Anda di halaman 1dari 19

PENYAKIT HATI : APA UBATNYA ?

Oleh : TUAN ASMAWI TUAN UMAR

Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana
jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kita akan pasti mendengar pelabagi permasalahan yang timbul akibat runtunan hati yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi ³ Hati adalah menteri yang menasihati ³ (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati. Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : ³ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati ³. Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya. Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk 1

maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada wanita lain . pencabulan dan sebagainya. dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta ³. usaha-usaha awal tidak dibendung. iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama ) . pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. lalu ditambah Allah penyakitnya . sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat Islam ± biasanya apabila seseorang itu lebih maju . Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah . Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian . pelajaran dan lain-lain ± ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati rakan-rakan yang lain. memiliki hati yang tenang . lebih mashur daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti perniagaan . oleh kita 23 . rompakan . pembunuhan . Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan. Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya . Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu . sifat hati sentiasa berubah . Memang umum kita ketahui. Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : ³ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi dan orang-orang Islam Muhammad SAW lemah.jenayah seperti penipuan . Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.

Islam telah menggariskan pelbagai langkah untuk kita sebagai penganutnya melakukan rawatan perubatan penyakit hati . Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab R. Thabbit Quluubana µala Deenika Wa µala Thoo¶atik). saya tidak memahami Bahasa Arab untuk memahami Bahasa Al-Quran kerana sudah banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan seperti Penterjemahan Al-Quran dalam pelabagai Bahasa . Oleh yang demikian . tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu´(Ya Muqallibal Qulub . bagaimana dengan keadaan kita ? Selain itu . . Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (Tilaawatul Quraan Bittaffakuri). Cina dan pelbagai lagi. Dewasa ini tidak ada alas an lagi bahawa . Inggeris .sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa ³ Wahai Tuhan yang sentiasa membalikbalikkan hati . Melayu .A pun boleh lembut hatinya . membaca al-quran sambil mengayati kebesaran dan kandungan makna al-quran sudah pasti akan dapat melembutkan hati dan jiwa kita. Pengosongan Perut (Khala Al-Batnu) ± pengosongan perut yang bermaksud di sini ialah dengan cara kita melakukan pelbagai puasa sunat seperti isnin dan Khamis. Ramai orang yang membaca al-quran al-karim akan tetapi berapa ramaikah diantara mereka yang benar-benar memahami makna kandungan kalamullah itu.

tidak tenteram. depression. yang kadang-kadang melibatkan deraan. yang tua atau kanak-kanak. perlakuan ganas. surah al-Baqarah) . supaya mereka akan merasa segala kepedihan seksa dan azab Allah nanti (lihat umpamanya ayat 10. gaya hidup.a. Kejadian ganas yang melibatkan kematian dan kecederaan kepada anggota keluarga. stress. marah dan sedih. malah para ahli psikologi. Para pengamal perubatan tentang penyakit jiwa. saya teringat ajaran al-Quran yang menegaskan bahawa masalah umat manusia ini. Allah s. yang jauh apalagi yang terdekat. Dalam banyak hal. malah berusaha menyakiti baginda dan mencuba menggagalkan misi baginda. adalah berpunca dari penyakit yang dikenali sebagai µpenyakit hati¶. tidak bermoral. penyeksaan fizikal dan pembunuhan yang kejam. kemurungan. sering merujukkan kelakuan tidak normal ini kepada tekanan hidup. pekerjaan.Penyakit hati punca kejadian jenayah Oleh DATO¶ DR ISMAIL IBRAHIM Kita terkejut. maka Allah swt menegaskan bahawa mereka itu adalah merupakan golongan yang µsakit hatinya. lalu Allah tambahkan penyakit hati mereka. ketegangan akibat daripada kehidupan yang penuh persaingan dari segi ekonomi.w tentang kedegilan kaum kafir yang mahu berterusan dalam kehidupan mereka yang liar dan buas. membaca akhbar atau menonton TV. Dalam konteks ini. adalah berpunca daripada penyakit dalaman yang serius. tidak mahu mendengar seruannya untuk beragama dengan agama tauhid dalam membentuk moral dan memperbaiki kehidupan mereka. Di dalam kitab suci al-Quran.t menjelaskan kepada Rasulullah s. dan seterusnya tidak berperadaban. dan gejala-gejala lain yang mengakibatkan gangguan mental. yang tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang normal hati dan pemikirannya. dan penyakit lain yang seumpamanya. iaitu yang menjadikan masyarakat mereka kucar-kacir. iaitu ketika kita melihat kejadian kejam yang dilakukan oleh orang terhadap orang lain.w. masyarakat kita mengalami penyakit psikologi yang amat parah.

t dan Rasul-Nya s. emosi dan perasaan manusia sejak dari kelahirannya lagi. . berperadaban. dan jika ia baik.w juga di dalam hadis baginda menjelaskan bahawa di dalam badan manusia terdapat satu organ. sama ada ianya sakit atau sihat. kelakuan dan tindakan manusia. agar masyarakat manusia menjadi masyarakat yang aman tenteram. itulah kalbu. al-Quran mengemukan istilah ini dalam banyak ayat dan ungkapannya. kerana gabungan semua perasaan. kekuatan iman dan kelemahannya.w. Al-Quran mengemukan istilah ini di dalam semua konteks tingkah laku lahiriah dan batiniah manusia. sesuai dengan nilai-nilai akhlak yang dikemukakan oleh Allah s. seperti yang ditegaskan oleh Allah bahawa di dalam sesuatu keadaan yang tertentu. minda dan jiwa seseorang manusia. menjadi unsur penyatuan semua manusia. yang sekiranya ia rosak.a. atau sebaliknya menjadi unsur perpecahan dan kekerasan sesama mereka. bersopan santun dan berbudaya tinggi. akal dan bisikan hati inilah yang akhirnya dapat membentuk sikap. kekerasan dan keganasan yang sering dilakukan oleh manusia. jiwa. maka rosaklah seluruh tubuhnya. yang bagi kita sering kita terjemahkan sebagai hati atau kalbu. semuanya adalah berpunca dari hati atau kalbu ini. Rasulullah s. merupakan anggota badan yang kadang kalanya menjadi terlalu keras µlebih keras daripada batu¶. Tetapi istilah al-Quran ini sebenarnya dapat diungkapkan sebagai hati. yang bermaksud: ³Sekiranya engkau (wahai Muhammad) membelanjakan segalasegalanya yang berada di atas muka bumi ini. Kalbu inilah yang memandu segala pengucapan. jiwa raga dan budaya masyarakat manusia itu. dalam bahasa al-Quran. sehingga berjumlah ratusan dalam konteksnya yang berbeza-beza. maka baiklah seluruh badannya. bertata susila.a. malah segala rasa aman dan tenteram yang dialami manusia.w. kemampuan memahami ilmu dan kejadian alam. engkau tidak mungkin dapat menyatukan hati mereka«´ (al-Anfal: 63) Demikianlah peranan hati manusia. yang disebut di dalam al-Quran sebagai qalb itu. penguasaan emosi dan hati.Al-Quran menyatakan bahawa hati atau qalb. Pengajaran pokoknya ialah ajaran al-Quran yang menekankan tentang kepentingan mendidik minda. dan ada ketika-ketikanya menjadi lembut dan tenteram. Kerana kepentingannya inilah. sama ada baik atau buruknya. umpamanya ketika mendengar dan mengingati Allah.

iaitu di dalam situasi yang tertentu. ³Pemergian saya ke Amerika sejurus selepas peristiwa 11 September 2001. seorang pembaca yang pernah memberikan maklum balasnya kepada tulisan saya di dalam akhbar beberapa tahun yang lalu. ialah orang Islam membunuh sesama sendiri. menyamun dan sebagainya. malah di dalam dunia Islam sekarang ini. bermula daripada budi bahasa yang telah terhakis. kita merasa gawat dan cemas apabila melihat masyarakat Islam kini berada dalam krisis moral dan krisis nilai yang tidak berkesudahan. tidak lagi mempunyai perasaan kemanusiaan. lalu menjurus kepada kejadian jenayah berat. nampaknya mereka lebeh beradab daripada kita orang Timur. Hal ini terjadi. telah membuka matanya. rakyat Amerika membenci umat Islam. dan saya dapat lihat bagaimana mereka melayan saya. Saya juga beranggapan bahawa oleh kerana isu budi bahasa dan budaya ini adalah merupakan sesuatu yang tidak semudah setakat hanya pengucapan terima kasih dan sebagainya sahaja. menyatakan bahawa pengalamannya berada di Barat. Maka mereka menjadi terlalu ganas dan kejam. mungkin kerana budaya dan tradisi mereka yang telah terdidik sekian lama sebagai bangsa yang bertamadun dan berbudi bahasa´ ujar pembaca tersebut. satu pandangan biasa yang dapat kita tonton setiap hari. jauh sekali dari menyedari tanggungjawab keagamaan. tidak beragama dan ganas. Sekadar catatan untuk pengalaman kita. merogol. kembali seperti manusia zaman jahiliah yang telah diusahakan oleh Nabi kita membawanya menjadi masyarakat bertamadun dan berperadaban. walau pun saya bertudung. saya pergi juga ke Washington dan New York. tetapi realitinya tidaklah semuanya begitu. tetapi apabila turun dari kereta dan hendak masuk ke dalam kedai. maka model jangka panjang untuk melahirkan manusia dan warga negara kita yang benar-benar dapat . membawa kepada tingkah laku yang pincang dan bercanggah dengan tradisi bangsa dan agama.Oleh hal demikian itu. Sungguhpun orang selalu menggambarkan bahawa masyarakat Barat adalah masyarakat yang tidak bermoral. membunuh. sudah ada mereka yang tolong membukakan pintu untuk saya. dan saya agak takut untuk ke sana. ungkapan kata yang kasar dan tidak bersopan. yang seharusnya melihat saudara seagamanya seperti saudara kandung sendiri. namun atas demi tugas.

Hal ini digambarkan oleh pembaca yang pernah hidup di Barat. iaitu dengan menegaskan bahawa kata-kata sopan dan mesra. iaitu sudut psikologi. seorang anak muda kulit hitam yang berpakaian agak ³menakutkan´.menghayati budaya dan peradaban tinggi hendaklah diusahakan melalui berbagai-bagai saluran dan merangkumi semua peringkat generasi bangsa kita. kejiwaan. memberi laluan kepada saya untuk membayar dahulu. apabila ia mengatakan ³Berbanding dengan kita. persidangan dan sebagainya. daripada kita mencanangkan ke sana sini bahawa kita telah menjalankan kempen. kita sering . sama ada pendidikan jangka panjang atau jangka pendek. bahawa hal yang mungkin pada pandangan sesetengah orang merupakan perkara remeh dan kecil. Lebih-lebih lagi. sedangkan hasilnya kosong dan tidak berkesan. kekadang sesama Melayu pun hendak menuturkan ³tumpang lalu´ pun susah. Kita tidak mengatakan Barat lebih baik daripada kita. Maka kelakuan sebaliknya itulah yang cuba digambarkan beliau. pelajaran agama.´ Pembaca ini cuba memberikan gambaran kepada kita. iaitu sekurang-kurangnya akan dapat menjadi panduan kepada kita dalam situasi yang tertentu. Penghayatan dan amalan di dalam masyarakat itulah yang amat penting. Setiap pelanggan diucap hallo dan thank you for coming atau thank you for coming to our store. seminar. Kita perlu mengkaji isu ini dari segala aspek. tetapi dalam konteks pembicaraan kita sekarang ini. silap-silap haribulan dimakinya kita. kerana kita sedang membicarakan tentang membentuk sikap dan tingkah laku warga kita dalam kempen berbudi bahasa berbudaya tinggi. seperti ³Hello mom´ ³thanks a lot´ ³good bye´ dan sebagainya sentiasa bermain di mulut cashier yang bertugas walau pun barisan pelanggan panjang berjela. juga dalam saluran pendidikan formal dan tidak formal. Kalau membayar di kaunter. Ada ketika saya hendak membayar. pendidikan moral. pada hal kita hendak memberikan mereka wang!´ Pengalaman seperti ini amat penting bagi kita. sebenarnya telah memberikan kesan yang besar kepada tanggapan orang awam tentang sesuatu masyarakat secara keseluruhannya. kemasyarakatan. Mereka lebeh selesa berkata ³tepi sikit´. apatah lagi ketika bilangan pelanggan agak ramai. kajian nilai dan komitmen agama. mereka kelihatan lebih baik daripada kita.

dan tidak terganggu. menjadi seperti binatang buas yang hilang perasaan dan kewarasannya. dan serangan ke atas orang lain. dalam konteks mendidik budaya tinggi inilah yang amat kita harapkan akan dapat menjadi benih-benih pendidikan untuk mendidik ³hati´ atau ³kalbu´ manusia supaya menjadi sihat. maka kita seharusnya segera kembali menghayati pengucapan dan tingkah laku sebagai bangsa Timur dan bangsa yang beragama. kejam. apatah lagi nilai agama yang amat unggul. Permulaan mendidik perasaan dan hati. Penulis ialah Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim UKM . sehingga berlaku perbuatan sumbang. kerana penyakit hati inilah yang mengakibatkan perubahan tindakan dan tingkah laku manusia yang sepatutnya normal. termasuk kepada kaum keluarga sendiri.membicarakan sesuatu tentang ketinggian budaya Timur. tidak sakit.

dan apabila ia rosak akan rosaklah seluruh anggota tubuh manusia. Dan di hari itu didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertakwa. Antara virus-virus rohani (hati) ialah riyak. Kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafiq). bakhil. Virus jasmani (tubuh badan) kesannya hanya di dunia jika tidak dirawat. ujub. Hatilah yang akan mengatur kehidupan kita seluruhnya. rohani juga akan dihinggapi virus. ia akan berlarutan hinggalah kita bertemu dengan Allah di akhirat nanti jika dibiarkan terus berpenyakit.Setiap insan yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang muslim menginginkan agar mereka ditempatkan di syurga Allah Taala setelah berakhirnya kehidupan mereka di dunia yang fana ini. Berdasarkan hadis ini fahamlah kita bahawa hati memainkan peranan yang penting bagi seseorang manusia. Banyak manakah amalan kebaikan yang telah kita persiapkan untuk menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Kerana Rasulullah bersabda ³Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik akan baiklah seluruh tubuh manusia. Berlainan pula dengan rohani (hati). Kerana setiap kali . Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati´. Tapi pernahkah kita terfikir adakah layak untuk kita mendiami syurga Allah dengan maksiatmaksiat yang telah kita kerjakan. sombong dan lain-lain. Dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat´ (As-Syu¶araa¶ ayat 88-91). Allah Taala berfirman ³Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. dengki. tamak. Walaupun pada hakikatnya bukanlah amalan kita yang akan menjamin untuk kita mendapatkan syurga tetapi tanpa amalan kebaikan yang kita ada mana mungkin Allah akan memberikan rahmatNya kepada kita sebagai tiket untuk ditunjukkan kepada Malaikat Ridhuan penjaga pintu syurga Allah. Dan ia sudah tentu menjauhkan diri kita dengan Allah Taala. Untuk kita melakukan amal kebaikan kita memerlukan hati yang bersih agar ianya dapat mendorong untuk kita melakukan amal tersebut. Jasmani atau lebih dikenali sebagai tubuh badan akan dihinggapi virus jika tidak menjaganya dengan baik. Sama ada sedar ataupun tidak.

Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah´. bukanlah jasmani sahaja yang perlu diisi dengan makanan yang sedapsedap tetapi rohani (hati) juga perlu diisi dengan selalu mengingati Allah seperti berzikir membaca al-quran dan lain-lain. sama-samalah kita merawatnya kerana ia lebih berbahaya dari penyakit jasmani. Bagaimanakah kita akan masuk syurga sedangkan kita jauh dengan Allah. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini. tenang tenteramlah hati manusia´. Dan perkara ini sudah tentu akan menjauhkan lagi diri kita dengan Allah. dan memberi petunjuk ke jalan agamaNya. Allah memberi peluang untuk kita menduduki syurgaNya kelak.´ . Dengan ilmu yang kita dapat dari majlis itu mudah-mudahan dapat merawat dan menghindarkan diri kita dari virus (penyakit-penyakit) rohani (hati) ini. Firman Allah ³Ketahuilah! Dengan zikrullah itu. Firman Allah lagi ³Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturaNya). Amin Ya Rabb al-µAlamin. Cuba bayangkan berapa banyakkah bintik hitam yang akan tumbuh jika kita terus menerus melakukan kejahatan tanpa kita merawatnya. kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan´. Dan selalulah menghadiri majlis-majlis ilmu kerana di situ ada barakah dan hikmahnya seperti kata Luqman al-Hakim ³Hai anakku ambil beratlah untuk duduk di dalam majlis ulama¶ (majlis ilmu) dan dengarilah kata-kata para hukama¶. (Ar-Ra¶d ayat 28). Dan tidak memesongkan hati kita setelah Dia beri hidayah kepada kita. (Ar-Ra¶d ayat 27-28). Juga penulis ingin mengingatkan kepada diri kita semua agar selalu berdoa kepada Allah supaya menetapkan hati kita ini di dalam menunaikan perintah dan meninggalkan laranganNya.kejahatan yang kita lakukan akan tumbuh satu bintik hitam di dalam hati. Sekiranya penyakit-penyakit rohani (hati) ini masih ada di dalam diri kita. sesiapa yang rujuk kepadaNya. Oleh yang demikian.

Hati yang baik akan melahirkan tingkah-laku yang baik dalam diri seseorang. Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian. Rasulullah SAW bersabda. manakala hati yang tidak baik pula akan menzahirkan sifat-sifat keji dan mazmumah dalam diri seseorang insan.30 Oktober 2009 ³(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah´. Kedua: Hati dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dalam rohani yang ada hubungan dengan hati jasmani yang pertama tadi. kerana zikir ini dapat memberikan ketenangan hati kepada seseorang. sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh. Sesungguhnya hati manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi seseorang insan. Hati dalam erti kata yang kedua ini disebut juga sebagai jiwa dan perasaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan. ketahuilah Dengan ³zikrullah´ itu. Pertama: Hati sebagai segumpal daging yang terletak di dada sebelah kiri manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia.Khutbah Jumaat . Berdasarkan ayat 28 dalam surah Ar-Ra¶du yang dibacakan diawal khutbah tadi. ³Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging. daging tersebut ialah hati´ (Riwayat Bukhari dan muslim) Imam Gazali ra membahagikan atau µAl-Qalbu¶ kepada dua pengertian iaitu. Kebaikan yang . marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. tenang tenteramlah hati manusia.

*Perasaan Hasad Dan Dengki.dilakukannya oleh manusia adalah kerana hati dan rohaninya baik. *Sifat Bakhil Dan Kedekut. Oleh kerana itu. Kaum muslimin yang dirahmati Allah. antaranya. Dan syaitan adalah musuh yang sentiasa berusaha untuk memiliki dan menguasai hati dan jiwa anak-anak Adam sehinggalah hari kiamat. adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk memelihara hati daripada dimasuki dan dikuasai oleh syaitan. . sedangkan kejahatan yang dilakukannya pula adalah kerana hati dan jiwanya telah rosak dan sakit. Penyebab kepada manusia susah untuk bersedekah dan menginfaqkan hartanya pada perkaraperkara kebaikan. Syaitan juga akan mengapi-apikan sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah sesama manusia. Penyakit hati adalah berpunca daripada sifat-sifat keji (mazmumah)yang wujud dalam diri manusia. *Apabila Manusia Mengutamakan Nafsu Shawat. didalangi oleh iblis dan syaitan laknattullah. Syaitan akan sentiasa mengapi-apikan sehingga manusia sanggup melakukan perkara-perkara di luar batas kemanusiaan. Imam Gazali menyatakan di dalam kitab µIhya¶ Ulummudin ada dinyatakan bahawa hati manusia akan dapat dikuasai oleh syaitan melalui beberapa cara. Syaitan akan melalaikan manusia daripada melakukan Solat dan Zikrullah. *Perasaan Marah. *Terlalu Tergopoh-Gapah Dan Tidak Istiqamah Dalam Berbagai-Bagai Urusan.

Golongan ini dianggap sebagai bertuhankan nafsu sendiri. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud. Di antara tanda hati yang sakit juga ialah apabila kemewahan dunia telah menguasai diri seseorang. Bersangka buruk sesama umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah AlFurqan ayat 43. ³Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syara¶) dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa. tidak mengira halal haram sehingga sanggup melakukan penipuan. 2. maka akan timbullah pula berbagai jenis penyakit hati. sentiasa berperasaan was-was dan lain-lain lagi. maka pada saat itu ia tidak lagi mengingati kehidupan akhirat dan tidak akan berusaha untuk mendapatkannya. Apabila hati manusia telah dapat digoda dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan. µTerangkan kepadaku (wahai Muhammad) tentang keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi penjaga (yang menjaganya supaya tidak sesat?)¶ Sentiasa melakukan kesalahan demi kesalahan dan tidak pernah pula menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan. kerana syaitan akan menimbulkan jalan bahawa perbuatan itu adalah benar dan menyangka ia telah berbuat kebaikan. padahal kamu mengetahui (salahnya)´ .Bersikap fanatik terhadap perasaan sendiri dan meremehkan pendapat orang lain. Sidang jumaat yang dirahmati Allah. antaranya: 1: Sentiasa memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu syawat dan mengenepikan tuntutan agama. Rasa tamak haloba yang bersarang dalam hatinya menyebabkan ia terus mengejar kekayaan di dunia dengan apa cara sekalipun. rasuah dan sebagainya semata-mata ingin menggapai apa yang dihajati daripada milik orang lain. Golongan ini sentiasa menambah dosa diri dari sehari ke sehari sehinggalah hati mereka tertutup dari menerima hidayah Allah SWT.

´ Perlu diingati bahawa Zikrullah itu bukan sahaja di majlis-majlis tertentu. Dalam keadaan begini pun.setiap penyakit pasti ada ubatnya. bahkan ianya hendaklah dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa yang kita inginkan sama ada kita sedang berdiri.Sidang jumaat yang dirahmat Allah. Maka. hati manusia yang telah sakit itu perlulah diubati segera bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling. apakah ubatnya yang paling mujarab untuk menyembuhkan hati yang telah sakit itu? Apakah dengan berhibur di pusat-pusat hiburan seperti karaoke sebagainya atau dengan menuntut filem-filem yang melalaikan? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan memperbanyakkan Zikrullah. tenang tenteramlah hati manusia. Mereka hanya mengutamakan nafsu dan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup melontarkan berbagai-bagai tuduhan dan fitnah kepada kesepaduan masyarakat umum. terjadinya perselisihan faham. Sidang jumaat yang berbahagia. Penyakit hati yang disebabkan dari sifat-sifat Mazmumah. Akibatnya masyarakat menjadi berpecah-belah dan kehidupan mereka menjadi tidak tenteram. Sidang jumaat yang dirahmati Allah. duduk. pergaduhan. berbaring dan sebagainya. marilah kita membersihkan jiwa kita daripada sifat-sifat Mazmumah yang menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit . Sebagai seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Apa yang kita lihat dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Oleh kerana itu. Firman Allah dalam surah Ar-Ra¶du ayat 28: ³(Yaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati dengan zikrullah´ ketahuilah dengan ³zikrullah´ itu. jika tidak diubati pasti akan merosakkan ahklak dan budi pekerti seseorang muslim. kekecohan. mereka masih lagi mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi keinginan nafsu syawat mereka. perebutan kuasa dan sebagainya adalah disebabkan oleh perasaan hasad dengki dan tamak haloba yang telah bersarang di dalam hati mereka.

kami bersyukur kehadrat yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat.hati. kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat. wabak penyakit. kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai. Bacaaan 30 Oktober 2009 . murahkanlah rezeki kami. lindungilah kami daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar. kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian. negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. tingkatkanlah amal kami. ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang). ³Oleh itu. supaya aku membalas kamu dengan kebaikan. suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia. tetapkanlah iman kami. dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku)´ (Al-Baqarah ayat 152) Khutbah Kedua Ya Allah. Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa. sebagai negeri yang maju. sehungga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan Negara umat Islam khususnya Negeri Selangor. hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati yang lain. sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratmu Ya Allah. kemarau panjang. kukuhkanlah perpaduan kami. Hendaklah kita sentiasa mengingati Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehnya kerana dengan cara demikian kita akan dapat menundukkan perasaan tamak haloba. persengketaan.

menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh seorang sahabat µ¶ wahai Rasulullah s. kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang jahat dan hasil dari godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia . (1) Hasad Dengki Islam sangat mencela sifat dengki atau hasad. Akan tetapi ia dilihat dari sudut ketakwaannya kepada Allah subhanahua ta¶ala disamping melihat kepada kesucian hatinya yang bebas daripada segala sifat mazmumah.w.TEKS KHUTBAH SELURUH NEGERI MELAKA TAJUK: HAWA NAFSU TARIKH: 5 JANUARI 2001 Sidang jumaat yang dirahmati Allah.a.w. ialah yang bertakwa. dendam dan kedengkian µ riwayat Ibnu Majjah. siapakah manusia yang terbaik ?¶ jawab baginda s. pengkhianatan . Rasulullah s. pangkat atau keturunan yang dimilikinya. Golongan ini akan berusaha untuk mendapatkan kelebihan orang itu supaya nikmat itu berpindah kepadanya.a. orang mukmin yang bersih hatinya ? tanya sahabat lagi µ apakah maksud orang yang bersih hatinya itu? µ jawab baginda s. bersih yakni tidak ada kederhakaan.a.w.a. Sifat ini biasanya lahir dari seseorang yang tidak menyenangi sesuatu kelebihan atau nikmat yang ada pada orang lain. JUMAAT MASJID DORONG PENYAKIT HATI Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia menurut Islam bukan diukur berdasarkan kekayaan. Sifat dengki ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja samada mereka yang kaya dan kukuh ekonominya atau mereka yang kurang . Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati.w.

Juga ia termasuk dalam golongan orang munafik seperti sabda nabi yang bermaksud : µ tanda orang munafik ada tiga apabila . Khianat ialah satu sifat yang sangat berbahaya kerana boleh berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan. Perbuatan khianat ini juga boleh berlaku baik secara terang-terangan mahupun secara sembunyi. Orang yang memiliki sifat ini sesungguhnya tidak memberi apa-apa keuntungan pun. Lantaran apa yang dicita-citakan untuk menjadi seperti orang lain tidak tercapai. Wujudnya sifat khianat dalam masyarakat disebabkan oleh cuainya individu dalam menjaga amanah orang lain. jiran tetangga.berada. gunting dalam lipatan. maka yang timbul ialah menaruh sifat irihati dan dengki terhadap mereka yang lebih beruntung dari mereka.a. teman sekeluarga. Ia timbul disebabkan rasa tidak senang apabila orang lain dianugerahkan nikmat atau rezeki oleh Allah subhanahua ta¶ala. (2) Sifat Khianat Sifat khianat boleh dianggap sebagai teman akrab dengan penyakit dengki kerana kedua-duanya lahir dari hati manusia yang kotor lantaran sangat lemah keimanannya. Kita sering mendengar istilah seperti musuh dalam selimut. kemampuan mereka terbatas dan kadang-kadang tidak memungkinkan untuk mereka mencapai sesuatu yang dihajati. Apa yang pasti hanyalah kerugian kerana tidak menemui ketenangan dan kedamaian hidup sebaliknya sentiasa resah gelisah. Lebih membimbangkan lagi ialah sifat dengki ini boleh membawa seseorang kepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalim terhadap sesama manusia. Apa yang jelas ialah sifat khianat ini sangat dimurkai Allah subhanahua ta¶ala. pagar makan padi µ yang mana semua itu ditujukan kepada orang yang melakukan pengkhianatan secara sembunyi atau rahsia. bersabda yang bermaksud : µ jauhkan diri kamu dari hasad dengki sesungguhnya hasad merosakkan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering µ. sifat ini juga boleh menjangkiti golongan yang berada. politik dalam aspek kehidupan yang lain. khianat-mengkhianati boleh timbul di antara suami isteri dalam kehidupan rumahtangga. boleh berlaku di antara adik-beradik. juga wujud dalam hal perdagangan.w. Bagi yang kurang berada. Mereka tidak mahu kekayaan diperolehi kepada orang lain yang kadangkadang jiran atau saudara mara mereka sendiri. Rasulullah s.

(3) Riya¶ Riya¶ adalah sifat yang juga sangat merbahaya kerana boleh menghapuskan segala kebajikan atau amal soleh yang telah dikerjakan oleh seseorang sehingga tidak bernilai disisi Allah subhanahua ta¶ala. Apa yang nyata µ riya¶ tidak akan meninggalkan kesan positif kepada pelakunya.berbicara ia berdusta. Apabila tiada manusia yang memuji atau tidak mendapat pujian. orang yang riya¶ itu akan berhenti dari beramal. amalan yang didasarkan kepada riya¶ itu tadi tidak akan mendapat pahala. orang-orang yang berkeadaan riya¶ Dalam mengerjakan apa jua bentuk amal soleh atau beribadat kepada Allah subhanahua ta¶ala jika didasarkan kepada riya¶ maka akan sia-sialah ibadat itu. iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya. Sesungguhnya Allah subhanahua ta¶ala memerintahkan hambanya agar beribadat dengan penuh ikhlas. apabila berjanji dia mungkiri. maka celakalah bagi orang-orang yang solat. Orang riya¶ yang tidak ikhlas biasanya amalannya atau budinya tidak kemana. Firman Allah ta¶ala : maksudnya . Ulama¶ tasawuf menggolongkan sifat ini sebagai syirik kecil. Firman Allah subhanahua ta¶ala :Maksudnya :¶ pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya (ikhlas) dalam menjalankan agama dengan lurus dan supaya mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus µ maka jelaslah. Orang yang riya¶ membuat ibadah atau apa sahaja amalan bukan untuk mengharapkan keredhaan Allah subhanua ta¶ala bahkan kerana mengharapkan pujian dan penilaian dari manusia. Seseorang yang memiliki sifat takbur dan sombong akan membuat . apabila diamanahkan dia khianat µ. Ini adalah kerana orang takbur itu merasa dirinya terlalu tinggi atau lebih hebat dari orang lain. (4) Sifat Takbur Takbur dan sombong adalah sifat yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah subhanahua ta¶ala.

Pada asalnya sifat sombong adalah sifat iblis yang dahulu tidak mahu sujud kepada nabi Adam di dalam syurga. Hal ini lantaran iblis beranggapan dirinya memiliki sifat kemuliaan iaitu iblis dijadikan dari api manakala Adam dari tanah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : µ «Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sikap bakhil. ia adalah diberikan oleh Allah subhanahua ta¶ala dan hanya untuk kehidupan yang sementara sahaja di atas muka bumi ini. dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu. malah orang yang bersifat demikian pun turut menerima padahnya. Sifat-sifat tercela ini apabila wujud dalam sesebuah masyarakat bukan hanya akan membawa kerosakan dalam masyarakat tersebut. Mudah-mudahan semua para muslimin terhindar dari sifat-sifat ini.dirinya terlupa sebagai makhluk Allah subhanahua ta¶ala yang serba lemah lagi banyak kekurangan. kalau sekiranya kita mempunyai ada kelebihan zahiriah pun. kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya¶ . Perlu kita memahami.