Anda di halaman 1dari 3

Nama: Ceejay Lee (2) Koa Woan Chyi (16) Ngo Yi Chern (30) Adam Herg (44) Tajuk

lisan : Isu internet Lee : Mewakili ahli-ahli forum selamat sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Liana dan para pelajar. Dalam era globalisasi dan modenisasi ini ,negara kita telah mengorak langkah ke arah kecermelangan. Dalam konteks ini,internet telah memainkan peranan yang signifikan sebagai alat penyebaran maklumat dan informasi.Maka isu ini membawa kami berbincang tentang forum yang berbunyi Isu Internet.Dipersilakan saudari Koa untuk mengemukakan pendapatnya mengenai isu ini. : Terima kasih saudari Lee.Memang tidak dapat dinafikan bahawa internet telah membawa pelbagai kebaikan kepada kita. Penggunaan internet dalam kehidupan harian telah banyak memudahkan dan memanfaatkan kita. Internet merupakan sumber maklumat yang banyak membantu kita dalam pelajaran. Dengan adanya internet, kita dapat mencari maklumat yang diingini dalam sekelip mata dengan hanya menekan butang-butang keyboard. Kegunaan tersebut telah banyak memanfaatkan anak-anak muda yang sedang belajar dari segi maklumat dan informasi. Yang penting sekali, kita tidak perlu membazirkan masa untuk mencari sumber maklumat. Sementelahan pula, kita dapat menghantar mesej yang hendak disampaikan kepada seseorang yang berada di tempat lain dengan cepat melalui email. : Terima kasih saudari Koa. Kewujudan internet memang memudahkan kita semua dalam mencari maklumat dan info yang dikehendaki. Kebanyakan projek sekolah disiapkan melalui bantuan internet. Para pelajar tidak perlu berasa rimas dan masa mereka turut dapat dijimatkan. Saudari Ngo,apakah kebaikan yang dapat diperoleh daripada internet selain menjimatkan masa ? : Terima kasih. Perkembangan internet membawa pendidikan ke era globalisasi. Kerajaan telah mendirikan sekolah-sekolah bestari yang menekankan pengajaran guru melalui cara multimedia. Pelajar-pelajar menjadi arif dalam penggunaan internet untuk melahirkan generasi baru yang celik teknologi. Dengan ini turut dapat memajukan ekonomi negara kita dengan pertambahan golongan profesional serta meningkatkan taraf kompetitif negara kita di persada antarabangsa. Universiti-universiti atau institut pengajian tinggi juga boleh mengadakan kursus jarak jauh untuk memudahkan pelajar-pelajar di luar negara melalui sidang video dan laman sesawang. Pelajar-pelajar juga boleh menghantar projek mereka melalui e-mel. : Terima kasih saudari Ngo.Sebenarnya terdapat banyak kebaikan yang boleh diperoleh daripada internet.Jadi, bolehkah saudara Adam jelaskan kebaikan lain yang boleh diperoleh melalui internet kepada kita semua?

Koa

Lee

Ngo

Lee

Adam : Sebagaimana yang kita ketahui umum, internet memainkan peranan yang penting bagi kebanyakan orang, terutamanya pelajar. Internet merupakan program yang dapat merelakskan tekanan yang tegang. Filem-filem yang berciri komedi dapat ditontoni melalui Youtube. Filem tersebut merupakan pilihan utama bagi kebanyakan orang. Di samping itu, sebahagian video yang disiarkan di internet berbentuk pendidikan dan sangat sesuai untuk golongan remaja yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Contohnya, video Unveil The Truth yang membolehkan semua orang menambah ilmu pengetahuan tentang perkara-perkara misteri dunia. Tambahan pula, golongan remaja juga berpeluang memahami budaya negara lain melalui video yang bertemakan pelancongan. Lee : Terima kasih saudara Adam. Kewujudan internet memang telah mengecilkan dunia kita kerana saluran maklumat serta teknologi mudah diperoleh di setiap pelosok bumi. Pada pendapat saudari Koa, apakah faedah internet yang membolehkan kita terus menjangkau kemajuan dalam semua bidang pada masa hadapan ? : Jika dikupas dari perspektif lain, perkembangan internet memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara kita. Misalnya, kegiatan perdagangan atau jual beli boleh dirunding dan dijalankan melalui internet iaitu e-dagang yang membolehkan individu membeli atau menjual barangan melalui laman-laman sesawang. E-bay turut menggunakan akaun bank atau kad kerdit untuk menjalankan perjualan. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga serta meningkatkan produktiviti rakyat dan negara. Para peniaga turut boleh mengiklankan produk dalam internet untuk diperkenalkan kepada kalangan masyarakat. Kebanyakan peniaga dapat mengurangkan kos papan iklan dan dapat menjimatkan penggunaan kertas bagi menyokong program cintai alam sekitar. : Internet telah memainkan peranan yang penting dalam pelajaran serta bidang pekerjaan setiap masyarakat. Malangnya, dewasa ini, sesetangah ibu bapa menganggap bahawa internet tidak mendatangkan kesan ini kepada anak-anak remaja malah jauh terpesong daripada peranan asal. Jadi, apakah pandangan saudari Ngo dalam hal ini? : Sesungguhnya internet banyak mendatangkan kebaikan kepada kita, tetapi memang tidak dinafikan kewujudan internet merupakan sebab keruntuhan moral remaja masa kini. Unsur keganasan yang terdapat dalam video acting dan permainan internet telah membawa impak yang mendalam kepada golongan remaja. Hal ini terbukti kerana kes buli di sekolah semakin meningkat. Remaja mudah bergaduh dan bersengketa sesama rakan walaupun hanya hal yang remeh-temeh. Seterusnya, golongan remaja bersikap biadab dan tidak mementingkan keperibadian mulia dalam pertuturan kata ataupun perlakuan. Remaja tidak haruslah meneladani sikap yang tidak bermoral yang terkandung dalam video tersebut kerana bak kata pepatah, yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan. : Bagi pengetahuan semua, kebanyakan kanak-kanak ataupun remaja yang belum berfikiran matang dan rasional akan terlalu leka dengan permainan internet. Mereka gemar bermain permainan internet tanpa batas sehingga hidup dalam alam maya dan tidak peduli akan kehidupan dalam dunia sebenar. Keadaan sedemikian bukan sahaja akan menjejaskan pelajaran dan hubungan mereka dengan ahli keluarga, malah juga akan menjejaskan kesihatan badan mereka. Seseorang remaja yang sering menghabiskan masanya di hadapan komputer dan kurang berinteraksi dengan kawan-kawan serta ahli keluarganya pasti akan terjejas hubungannnya dengan mereka. Mereka turut akan mengabaikan pelajaran dan kurang matang dalam kehidupan sosial realiti.

Koa

Lee

Ngo

Adam

Lee

: Memang benar pendapat saudara Adam. Saya bersetuju dengan pendapat itu. Penggunaan internet telah banyak mendatangkan kemudahan dan faedah,malahan juga membawa keburukannya. Pada masa yang sama, tepuk dada tanyalah selera untuk menggunakan teknologi internet sebaik-baiknya dan menjauhkan diri daripada penyalahgunaan internet. Sekian sahaja forum kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai