Anda di halaman 1dari 19

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Oleh: Ibnu Zaidi (Zaidi Bilin) 2008. Hubungan Industri. Universiti Malaysia Sabah.

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

TERMA DAN SYARAT

Beberapa perkara yang anda boleh dan tidak boleh lakukan terhadap ebook ini: [Tidak Boleh] sekalipun. [Tidak Boleh] [Boleh] [Boleh] yang sama. [Boleh] Dijadikan sumber rujukan akademik. Dilarang menerbit semula dan mengubah hak cipta ebook ini. Boleh dicetak untuk memudahkan pembacaan. Boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda yang mempunyai bidang Dilarang menjual semula ebook ini dalam apa-apa bentuk jualan

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

DEFINISI KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja adalah suatu elemen penting dalam perhubungan perindustrian.Kesatuan Sekerja terdiri daripada sekumpulan pekerja yang bergabung untuk melindungi kepentingan bersama dan mengadakan perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja. Kesatuan sekerja adalah pertubuhan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Kewujudan kesatuan pada dasarnya berfungsi mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja. Dengan wujudnya kesatuan yang bersifat sebagai orang tengah, berbagai-bagai masalah yang melibatkan majikan dan pekerja dapat diatasi. Di samping itu, pekerja juga memperoleh faedah-faedah tertentu mengikut perjanjian bersama seperti mana yang dituntut oleh kesatuan tanpa mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak . Dari sudut pandangan seseorang majikan , pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

SEJARAH KESATUAN SEKERJA

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah enakmen ini, sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja 3

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

bermula dalam tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keahlian seramai 195,113 orang.

Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar Kesatuan Sekerja kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab yang sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.

JENIS-JENIS KESATUAN SEKERJA

Kesatuan Sekerja di Malaysia terbahagi kepada 2 sektor utama iaitu kesatuan sekerja pekerja sektor awam dan kesatuan sekerja pekerja sektor swasta . Di samping kesatuan sekerja di atas yang melibatkan para pekerja, terdapat juga kesatuan yang melibatkan kesatuan majikan .

1.

KESATUAN SEKERJA PEKERJA SEKTOR AWAM Sektor awam termasuk perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan atau dirujuk sebagai sektor kerajaan. Contohnya Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan dan Kesatuan Jururawat Malaysia. Akta Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan bahawa pekerja-pekerja sektor awam hanya boleh membentuk dan melibatkan diri dalam kesatuan mengikut jenis pekerjaan, jabatan atau kementerian. Walaupun demikian, kebiasaannya apabila timbul persoalan berkaitan dengan gaji, syarat perkhidmatan dan sebagainya, perkara ini akan dibincangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan pihak kerajaan di peringkat kebangsaan. Pegawai dalam perkhidmatan awam tidak boleh menyertai mana-mana anggota kesatuan sekerja, kecuali yang diperkenankan oleh Yang 4

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

Dipertuan Agong melalui Warta, tertakluk pada syarat-syarat yang mungkin dikenakan.Selain daripada itu terdapat juga golongan pegawai yang dikecualikan langsung daripada menganggotai kesatuan sekerja iaitu anggota Polis Diraja Malaysia, anggota perkhidmatan penjara, Angkatan Bersenjata, pegawai yang bertugas dalam keupayaan sulit atau keselamatan, pegawai awam yang dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis supaya menyertai kesatuan dan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas.

2. KESATUAN SEKERJA PEKERJA SEKTOR SWASTA Terdapat dua jenis kesatuan sekerja dalam sektor swasta iaitu kesatuan sekerja kebangsaan dan kesatuan sekerja dalam syarikat. Pekerja boleh memilih untuk menyertai kesatuan sekerja kebangsaan atau kesatuan sekerja dalam syarikat.Kesatuan sekerja kebangsaan mempunyai jumlah keahlian yang besar , kepimpinan yang berpengalaman dan dana yang mencukupi untuk melaksanakan aktivitinya dengan lebih efektif .Kesatuan sekerja dalam syarikat pula merujuk kepada kesatuan sekerja yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi dan hanya menerima pekerja yang berkerja dalam organisasi tersebut sebagai ahli.

TUJUAN KESATUAN SEKERJA

a.

Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA b.

Ibnu Zaidi

Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan. perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.

c.

Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 27 dan 28.

d.

Menolong menjayakan, dengan wang atau lain-lainnya kerja atau hasrat sesuatu pertubuhan atau badan yang sah yang mempunyai tujuan hendak memajukan kepentingan-kepentingan pekerja, Kesatuan sekerja dan ahli-ahli Kesatuan sekerja, menurut peruntukan- peruntukan Seksyen 50 dari Akta Kesatuan Sekerja 1959.

e.

Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Agung. Persidangan Perwakilan atau Majlis

f.

Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika di persetujui oleh Persidangan Perwakilan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.

g.

Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan sekerja yang sah di sisi undangundang.

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

1.

KEGAWATAN EKONOMI

Kegawatan ekonomi merupakan satu cabaran yang paling serius dihadapi oleh kesatuan sekerja kerana akan mengalami kemerosotan keahlian kesatuan sekerja. Perkara ini menyebabkan ramai pekerja akan diberhentikan terutamanya bagi pekerja yang separa kemahiran kerana tidak dapat menampung kos pengeluaran operasi syarikatnya. Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan pekerja menghadapi masalah dalam kos kehidupan. Contohnya di Britain pada tahun 1979, Kesatuan Sekerja mencapai keahlian sebanyak 13,289 juta orang tetapi angka tersebut telah menurun sebanyak 9 juta orang pada tahun 1992. Manakala pada tahun 1980 sehingga 1990-an para pekerja kurang berminat menyertai Kesatuan Sekerja kerana perubahan yang berlaku dalam struktur dan bentuk kerja yang baru. Selain itu juga, apa yang berlaku di Korea Selatan dimana kadar penggangguran telah meningkat kerana pekerja tidak lagi berminat menyertai kesatuan sekerja disebabkan oleh tidak mampu membayar yuran keahlian kesatuan sekerja. Di samping itu, mereka berpendapat tidak ada apa-apa faedah yang akan diterima sekiranya mereka menyertai kesatuan sekerja. Hal ini kerana ramai pekerja mulai hilang kepercayaan terhadap pemimpin kesatuan sekerja pada masa kini yang sentiasa berkonflik dalam aspek perebutan jawatan tertinggi kesatuan sekerja. Contohnya di Malaysia pula kemelesatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 daripada laporan yang diterima menjangka kadar pemberhentian pekerja sektor elektronik mencecah sehingga 90,000 jika ekonomi terus lembap. Jumlah itu kira7

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

kira 50% daripada jumlah pekerja sektor elektronik seluruh Negara iaitu 180,000 orang. Keadaan ini menyebabkan banyak pekerja diberhentikan.

2. PERUBAHAN DALAM BENTUK PEKERJAAN Perubahan dalam bentuk pekerjaan juga merupakan satu cabaran kepada kesatuan sekerja misalnya pada masa kini majikan lebih berminat mengambil pekerja sambilan terutamanya golongan wanita yang dapat dilihat di dalam sektor perkhidmatan seperti industri perhotelan, insurans, pengkeranian dan pendidikan yang lebih memerlukan tenaga golongan wanita. Hal ini menyebabkan golongan tersebut tidak berminat menyertai kesatuan sekerja kerana mereka tidak bekerja sepanjang waktu atau tetap dalam sesebuah syarikat. Tambahan lagi ramai kaum wanita yang masih lagi tidak faham peranan kesatuan sekerja dan kepentingnya dalam kehidupan mereka. Hal ini juga disebabkan oleh golongan tersebut mendapati dengan cara itu mereka dapat menguruskan masa dengan lebih tepat di antara pekerjaan dan juga pengurusan keluarga. Keadaan ini menjadikan golongan wanita terutamanya yang sudah berumahtangga mempunyai masa yang lebih untuk diluangkan bersama-sama keluarga. Tetapi perkara-perkara ini sudah menjadi lumrah di negara-negara barat. Mereka sudah biasa bekerja dua atau tiga tempat dalam satu hari. Mereka menganggap dengan cara ini mereka dapat mengumpul pendapatan yang lebih tinggi berbanding bekerja hanya di satu tempat sahaja. Selain itu, mereka juga menganggap xara ini lebih fleksibel di dalam pengurusan masa.

2.

PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA OLEH MAJIKAN Mengikut Akta Hubungan Industri 1967, sekiranya majikan tidak mengiktiraf kesatuan sekerja maka sukar bagi kesatuan sekerja berfungsi secara aktifnya dalam sesuatu industri. 8

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

Walaupun sebuah kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan sempurna tetapi masih tidak boleh berfungsi dengan berkesan tanpa pengiktirafan daripada majikan. Hal ini menyebabkan kesatuan sekerja tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan majiakan yang tidak mengiktiraf kesatuan sekerja tersebut. Contohnya pada tahun 2001 sebanyak 92 kes tuntutan pengiktirafan kesatuan sekerja di bawah seksyen 9(2) Akta Hubungan Industri 1967 dilaporkan oleh Jabatan Hubungan Industri, Kementerian Sumber Manusia. Selain daripada itu majikan menganggap kesatuan sekerja hanyalah merupakan satu gangguan sahaja dalam sesebuah syarikat, bukannya membantu dalam proses meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. Cabaran inilah telah dihadapi oleh Malaysia Trade Union Congress (MTUC) dan National Union Plantation Workers (NUPM). Kebanyakan syarikat swasta tidak menggalakkan para pekerjanya menyertai kesatuan sekerja kerana takut adanya ancaman seperti mogok dan piket yang akan dilancarkan oleh pihak kesatuan sekerja. Keadaan tersebut boleh menyebebkab sesebuah syarikat mengalami kerugian yang besar. Perkara ini juga akan mengganggu sistem organisasi sesebuah syarikat yang boleh membawa kemudaratan kepada syarikat tersebut. Akibat daripada perkara tersebut perundingan kolektif tidak dapat dijalankan di antara pihak majikan dan juga pekerja. Isu-isu yang berkaitan seperti upah, kebajikan, hak pekerja, keselamatan, kesihatan serta bonus tidak dapat dibincangkan oleh pihak kesatuan sekerja.

3.

PERKEMBANGAN INDUSTRI TEKNOLOGI MAKLUMAT Penekanan pengguanaan teknologi maklumat merupakan satu kejayaan Malaysia dalam menghasilkan Projek Multimedia Super Coridor (MSC) di Putrajaya Kuala Lumpur. Pengguanaan teknologi maklumat telah memberi kesan terhadap golongan pekerja dan juga kesatuan sekerja. Perkara inimenyebabkan berlakunya pembuangan dan pertukaran kerja di 9

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

kalangan para pekerja. Hal ini disebabkan oleh pengguanaan alat-alat IT seperti komputer, mesin dan juga alat-alat lain yang canggih yang tidak memerlukan tenaga keringat pekerja kerana alatalat teknologi canggih ini dapat dijalankan tanpa memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Alat-alat teknologi canggih ini boleh dikawal dengan menggunakan jumlah tenaga pekerja yang sedikit sahaja yang mempunyai kemahiran dan juga pendidikan dalam penggunaan teknologi maklumat. Perkara ini akan menyebabkan pekerja yang tidak berkemahiran tidak diperlukan dan golongan ini akan menghadapi masalah. Contohnya kajian yang dijalankan di Syarikat Terma oleh Cecelia Ng pada tahun 1994 dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mandapati 4000 hingga 5000 orang pekerja lebihan dan telah dikurangkan semasa pengenalan teknologi itu lebih kurang 200 orang pekerja ditukarkan ke jabatan lain ekoran pengenalan komputer di syarikat tersebut. Keadaan ini didapati pihak majikan mengeksploitasi terhadap pekerja kerana boleh menghalang kenaikan pangkat seseorang staf dalam jangka masa panjang. Pertukaran kerja baru akan melambatkan kerja seseorang dan juga hilangnya motivasi kerja berbanding sebelum ini.

4.

ANTIKESATUAN SEKERJA OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL Terdapat indikasi halangan dalam pertubuhan kesatuan sekerja di dalam sesebuah syarikat . syarikat milik kerajaan berusaha menentang penubuhan kesatuan sekerja. Mereka ini merupakan syarikat milik penuh atau separa kerajaan. Walaupun kesatuan sekerja boleh ditubuhkan dalam sesuatu syarikat tetapi mempunyai banyak sekatan-sekatan yang dilakukan. Contohnya kesatuan pekerja-pekerja elektronik yang sehingga kini tidak berjaya ditubuhkan. Syarikat-syarikat gergasi ini hadir atas jemputan perniagaan kerajaan tetapi pekerja tidak dapat pembelaan malah ditindas. Selain itu juga, terdapat tindakan syarikat yang menggalakkan in-house union yang 10

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

bermaksud menyekat suara secara kolektif dan mengecilkan keupayaan sesebuah kesatuan sekerja. Contohnya dengan meminimumkan jumlah pekerja di dalam kesatuan sekerja sebanyak 30 orang sahaja. Perkara ini menyebabkan kutipan yuran yang diambil tidak mampu memberi kekukuhan kewangan di dalam persatuan-persatuan sekerja. Ia juga akan menyebabkan kesatuan sekerja merosot akibat daripada kekurangan penyertaan keahlian para pekerja. Contohnya kebanyakan syarikat multinasional dari Amerika Syariakat membawa antikesatuan sekerja atau dasar kesatuan tunggal dengan alasan kekuatan aktiviti dan pergerakan kesatuan sekerja yang berlaku di United Kingdom membuatkan syarikat multinasional dari Amerika Syarikat mempunyai masalah membuka kilang di negaranya sendiri. Alas an yang digunakan oleh Amerika itu menjadikan kesatuan sekerja sebagai satu penghalang yang besar kepada operasi perniagaan mereka.

5.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengurusan kerja lebih menekankan pekerja untuk meningkatkan produktiviti tanpa memberi sebarang ganjaran. Ini bermaksud pengurusan sumber manusia mahukan pekerja lebih komited terhadap matlamat, misi dan visi sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia juga mengamalkan sikap pluralist yang tidak suka dengan kewujudan kesatuan sekerja. Hal ini menyebabkan secara tidak langsung amalan yang diterapkan oleh pengurusan sumber manusia mengurangkan minat para pekerja terhadap kesatuan sekerja. Oleh sebab itulah, Amerika Syarikat dan Syarikat Multinasional mengamalkan dasar antikesatuan sekerja. Mereka menganggap urusan-urusan pekerja boleh di selesaikan dengan mudah tanpa campurtangan

11

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

kesatuan sekerja. Daya penarik ciri-ciri pengurusan sumber manusia ialah kenaikan gaji mengikut prestasi yang menampilkan banyak keistimewaan kepada golongan pekerja.

6.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Gangguan Seksual di tempat kerja merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan. Terdapat pelbagai bentuk gangguan di tempat kerja seperti gangguan lisan, gangguan dari segi isyarat, gangguan visual, gangguan psikologikal dan gangguan fizikal. Jadi ini memberi cabaran kepada kesatuan sekerja untuk menangani. Terdapat banyak kes yang melibatkan gangguan seksual di tempat kerja tetapi tidak di beri perhatian yang sewajarnya. Selain itu, golongan wanita ini tidak mendapat pembelaan.

7.

ANCAMAN PENYAKIT

Ancaman penyakit juga memberi cabaran kepada kesatuan sekerja. Ini kerana pada masa ini banyak pekerja yang diberhentikan oleh pihak majikan bagi mengurangkan kos operasi. Contohnya semasa negara dilanda Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS). Banyak pekerja terutamanya dalam perkhidmatan perhotelan diberhentikan kerana penurunan mendadak tempahan bilik hotel, katering dan bankuet tetapi adalah tidak wajar sekiranya tenaga kerja sedia ada diberhentikan. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn menasihatkan pengusaha hotel menganggap ancaman SARS itu sebagai 'fenomena sementara'. Pembuangan pekerja ini menyebabkan timbulnya masalah kepada pekerja kerana kehilangan punca pendapatan. Seterusnya masalah pengagguran juga tutut akan bertambah. Datuk Dr Fong Chan Onn berkata, sekiranya perlu pengusaha juga boleh memberikan cuti perubatan dalam tempoh antara 14 hingga 22 hari kepada pekerja seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. 12

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

STATISTIK KEAHLIAN KESATUAN SEKERJA

STATISTIK KEAHLIAN KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA PADA TAHUN 1947 HINGGA 1999 TAHUN BIL AHLI KESATUAN 222,073 % BURUH BERKESATUAN 21.8 13.62

306,945 1947 1957 544,685 1967 1977 529,221 1983 1986 525,091 1992 1996 680,647 1999

11.16

13.66

10.10

9.43

9.6

728,647

8.65

733,731

8.39

SUMBER: Rohana Ariffin, Women and Trade Unions in Peninsular Malaysia with Special Reference to MTUC and CUEPACS, USM 1997; Jomo and Todd; Dept. of Trade Unions Affairs, Ministary of Human Resources

13

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

KEAHLIAN KESATUAN NEGARA-NEGARA PILIHAN NEGARA Sweden Brazil Mexico Kanada United Kingdom Jerman Filipina Jepun Singapura Korea Malaysia Thailand KEPADATAN KESATUAN (%) 91 44 43 37 33 29 25 23 15 13 8 5

SUMBER: International Labour Office, World Labour Report, 1997-1998 (Geneva, Switzerland)

CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM KESATUAN SEKERJA

1. AKTA GAJI MINIMA RM900.00.

Akta Gaji Minima mesti digubal untuk melindungi pekerja-pekerja bergaji rendah daripada belenggu kemiskinan dan penindasan. Sukar untuk menjalani kehidupan sihat dan bermaruah tanpa pendapatan sekeluarga kurang daripada RM2,000 sebulan. Ini kerana kos kehidupan di Malaysia terlalu tinggi akibat penswastaan dan harga barang keperluan asas tinggi setiap bulan 14

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

perlu membayar pinjaman rumah, pinjaman kereta, sewa rumah, bil air dan api, bil telefon, kos perubatan, kos pengangkutan untuk diri dan anak-anak selain pakaian, makan minum dan lainlain.

2. 40 JAM KERJA SEMINGGU.

8 jam kerja sehari, 5-hari kerja seminggu dan 2-shif kerja sahaja. Waktu kerja panjang menafikan para pekerja hak untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Ini dapat megurangkan gejala sosial. Kerja lebih masa (overtime) adalah pilihan pekerja dan tidak harus dipaksa. Kerja overtime tanpa batasan juga mengakibatkan kemalangan industri, keletihan dan hilang fokus.

3. PEMBENTUKAN TABUNG KHAS.

Bertujuan membantu pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Dicadangkan majikan dan pekerja menyumbang RM1.00 dan RM0.50 masing-masing. Pada masa kemelesetan ekonomi, pekerja adalah kumpulan paling teruk menerima akibatnya kehilangan kerja, pemotongan gaji dan pengurangan overtime. Demi membantu pekerja-pekerja ini, tabung ini perlu diwujudkan untuk membantu para pekerja memenuhi keperluan asas mereka sehingga mereka mendapat kerja baru seperti mana yang terdapat di negara-negara Eropah, Scheme Social Security.

4. BONUS MINIMA 2 BULAN GAJI DAN KENAIKAN GAJI 6% SETAHUN.

Bonus merupakan bayaran setahun sekali sebagai pembahagian keuntungan di antara majikan dan pekerja. Tetapi, pekerja sebagai rakan kongsi kedua hanya menerima sedekah dalam bentuk

15

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

bonus daripada keuntungan syarikat. Bonus juga sering digunakan untuk mendikriminasi antara pekerja kerana ia biasanya merupakan keputusan majikan.

5. LANJUTKAN CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH DARI 60 HARI KE 90 HARI.

Suami/Penjaga harus diberi minima 7 hari cuti bergaji. Tuntutan ini penting kerana ia memberi masa yang optima untuk ibu bersalin mendapat jagaan kesihatan yang sempurna, memberi peluang ibu dan anak menjalinkan hubungan kasih sayang untuk membina asas perkembangan emosi, sosial dan mental seseorang anak dalam membina keluarga bahagian disamping galakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Isu ini telah mendapat perhatian umum. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengemukakan untuk menambah cuti bersalin bagi kakitangan sektor awam dari 60 hari ke 90 hari. Ini adalah satu isu yang sudah sekian lama menanti perhatian dan kelulusan pihak kerajaan untuk dikuatkuasakan. Selain itu, pada bulan Jun 2000, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO ) telah menerima Maternity Protection Convention (ILO 183) and Recommendation ( Recommendation 191). Mengikut ILO 183, semua wanita bekerja harus diberi minima 14

minggu cuti bersalin. Selain itu, pekerja sektor swasta juga perlu diberi cuti yang panjang selepas bersalin. Menurut Saraswaty, seorang aktivis pekerja di Perak, hampir 50% daripada tenaga kerja dalam sektor swasta di negara ini adalah golongan wanita.

6. HAK MENUBUHKAN KESATUAN DI SETIAP KILANG DAN TEMPAT KERJA TANPA SYARAT/SEKATAN.

Perlembagaan negara memberikan hak berpersatuan. Kesatuan sekerja perlu untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja dan Kesatuan sekerja juga membolehkan pekerja melaksanakan rundingan 16

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

dengan lebih berkesan. Oleh itu syarat-syarat dan proses pendaftaran kesatuan perlu dikaji semula.

7.

GANGGUAN SEKSUAL

Peranan kesatuan sekerja dan majikan adalah penting dalam menangani isu ini. Masalah ini dapat dicegah, ditangani dan dibasmi dengan berkesan sekiranya terdapat tindakan bersama oleh majikan dan kesatuan sekerja. Majikan seharusnya memilih pendekatan secara rundingan dengan melibatkan kesatuan sekerja dalam membentuk dan menubuhkan mekanisma dalaman bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual. Penyertaan kesatuan sekerja boleh membawa kepada komitmen yang lebih padu dari golongan pekerja untuk menerima pakai dan mematuhi mekanisma dalam tersebut. Kesatuan sekerja mempunyai peranan yang jelas dalam membantu mewujudkan suasana kerja yang bebas dari gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga boleh memberi sumbangan dalam mencegah gangguan seksual melalui peningkatan kesedaran dan kepekaan ahli-ahli terhadap isu ini dan dalam memastikan bahawa tingkah laku ahli-ahlinya tidak menimbulkan masalah gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga patut bekerjasama dengan majikan dalam melaksanakan program-program promosi dan pendidikan bagi mewujudkan budaya kerja yang menjamin suasana kerja yang selamat dan sihat di mana setiap pekerja tanpa mengira jawatan atau status dihormati maruahnya dan bebas dari sebarang bentuk gangguan, penghinaan dan ancaman yang berbentuk seksual.

17

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA BIBLIOGRAFI

Ibnu Zaidi

Panduan Pengurusan Sumber Manusia , Maimunah Aminuddin ,2003 ,Fajar Bakti Cabaran-cabaran Semasa ,Aliran Kesedaran Negara ,Jan 1986 Pengurusan Sumber Manusia , Raymond A.Noe , John R.Hollenbeck , Barry Gerhart , Patrik M. Wright , Maimunah Aminuddin , Fauziah Noordin , 2002 , McGrawHill Malaysia Sdn.Bhd.

Hubungan Industri Di Malaysia , Balakrishnan Parasuraman , 2006 , Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur

www.jerit.org http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=450 www.umno-reform.com

EBUKU (EBOOK) LAIN

CARA MENYABUT R DENGAN BETUL Panduan terbaik untuk anda menggetarkan lidah yang sudah keras menyebut R. Layari http://www.sebutrbetul.co.cc Penulis: Ibnu Zaidi Harga: RM45 (Berubah mengikut harga promosi).

18

CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

Ibnu Zaidi

PENGARUH KOMUNIKASI TERHADAP PERUNDINGAN ANTARABANGSA Rujukan bagi mereka di dalam lapangan/bidang komunikasi. Layari: http://www.budaksoftware.blogspot.com Penulis: Ibnu Zaidi Harga: Percuma

RAHSIA KEJAYAAN SEBENAR Soal selidik untuk mengetahui sejauh mana sifat diri anda boleh membawa anda menuju kearah kejayaan. Layari: http://www.budaksoftware.blogspot.com Penulis: Ibnu Zaidi Harga: Percuma

IMPLIKASI GANJARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA Panduan untuk anda yang mencari sumber implikasi ganjaran. Layari http://www.budaksoftware.blogspot.com Penulis: Ibnu Zaidi Harga: Percuma

19