Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan sesuatu tamadun adalah didasari oleh kebitaraan ilmu yang ditunjangi dalam pelbagai aspek. Tamadun yang unggul sudah tentu memiliki Ilmu pengetahuan yang agung sebagai asas pembinaan peradabannya. Antara tamadun yang muncul dengan keunggulan ilmu dan pengetahuannya adalah seperti India, china dan Arab. Penerokaan pelbagai bidang ilmu menjadikan tamadun -tamadun ini berkembang pesat sehingga ke hari ini. Antara bidang ilmu yang dipelopori adalah seperti matematik, falsafah, anotomi, astronomi, kimia, pelayaran, perubatan, kesusasteraan dan geografi. Bidang -bidang ilmu ini memainkan peranan yang amat penting sehinggalah menyumbang kepada perkembangan teknologi dunia yang semakin pesat dan canggih pada hari ini. Allah berfirman dalam surah al -Alaq, ayat 1-5-- yang bermaksud :
Bacalah! (Wahai Muhammad). Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya . (Al-'Alaq :1-5)

Ayat tersebut merupakan surah pertama yang diwahyukan kepada baginda Muhammad s.a.w. Dengan turunnya wahyu pertama tersebut, jelaslah Allah telah mensyariatkan kepada sekalian hambanya tentang kepentingan ilmu. Ilmu menjadi asas kepada kelangsungan hidup sejagat. Ilmulah yang merintis jalan cahaya daripada dunia yang penuh gelap gelita. Tugasan ini akan membicarakan me ngenai bidang-bidang ilmu yang berkembang dalam era tamadun Islam, tokoh -tokoh berkaitan serta sumbangan yang telah diberikan dalam sejarah peradaban dunia. Tugasan ini secara tidak langsung juga akan menyentuh tentang sejarah perkembangan ilmu dunia yang banyak dirintis daripada pengaruh keilmuan dan cendekiawan Islam.

2.0

KONSEP DAN DEFENISI ILMU

Perkataan ilmu dari sudut bahasa adalah berasal daripada perkataan arab iaitu alima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah pula adalah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul -rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah. Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al -Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sain s dan pendidikan.

3.0

Pembahagian Dan Cabang -Cabang Ilmu Pengetahuan

Geografi

Astro o i

Eko o i

Bi a g Il

Per

a ta

Falsafa

3.1

Falsafah

Falsafah ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang kebenaran yang umum dan asas. Istilah falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab iaitu filasifah yang juga berasal daripada perkataan yunani, iaitu philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri -ciri seperti berikut:
y y

Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Bidang falsafah mula berkembang pada (469 -399) yang dipelopori oleh Socrates daripada orang-orang sophia. Seterusnya, ilmu tersebut diteruskan oleh Plato (427 457 SM). Setelah itu kajian terhadap bidang falsafah ini diteruskan oleh muridnya yang bernama Aristoteles (384 322 SM). Setelah zaman Aristoteles, sejarah tidak mencatat lagi generasi penerus hingga munculnya Al -Kindi pada tahun 801 M. Al -Kindi ialah ahli falsafah Arab pertama yang mempelajari bidang falsafah. Buku-buku Al-Kindi banyak menghuraikan mengenai pel bagai cabang ilmu pengetahuan seperti geometri, aritmatik, astronomi, muzik, logika dan falsafah. Bukunya yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin di Eropah berjudul De Aspectibus berisi uraian tentang geometri dan ilmu optik, mengacu kepada pendapat Euclides, Heron dan Ptolemeus. S etelah ketiadaan Al-Kindi, muncul ahliahli falsafah Islam lain yang terus mengembangkan bidang falsafah. Antaranya ialah Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Jamaluddin Al -Afghani, Muhammad Abduh dan Muhamad Iqbal.

3.1.1 IMAM AL-GHAZALI

Dalam dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran Hujjatul Islam merupakan ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama lengkap beliau ialah Abu Ha mid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad alGhazali at-Tusi. Beliau dilahirkan di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun daripada bulu biri -biri dan turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf. Imam al-Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad. Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, seperti Imam al -Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad. Beliau disokong dengan kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang fikah, ilmu kalam dan falsafah pada zaman tersebut. Sebagai seorang ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah neg ara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah. Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku -buku sahaja kecuali melalui pengalaman atau merasainya sendiri. Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri para intelek Islam seperti ar -Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan ramai lagi. Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu -ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana yang dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al -Falasifah mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.

Walaupun beliau b ersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua diterima oleh beliau kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Namun ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan sifat ketuhanan boleh diterima selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh al -Ghazali menunjukkan satu contoh dalam ilmu matematik yang tidak dapat diingkari kebenarannya. Adapun dalam bidang ketuhanan al -Ghazali berpendapat pandangan para filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu dan pemikiran mereka wajib ditolak. Kehebatan dan keunggulan ilmu cendekiawan Islam ini bukan sahaja diakui oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam, tetapi turut dikamgumi ole h orientalis Barat. Penulispenulis Barat juga sering menulis tentang al -Ghazali. Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantaran kekaguman terhadap teori falsafah Al Ghazali. Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan al -Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang berbeza -beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al -Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana Augustinus dalam dunia Kristian. Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepada pendapat al -Ghazali dalam falsafahnya. Karya Al-Ghazali Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat se cara definitif oleh para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab -kitabnya yang telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan makhtutah negara -negara Arab. Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti il mu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain -lain. Antara karya beliau yang sangat berpengaruh ialah:1. Tahafut al -Falasifah 2. Ihya Ulumiddin 3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal 4. Miskat al-Anwar 5. Maqasid al-Falasifah 6. Majalis AlGhazali 7. Al-Mustazhari. Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah ialah Tahafut al -Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan pendirian beliau. Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terh adap falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli falsafah yang mempunyai keistimewaan. Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55 tahun.

3.2

ASTRONOMI

Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu yang mengkaji tentang cakerawala dan bintang atau peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai ilmu falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu falak atau a stronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian atau pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik. Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua dalam kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesa han dari al-Quran ke atas Ilmu bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronom i mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedo ktoran dari segi kepentingannya. Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.

Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al -Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama "Zij", diikuti dengan penterjemahan karya -karya astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis -saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al -Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.

Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar -bandar Islam yang lain.

Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaj a kita berada di dunia termasu k di Malaysia. Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :

i. ii. iii.

Mengukur Pengukuran

jarak paksi

antara bumi

sesuatu dan

bintang luas

diukur, bumi.

Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang

bintang di galaksi.

3.2.1 AL-BATTANI

Abu Abdullah Al-Battani atau dikenali sebagai Albategnius di dunia Barat merupakan salah seorang pakar sains Islam dari Syria yang hidup antara tahun 858 - 929. Nama penuh beliau ialah Abu 'Abdull h Muhammad ibn Jabir ibn Sinan ar -Raqqi alHarrani as-Sabi' al-Battani. Salah satu pencapaiannya yang terkenal adalah tentang penentuan tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Masyar dan alKhawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang -bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut da n kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke -12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat meni mbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.

3.3

GEOGRAFI

Perkembangan

ilmu penyelidikan geografi di dunia Islam bermula ketika era

Khalifah Al-Ma'mun yang berkuasa dari tahun 813 hingga 8 33 M telah memerintahkan ahli geografi Muslim untuk mengukur kembali jarak bumi. Islam mendorong umatnya untuk membuka pemikiran dan cakrawala. Allah s.w.t SWT berfirman: Sungguh telah berlaku sunnah Allah SWT (hukum Allah SWT) maka berjalanlah kamu di muka bumi dan lihatlah bagaimana akibat (perbuatan) orangyang orang mendustakan ayat-ayat-Nya. (Al-Imran: 137). Perintah ini telah membuat umat Islam di abad-abad pertama berupaya untuk melakukan kajian dan ekspedisi. Selain dilandasi faktor ideologi dan politik, ekspansi Islam yang berlangsun g begitu cepat itu juga didorong insentif perdagangan yang menguntungkan. Umat Islampun mulai mengarungi lautan dan menjelajah daratan u ntuk menyebarkan agama Allah s.w.t. Semenjak abad ke-8 M, kawasan Mediteranian telah menjadi jalur utama bagi orang-orang Muslim. Jalur-jalur laut dan darat yang sangat sering digunakan akhirnya menghubungkan seluruh wilayah Muslim yang berkembang mencapai India, Asia Tenggara, dan China hingga meluas ke utara dari Sungai Volga hingga Skandinavia dan menjangkau jauh ke peda laman Afrika.

Ekspansi dan ekspedisi di abad-abad itu mendorong para sarjana dan penjelajah Muslim untuk mengembangkan ilmu geografi. Pada zaman pemerintahan khalifah , geografi mulai berkembang dengan pesat. Umat Islam memang bukan yang pertama mengembangkan dan menguasai geografi. Ilmu bumi pertama kali dikenal bangsa Yunani adalah bangsa yang pertama dikenal secara aktif menjelajahi geografi. Beberapa tokoh Yunani yang berjasa mengeksplorasi geografi sebagai ilmu dan filosofi antara lain; Thales dari Mil etus, Herodotus, Eratosthenes, Hipparchus, Aristotle, Dicaearchus dari Messana, Strabo, dan Ptolemy.

3.3.1 ABDULLAH AL-IDRIS

UMAT manusia patut berterima kasih pada tokoh ini iaitu Abdullah Al -Idris (10991166 M). Dilahirkan dengan nama penuh Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris Ash-Sharif di kalangan ilmuwan dan masyarakat Barat dan

dunia umumnya, Al-Idris dikenali sebagai seorang ahli geografi, dan pencipta peta dunia daripada perak seberat 400 kilogram. Berkat karyanya ini, umat manusia dapat mengetahui di mana letak benua atau kawasan tertentu yang ingin dituju. Beberapa pelajar di institusi pengajian tin ggi menyanjung ilmuwan kelahiran Ceita, Sepanyol ini sebagai ahli geografi dan kartografi terbesar pada abad pertengahan. Idris atau Al-Sharif Al-Idris Al-Qurtubi juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu kedoktoran. Idris menghabiskan zaman persekolahannya di Cordova. Seperti kebanyakan ahli geografi lainnya, ia melakukan pengembaraan ke pelbagai tempat, dari satu negara ke negara lain nya, dan dari satu benua ke benua lainnya untuk mengumpulkan data geografi. Kebanyakan ahli geografi Muslim pada zaman Idri s, telah berjaya membuat kiraan keluasan muka bumi secara tepat. Ketika itu beberapa peta dunia juga telah dibuat, tetapi tidaklah sesempurna peta yang dibuat Idris. Daripada bahan-bahan yang telah dikumpulkannya, Idris lalu menggabungkan penemuan-penemuannya tersebut menjadi satu pengetahuan baru. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap wilayah di dunia. Dari penemuannya inilah, Idris menjadi sangat ter kenal dan mulai dijadikan rujukan oleh pelaut Eropah serta pihak tentera.

Kepakaran Idris dalam bidang geografi itu sampai ke pengetahuan Raja Roger II, raja Norman dari Sicilia. Raja Roger II lalu mengundang dan menawarkan kemudahan pada Idris untuk membuat peta dunia paling tepat pada ketika itu. Idris memenuhi permintaan itu, namun ia me letakkan syarat iaitu dalam peta itu ia ingin memasukkan data bahawa Sicilia pernah berada di bawah pemerintahan kaum Muslim sebelum Raja Roger berkuasa. Peta pesanan raja itu direalisasikan Idris dalam bentuk bola dunia (globe) seberat 400 kilogram. Globe itu secara cermat juga mencantumkan ketujuh benua dengan laluan perdagangannya, tasik -tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran, serta pergunungan. Selain itu, Idris juga memasukkan beberapa informasi tentang jarak, jauh, dan ketinggian dengan amat tepat. Oleh Idris globe itu dilengkapkan pula dengan Kitab Al -Rujari (Roger's Book).

Tidak hanya itu, Al-Idris juga berjaya membuat anggaran ukuran garis tengah bumi dan pada titik 22.900 batu, setara dengan 42.185 km. Kejayaan ini tidak banyak berbeza dengan ukuran yang sebenarnya, iaitu 40.068 km. Beras askan karyanya, banyak buku rujukan yang ditulis ilmuwan Barat menyebutkan bahawa karya Idris

merupakan suatu sumbangan yang besar pada teknologi pembuatan peta dunia selepas itu. Tidak hairan apabila na ma Idris disebutkan dalam banyak buku-buku berkaitan sejarah pembuatan peta dunia. Misalnya salah satu perisian pemprosesan pada Sistem Informasi Geografi (SIG) -- dalam bahasa Inggris disebut Geographical Information System (GIS) - dikenali dengan Idris. Idris adalah antara tokoh yang membuktikan kemampuan seorang cendekiawan Muslim yang memberi sumbangan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk kepada raja yang bukan Islam.

3.4

PERUBATAN

Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, pangkat, keturunan atau a gama kerana sesiapa sahaja boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan.

Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati.

Walaupun pelbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam j uga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai -bagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu. Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al -Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi alTibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara la innya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis.

Ibnu Nafis ( 1208 - 1288) Nama sebenar beliau ialah Ala -al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selai n seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran dara h, melalui ronggarongga jantung dan paru -paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru -paru. Beliau dan perawatan juga telah selepas menghasilkan teknik pembedahan

pembedahan

Antara karya yang telah dihasilkan beliau

adalah Kitab Al-Shamil fi'l-sina At-

tibbiyah (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan, Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang kesan diet bagi kesihatan, Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tetapi tidak berjaya ditamatkan karena Al-Nafis telah wafat.

3.4.1 AL-ZAHRAWI/ALBULCASIS

Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al -Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke -10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada zaman pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden" . Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini

Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbangan beliau dalam bidang in i ialah :

i. Sebagai seorang pengkaji alat -alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenal pasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit ketur unan yang dikenali sebagai hemofilia.

iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat -ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan be nang sutera untuk tisu yang berselirat. v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al -Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara -cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan . vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat -alat yang beliau guna kan secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran -lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah -langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

3.5

EKONOMI

Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual -beli sahaja di pasaran yang mudah. Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan -tulisan mengenai hukum riba, sistem harga, monopoli, percukaian, za kat, kewangan kerajaan dan sebagainya. Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab masing-masing

TOKOH DAN SUMBANGANNYA Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah Ibni Taymiyah (1262-1328 Masihi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masihi). Ibn Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, ia itu Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, w ang, modal, dan kewangan negara. Beliau yang berasal dari Hadramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun. Walaubagaimana pun momentum pengembangan ilmu Ekonomi Islam ini

mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku di sekitar kurun ke-13 Masihi. Inilah zaman kegelapan Islam di mana masalah politik dan sosial di kalangan umat Islam telah menjadi kuca r-kacir sehingga membantutkan institusi keilmuan. Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan berijtihad. Mereka hanya mampu bertaklid dan dengan rela hati menutup pintu ijtihad. Ilmu Ekonomi Islam yang yang di asaskan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka. Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beralih ke Barat. Lahirlah toko h ilmu ekonomi Barat seperti Adam Smith (1723-1790), David Ricardo (1772-1823), J.S. Mills (1806-1873), Irving Fisher (1867 -1947), John Maynard Keynes (1883-1946), dan lain-lain. Cendikiawan dari negara Islam pula menghala ke Barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing -masing. Zaman kejatuhan kegemilangan Islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Islam. Maka dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu melalui penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh dikatakan kesemua negara Islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang dikatakan sekular itu.

3.5.1 IBNU TAiMIYAH

Ibnu Taimiyah atau nama lengkapnya Taqayuddin Ahmad bin Abdul Halim lahir di kota Harran pada tanggal 22 Januari 1 263 M (10 Rabiul Awwal 661 H). Beliau berasal dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Ayah, bapa saudanya dan datuknya merupakan ulama besar Mazhab Hanbali dan juga merupakan penulis buku yang terkenal. Kerena kecerdasan dan kebijaksanaannya, Ibnu Taimiyah yang masih sangat muda telah mampu menamatkan sejumlah mata pelajaran, seperti tafsir, hadis, fiqah, matematik, dan falsafah serta berjaya menjadi pelajar yang terbaik di antara teman-teman seperguruannya. Guru Ibnu Taimiyah berjumlah 200 orang, antaranya adalah Syamsuddin Al -Maqdisi, Ahmad bin Abu Al-Khair, Ibn Abi Al-Yusr, dan Al-Kamal bin Abdul Majd bin Asakir. Ketika berusia 17 tahun, Ibnu Taimiyah telah diberi kepercayaan oleh gurunya, Syamsuddin Al-Maqdisi, untuk mengeluarkan fatwa. Pada masa yang sama, belkiau juga memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Ke hebatan ilmu Ibnu Taimiyah memperoleh penghargaan dari pemerintah pada ketika itu dengan menawarkan jabatan ketua menteri kehakiman. Namun, kerana merasakan beliau tidak mampu memenuhi pelbagai syarat yang ditentukan oleh penguasa, ia menolak tawaran tersebut. Kehidupan Ibnu Taimiyah tidak hanya terbatas pada dunia buku dan kata -kata. Beliau juga terlibat dalam bidang politik, penulisaan dan pidato. Beliau juga perkasa di medan perang. Penghormatan yang begitu besar yang diberikan masyarakat dan pemerintah kepada Ibnu Taimiyah membuatkan beliau dicemburui ada yang berusaha untuk menjatuhkan dirinya. Sejarah mencatat bahwa sepanjang hidupnya, Ibnu Taimiyah telah menjalani tahanan sebanyak empat kali akibat fitnah yang dilontarkan para penentangnya. Selama dalam tahanan, Ibnu Taimiyah tidak pernah berhenti untuk menulis dan mengajar. Bahka n, ketika penguasa mencabut haknya untuk menulis dengan cara mengambil pena dan kertasnya, ia tetap menulis dengan menggunakan batu arang. Ibnu Taimiyah meninggal dunia didalam tahanan pada tanggal 26 September 1328 M (20 Dzul Qaed dah 728 H) setelah mengalami perlakuan yang sangat kasar selama lima bulan.

4.0

PENUTUP

Perkembangan ilmu pendidikan dalam peradaban Islam telah melahirkan ramai bijak pandai dan cendekiawan Islam yang unggul dan disegani. Karya -karya dan hasil penyelidikan mereka ini menjadi in spirasi dan perintis kepada perkembangan ilmu di dunia yang diperkembangkan oleh Barat setelah era kejatuhan empayar Islam. Namun demikian, lipatan sejarah membuktikan bahawa Islam telah pembangunan ilmu pengetahuan. Sumbangan besar yang diberikan oleh ilmuan Islam dalam pelbagai bidang menjadikan Islam sebuah agama yang cintakan ilmu yang sentiasa menuntut pengikutnya supaya sentiasa menuntut ilmu dengan dijanjikan k emuliaan dan ketinggian di sisi Allah, sesuai dengan firman Allah dalam surah al -Mujadalah yang bermaksud :
Allah mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat (Surah al Mujadalah Ayat 11.)

melahirkan

ramai teknokrat yang menjadikan al-Quran sebagai teras kepada penyelidikan dan

Selain itu, banyak lagi ayat al -Quran dan hadis yang menyebut tentang kepentingan menuntut ilmu dan juga kewajipannya serta ganjaran -ganjaran yang diperolehi oleh hambanya yang berjuang menuntut ilmu pada jalan Allah. Sesungguhnya, Allah amat mencintai hamba-hambanya yang cintakan ilmu dan mendekatkan dirinya kepada Allah. Jelaslah, tuntutan mencari ilmu yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba hambanya merupakan satu platform yang memberi impak perkasa terhadap pembangunan keilmuan dalam tamadun peradaba n manusia di dunia. Sebagai generasi rabbaniyah yang dilahirkan dalam suasana ilmu dan iman, kita seharusnya sentiasa meningkatkan kualiti keilmuan yang telah diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu. Tanggungjawab ini bukanlah bersifat legasi semata -mata, tetapi merupakan tanggungjawab yang seharusnya dipikul dengan sebagai satu amanah oleh Allah subahanahu wataala.

Sumber

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Abdullah_Al -Battani http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html http://tayibah.com/eIslam/Tamadun/tamadun2.htm

Anda mungkin juga menyukai