Anda di halaman 1dari 2

Remaja merujuk kepada golongan yang berumur di antara sebelas hingga sembilan belas tahun.

Saban hari, berita mengenai penglibatan remaja dalam kes-kes jenayah sering kedengaran sama ada melalui media massa elektronik mahupun melalui suratkhabar dan majalah. Remaja merupakan asset negara kerana merekalah yang bakal memimpin negara pada masa yang akan datang. Akibat umur mereka yang masih muda, mereka mudah terpengaruh kerana fikiran tidak matang. Sikap sambil lewa sesetengah ibu bapa dalam mendidik anak-anak merupakan salah satu punca berlakunya gejala ini. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa pada hari ini sibuk dengan kerjaya masing-masing. Akibatnya, tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa telah diabaikan dengan alasan terlalu sibuk dan letih. Bukan begitu sahaja, ibu bapa pada zaman moden ini terlalu memanjakan anak-anak. Keadaan ini timbul disebabkan saiz keluarga pada hari ini adalah lebih kecil berbanding dengan saiz keluarga pada masa lampau. Oleh itu, mereka akan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak yang merupakan buah hati mereka. Akibatnya, mereka tidak sanggup memarahi atau menghukum anak-anak mereka yang melakukan kesalahan lalu menyebabkan anak-anak semakin berani untuk melakukan kesalahan yang besar. Selain itu, remaja yang kurang didikan agama mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk. Ini kerana didikan agama penting untuk melahirkan insan yang berguna kepada nusa dan bangsa. Remaja yang kurang didikan agama tidak dapat menilai perkara-perkara yang baik dan buruk. Ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat juga menghadapi kesukaran untuk menerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa anakanak. oleh itu, tidak hairanlah remaja yang kurang didikan agama mudah terpengaruh dengan kelakuan kawankawan mereka. Lama-kelamaan, kelakuan mereka akan semakin liar sehingga sanggup melakukan jenayah. Sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mencari kehidupan dengan jalan mereka sendiri turut mendorong remaja terlibat dalam kegiatan jenayah. Keadaan ini biasanya berpunca daripada kesempitan hidup. Akibatnya, terdapat remaja yang tepaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan mereka sendiri. Sekiranya ibu bapa tidak menghiraukan cara anak-anak mencari duit, kemungkinan anak-anak mereka akan mencari duit dalam masa yang singkat dengan melakukan jenayah. Walau bagaimanapun, ibu bapa juga tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana terdapat faktor lain yang mendorong jenayah di kalangan remaja. Pemodenan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes remaja terlibat dalam jenayah. Gaya hidup yang dipaparkan melalui media massa sering menjadi ikutan remaja untuk menarik perhatian rakan sebaya. Keadaan akan bertambah buruk jika remaja terikut-ikut dengan budaya barat yang mementingkan kebebasan dan keseronokan semata-mata. Harus diketahui bahawa budaya barat adalah bertentangan dengan budaya kita yang mementingkan nilai-nilai murni. Dalam usia remaja, rakan sebaya merupakan orang yang penting berbanding dengan ibu bapa. Ini disebabkan kebanyakan remaja akan menganggap bahawa ibu bapa mereka tidak memahami perasaan mereka berbanding dengan rakan sebaya mereka. Biasanya remaja cenderung meniru apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka kerana takut diketawakan ataupun dianggap ketinggalan zaman. Sikap inilah menyebabkan remaja melupakan segala didikan dan pesanan yang diterima daripada ibu bapa selama ini. Bagi remaja yang sudah mula bekerja akibat kemiskinan mahupun gagal melanjutkan pelajaran, mereka mungkin tinggal berjauhan dengan ibu bapa khasnya jika tempat kerja mereka berjauhan dengan rumah mereka. Mereka mungkin berasa telah bebas daripada kongkongan ibu bapa dan boleh melakukan apa-apa sahaja

mengikut perasaan mereka. Tambahan pula, mereka tidak lagi bergantung kepada ibu bapa untuk menampung perbelanjaan harian mereka, jadi mereka berhak melakukan apa-apa sahaja. Biasanya, remaja yang mula bekerja lebih mementingkan keseronokan dan cara hidup yang mewah. Jadi, untuk mendapatkan wang yang lebih banyak, mereka mungkin terlibat dengan kegiatan jenayah seperti pelacuran, mencuri ataupun merompak. Apabila tertangkap, baharulah ibu bapa sedar bahawa anak-anak mereka telah melakukan kesalahan yang besar. Namun, segala-galanya sudah terlambat. Bak pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kesimpulannya, sikap sambil lewa ibu bapa bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan masalah jenayah di kalangan remaja. Terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi mereka. Semua pihak haruslah bekerjasama bagi membentuk golongan remaja yang mempunyai semangat kental serta berjiwa murni. Justeru, remaja haruslah pandai menjaga diri dan menentukan tujuan hidup mereka sebagai generasi yang bakal memimpin negara.

(641 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai