Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN KM 10, JALAN PADANG TENGKU, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL

MAKMUR.

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU FASA I

30 MAC HINGGA 2 APRIL 2010 (SELASA HINGGA JUMAAT)

ANJURAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 1

1.0

SELAYANG PANDANG Bersyukur ke hadrat limpah kurniaan Tuhan yang Maha Kuasa, PISMP yang disokong oleh para pensyarah pensyarah yang berkenaan, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, telah berusaha bersama menganjurkan satu program yang harus diikuti oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu BINA INSAN GURU FASA 2 TAHUN 2010.

2.0

RASIONAL Program ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru pelatih dalam membina keterampilan diri dan citra guru yang unggul dan seimbang. Tambahan pula, guru-guru pelatih dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang berlangsungnya program ini dan dapat menerapkan seberapa banyak ilmu yang bersesuaian. Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan daya kepimpinan serta tanggungjawab guru guru pelatih dan mengaplikasikannya semasa di sekolah pada masa hadapan.

3.0

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap guru pelatih. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap guru pelatih. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri guru pelatih dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang terutama semasa menjadi guru kelak. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara kita.

4.0

OBJEKTIF 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi. Melahirkan guru pelatih yang progresif, patriotik dan dinamik dengan amalan nilai nilai murni. Menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. Memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama, dan tolong-menolong antara guru pelatih. 4.7 Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

5.0

TARIKH 30 Mac- 2April 2010 (Rabu hingga Sabtu)

6.0

MASA Hari Pertama (30 Mac 2010) 2.00 petang hingga 10.30 malam Hari Kedua Hari Ketiga (1April 2010) 5.30 pagi hingga 10.30 malam (2 April 2010) 5.30 pagi hingga 10.30 malam

Hari Keempat (3 April 2010) 5.30 pagi hingga 1.00 petang

7.0

CADANGAN KE TEMPAT PROGRAM Pusat Latihan Kokurikulum

8.0

PENYERTAAN 65 Orang Guru Pelatih PISMP BM (25 guru pelatih) PISMP PJ 1 (19 guru pelatih) PISMP PEM (BM) (21 guru pelatih)

9.0

JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU FASA II 2010

PENGERUSI

: PENGARAH YANG HORMAT DATO HJ MAZLAN BIN MOHAMMAD DIMP

TIMBALAN PENGERUSI

: TIMBALAN PENGARAH EN. ROSELAN BIN AHMAD

SETIAUSAHA

: KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR CIK HAJAH SALBIAH BT ISHAK

BENDAHARI

: PEGAWAI EKSEKUTIF EN. ROSLAN BADLI B. ABDULLAH

PENYELARAS

: KETUA UNIT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN EN. MOHD. ZAHARUDDIN B. OMAR

JAWATANKUASA KEROHANIAN & MORAL JAWATANKUASA PERALATAN

: KETUA JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL USTAZ TAJUDDIN B. SIDEK

: KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI EN. SALLEH BIN MOHD SHEH

JAWATANKUASA AUDITORI JAWATANKUASA KEBAJIKAN & KESELAMATAN JAWATANKUASA MAKANAN JAWATANKUASA PENILAIAN

: KETUA UNIT DISIPLIN & TATATERTIB EN. ZOLPATAI B. ELIAS : KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN EN. ROZIKY EFFENDY B. REPIN

: KETUA UNIT KEDIAMAN EN. ABD JAMIL BIN SABDIN : SETIAUSAHA PEPERIKSAAN EN. FAUZI BIN SALLEH

10.0

JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA KERJA BINA INSAN GURU FASA II 2010

PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA

: RAHMATUL SYUKRI B. HAIDIN : NOOR HAYATI BT IBRAHIM : ATIKAH BT MOHD.TAIB

PENOLONG SETIAUSAHA : NURUL ANIS BT ABU BAKAR BENDAHARI : FARHANA BT MALIKI

AJK KECIL PENGANGKUTAN : NURUL SHAHIRA BT SHAHROM MAKANAN PERALATAN PENGINAPAN/ KEBAJIKAN DISIPLIN/ KEBERSIHAN KESELAMATAN :MASTURA BT MOHD SABRY : NUR AQILAH BT NOOR SABRI :SALINA FARHANA BT AZMI : LEE HOI YEH : NURUL JANNAH BT MAMAT

DOKUMENTASI PUBLISITI

: NADZIRAH BT MOHD. SYUKUR : AHMAD FIRDAUS B. ABDULLAH

11.0

ANGGARAN KEWANGAN 11.1 Makanan Guru pelatih (RM 10 X 65 orang X 3 hari) Guru pelatih (RM 5 X 65 orang x 1 hari) = RM 1950.00 =RM 325.00 Jumlah RM 2275.00

12.0

PERALATAN
12.1 Kotak Rawatan Kecemasan 12.2 Kertas A4 12.3 Kertas Mah-Jong 12.6 Marker Pen 12.7 Khemah - 2 Unit -1kotak -2 gulung - 2 kotak -16 buah

13.0

ATURCARA PROGRAM Rujuk Lampiran

14.0

TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran II

15.0

PENUTUP Kami berharap agar melalui perlaksanaan program ini akan dapat mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat besar kepada guru pelatih khususnya, yang bakal mendidik anak bangsa negara. Tinggi harapan kami agar program ini mendapat sokongan dan komitmen yang menggalakkan daripada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan. Segala perhatian dan tindakbalas positif daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh :

...................................... (ATIKAH BINTI MOHD.TAIB) SETIAUSAHA BINA INSAN GURU FASA I 2010 PISMP AMBILAN JAN 2010

Disemak oleh : .......................................... (CIK HAJAH SALBIAH BT ISHAK) KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN

Diluluskan oleh : ............................................ (DATO HJ MAZLAN BIN MOHAMMAD.DIMP.) PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN