Anda di halaman 1dari 24

BAB 3

SUSUN ATUR TAPAK

BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

PENGENALAN


Tapak perlu disusun atur sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan. Pelan Susun Atur tapak perlu ditampal pada dinding pejabat tapak. SUSUN ATUR TAPAK merupakan faktor kecekapan kerja binaan bagi mencapai sasaran kerja binaan. Sasaran kerja binaan ialah penyiapan kerja mengikut masa kos dan kualiti.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

Soalan :


Apakah yang akan berlaku sekiranya sesebuah projek binaan tidak dilengkapkan Pelan Susun Atur Tapak? Beri pendapat anda.

BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

KEPENTINGAN SUSUN ATUR TAPAK


PENYIMPANAN SEMPURNA JARAK BERJALAN KAKI MINIMUM
PENANGANAN BAHAN DAN KOMPONEN MINIMUM MENJAMIN KESELAMATAN PEKERJA PENGGUNAAN RUANG SECARA OPTIMUM
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

PENYIMPANAN SEMPURNA


Penyimpanan bahan dan komponen dapat diuruskan dengan sempurna. Bahan perlu disimpan dengan sempurna supaya tidak hilang atau rosak. Tempat simpanan mesti bersesuaian dengan bahan yang hendak disimpan.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

JARAK BERJALAN KAKI MINIMUM




Kedudukan kemudahan-kemudahan untuk pekerja seperti kantin, tempat rehat dan tandas perlu berdekatan dengan tempat kerja. Jarak antara tempat simpanan bahan, peralatan kecil dan loji perlu berhampiran dengan tempat kerja. Jarak berjalan kaki minimum ini diperlukan untuk mengurangkan masa tak produktif pekerja.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

Soalan :


Apakah yang dimaksudkan dengan masa tak produktif pekerja?

BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

PENANGANAN BAHAN DAN KOMPONEN MINIMUM




Sekiranya susun atur tapak telah dapat ditentukan, segala bahan dan keperluan yang dihantar ke tapak, akan diletak pada satu tempat sahaja sementara menunggu masa untuk digunakan. Sebaliknya, jika kedudukan tempat bahan belum ditentukan, bahan atau komponen mungkin perlu dipindahkan ke tempat simpanan yang lain pula sebelum digunakan.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

PENANGANAN BAHAN DAN KOMPONEN MINIMUM


 

Keadaan ini dinamakan penanganan dua kali. Penanganan dua kali perlu dielakkan kemungkinan berlaku dua perkara berikut: - Kos yang lebih tinggi - Jumlah kerosakan dan pembaziran yang lebih banyak.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

Soalan :


Terangkan kesan yang mungkin berlaku sekiranya berlaku penanganan dua kali.

BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

MENJAMIN KESELAMATAN PEKERJA




Keadaan tapak yang teratur dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dalam pelbagai bentuk. Kemalangan boleh merugikan pekerja juga keseluruhan projek akan turut terjejas. Ini menunjukkan susun atur tapak diperlukan supaya proses pembinaan selamat dan berjalan lancar.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

PENGGUNAAN RUANG SECARA OPTIMUM




Ruang yang tidak digunakan bagi maksud pembinaan adalah terhad. Oleh itu, ruang berkenaan perlu dibahagikan dengan saksama bagi berbagai-bagai keperluan seperti jalan sementara, bangunan sementara, dan tempat simpanan bahan dan komponen.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN


MAKLUMAT TENTANG TAPAK BINAAN DAN PERSEKITARANNYA MAKLUMAT TENTANG PROJEK YANG AKAN DIBINA
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

MAKLUMAT TENTANG TAPAK BINAAN DAN PERSEKITARANNYA




Diperolehi daripada 2 sumber:


LAWATAN KE TAPAK Mendapat gambaran dengan lebih tepat. Perkara yang Perlu dicatatkan semasa lawatan : -Jalan utama yang terdekat -Keadaan muka bumi -kenalpasti kedudukan sumber bekalan/kemudahan
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

DOKUMEN KONTRAK Pelan Tapak garisan kontur, keadaan muka bumi, dan kedudukan bangunan yang akan dibina.

MAKLUMAT TENTANG PROJEK YANG AKAN DIBINA




Diperolehi daripada 1 sumber :

DOKUMEN KONTRAK Antara perkara yang perlu disemak ialah: -Jenis dan saiz projek -Aktiviti pembinaan yang utama -Loji utama yang diperlukan -Bahan dan komponen utama yang diperlukan -Anggaran jumlah pekerja yang terlibat
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

PROSES PENYEDIAAN
LALUAN KELUAR/MASUK KEPERLUAN DAN KEDUDUKAN KAWASAN SIMPANAN PAGAR DAN DINDING ADANG BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2 JALAN SEMENTARA

BANGUNAN SEMENTARA

1)LALUAN KELUAR/MASUK


Masalah keluar dan masuk perlu diselesaikan di peringkat awal. Jika tidak ada kemungkinan berlaku kelewatan projek disebabkan tiada laluan keluar dan masuk. Laluan keluar/masuk perlu mengcukupi dari segi kelebaran dan keupayaan galas tanah supaya dapat menanggung beban jentera berat.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

2) JALAN SEMENTARA


Fungsinya adalah untuk membawa masuk dan keluar bahan-bahan dan komponen. Jalan sementara adalah saling menghubungkan antara laluan masuk, kawasan simpanan, dan tempat aktiviti pembinaan. Perlu cukup luas dan lebardan juga mempunyai keupayaan galas yang tinggi.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

3)TEMPAT LETAK KERETA


 

Diperlukan oleh kakitangan tapak dan pelawat yang berurusan. Bagi projek besar, mesyuarat tapak yang diadakan sebulan sekali mungkin dihadiri oleh ramai ahli mesyuarat; oleh itu perlu ruang yang luas bagi tempat letak kereta. Apa yang perlu disediakan bukanlah tempat letak kereta yang khusus, tetapi hanya memadai ada ruang yang sesuai untuk meletak kereta sahaja.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

4) BANGUNAN SEMENTARA


1. 2. 3. 4. 5.

Diperlukan bagi memenuhi beberapa keperluan berikut: Pejabat tapak Stor Kediaman pekerja Kantin Surau dsb
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

5) KAWASAN SIMPANAN


Diperlukan bagi menempatkan bahan dan komponen yang tidak dapat atau tidak sesuai disimpan dalam stor. Ini mungkin disebabkan bahan dan komponen tersebut mempunyai saiz yang besar dan panjang atau kuantiti yang banyak. Contoh : batu baur, pasir, keluli, bata, atap dsb
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

6) PAGAR DAN DINDING ADANG




PAGAR Diperlukan untuk 2 fungsi yang utama: -Menentukan sempadan tapak binaan. -Halangan kepada penceroboh yang cuba memasuki tapak binaan. Pagar perlu dibina kukuh dengan ketinggian 1.8 m. Jenis yang biasa digunakan ialah pagar dawai berangkai.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

   

DINDING ADANG Merupakan jenis pagar yang dibina daripada papan yang disusun dengan rapat. Ia dibina di tapak yang terletak di kawasan yang sibuk / di tepi jalan@lebuhraya Tujuannya untuk melindungi orang awam daripada debu dan kekotoran yang terhasil daripada operasi pembinaan.
BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2

  

Soalan


Jelaskan perbezaan antara pagar dengan dinding adang?

BCT 303 BINAAN BANGUNAN 2