Anda di halaman 1dari 5

KUPASAN KARANGAN EMPAT UNSUR TEMA AMALAN MEMBACA

Soalan : Membaca ialah amalan yang mulia. Amalan ini sepatutnya bermula dari rumah kerana tanggungjawab memupuk minat membaca terletak di bahu ibu bapa.Berikan komen anda.

Pendahuluan. -Membaca jambatan ilmu. -Faedah membaca : menambahkan ilmu pengetahuan dan membuatkan seseorang tidak ketinggalan zaman, tidak menjadi katak bawah tempurung. -Ibu bapa berperanan memupuk minat membaca kerana anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di rumah, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. -Namun ada sesetengah ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hal ini menjadi kekangan untuk membentuk perasaan suka membaca dalam diri anak-anak.

Isi Pertama AT : Ibu bapa wajar menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak. AH ersekitaran membaca yang kondusif dapat menarik minat anak-anak untuk membaca.

-Anak-anak lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dengan hanya mencarinya di tempat yang telah disediakan. -Anak-anak dapat menghabiskan masa senggang di tempat yang disediakan sekaligus mendorong mereka untuk membaca. AC : -Ibu bapa hendaklah menyediakan perpustakaan mini yang lengkap dengan banyak bahan bacaan yang menarik dan berbentuk ilmiah berbanding picisan. AP : Jelaslah ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran membaca yang kondusif sebagai usaha memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. UM : Seperti katak bawah tempurung.

Isi Kedua AT : Ibu bapa hendaklah menerapkan perasaan membaca dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. AH :-Kanak-kanak lebih mudah dibentuk berbanding remaja.

-Jika amalan membaca dipraktikkan dalam rutin harian anak-anak sejak kecil, amalan tersebut akan menjadi kebiasaan bagi mereka. Perasaan suka membaca juga akan terbentuk secara tidak langsung. AC : Ibu bapa hendaklah membiasakan anak-anak menggunakan waktu senggang mereka sejak kecil. Waktu khas untuk membaca hendaklah ditetapkan seperti waktu hujung minggu. AP : Ternyata ibu bapa bertanggungjawab menerapkan perasaan suka membaca sejak anak-anak kecil lagi. UM :-Melentur buluh biarlah dari rebungnya. -Alah bisa tegal jadi biasa.

Isi Ketiga AT : Ibu bapa sendiri haruslah menjadi contoh kepada anak-anak. AH :-Segala tindakan ibu bapa sentiasa diperhatikan dan menjadi ikutan anak-anak. -Ibu bapa haruslah menjadi role model dan menjadikan amalan membaca sebagai salah satu aktiviti dalam rutin harian mereka agar anak-anak mengikut jejak langkah mereka. AC : Ibu bapa turut serta membudayakan amalan membaca terutamanya jika ada waktu lapang semasa bersama anak-anak. AP : Oleh hal yang demikian, ibu bapa sendiri haruslah memupuk minat membaca anak-anak dari semasa ke semasa. UM :-Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. -Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Isi Keempat. AT :-Menghadiri atau mengunjungi pameran dan jualan buku. AH :-Masa lapang diisi dengan perkara berfaedah -Eratkan juga hubungan silaturrahim AC apat menambahkan koleksi bahan bacaan di rumah -Dalam masa yang sama dapat tambahkan pengetahuan AP :-Ibu bapa harus rajin membawa anak mereka menyertai ekspo dan pameran jualan yang diadakan.

Isi Kelima Ayat topik-membeli buku-buku untuk dibaca oleh anak-anak. Ayat huraian-1.setiap bulan ibu bapa hendaklah membeli buku untuk menambahkan ilmu anak-anak dan mengikuti perkembangan semasa. 2.banyakkan bahan-bahan ilmiah yang boleh diperoleh daripada kedai-kedai buku yang berhampiran. Ayat contoh-majalah dewan masyarakat, dewan siswa dan sebagainya. Ayat Penegas-ibu bapa hendaklah membeli bahan bacaan setiap bulan untuk anak-anak mereka bagi memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Penutup: - Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menerapkan sikap suka membaca dalam diri anak-anak memandangkan anak-anak inilah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara ini kelak. -Mereka seharusnya dilengkapkan dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling berharga untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang sangat mencabar ini. -Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab mendidik anak-anak untuk minat membaca. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Usaha yang berterusan untuk membentuk anak-anak suka membaca perlu dibuat agar faedah membaca dapat

Terdapat satu peribahasa cina yang menyatakan bahawa membaca buku diumpamakan sebagai makanan jiwa.Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak menjadi tin kosong dan ini dapat dikepai dengan membaca buku.Malangnya,masyarakat kini,terutamanya remaja,kurang menghargai buku berbanding dengan makanan yang dimakan oleh mereka.Mereka tidak sedar akan kewujudan masyarakat berkualiti bergantung kepada minat membaca.Banyak pihak telah menyuarakan rasa bimbangan mereka terhadap masa depan negara.Satu soalan yang pasti berlegar dalam benak kita iaitu,bagaimanakah budaya membaca dapat diwujudkan? Salah satu cadangan untuk memupuk minat membaca adalah melalui peranan ibu bapa.Ibu bapa seharusnya menjadi role modelkepada anakanak.Anak-anak perlu didedahkan kepada mereka bahan bacaan sejak kecil lagi agar minat membaca buku dapat dipupuk.Hal ini demiakian kerana melentur buluh biar dari rebungnya.Kanak-kanak yang kecil tidak tahu menghargai buku dan inilah proses pembelajaran yang perlu diterima.Sekiranya minat membaca dapat dipupuk sejak kecil,mereka akan menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan.Keadaan inilah yang sentiasa diharap-harapkan oleh pelbagai pihak.

Kesedaran tentang kepentingan dan faedah membaca amat diperlukan dalam sanubari anak-anak.Sewaktu mereka membaca,mereka harus diberitahu tentang faedahnya menimba ilmu pengetahuan.Cara ini dapat mengelakkan anak-anak mereka berputus asa dan menjadikan membaca sebagai amalan.Mereka juga haruslah dimaklumkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang rajin membaca.Galakan dan pujian ibu bapa amat diperlukan agar budaya membaca dapat diteruskan. Selain itu,guru di sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan remaja.Hal in kerana remaja menghabiskan masa enam jam di sekolah.Masa inilah tanggungjawab berkenaan terletak di bahu guru dan bukannya ibu bapa.Guru-guru dapat menarik minat mereka terhadap buku tersebut dan secara tidak langsung menimbulkan keinginan membaca buku tersebut.Di samping itu,perpustakaan juga perlu dikemas kini dengan bahan bacaan yang ada di pasaran.Persatuan yang berkaitan perlu bergiat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada bahan bacaan. Sebenarnya kerajaan juga,turut menyumbangkan tenaga dalam usaha tersebut.Bermula tahun 2000,komponen kesusteraan dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.melalui cara ini,pelajar berpeluang membaca pelbagai genre,bahan sastera dan mengenali tokoh-tokoh yang terlibat.Di samping memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar,cara ini juga dapat membentuk keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar.Misalnya nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel pasti akan meninggal kan kesan dalam minda pelajar.Pengenalan komponen sastera merupakan satu proses berterusan dan diharapkan minat membaca pelajar berterusan. Sementara negara kita sedang berusaha mencapai negara yang maju pada tahun 2020,remaja hari ini mungkin akan menjadi pemimpin pada hari esok dan sebad itulah mereka perlu ditekankan akan pentingnya membaca.Kita berharap masa depan dan satu-satunya menjadikan membaca sebagai kemestian.Budaya membaca masyarakat Malaysia,mampu melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang,dan terbilang.

udaya dan amalan membaca boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat. Peranan pelbagai pihak diperlukan dalam usaha ke arah itu, memandangkan budaya membaca belum dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Maka dicadangkan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan amalan membaca: * Peranan ibu bapa - membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa perlu wujudkan ruang pembacaan untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kedai buku dan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan. Mereka juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri perlu mempunyai budaya membaca. Sekurang-kurangnya ada akhbar harian, atau majalah seperti Dewan Siswa atau

Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca. Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli bahan bacaan setiap bulan. * Peranan sekolah - Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar menjayakannya. Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca. Pusat Sumber perlu bergerak lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan. Di SMKPS, Guru Media dan Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha gigih ke arah itu. Selain itu, pameran buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam Darjah perlu diperluas. Petikan rencana yang berinformasi perlu diletakkan di papan kenyataan sekolah supaya pelajar boleh membaca. * Peranan kerajaan Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu mengadakan kempen membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan media kerajaan seperti radio dan televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku perlu ditambah. Setiap pejabat kerajaan dan agensinya perlu ada sudut bacaan. * Peranan pihak swasta Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak kerajaan. Pekerja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi sumbangan untuk program/kempen membaca anjuran pelbagai pihak. Sudut bacaan juga perlu diwujudkan oleh pihak swasta, misalnya di klinik, hospital, restoran dan kompleks membeli-belah. Harga bahan bacaan yang mereka terbitkan perlu diturunkan. Adakan promosi dan kempen membaca. * Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang diadakan.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana tujuan peperiksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan berakhir atau apabila meninggalkan bangku sekolah. * Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam karya mereka. Mereka perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk menarik hati pembaca. Wujudkan jaringan/link dengan pembaca agar pembaca kekal membaca pada masa depan. Sertai program galakan membaca di sekolah, anjuran kerajaan dan swasta. Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung kepada kerjasama semua pihak. Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca dalam masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai