Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK

: MOHD ZAWAWI BIN OMAR : PISMP 8.03 : SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA WARISAN : KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA WARISAN

TEMPOH PELAKSANAAN : 20 JULAI 2011 OBJEKTIF) 1) Memberi pengalaman baru kepada murid yang bertanding dan juga kepada AJK Pengelola pertandingan yang mengelola di gelanggang sebenar Futsal. 2) Merapatkan ukhwah dalam kalangan murid melalui sukan. 3) Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengurus di kalangan AJK pengelola.

STRATEGI PELAKSANAAN) 1) Perbincangan antara guru pelatih dan guru pembimbing. 2) Merancang aktiviti dan perjalanan program. 3) Menyiapkan kertas kerja program sebelum dihantar kepada pihak pentadbiran untuk semakan. 4) Menyediakan barang-barang yang berkaitan dengan program. 5) Membuat garisan dan tiang gol gelanggang Futsal.

6) Pada hari pertandingan, kami bertindak sebagai pengendali kejohanan sehingga berakhirnya kejohanan ini.

PELAN PELAKSANAAN PROJEK :


Minggu Tugas y y

Merancang tugasan AJK. Mengenalpasti gelanggang. Menyiapkan gelanggang Futsal. Melaksanakan kejohanan.

y y

REFLEKSI 1) Kekuatan projek i. Antara kekuatan projek bagi kejohanan futsal tertutup SKKW ini ialah dari segi kelancaran perjalanan majlis yang berlangsung tanpa sebarang masalah yang dapat merencatkan kelancaran program ini.Kelancaran projek ini hasil daripada semangat kerjasama yang tinggi daripada guru-guru pelatih yang telah memberikan sepenuh komitmen terhadap setiap tugas yang telah dibahagikan sebelum projek dijalankan. ii. Pelaksanaan projek ini memberikan pengalaman kepada guru pelatih dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah. Contohnya saya mendapat pengalaman baru cara -cara

membuat garisan gelanggang futsal, peraturan pertand ingan serta pengurusan program. iii. Dilaksanakan dengan sangat berjaya serta menarik minat murid kesan dari bajet yang berpatutan diberikan oleh pihak sekolah.

2) Kelemahan projek i. Pada projek kali ini, antara kelemahan yang kelihatan adalah dari segi pengurusan para peserta yang sukar dikawal disebabkan keghairahan mereka untuk menyertai kejohanan ini. ii. Pemilihan para peserta yang kurang efektif akibat kesuntukkan masa. iii. Kekangan masa untuk memberi ruang kepada lebih ramai murid menyertai.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kelemahan yang terdapat di dalam projek ini dapat diatasi sekiranya perancangan projek ini dilaksanakan dengan lebih awal. Persediaan yang rapi mungkin dapat mengatasi kekurangan pihak penganjur semasa melaksanakan projek ini.

KESIMPULAN Projek yang dilaksanakan banyak memberi manfaat kepada saya dan rakanrakan dalam menimba ilmu dan pengetahuan tentang tugas seorang guru yang bukan hanya mengajar di dalam kelas tapi mampu melaksanakan aktiviti kokurikulum. Segala pengalaman yang telah ditempuh dapat kami jadikan sebagai pedoman dan bekalan apabila bergelar sebagai seorang guru dan pendidik kelak . Di samping itu, pelaksanaan projek ini ia secara tidak langsung dapat menyediakan murid -murid yang sempurna dari pelbagai aspek selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan supaya potensi individu diperkembangkan dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

LAMPIRAN