Anda di halaman 1dari 2

Aurat ialah satu kehormatan diri bagi seseorang yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa.

Menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita untuk mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi atau sebaliknya. Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat ialah daripada maksud surah Al-Araaf 7:31 iaitu Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi ke tempat ibadat(masjid) dan akan makan serta minumlah. Dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas. Rasulullah s.a.w bersabda Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.(hadis riwayat Aththahawi), Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki.(hadis riwayat Bukhari) dan Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua tapak tangan nya sampai bahagian pergelangannya.(hadis riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah ). Berdasarkan dalil-dalil tersebut adalah menjadi kewajipan kepada hambaNya untuk menjaga aurat, maka hukumnya adalah haram dan ditegah oleh agama jika tidak menjaganya. Kecuali untuk tujuan tertentu seperti perubatan. Batas-batas aurat di khalayak ramai bagi lelaki ialah antara pusat ke lutut. Namun begitu, dia dilarang keluar rumah dengan hanya menutup bahagian itu kerana nilai adabnya yang kurang sopan dan tidak mengikuti syarak yang ditetapkan. Batas-batas aurat di khalayak ramai bagi perempuan pula ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimiliki adalah sangat cantik sehingga menimbulkan fitnah, wajib menutup wajah itu. Batas-batas aurat dengan ahli keluarga pula ialah untuk lelaki adalah dari pusat ke lutut manakala aurat perempuan adalah antara pusat ke lutut. Aurat sesama jantina dengan syarat tidak menimbulkan fitnah ialah aurat lelaki dengan lelaki adalah antara pusat ke lutut dan perempuan dengan perempuan adalah antara pusat ke lutut. Jika menimbulkan fitnah adalah wajib bagi individu tersebut menutup keseluruhan tubuhnya. Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik untuk lelaki adalah dari pusat ke lutut dan sesetengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup. Aurat perempuan pula ialah antara pusat ke lutut. Etika berpakaian menutup aurat ialah berpakaian mengikut syarak, yang mesti menutup aurat seperti yang dinyatakan sebelum ini. Haram diperlihat dan haram melihatnya. Kedua ialah haruslah tidak berpakaian yang menyerupai dengan kaum engkar kepada Allah iaitu seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya. Seterusnya, pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahirnya ia telah menutup aurat. Ianya haram keran menampakkan susuk tubuh yang perlu dijaga. Akhir sekali, pakaian yang tidak warna warni atau bercorak yang akan menimbulkan daya penggamit pandangan.

Hukum melihat aurat pula ialah haram bagi seseorang yang melihat aurat orang lain walaupun sama jenis, seperti melihat lelaki kepada seorang lelaki dan perempuan kepada seorang perempuan. Dimaafkan jika sekilas pandangan sahaja tanpa melakukan pandangan kedua. Namun jika melihat kepada aurat sendiri ianya dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun seorang perempuan. Makruh juga sekiranya membuka aurat di tempat sunyi dari pandangan manusia seperti dalam bilik secara bersendirian. Jika terpaksa, seperti perubatan harus bagi seorang ahli perubatan sesame jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemaninya. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatanlelaki dan pesakit perempuan diwajibkan ada bersama mahram menemaninya dan dengan syarat tiada ahli perubatan perempuan di sana. Ketika haruslah melihat aurat pesakit tersebut. (baitulmuslim.com)