Anda di halaman 1dari 14

AKtiviti PL Secara amnya, terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan - aktiviti air dan aktiviti darat:

1. Aktiviti Air Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti: Berkayak Snorkelling Berakit Keselamatan air 2. Aktiviti Darat Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas gunung. Antara aktiviti darat ialah: Perkhemahan; Kajian alam sekitar; Abseiling; Treking ; Perkhemahan solo; Membina istana pasir; Aktiviti berjalan berhalangan; dan Orienteering.

PENDIDIKAN LUAR MERENTASI KURIKULUM Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma. Kurikulum juga mengandungi unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Dalam konsep pendidikan luar merentasi kurikulum, guru mengajar subjek yang berlainan dengan menjadikan pendidikan luar sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan pengajaran geografi contohnya, pendidikan luar boleh dirancang supaya pelajar dapat berinteraksi dengan alam semula jadi, untuk mengukuhkan lagi kefahaman. Objektif asas pelaksanaan aktiviti perkhemahan: 1. Pendekatan Pendidikan Melalui aktiviti perkhemahan ianya mampu memberikan pelbagai bentuk pendidikan yang boleh diperoleh secara langsung dan tidak langsung. Sebagai contoh, berdikari, bekerjasama, pembinaan sahsiah, disiplin, berani berhadapan cabaran, memantapkan fizikal dan mental dan sebagainya 2. Interaksi sosial Aktiviti perkhemahan adalah tempat di mana peserta akan berpeluang berinteraksi di antara satu sama lain ketika menjalankan aktiviti. Peserta akan sentiasa bersama ketika beraktiviti, bertukar-tukar fikiran dan bekerja bersama dalam melengkapkan sebarang tugasan yang diberikan. Peserta juga akan terdedah kepada situasi penyelesaian masalah dan menyemat semangat kekitaan dalam diri masing-masing. 3. Berekreasi Aktiviti perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam bidang rekreasi. Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat yang dinginkan.. 4. Mempertingkat keupayaan fizikal dan mental

Aktiviti perkhemahan juga mampu merangsang anda dari aspek fizikal dan Mental. Program yang dirancang sepanjang perkhemahan memberikan ruang kepada anda untuk mencabar tahap fizikal melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan seperti melalui aktiviti mendaki, trekking dan sebagainya. Begitu juga dengan mental, berhadapan dengan pelbagai cabaran membantu menguji, dan memantapkan keupayaan mental. 5. Memperoleh pengalaman dan kemahiran Aktiviti perkhemahan merupakan tempat di mana anda boleh menimba pengalaman baru setiap hari kerana dalam perkhemahan aktiviti yang dirancang, adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman dan mempertingkat kemahiran dalam pelbagai aspek kegiatan luar. Antara kemahiran yang boleh ditimba seperti ilmu hutan, ikhtiar hidup, pandu arah dan sebagainya Prinsip Konservasi Dalam PL 1. Prinsip rendah diri Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di dalam jiwa. Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurnia Nya. Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta alam semula jadi oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam sekitar. 2. Prinsip bekerjasama Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semula jadi dan alam sekitar dengan jayanya. Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan alam sekitar contohnya aktiviti gotong royong di kawasan perkhemahan di akhir program. 3. Prinsip menghormati alam sekitar Menghormati alam semula jadi yang terdapat di bumi kita sebagai benda hidup dengan memelihara alam sekitar. 4. Prinsip kehidupan seimbang Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar 5. Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem Mementingkan kemampatan ekosistem dengan tidak mengganggu sistem ekosistem semula jadi Sensitif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem daripada pelbagai pihak 6. Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa mengalih ke tempat lain. Kita mesti memegang teguh prinsip melihat tanpa mengganggu dalam aktiviti yang dijalankan dan kehidupan seharian. 7. Prinsip kerosakan minima Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan menggunakan ketika perlu saja

Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup alternatif lain sebelum menggunakan atau mengganggu alam sekitar 8. Prinsip perubahan berterusan Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang ke arah menjaga alam sekitar Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan ke arah memulihkan alam sekitar 9. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada esok hari Kita seharusnya bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau di beli dengan wang ringgit 10. Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang Kita patut menyedari alam semula jadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan nenek moyang kita. Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak merasakan nikmat alam semula jadi TOPIK 5 PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR t 83 11. Prinsip tanggungjawab setiap individu Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam semula jadi Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan menjaga alam sekitar dengan baik Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan sebagainya 12. Prinsip kesederhanaan Kita perlu bersederhana dalam menggunakan hasil alam semula jadi tanpa membazir Kita perlu bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang membabitkan alam sekitar 13. Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah alam sekitar Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulihkan ekosistem daripada kemusnahan alam sekitar 14. Prinsip etika melebihi hukum Sebagai pendidikan kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan berdisplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan hukuman) Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan berdisiplin 15. Prinsip mengalami dan menghayati Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktivitiaktiviti berlandaskan alam sekitar Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulihkan dan menjaga alam sekitar 16. Prinsip mencintai persekitaran Kita perlu mencintai hutan dengan tidak memusnahkannya dengan sewenang-wenangnya Kita amat perlu melindungi alam semula jadi Menyayangi binatang dan tumbuhan. Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup. 17. Sikap menghargai

Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan menganggap sebagai khazanah yang paling berharga Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan alam semula jadi. Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Menghargai hidupan di persekitaran kita 18. Berani Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan sebarang aktiviti pencegahan Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap pemeliharaan alam sekitar Aktiviti aktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar ialah: (a) Melaksanakan aktiviti pendidikan luar yang menyerap pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/ kelab/ persatuan. (b) Menganjurkan aktiviti pendidikan luar yang bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk, Enviro-Bike dan lain-lain. (c) Menjadikan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkhemahan atau trek laluan sebagai aktiviti wajib atau dendaan. (d) Program penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok daripada spesies yang sesuai. Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu: (i) Kesedaran Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi (ii) Pengetahuan Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab (iii) Sikap Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi (iv) Kemahiran Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar. (v) Kebolehan menilai Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan. (vi) Bekerjasama Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar Konsep Konservasi dalam PL Pendidikan konservasi dilihat sebagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau di musnahkan. Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara

alam semula jadi. Dengan kata lain pendidikan konservatif dalam pendidikan luar banyak lebih tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semula jadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar. Pemilihan Tempat Tapak Khemah Yang Sesuai Anda perlu memastikan permukaan tanah yang hendak didirikan khemah berada dalam keadaan rata dan tidak dipenuhi sebarang batu tajam, akar kayu yang boleh merosakkan permukaan bawah atau ground sheet khemah. Tidak berada di atas tanah yang berlubang-lubang kerana ini boleh mengundang pengumpulan angin sejuk di waktu malam. Tapak tersebut juga perlu dipastikan bukan kawasan aliran air yang telah kering kerana dikhuatiri banjir mungkin akan berlaku ketika hujan. Memastikan Tapak perkhemahan yang dipilih telah mendapat kebenaran pihak berwajib seperti Jabatan Hutan, Polis, Pihak berkuasa Tempatan atau dari orang perseorangan. Perlu memastikan tiada dahan atau pokok yang telah mati berhampiran khemah atau di atas khemah. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan sumber air seperti sungai atau laut Anda perlu sentiasa memantau keadaan pasang surut air dan mengetahui bahaya yang bakal mengundang. Pastikan anda tahu tiada serangga atau binatang berbisa dan sarangnya berada dalam kawasan tapak perkhemahan yang dipilih kerana ia boleh mengundang bahaya. Kawasan khemah yang redup boleh menjadikan kawasan perkhemahan anda dari terdedah kepada sinaran matahari yang melampau, keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan hidrasi. Pastikan kawasan perkhemahan tidak terlalu hampir dengan kawasan habitat atau tempat tinggal binatang liar kerana dikhuatiri ia menjadi tempat binatang berkumpul. Anda juga disarankan untuk sentiasa mengambil tahu sama ada kawasan yang dipilih untuk tapak perkhemahan bukan laluan binatang dan habitat semula jadinya ataupun ianya adalah bekas tinggalan habitat binatang

Persiapan awal Pe ndidikan Luar


1. Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu. 2. Surat menyurat surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi. 3. Sumber kewangan perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana pihak. 4. Perancangan perbelanjaan perlu sedia satu senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya. 5. Persediaan alatan Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat. 6. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya tidak berlaku kesulitan.
Posted by OCMat 7:13 AM1 comments MONDAY, SEPTEMBER 15, 2008

Perancangan Pendidikan Luar

Pembentukan Jawatan Kuasa 1. Pembentukan Jawatankuasa Induk sebagai penggerak perancangan awal. Jawatan kuasa dianggotai oleh beberapa jawatan seperti berikut:a. Penaung b. Pengerusi c. Setiausaha d. Bendahari 2. Perlantikan Jawatankuasa Kerja Selepas JK induk bermesyuarat kali pertama, JK kerja dilantik untuk membuat draf yang berkaitan dengan bidang masing-masing seperti:a. JK Pengangkutan b. JK Peralatan c. JK Makanan d. JK Tugas-Tugas Khas e. JK Penempatan f. JK Keselamatan g. JK Program h. JK Aktiviti i. JK Laporan dan Rekod Penyediaan Kertas Kerja Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut:a. Tajuk b. Tarikh c. Matlamat d. Objektif e. Plan tindakan f. Pengisian Program g. Sumber tenaga h. Sumber kewangan i. Kawalan j. Penilaian
Posted by OCMat 2:38 PM0 comments FRIDAY, SEPTEMBER 12, 2008

Definisi, Falsafah dan Mat lamat.

Definisi Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. 2. Falsafah Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional. 3. Matlamat 1. Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat humanization of education. Perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani. 2. Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.
Posted by OCMat 8:43 PM0 comments

Pendidikan Luar dan Rekreasi di Malaysia.


Salam Perkenalan. Kepada semua penggiat Pendidikan Luar dan Rekreasi di Malaysia. Selama ini, kita bergiat aktif dengan berbagai pengetahuan, fahaman dan pengalaman. Perbezaan ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap program PL dan rekreasi di Malaysia. Melalui blog ini diharap kita berganding bahu dan berkongsi pengetahuan, idea dan pengalaman supaya aliran pergerakan ini mempunyai arah dan matlamat yang

pelaksaan PL Pelaksanaan pendidikan luar memerlukan penerangan yang teliti. Penganjur perlu membentuk jawatankuasa dan memanggil mesyuarat perancangan. Mesyuarat perancangan bertujuan mengumpul idea dan menyatakan fikiran bagi membina keputusan. Kertas kerja harus memberi gambaran jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Urusan surat-menyurat perlu dilakukan untuk mendapat kebenaran dan memaklumkan pelbagai pihak sebelum melaksanakan pendidikan luar. Apabila suatu tulang patah atau retak, beberapa masalah lain akan timbul yang berkaitan dengan otot, tendon, saraf dan salur darah kerana struktur-struktur tersebut melekat atau berhampiran dengan tulang. Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-simptom berikut:(a) Rasa sakit pada bahagian tulang. (b) Mangsa mendengar bunyi atau berasa tulang patah. (c) Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera.

(d) Berasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera. (e) Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal. (f) Bengkak atau warna kebiruan pada bahagian yang tercedera. (g) Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal. Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketul-ketul ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air sejuk. Cara ini akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas. Pastikan ikatan splin pada bahagian menyokong tulang yang patah atau retak. Bagi mendapatkan sokongan yang lebih teguh, bahagian yang tercedera perlu diampu pada bahagian anggota yang tidak tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas. Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh. Perlaksanaan program Sukan Rekreasi secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu: Fasa Sebelum : Mesyuarat atau perbincangan Penyediaan kertas kerja Tinjauan kawasan Kutipan wang dan perancangan perbelanjaan Persediaan Persiapan dan alatan Fasa Semasa : Perlaksanaan program yang dirancang. Refleksi semasa. Fasa selepas : Pengemasan alatan. Penyediaan laporan Pelantikan Jawatankuasa dan Pengagihan Tugas Terdapat dua bentuk jawatankuasa perancang dan pelaksana, dalam topik ini kita akan membincangkan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa perancang. Berikut adalah ahli-ahli jawatankuasa serta bidang tugas mereka dalam merancang aktiviti pendidikan luar: 1. Pengarah Projek Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti; Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan; Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti; Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan; dan Bertanggung jawab menentukan hala tuju program pendidikan luar. 2. Timbalan Pengarah Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya. 3. Kem Komandan Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan perlaksanaan pendidikan luar; Mengadakan taklimat kepada peserta; dan Orang yang membuat keputusan yang penting ketika melaksanakan aktiviti pendidikan luar. 4. Setiausaha Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran;

Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan; Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program; Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan; Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat; Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan; Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat; Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan AJK; Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program; dan Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat. 5. Timbalan Setiausaha Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya. 6. Bendahari Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan; Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program; Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik program; Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan; Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan baik; Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat; Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan program; dan Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau kedua-duanya sekali. 7. Jawatankuasa Teknikal Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Menyimpan rekod alatan kumpulan seperti khemah, periuk,parang, pisau dan sebagainya; Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program; Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan kumpulan; dan Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan. 8. Jawatankuasa Pendidikan Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Merancang modul integrasi mata pelajaran dalam pendidikan luar berdasarkan objektif; Merancang jenis, bentuk atau konsep penggabungjalinan, penyebatian atau penerapan unsur pendidikan dalam pendidikan luar; Merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan; dan Bertanggung jawab dengan jawatan kuasa merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan luar 9. Jawatankuasa Kejurulatihan Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Merancang program latihan fizikal dalam pendidikan luar berdasarkan objektif; Merancang dan memikirkan langkah-langkah keselamatan dalam pendidikan luar; dan

Bertanggung jawab dengan jawatan kuasa lain dalam merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan luar. 10. Jawatankuasa kerohanian Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Merancang dan melaksana aktiviti kerohanian termasuk solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib; Membuat giliran iman dan bilal bagi setiap solat; dan Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran agama masingmasing dan di beri kuliah moral. 11. Jawatankuasa Atur cara dan Buku Program Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Bekerjasama dengan jawatan kuasa pendidikan, kejurulatihan dan protokol menyusun jadual pertandingan atau atur cara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung; Menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah. Menjemput dan mendapatkan senarai VIP dan jemputan khas yang sepatutnya hadir pada hari penyampaian hadiah; Menyediakan acara sambutan kedatangan VIP, penyambut tetamu dan segala persiapan untuk keperluan sambutan; Bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi setiap kategori atau keseluruhan kategori dan menyediakan draf teks MC; Mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari jawatan kuasa peserta untuk kemudahan MC mengumumkan pemenang; Menguruskan keseluruhan perlaksanaan atur cara dan program kepada semua yang hadir sepanjang program berjalan; Membantu semua jawatan kuasa mengemaskan persiapan, peralatan dan sebagainya; dan Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain. 12. Jawatankuasa Protokol Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau penutup; Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir. Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya; Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau VIP di dalam dewan; Menjaga kawalan peserta; dan Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian. 13. Jawatankuasa Promosi / Publisiti Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta tentang sesuatu projek atau aktiviti; Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan sesuatu projek atau aktiviti; Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan mengenai sesuatu projek atau aktiviti; dan Menjemput wartawan untuk membuat liputan. 14. Jawatankuasa Persiapan / Keceriaan Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Memastikan perjalanan program lancar dan tapak program sentiasa

bersih serta selesa; dan Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian dengan sesuatu projek atau aktiviti. 15. Jawatankuasa Pendaftaran dan Peserta Membentuk satu jawatan kuasa kecil; Menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta mencukupi; Mengurus, menerima atau menyenaraikan nama peserta dalam sesuatu projek atau aktiviti; Memastikan giliran peserta atau kehadiran peserta untuk sesuatu projek atau aktiviti serta hadir pada masanya; dan Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap para peserta sepanjang sesuatu projek atau aktiviti itu berlangsung. 16. Jawatankuasa Disiplin / Keselamatan Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Memastikan keselamatan di dalam kawasan aktiviti terjamin. Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar. Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini Merancang aktiviti kawalan malam. Membawa beberapa unit kelengkapan perubatan seperti first aid . 17. Jawatankuasa Hadiah / Cenderahati Membentuk satu jawatankuasa kecil. Sentiasa berurusan dengan ahli jawatan kuasa lain bagi melicinkan perjalanan sesuatu projek atau aktiviti. Merancang jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberi dalam sesuatu projek atau aktiviti serta bersesuaian dengan sesuatu majlis atau acara. Menguruskan penempahan hadiah kepada para peserta, cenderahati kepada petugas luar atau jemputan. Menetapkan atau merancang bajet hadiah mengikut pengklasifikasian sesuatu projek atau aktiviti. Memastikan semua hadiah telah tersedia sebelum dibawa ke tapak perkhemahan Hadiah atau cenderahati hendaklah disiapkan selewatlewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh sesuatu projek atau aktiviti bermula. Menyenaraikan senarai peralatan dan keperluan bagi acara penyampaian hadiah dan memaklumkan kepada jawatan kuasa yang terlibat. Menyusun hadiah dan cenderahati bagi memudahkan acara penyampaian hadiah. Menguruskan dan mendapatkan senarai pemenang dari jawatan kuasa peserta. Menyusun nama penyampai hadiah berserta pengiring yang berkaitan dengan atur cara penyampaian hadiah mengikut acara. Menyediakan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik yang bersesuaian dan lain-lain. 18. Jawatankuasa Jamuan / Makanan Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan bagi jawatan kuasa sepanjang program berlangsung. Mendapatkan katerer jika perlu yang boleh menawarkan harga yang berpatutan untuk keperluan makanan dan minuman.

Menyediakan bajet bagi setiap kumpulan peserta Membahagikan bahan mentah untuk di masak oleh peserta Memberi nasihat kepada kumpulan peserta terhadap hidangan makanan Membuat penempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya. Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihakpihak yang berkaitan dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan. Melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan dengan sebaik mungkin. Memastikan kebersihan tempat makan. Mengemaskan dan membersihkan tempat makan, makanan yang berlebihan dan sebagainya. Menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik sampah. 19. Jawatankuasa Pengangkutan Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Memastikan keperluan pengangkutan sepanjang sesuatu program yang berlangsung telah mencukupi bagi keperluan persiapan, urus setia, peserta dan sebagainya. Membuat tempahan kenderaan sama ada bas atau van untuk kegunaan sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti atau projek dijalankan. Membuat penjadualan perjalanan bas untuk kegunaan serta rujukan pegawai yang terlibat bagi kegunaan pemandu, urus setia dan peserta. Sentiasa mengingatkan pemandu tentang jadual dan keperluan pengangkutan dengan mengambil kira rasional logik perjalanan dan kebajikan pemandu seperti kemampuan, masa rehat dan kebajikan mereka. 20. Jawatankuasa Fotografi Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Bekerjasama dengan pihak jabatan penyiaran menerusi saluran media cetak mahupun elektronik. Menggunakan kamera atau video-cam bagi merakamkan sesuatu aktiviti atau projek. Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung. Memaklumkan kepada wartawan (press) tentang sesuatu program yang dilangsungkan. 21. Jawatankuasa Logistik Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Membuat persediaan dan menyiapkan tempat dan segala keperluan seminggu sebelum sesuatu acara diadakan. Memastikan peralatan dan persiapan yang telah dibuat dapat digunakan. Sekiranya berlaku sebarang keadaan di luar jangkaan, jawatan kuasa ini perlu mengambil tindakan serta-merta untuk mengatasi masalah tersebut. Bertanggungjawab terhadap peralatan yang telah digunakan. Memastikan segala peralatan dibawa dan di pulangkan dalam keadaan dan kuantiti yang sama. Mengagihkan peralatan mengikut sesuatu acara yang terjadual. 22. Jawatankuasa Pertandingan dan Persembahan Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Mendapatkan juri atau peserta bagi sesuatu aktiviti atau projek yang dijalankan.

Merancang persembahan, tujuan program atau memastikan objektif sesuatu aktiviti atau projek berjaya disempurnakan. Merancang atau menetapkan masa bagi setiap persembahan atau matlamat sesuatu projek atau aktiviti. Merancang jenis, bentuk atau konsep persembahan. Merekodkan atau mencatat setiap keputusan yang telah dibuat oleh para juri. Memastikan setiap persembahan dilaksanakan dalam suasana yang ceria dan gembira. 23. Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Membentuk satu jawatan kuasa kecil. Mengenal pasti tugas-tugas atau kerja-kerja yang di luar perancangan. Membantu jawatan kuasa lain membuat persediaan sekiranya diperlukan. Sentiasa berada di kawasan aktiviti sepanjang sesuatu aktiviti atau projek berlangsung. Membuat laporan berkenaan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Tugasan sebelum program perkhemahan banyak menumpukan kepada menyediakan keperluan asas perkhemahan seperti: 1. Kertas kerja dan kelulusan program 2. Mengumpul dana atau mendapatkan kelulusan peruntukan khas program 3. Menyedia dan membeli peralatan am perkhemahan 4. Menyedia semua alatan aktiviti seperti kayak, snorkeling, orienteering dan sebagainya 5. Kelulusan dan tempahan kenderaan seperti bas dan kenderaan sokongan seperti kenderaan pacuan empat roda, bot kargo, feri, lori dan sebagainya 6. Mengenal pasti tempat dan tempahan tempat melalui kelulusan jabatan tertentu atau orang perseorangan

Objektif asas pelaksanaan aktiviti perkhemahan: 1. Pendekatan Pendidikan Melalui aktiviti perkhemahan ianya mampu memberikan pelbagai bentuk pendidikan yang boleh diperoleh secara langsung dan tidak langsung. Sebagai contoh, berdikari, bekerjasama, pembinaan sahsiah, disiplin, berani berhadapan cabaran, memantapkan fizikal dan mental dan sebagainya 2. Interaksi sosial Aktiviti perkhemahan adalah tempat di mana peserta akan berpeluang berinteraksi di antara satu sama lain ketika menjalankan aktiviti. Peserta akan sentiasa bersama ketika beraktiviti, bertukar-tukar fikiran dan bekerja bersama dalam melengkapkan sebarang tugasan yang diberikan. Peserta juga akan terdedah kepada situasi penyelesaian masalah dan menyemat semangat kekitaan dalam diri masing-masing. 3. Berekreasi Aktiviti perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam bidang rekreasi. Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat yang dinginkan..

4. Mempertingkat keupayaan fizikal dan mental Aktiviti perkhemahan juga mampu merangsang anda dari aspek fizikal dan Mental. Program yang dirancang sepanjang perkhemahan memberikan ruang kepada anda untuk mencabar tahap fizikal melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan seperti melalui aktiviti mendaki, trekking dan sebagainya. Begitu juga dengan mental, berhadapan dengan pelbagai cabaran membantu menguji, dan memantapkan keupayaan mental. 5. Memperoleh pengalaman dan kemahiran Aktiviti perkhemahan merupakan tempat di mana anda boleh menimba pengalaman baru setiap hari kerana dalam perkhemahan aktiviti yang dirancang, adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman dan mempertingkat kemahiran dalam pelbagai aspek kegiatan luar. Antara kemahiran yang boleh ditimba seperti ilmu hutan, ikhtiar hidup, pandu arah dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai