Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SMK TAMAN JOHOR JAYA 2 TEMPAT : Bilik Wawasan TARIKH : MASA : 1.

25 PM 2.00 PM KEHADIRAN: 1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 2.0 Penutupan buku kedatangan pelajar 2.1 Pengerusi memberi taklimat serba sedikit berkenaan cara menutup buku kedatangan pelajar bagi Bulan Januari. 3.0 Kemasukan pelajar baru 3.1 Pengerusi mengingatkan kepada penyelaras tingkatan agar memastikan maklumat pelajar baru sudah dimasukkan dalam buku pendaftaran sekolah. Pengerusi juga memaklumkan tugas kemasukkan maklumat tersebut dibuat oleh penyelaras bagi Tingkatan 3 dan 5, manakala Tingkatan peralihan dibuat oleh guru tingkatan masing-masing. 4.0 Hal-hal lain 4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada penyelaras yang menghantar data kekeluargaan kepada PKHEM, Guru data dan Pn Salmah. 4.2 Pengisian buku kehadiran perlu dilengkapkan dengan baik mengikut tatacara yang betul. Guru perlu membuat tanda untuk tarikh 30 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011 dan menulis cuti Hari Raya Cina. 4.3 Guru juga perlu mengisi bahagian pelajar yang menerima biasiswa. Sila berhubung dengan Pn Malini untuk senarai nama pelajar berkenaan. 4.4 Berhubung dengan pembayaran yuran sekolah, pelajar perlu membayar sekurang-kurangnya RM1.50 (Takaful) dan RM4.00 (MSSM). Pelajar WAJIB bayar RM5.50 dahulu. 4.5 Pengerusi mengingatkan guru perlu meletakkan senarai nama pelajar kelas masing-masing di pigeon hole sekurang-kurangnya 10 helai. 4.6 Buku kedatangan 5SA3 (2009) dan PB (2010) telah hilang dan perlu dipulangkan segera.

4.7 Guru perlu mengingatkan pelajar agar membayar RM10 untuk diari dan tanda nama. 4.8 Pengerusi juga menyatakan kepada guru tingkatan agar berhubung dengan pelajar apabila pelajar tidak datang sehari. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 PM. Disediakan oleh Disahkan oleh