM

Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami. Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi. Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan permainan. Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.

Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu. Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai. Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat. Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.

Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. emberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan. Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.

Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas. Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis. Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar. Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria. Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru. Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

Permainan memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya kerana peruntukan masa yang terhad.. Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai sasaran sepenuhnya. Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran di bilik sebelah. Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid.

Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu mahal. Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran. Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja. Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.

 

Nama permainan : Lebai Malang Objektif : Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan. Bahan : Kerusi, kotak, pita rakaman (muzik nasyid), kad Denda. Cara bermain : berkumpulan/Kelas.

Langkah pelaksanaan: 1. Permainan ini boleh dimainkan dalam satu kumpulan atau beberapa kumpulan (jumlah kotak adalah mengikut bilangan kumpulan). 2. Bilangan kerusi akan dikurang sebuah bagi setiap kumpulan. ( ini beerti jika jumlah pelajar dalam satu kumpulan 10 orang maka bilangan kerusi yang akan disediakan adalah 9 buah) 3. Kerusi-kerusi akan disusun membentuk satu bulatan. Murid-murid akan berdiri berdekatan bulatan kerusi tersebut. 4. Apabila lagu/muzik dimainkan, murid-murid akan berjalan mengelilingi bulatan kerusi tersebut.

4. Apabila muzik diberhentikan, murid-murid akan duduk di atas kerusi-kerusi tersebut. Murid yang tidak dapat duduk akan didenda. 5. Murid yang didenda, perlu mengambil sekeping kad di dalam kotak misteri, dan membacanya dengan kuat. 6. Pelajar yang didenda akan berlakon atau menjawab soalan. 7. Muzik akan dimainkan semula. Murid-murid akan kembali mengelilingi bulatan kerusi semula. 8. Seperti pusingan pertama, apabila muzik diberhentikan, pelajar yang tidak dapat duduk di atas kerusi akan didenda mengikut arahan yang tercatat pada kad denda. Begitulah seterusnya. 9. Guru membuat penilaian kendiri.

SEKIAN, TERIMA KASIH