Anda di halaman 1dari 14

CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL

Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas

Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Guru yang Profesional


Mula kerja awal pagi Sedia bergerak awal hari Mengurus dengan merancang Ada perancangan & matlamat Berpakaian secara 'profesional' Guna waktu luang sebagai waktu 'kerja'

Suka ikuti latihan kerana berikan perkembangan profesional Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar Cari perkara-perkara untuk dipuji Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan Sedia buat keputusan dan selesai masalah

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan Melanggan dan membaca jurnal profesional Mendapat penghormatan setiap hari Kembangsuburkan kerjaya mereka Rasa dan bertindak 'empowered'

Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan Belanja wang untuk perkembangan profesional atau untuk bilik darjah Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat tugas mereka membantu proses ini Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu profesion paling mulia.

Guru yang tidak Profesional


Mula kerja setelah loceng berbunyi Sudah pun letih di awal pagi Mengurus dengan krisis Ada berbagai alasan Berpakaian selekeh Guna waktu luang mengumpat dan mengeji Komplen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu

Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu Cari perkara-perkara untuk dikomplen Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan Bertanya "Apa patut saya buat? Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram

Fikir jurnal profesional sebagai membazirkan wang sahaja Merungut kerana tidak dapat penghormatan Buat yang terbaik Buat apa orang lain buat Bimbang tentang kerja mereka Rasa dan bertindak seperti mangsa

Tidak sedia belajar atau terima bantuan Enggan belanja untuk perkembangan profesional atau untuk bilik darjah Percaya anak didik degil, tidak bertanggungjawab, dan malas Melihat kerja mengajar sebagai satu kerja dengan gaji lumayan sahaja.