Anda di halaman 1dari 2

PENCADANG 1

Terima kasih saudari pengerusi majlis , penjaga masa yang sentiasa menjalankan tugas , hakim yang arif lagi bijaksana dalam menegakkan keadilan , barisan pihak pembangkang yang tidak sekali-kali kami geruni , serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian . Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh . Berdirinya saya di sini selaku pihak pencadang yang pertama adalah untuk menyampaikan hujah , di bawah tajuk perbahasan Pemansuhan UPSR dan PMR lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan . Sebelum kata menutur bicara , sebelum hujah diutara , izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk perbahasan kita pada pagi ini . Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga , pemansuhan bermaksud membatalkan atau meniadakan . Manakala peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar sekolah rendah yang berada di Tahun 6 . Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula ialah peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar menengah rendah yang berada di Tingkatan 3 . Perkataan lebih banyak bererti lebih banyak dari dahulu . Kebaikan pula bermaksud faedah manakala keburukan bermaksud kekurangan , kelemah an atau kepincangan . Oleh yang demikian tajuk perbahasan kita bolehlah disimpulkan sebagai pembatalan UPSR dan PMR membawa lebih banyak faedah kepada pelajar berbanding masa dahulu . Hadirin dan hadirat sekalian , Hujah saya yang pertama , di bawah kata kunci sistem pendidikan yang diamalkan sekarang amat berorientasikan peperiksaan . Apa yang berlaku sekarang ialah para pelajar terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran kerana takut gagal dalam peperiksaan . Guru-gurunya terlalu banyak memberi latihan terutama kepada pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 . Ini amat bertentangan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berm atlamat ingin melahirkan modal insan yang berketrampilan . Bagaimana untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan jika para pelajar hanya memberi tumpuan yang lebih kepada peperiksaan . Tepuk dada , tanya selera . Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan memansuhkan UPSR dan PMR . Dengan ini , saya tetap menyokong tajuk perbahasan kita pada kali ini , Pemansuhan UPSR dan PMR lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan . Berundurnya saya di sini bukan bererti kami kalah , tetapi perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan saya sebentar lagi . Sekian , terima kasih .

PENGGULUNGAN PENCADANG
Terima Kasih Pengerusi majlis , barisan pihak pembangkang serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian . Bersua lagi kita di arena penggulungan . Namun suka saya nyatakan bahawa peperiksaan UPSR dan PMR wajar dibatalkan kerana faedahnya sudah tidak relevan . Hadirin dan hadirat sekalian , Izinkan saya untuk membidas hujah-hujah pihak pembangkang . Pihak pembangkang sebentar tadi menyatakan bahawa Pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan daya saing antara pelajar . Ini sama sekali tidak benar kerana apabila UPSR dan PMR dimansuhkan , para pelajar akan lebih berdaya saing contohnya dalam bidang sukan atau ko -kurikulum . Sebentar tadi juga pihak pembangkang berkata bahawa pemansuhan dua peperiksaan tersebut kan menghilangkan kayu pengukur untuk menilan kemampuan pelajar . Nampaknya pihak pembangkang seperti katak di bawah tempurung . Bukankah kerajaan telah memeperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) . Hadirin dan hadirat sekalian , sebelum mengundurkan diri ,saya di pihak pencadang menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan berdasarkan faktor-faktor yang berikut : 1. 2. 3. 4. 5. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan Menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan dalam mengurus kedua-dua peperiksaan tersebut . Mengurangkan bebanan pelajar dan bebanan para guru di sekolah . Mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar merekake kelas tuisyen . Melahirkan pelajar yang lebih berketrampilan kerana mereka lebih giat dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan .

Hadirin dan hadirat sekalian , Nampaknya pembangkang sudah mula goyah dengan hujahnya . Jangan malu dan janganlah segan wahai pihak pembangkang , marilah angkat kerusi , duduklah sebaris dengan kami . Sama samalah kita tegakkan bahawa pemansuhan UPSR dan PMR lebih banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan . Sekian , terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai