Anda di halaman 1dari 3

TEKS PIDATO 1MALAYSIA; ASPIRASI MENINGKATKAN HUBUNGAN KAUM Masih tersemat gagah di hati, petikan kata-kata Perdana Menteri,

Dato Sri Mohd NajibTun Abdul Razak di Dewan Rakyat 15 Jun yang berbunyi 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia. Bismillahirrahmanirrahim, satuMalaysia. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam

Bingkisan barakah buat peneraju acara, barisan panel hakim yang berkarisma lagi tinggi inteleknya, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga, hadirin pencetus arus kegemilangan Negara.. Agenda melebarkan minda menyusuri pidato GAGASAN SATU MALAYSIA MENJANAPERPADUAN KAUM Hadirin sidang saksi warga berintegriti, Maudhuq bicara hari ini sungguh indah, ayuh kita telusuri dan hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu elok rasanya pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tanggal 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu beliau telah memperkenalkansatu konsep gagasan yang baru iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Menurut epistimologi Kamus Dewan gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKANmenjadi wadah utama dalam memacu pentadbiran negara dan perpaduan kaum. Natijah pembentukannya bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum semakin pudar. Dengan itu, saya cerakinkan kepada 3 teras utama buat tatapan minda anda semua. Hadirin dan hadirat sekalian

Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi menyatupadukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus meralisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Sudah pasti kerajaan tidak mahu Peristiwa 13 Mei 1969 dimana angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Nah sudah terang lagi bersuluh,konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah perpaduan kaum yang terumbang-ambing. Hadirin yang dihormati, Meniti isi lembayung saya yang kedua Prinsip Kenegaraan memupuk semangatnasionalisme. Cuba anda lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semngat nasionalisme mereka agak rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini hanya beberapa kerat sahaja yang dapat memberi jawapan apa itu semangat nasionalisme. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh. Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran BapaPerpaduan. Bak kata pepatah sikit-sikit lama jadi bukit. Sidang pendengar yang setia Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan Hadirin sekalian, Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-canangkan oleh saya

sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial jelaslah bahawa konsep 1Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum. Ayuh kita sama-sama merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan. Sekian. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai