Anda di halaman 1dari 23

RENUNGAN

Panduan Menenangkan Hati Yang Gelisah Pejamkan matamu, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus....lakukannya sebanyak tiga kali dan; 1. Bayangkan anda berada di sebuah padang yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni dan harum. 2. Imbas kembali kenangan-kenangan anda yang indah. 3. Sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ketika menyiapkan tugasan....cuba bayangkan diri anda dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada orang atasan anda... ATAU Hargailah kejayaan yang anda perolehi walaupun sekecil zarah dengan mengucapkan syukur kepada Allah. Kerana orang yang bersyukur ketika dalam keadaan senang mahupun susah sentiasa mendapat Rahmat dari-Nya.

KEKUATAN SEDEKAH
Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?" Allah SWT menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita maklum bahawa gunung mahupun batu boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh jentera yang dinamakan buldozer atau sejenisnya yang diperbuat daripada besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?" Allah SWT menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?" Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat. Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat

sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam khutbah baginda ketika sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya". Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati ini yang menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia. Ganjaran bersedekah Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman Allah SWT; "Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah." {Qs. Al Lail (92) : 5-8}. Firman Allah SWT bermaksud; "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261} Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Malaikat yang pertama menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Malaikat yang kedua pula menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya " . Tolak Bala dengan Sedekah Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah" . "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ". "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ".

Banyak daripada kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui di tepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas dan sebagainya. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah SWT dan Rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah. Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa

sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hambahamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan dapat kita bayangkan andai kata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah). Walau bagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih daripada yang sebelumnya. Apa yang penting harus diiringi dengan keikhlasan. Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (membelanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. Sedekah yang pahalanya terus mengalir. Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendoakannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Semoga dengan ini kita sebagai insan yang kerdil mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak dengan memperbayakkan amal jariyah melalui bersedekah.

ALLAH TAMBAH NIKMAT JIKA BERSYUKUR


Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling

SEDAR atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah. Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:- "Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." - (Surah an-Nahl, ayat 18) Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam yang fana ini. Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat yang kekal abadi.'Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu: Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78). Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan tertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini. Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal). Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanamtanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia. Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. "Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35). Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali). Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat. Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit. Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang. Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan terasalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu. Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya. Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja. Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini

jelas daripada firman-Nya bermaksud:- "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144) Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain. Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya. Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia. Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat. Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia. Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang engkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40). Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia. Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya. Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata. Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7). Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia mahupun di akhirat.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling


Jenis Kaunseling Individu Peribadi Akademik Keluarga Kerjaya Kesihatan Dadah Jenis Kaunseling Kelompok Kelompok Kaunseling Kelompok Bimbingan Kelompok Dinamik Kelompok Kepimpinan

Akademik
1) Penerangan mengenai pensijilan terbuka . 2) Kemahiran belajar :* Membaca * Mancatat * Mengambil nota * Mendengar * Mengingat * Mengulangkaji * Kemahiran berfikir 3) Kemahiran pengurusan masa . 4) Kemahiran pengurusan diri . 5) Strategi Menghadapi Peperiksaan . 6) Pengumpulan / penyampaian maklumat hala tuju lepasan pelajar SPM dan STPM berhubung dengan peluang melanjutkan pelajaran di IPT dan pembiayaan pendidikan .

Kerjaya
1) Pendidikan Kerjaya 2) Mengenal personaliti , minat dan nilai berhubung dengan pemilihan kerjaya . 3) Penyampaian maklumat pakej pensijilan terbuka berkaitan dengan matapelajaran elektif di sekolah menengah , kursus -kursus dan kerjaya lepasan SPM dan STPM . 4) Institusi / agensi yang menyediakan kursus / latihan kemahiran lepasan SPM dan Stpm . 5) Maklumat kerjaya .

Psikososial & Kesejahteraan Mental


1 ) Ujian / Inventori / Senarai Semak berkaitan dengan Psikososial . 2 ) Merujuk Kad Maklumat Diri . 3 ) Kemahiran Berkomunikasi . 4 ) Kemahiran Asertif / Tegas Diri . 5 ) Penyaringan maklumat . 6 ) Pengurusan Tekanan . 7 ) Kemahiran Rohani . 8 ) Kemahiran Membuat Keputusan . 9 ) Kemahiran Pengawalan Diri . 10)Kemahiran Aplikasi . 11)Kemahiran Sintesis . 12)Kemahiran Analisis Kritikal . 13)Pengekalan penghargaan diri / self esteem 14)Perkembangan keremajaan . 15)Konsep Kendiri . 16)Pengendalian Kendiri . 17)Program Orientasi . 18)Program Lepasan PMR .

Keibubapaan

1) Komunikasi . 2) Perkembangan Individu . 3) Isu - isu kekeluargaan * Kepimpinan * Perkembangan remaja masa kini dan masa akan datang . * Kerukunan dan kesejahteraan keluarga . 4) Kemahiran keibubapaan .

Perkembangan Diri Pelajar


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Kemahiran Komunikasi Kemahiran penyelesaian masalah Kepimpinan Kemahiran tegas diri Pembimbing Rakan Sebaya Kemahiran sosial Kemahiran pemilihan aktiviti keutamaan

Kelab

Pendidikan Pencegahan Dadah


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Komunikasi Perkembangan individu Pendidikan kekeluargaan Kemahiran asertif / tegas diri Kemahiran sosial Sikap benci kepada dadah dan inhalan Pendidikan pencegahan

Maklumat tentang akibat buruk , sebab dan punca

Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Komunikasi Perkembangan individu Pendidikan kekeluargaan Kemahiran asertif / tegas diri Kaunseling kekeluargaan Kemahiran sosial Pendidikan perkembangan seksual

Pendidikan pencegahan 9) Maklumat tentang sebab , punca dan akibat

Pengurusan dan Pentadbiran


1 ) Sistem fail

2 ) Borang - borang 3 ) Laporan aktiviti 4 ) Buku stok 5 ) Inventori / soal selidik 6 ) Minit mesyuarat 7 ) Penyata kewangan 8 ) Rekod lawatan ke rumah 9 ) Rekod perkhidmatan luar 10)Rekod konsultasi ibu bapa 11)Rekod kelas ganti 12)Rekod kaunseling individu 13)Rekod kaunseling kelompok 14)Rekod kemasukan 15)Perancangan tahunan 16)Laporan tahunan 17)Rekod sesi kaunseling individu / kelompok

Archive for the Koleksi kata-kata hikmat Category


Kata-kata hikmat Filed Under (Koleksi kata-kata hikmat) by ubk on 10-12-2008 Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang manusia lakukan selalunya yang kurang sempurna. Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya. Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi apa yang lebih penting ialah apa yang kita fikirkan tentang diri kita dan orang lain. Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain. Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu. Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba. Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang. Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri.

Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita. Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal. Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita. Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba. Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal. Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri. Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan. Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan. Jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai. (0) Comments Read More

Selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM Filed Under (Koleksi kata-kata hikmat) by ubk on 18-11-2008

TO GET THE BEST I ALWAYS GIVE MY VERY BEST

SELAMAT MENGHADAPI SPM DAN STPM UNTUK SEMUA PELAJAR

TINGKATAN 5 DAN KE

PADA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS

..YAKIN PADA DIRI SENDIRI SELEPAS BERUSAHA DENGAN GIGIH DAN BERDOA TANPA HENTI.

U.B.K

(0) Comments

Read More

Filed Under (Koleksi kata-kata hikmat) by ubk on 18-11-2008

Kata-kata hikmat tokoh tersohor


A

1. Orang yang berbahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang

lain - Abdullah Bin Masud


2. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir -

Abdullah Ibnu Abbas


3. Seperti halnya karat memakan besi, demikianlah pula iri hati memakan manusia -

Anisthenes
4. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain

- Arcele Ari Tandy 5. Air yang terus menerus menitik itu akan dapat menembusi batu walaupun bagaimana kerasnya batu tersebut

6. Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai pengatahuan

1. Langkah pertama untuk mendapatkan pengatahuan adalah mengatahui bahawa kita

tidak berpengatahuan - Cecil


2. Contoh di sekeliling adalah buku terpenting yang dapat dibaca oleh anak-anak -

Chtysostomus 3. Kehormatan terletak dalam pekerjaan yang jujur - Cleveland

1. Tingkah laku yang sopan dan hormat terhadap orang lain adalah dua sifat utama

seorang yang bijaksana - Disraeli

1. Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat diciptakan - El Leseur 2. Rasa takut biasanya timbul daripada kebodohan - El Leseur 3. Barang siapa dapat menguasai dirinya sendiri adalah seorang yang bijaksana -

Eugane

1. Berharap tanpa usaha adalah pekerjaan yang sia-sia - Feltham 2. Hati apabila tidak mahu kepada hikmat dan ilmu dalam masa 3 hari, maka matilah

hati itu - Fthul Maushuli

1. Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan- George William Curtis 2. Modal yang paling baik darpada seseorang adalah kerajinannya - Girard

1. Orang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbicara sekali - Hajji Bektasy Wali

2. Jangan bersedih hati kerana tidak menduduki jawatan tinggi, lebih baik memikirkan

cara memegang peranan yang sesuai dengan keperibadianmu - Harold Khon


3. Belajar tanpa berfikif tidak ada gunanya tetapi berfikir tanpa belajar amat

merbahaya - Harold Khon


4. Daripada pengajaran itu menambahkan ilmu, Daripada zikir itu menambahkan kasih

dan daripada tafakur itu menambahkan takut - Hatim


5. Katakanlah yang benar walaupun pahit untuk dikatakan - Hobben

1. Kepuasan jiwa kerana mencari pengatahuan itulah kepuasan yang sejati - Ibnu

Rusyd
2. Ilmu pengatahuan itu adalah sahabat bagi teman hidup sampai kepada penghabisan

umur kita - Unknown

1. Orang yang bijaksana adalah orang yang mengatahui sejauh mana dia dapat pergi -

Jean Cocteau
2. Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan ilmu

pengatahuan - Johann Wolfgang Von Goethe


3. Usahalah untuk tidak menegakkan kepala anda lebih tinggi ada topi anda - John

Lyly
4. Berfikiran tradisional adalah musuh nombor satu bagi orang yang mempunyai suatu

program kejayaan peribadi. Berfikiran tradisional membekukan fikiran anda,

menghalang kemajuan dan mencegah anda memperkembangkan tenaga kreatif John Schwartz Davey
5. Kesulitan adalah batu asahan kehidupan setiap puncak kerjaya dicapai dengan jalan

mengatasi kesulitan kesulitan - John Schwartz Davey


6. Kalau kamu berbuat baik hendaklah kamu tutup dan kalau orang membuat kebaikan

kepada kamu hendaklah kamu berterima kasih - Unknown


7. Kemenangan diperolehi kerana kekuatan, kekuatan diperolehi kerana persatuan,

persatuan diperolehi kerana kesepakatan - Unknown


8. Kelebihan burung adalah sayapnya. Kelebihan gajah adalah kekuatannya tetapi

kelebihan manusia adalah akalnya - Unknown

1. Supaya berhasil saya harus menunjukkan bahawa saya lebih rajin daripada orang

lain - Lord Cambell

1. Kematangan bukanlah suatu keadaan yang dicapai secara tiba-tiba. Ia merupakan

suatu perkembangan yang berterusan dan dicapai lebih banyak oleh wawasan daripada usia - Michal Drury

2. Semakin banyak anda mengatahui, semakin pandai. Semakin banyak pengatahuan

anda semakin banyak yang anda akan hasilkan - Unknown

1. Tetapkan matlamat anda, cubalah terus sampai anda mencapainya - Napoleon Hill

1. Kesedaran sekalipun hanya sesaat saja sering lebih berharga daripada pengalaman

sepanjang hidup - Oliver Wendell Holmes


2. Orang yang membaca sebuah buku yang dalam ertinya, lebih besar manafaatnya

daripada membaca 50 buah buku cerita yang tidak beerti - Unknown


3. Orang yang berlaku sopan santun kepada orang tua-tua, nyata berperasaan baik dan

berhati pengasih. Yang kecil dikasihi sama besar hormat dihormati - Unknown
4. Orang yang berjaya ialah orang yang berilmu manakala orang yang disegani ialah

orang yang berbudi - Unknown

1. Waktu adalah penasihat yang paling bijaksana - Pericles

2. Jangan bimbang menghadapi segala penderitaan sebab semakin dekat cita cita akan

tercapai semakin banyak penderitaannya - Plato


3. Berusahalah membuat kebaikan, lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada

esok kerana hidup ini adalah pendek sedangkan waktu berlari kencang - Pythagoras
4. Kegagalan bukan beerti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu

loncatan mencapai kejayaan - Pythagoras

1. Kehidupan ini seperti mainan catur, siapa yang dapat memandang jauh ke depan

dialah yang menang - Syney Charles Buxton

1. Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta

nasihat - Umar bin Khaththab


2. Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk kenteteraman, ketetapan hati dan

kelembutan jiwa, tunduklah dengan merendahkan diri kepada orang tempat kau belajar - Umar bin Khaththab

1. Kerja yang dilakukan dengan semangat yang tidak kenal menyerah, dapat mengatasi

segala-galanya - Vergilius

1. Jika anda berasa tidak mempunyai salah atau bersifat baik berbuatlah seperti sifat itu

sudah ada pada diri anda - William Shakespeare


2. Baik dan buruk disebabkan oleh fikiran kita sendiri - William Shakespeare

1. Ilmu itu adalah suatu kemuliaan yang tidak ternilai harganya - X (Anonim) 2. Jangan mengeluh hanya kerana anda tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang

yang tidak mempunyai kaki - X (Anonim)

1. Setiap orang boleh asalkan berlatih, berlatih dan sekali lagi berlatih - Zulfall 2. Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself - Leo

Tolsty, Russian author


3. He that never changes his opinions never corrects his mistakes, will never be wiser

on the morrow than he is today - Tyron Edwards

Motivasi Filed Under (Motivasi) by ubk on 02-03-2009

MAKNA LUAR BIASA

Perkataan luar biasa maksudnya lebih dari yang biasa, yang ekstreme. Bila dia melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan dua kali ganda kesungguhan, lebih kuat dari yang biasa dilakukan oleh ramai orang. Lance Armstrong berlatih 6 jam sehari, dari pagi sampai ke tengahari sedangkan atlit lumba basikal yang lain berlatih 2 jam di waktu pagi dan dua jam di waktu petang. Azizi Ali, membaca lebih 700 buku tentang wang, pengurusan kewangan dan apa saja yang berkaitan dengan jutawan. Bahkan, ada beberapa buku yang dibaca olehnya lebih dari 100 kali. Kebanyakan orang cuma membaca 100-400 buku, tapi Azizi Ali kini dah membaca lebih 700 buah buku! Ahadiat Akashah, menulis dan menerbitkan lebih 55 buah novel dalam setahun, sedangkan penulis novel lain biasanya menerbitkan 3 novel setahun. Orang luar biasa senang di kenalpasti. Mereka rajin, sanggup belajar dan sanggup berusaha keras, sanggup menerima kritikan, sanggup bangkit dari kegagalan dan setiap saat, sentiasa bersyukur atas semua yang dikurniakan pada mereka.

Sibukkan Diri Berfikir Bagaimana Memperbaiki Hidup


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 7 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif. Tabiat suka berkata tentang hal orang lain adalah satu tabiat negatif sebenarnya. Bila kita sudah terbiasa berkata tentang hal orang lain, biasanya kita akan kata hal yang buruk-buruk, yang kita seringkali tak puas hati. Jadi, setiap kali kita berkata tentang sesuatu yang kita tak puas hati, ada emosi amarah disitu. Lebih kerap Anda melakukannya, lebih banyak emosi negatif bersarang di fikiran Anda. Kesannya, Anda susah nak berubah jadi orang yang bersikap positif . Mulai hari ini, kikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain. Saya faham, nak mengikisnya tu mengambil masa. Biar kita berubah langkah demi langkah, biar pelan-pelan, jadi ada kesan! Biarlah mereka dengan hal mereka, kita pula, biar kita sibuk dengan hal kita. Doakan kejayaan mereka, kesejahteraan mereka, kerana itu lebih bermakna dari asyik berkata tentang hal mereka. Usaha untuk memgikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.

Lupakan Masa Lampau


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 6 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif. Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya. Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya. Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan

di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam perangkap mental yang kita cipta sendiri. Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah. Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam. Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin. Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!

Usaha Menjadikan Hari Ini Hari Yang Bahagia


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 5 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif . Ada dua tips lagi di artikel seterusnya. Tahukah Anda, setiap hari kita ada peluang yang BESAR untuk menjadikan hari ini hari yang bahagia? Adakah Anda menyedarinya? Sudah tentu tidak, atau sedar sikit-sikit saja. Sebab, pagi-pagi lagi Anda sudah memikirkan kesibukan kerja, bil-bil yang perlu dibayar pada ujung bulan, kos semakin naik, assignment bertimbun, sales target yang perlu dicapai, lecturer yang Anda tak suka, kopi Anda yang kurang gula, trafik jem sewaktu ke tempat kerja atau leteran isteri Anda yang membingitkan telinga. Anda LUPA untuk memasang niat supaya hari ini jadi hari yang bahagia untuk Anda. Anda lupa sematkan dalam hati yang Anda mahu rasa sungguh bahagia hari ini. Apa yang saya maksudkan dengan rasa bahagia ? Ia adalah rasa gembira, happy, ceria, seronok, energetik, simply rasa yang buat Anda feel good . Yup, feel good!. Semudah itu. Mulai hari ini, apa kata Anda berubah sikap?. Bangun pagi, niatkan dalam hati yang Anda mahu rasa bahagia hari ini , Anda mahu feel good hari ini. Selepas berniat, pasang tekad Anda mahu jadikan hari ini hari yang bahagia buat Anda. Tekad biar teguh! Jangan tukar-tukar. Bila start keluar dari rumah, start nak bekerja, start ke kelas atau start memulakan perniagaan Anda, usahalah menjadikan hari ini yang bahagia , Anda rasa bahagia dari pagi sampai ke malam. Jangan biarkan satu apa merubah mood feel good itu. Jangan biarkan hal yang kecil, remeh temeh meragut kehepian Anda, kebahagiaan Anda pagi itu. Anda rasa bahagia melihat ibu atau bapa Anda, Anda rasa bahagia melihat wajah kekasih Anda, Anda rasa bahagia, rasa hepi dikelilingi kawan-kawan Anda. Usaha agar perasaan itu sentiasa ada, sentiasa membara tiap masa. Feel good, akan membentuk sikap Anda menjadi positif. Hadirkan rasa bahagia dalam hati, yang lain, semuanya akan muncul sendiri.

Law Of Attraction always in action!

Buang Sikap Mudah Marah


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 4 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif. Sebenarnya, orang yang mudah marah , jauh dalam jiwanya penuh dengan dendam, benci, sakit hati, marah atau tak puas hati pasal sesuatu di masa lalu. Dia tak lepaskan semua yang dia benci tu, tetapi layan dan terus layan di fikirannya. Sikit saja dia tertekan, dia mudah bertukar jadi pemarah, pendengus dan pembengis. Sebab, dia akan lepaskan apa yang dia tak puas hati, yang dia dendam, geram, sakit hati pada benda yang buat dia tertekan. Jika seseorang buat dia tertekan walaupun cuma sedikit, dia akan marah betul-betul orang tu. Ini menjadikan dia cukup sensitif . Terasa sikit, meletup jadinya. Pendek kata, orang yang mudah naik marah, susah nak berubah menjadi positif, juga susah nak membina sikap-sikap positif dalam jiwanya. Selagi dia tak belajar menjadi pemaaf dan belajar menahan marah , selagi itu agak mencabar untuk dia berubah. Untuk kita upgrade sikap ke level yang lebih positif, MESTI buang sikap mudah marah . Bukan saja orang tamak selalu rugi, orang yang selalu mudah marah juga selalu rugi.

Ransang Diri Dengan Kata-kata Motivasi Positif


Tips motivasi kali ni adalah tips ketiga dalam siri bagaimana membina sikap positif dalam diri. Dalam dua tips terdahulu, saya berkongsi cara mengelak sikap pesimis dan cara bagaimana nak mengubah perkataan dalam perbualan seharian. Seterusnya, untuk membina sikap positif, kita perlu sentiasa meransang diri dengan katakata positif, ayat-ayat positif atau kata-kata motivasi positif yang mencetus semangat. Baca banyak kali, beratus kali dalam sehari, dari saat Anda mula membuka mata sehingga time nak masuk tidur. Dalam blog iMotivasi, saya ada kongsikan kata-kata motivasi, dimulai dengan kata-kata motivasi #1, #2, #3 sehingga #9 dan takkan habis!. Anda juga boleh gali kata-kata motivasi dari blog Dr Inspirasi, blog Motivasi Kejayaan, blog Linn Comel, blog Osman Affan, blog Attracting Your Goals kelolaan Raymond atau blog Irfan Khairi. Anda boleh salin kata-kata motivasi tu di atas kertas kecil, buku nota atau Post It Notes lalu baca dengan kerap. Cara lain, save di dalam hanphone, PDA atau di reminder dalam laptop Anda. Minda kita cepat menangkap sesuatu yang ringkas dan santai, sebab ia lebih ringan. Amalkan membaca kata-kata motivasi atau quote motivasi pendek, kerana ia senang di ingat. Lebih kerap Anda ransang diri dengan kata-kata positif, lebih cepat sikap Anda berubah jadi yang lebih positif!.

Ubah Perkataan Dalam Perbualan Seharian


Kita bertemu dalam 8 siri tips bagaimana membina sikap positif yang kedua. Tajuknya kali ni, ubah perkataan dalam perbualan seharian kita. Kita bercakap, bercakap, bercakap, tapi kita tak kawal perkataan yang keluar dari mulut kita, baik ke, buruk ke, ye tak? Biasanya, kita kurang mengawal perkataan-perkataan yang kita ucapkan ketika berbual. Suka hati kita nak cakap apa.. Tahukah Anda, perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya mempengaruhi mood dan attitude kita sendiri? Perkataan yang kita gunakan tatkala bercakap melambangkan siapa kita dan cemana mindset kita. Jika kita suka cakap yang kasar, yang besar, yang bongkak, ada caci maki, tak puas hati dan cercaan, maknanya attitude kita negatif. Jika kita suka cakap dengan tone suara yang terkawal, sopan dan jelas, diselang seli dengan lawak jenaka, rasa persahabatan, mood kehepian serta bebas dari umpatan atau caci makian, itu maknanya attitute kita positif. Attitude Yang bagus, yang membuat orang senang nak senang dengan kita. Untuk membina sikap positif dalam diri, Anda kena ubah perkataan dalam setiap perbualan seharian. Kawal apa yang Anda fikirkan dan yang Anda ucapkan. Selalulah cakap yang baik-baik saja dan kalau boleh yang bersemangat membara. Jauhkan diri dari selalu mengkritik atau bercakap pasal ketidakpuashatian Anda dengan perbuatan orang lain. Elak mencaci-maki, mencerca atau menengking. Elak seelak yang mungkin, sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin, selama mana yang mungkin! Satu perkataan saja boleh mempengaruhi sikap, kerana satu perkataan boleh menjadi ayat lalu ayat-ayat itulah yang ditangkap oleh minda Anda. Kesannya, ia melekat di situ menjadi sebahagian dari apa yang selalu Anda ucapkan. Tukar kalau menjadi bila. Tukar mustahil kepada boleh jadi. Tukar boleh buat ke? boleh berhasil ke? kepada Saya percaya saya boleh buat! Apa peluang yang saya ada?. Bila diubah, terasa macam ada peluang dan ada harapan untuk berusaha. Contoh ayat-ayat positif yang Anda boleh praktikkan Aku boleh, sememangnya boleh! Aku mahu cuba! aku ada peluang untuk berjaya! Aku tak mahu tangguh, aku mahu buat sekarang! Aku mau buktikan!

Elak Sikap Pesimis

Tips bagaimana membina sikap positif yang pertama ni bertajuk elak sikap pesimis. Untuk membina sikap positif, kita kena buang sikap negatif dulu. Buang yang buruk-buruk, masukkan yang baik-baik. Ubah perangai lama, gantikan dengan perangai baru..Ubah diri Anda! Sikap pesimis adalah sikap-sikap negatif, seperti suka bersangka buruk, suka berfikir yang bukan-bukan, pendengus, panas baran, tak menerima pendapat orang, ego, sombong dan hidung tinggi. Kita kena berubah. Ambil sedikit masa kaji dulu diri kita ni cemana sebelum kita berubah. Kaji dalam-dalam perangai kita ni dengan menganalisa tabiat diri. Cara paling bagus, ambil sehelai kertas kosong dan tulis perangai yang kita nak ubah. Tulis satu-satu. Jujur dengan diri sendiri. Sebagai contoh, jika pada mulanya kita suka bersangka buruk, ubah menjadi suka bersangka baik. Jika dulu kita suka memandang rendah pada orang, tukar perangai tu menjadi tabiat suka mengagumi orang lain dan selalu menghormati orang lain, walau siapapun dia. Jika dulu ada sikit-sikit ego atau suka menunjuk, tukar menjadi tabiat suka bersederhana dan low profile. Sikap bersederhana lebih dihormati orang di sekeliling. Bila dah berubah, cemana kita nak jadikan perubahan tu kekal, bukan sehari dua saja? Jawapannya, buat selalu dan lakukannya dengan kerap! Seperti contoh di atas, selalulah bersangka baik, suka mengagumi kelebihan orang lain, hormati semua orang, selalu bersederhana dan selalu low profile. Amalkan kesemuanya selalu!. Lama-kelamaan, bila dah terbiasa, sikap Anda berubah menjadi lebih positif akhirnya! (