Anda di halaman 1dari 11

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN TERENGGANU

NAMA KURSUS :PENDIDIKAN MORAL KOD KURSUS : MPW 1153D TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK :BINCANGKAN PUNCA-PUNCA RASUAH, KESAN-KESAN RASUAH DAN LANGKAHLANGKAH MENGATASI RASUAH

NAMA TUTOR :MUHAMMAD HAIQAL BINCHE AWANG NAMA PELAJAR: DANIEL TAN WEI JUN (1092011060031) LIM HSIAO CHIN ( 1092011060023) WIK WADI (1092011060034) INTAKE: JUN 2011

TARIKH SEMAKAN

: _____________________

TANDATANGAN TUTOR :_____________________

ISI KAN

NGAN

Pendahuluan --------------------------------------------------------- 1

Punca-punca rasuah ------------------------------------------------- 2-3

Kesan-kesan rasuah ------------------------------------------------- 4-5

Langkah-langkah mengatasi rasuah ------------------------------- 6-7

Kesimpulan ----------------------------------------------------------- 8

Rujukan --------------------------------------------------------------- 9

N A

L AN

Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya.Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai sidepno-shito yang bermaksud wang dari bawah meja.Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera.Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama wujud dalam sejarah manusia.Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional.Polemik mengenainya boleh menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga

kekecewaan.Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut dianggap sebagai perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatif ini telah menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.

Marcapada ini, amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa. Amalan rasuah melibatkan wang ringgit, harta benda atau perkhidmatan mampu melenyapkan nilai kejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah masyarakat. Amalan rasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia ini perlu ditangani dengan segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti, pihak kerajaan terutamanya mas yarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatif untuk menangani
1

gejala ini.Berikut merupakan beberapa punca, kesan dan langkah bagi menangani gejala rasuah.

PENDAHULUAN

NCA-

NCA RASUA

Antara punca-punca yang berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat.Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.

Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.

Rasuah juga berlaku kerena wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yang
2

secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.

PUNCA-PUNCA

Bukan itu sahaja, sosial dan budaya juga adalah antara punca berlakunya rasuah.Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari peryaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. Di samping itu, rasuah boleh berlaku juga adalah kerana punca modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untuk sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

Selain itu, politik juga anatara suatu punca berlaku rasuah.Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpu l kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
3

Justeru itu, masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga adalah satu punca berlaku rasuah.Boleh dikatakan apa yang berlaku di Malaysia kini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat itu sendiri. Buktinya, masyarakat Malaysia mengamalkan budaya senyap apabila pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah enggan bersuara atau melaporkan kes rasuah yang diamalkan itu. Budaya senyap yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia menyebabkan semakin ramai pihak yang mula naik bulu untuk mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan.

PUNCA-PUNCA

KESAN-KESAN RASUA

Rasuah mempunyai kesan yang mendalam terhadap negara, kerana ia meningkatkan kos, mempersulit dan melengahkan kerja pentadbiran. Ekonomi yang dibelenggu rasuah ialah ekonomi yang berisiko tinggi bagi pelabur-pelabur yang mencari suasana yang terbuka, bertanggungjawab dan selamat. Kini kita menyaksikan bukan tender yang paling rendah kosnya dan paling efisien yang memenangi kontrak kerajaan atau infrastruktur, tetapi golongan yang paling rapat dan dekat dengan pemerintah dengan kesanggupan mengeluarkan wang dan hadiah mendapat kontrak tersebut. Pada masa yang sama, pasaran modal kita juga telah kehilangan beberapa syarikat tempatan dari disenaraikan di Bursa Malaysia dan memilih pasaran saham luar agar tidak terikat dengan syarat-syarat yang terlalu ketat. Faktor yang sama juga menghalang pasaran modal kita dari menarik syarikat luar untuk disenaraikan di Malaysia.

Antaranya ialah projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

Selain itu yang kedua ialah menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. Oleh itu tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah, orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.
4

KESAN-KESAN

Manakala antara kesan yang akan berlaku terhadap individu pula ialah individu akan kehilangan pekerjaan , kejatuhan moral atau maruah , menerima hukuman , menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga ,dan keluarga juga akan terabai.

Selain itu sini juga terdapat kesan terhadap masyarakat. Antaranya ialah ia boleh mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu , menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah , ia juga akan membebankan golongan orang susah , dan akan memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

Akhirnya ialah kesan terhadap Negara. Antaranya ialah ia akan menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran , menjejaskan social serta kestabilan politik dan keselamatan , ia juga akan mengakibatkan tumpuan pembangunan yang tidak seimbang , ia juga mengakibatkan kenaikan kos barang dan perkhidmatan , pengurangan pendapatan Negara juga akan berlaku , dan juga akan menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Kesimpulannya ialah masyarakat mestilah mempunyai sikap benci pada amalan rasuah. Keprihatinan masyarakat terhadap amalan rasuah dapat membendung kegiatan daripada berleluasa.
5

KESAN-KESAN

LANGKA -LANGKA MENGA ASI RASUA


Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala rasuah adalah kerajaan harus menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contoh, guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar, buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa seperti kes rasuah.

Selain itu, sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah.Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan.Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat.Dengan itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama.Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan dan pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-masing.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menguatkuasakanundang-undang untuk mencegah kes rasuah yang semakin banyak dalam negara ini.Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) haruslah mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai
6

kerajaan dan pegawai swasta yang terlibat dalam kes rasuah.Oleh itu, satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah.Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak daripada kerajaan dan rakyat.

LANGKAH-LANGKAH

Seterusnya

ialah,

memupuk

semangat

anti-Rasuah

dalam

kalangan

belia.Langkah ini dapat membantu untuk mengurangkan amalan rasuah yang turut dikenali dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal telah diberikan kepada mereka. Bagi membentuk generasi yang bagus dan standing dengan masyarakat dunia yang lain, penerapan ini sangat penting untuk menjadikan belia lebih bertanggungjawab dan amanah. Rasa benci terhadap rasuah akan membebaskan negara kita dari amalan rasuah.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara masyarakat sangat penting.Jika tiada kerjasama yang wujud dalam kalangan masyarakat maka negara sukar untuk menangani gejala rasuah ini.Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Oleh itu, kerjasama antara masyarakat penting sekali bagi menangani isur asuah.

Akhir sekali, keprihatinan majikan terhadap pekerja juga perlu ada untuk menangani gejala rasuah ini.Hal ini kerana, keprihatinan yang diberikan mampu melahirkan rasa tanggungjawab terhadap pekerjaan yang dilakukan. Justeru, pekerja tidak akan melahirkan rasa ingin mencuba dan mengamalkan rasuah dalam tugasan.
7

LANGKAH-LANGKAH

KESIMPULAN

Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah dan harga diri!

Tuntasnya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah tidak memandang enteng terhadap gejala rasuah ini agar negara dapat membangun dengan lebih maju serta dapat melahirkan masyarakat 1 Malaysia berintegriti tanpa wujudnya gejala rasuah sebegini.
8

KES

PULAN

RUJUKAN

http://abihulwa.blogspot.com/2009/05/punca -berlakunya-rasuah-dan-kesan-buruk.html http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2009/05/rasuah.html http://www.scribd.com/doc/57425506/Esei-Cara-Menangani-Gejala-Rasuah http://www.facebook.com/topic.php?uid=31 2240242824&topic=14591


9

RUJUKAN