Anda di halaman 1dari 47

Penulisan Kreatif

Bab 7 Teknik Penulisan Keseluruhan

Pengenalan
Teknik penulisan merupakan perkara terpenting dalam penulisan kreatif. Setia karya mempunyai teknik tertentu yang berbeza-beza mengikut kategori masing masing.

Karya fiksyen seperti novel dan cerpen boleh dikaji dalam 2 jenis kajian :
Kajian intinsik tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar: masa, tempat, suasana, gaya, stail, nada dan teknik. Kajian ekstrensik riwayat hidup pengarang atau penulis, elemen-elemen dan implikasi, keadaan persekitaran, latar peristiwa seperti sejarah dan politik, wawasan atau visi pengarang.

Apa itu kajian intrinsik dan kajian ekstrinsik?


Kajian kesusasteraan berbentuk intrinsik adalah kajian yang berbentuk fomalistik yang menyentuh tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa. Kajian ekstrinsik pula melihat sesebuah karya sastera dengan menggunakan pendekatan atau teori seperti sosiologi, psikologi, dan sebagainya.

Teknik Penulisan Keseluruhan


Dialog
Monolog Dalaman Arus kesedaran
Imejeri, imej, imajan

jukstaposisi
Realiti magis

alegori simili simbol metafora


personafikasi

suspens surat
diari
Pewarnaan tempatan Karangan berangkap

Mimpi
Bayangan atau imbasan akan datang

arketaip

Dialog
Percakapan dan pertuturan yg berlaku antara dua orang atau lebih. Fungsi dialog dalam novel dan cerpen adalah :
        

Sebagai pelengkap dalam peristiwa Penjelasan terhadap sesuatu peristiwa Meredakan ketegangan Membangktkan ketegangan Menyingkatkan perjalanan masa Memadukkan visi, wawasan pengarang Memperkenalkan watak Memperlihatkan suasana, keadaan Menunjukkan waktu, masa

Penggunaan dialog dalam karya hendaklah ditulis tepat,jitu,ringkas,tidak meleret-leret supaya tidak menyamai unsur khutbah atau penceramahan. Beberapa perkara perlu dielakkan untuk memelihara karya iaitu penggunaan bahasa pasar, harian. Contohnya loghat utara, pantai timur. Saya tahu anda tidak setuju. Hal ini kerana loghat daerah tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam karya yang akan dibaca oleh semua orang.

Bentuk dialog yang rancak, segar, bernas boleh wujudkan corak penceritaan yang indah. Keberkesanan dialog bergantung kepada penggunaan diksi yang baik, tepat dan ada makna.

Monolog Dalaman
Percakapan dalam diri yang tidak dizahirkan secara pertuturan. Berlaku dalam masa yang singkat sahaja tidak seperti soliloke. Fungsinya :
 Alat menghadirkan konsep ruang dan masa dalam karya.  Menggerak atau menghidupkan watak secara dalaman samaada melalui naluri, psikologi, spiritual.

Arus Kesedaran
Arus kesedaran didefinisikan sebagai aliran pemikiran yang berterusan dalam minda manusia tentang persepsi, falsafah, ingatan yang ada kaitnya dengan pandangan hidup, malah merangkumi ikhtiar untuk hidup. Sebagai ukuran proses mental watak di dalam fiksyen. Bergantung rapat dengan ciri kehidupan seseorang watak

Antara karya yang menggunakan arus kesedaran:


 Syahnon Ahmad ( Tak Keruan, Kelapa Nan Sebatang, novel Sampah.  Iwan Simatupang (Ziarah, Merahnya Merah, Kering dan Koong)

Umpama teknik monolog dalaman, arus kesedaran juga berfungsi memanfaatkan ruang dan masa dalam karya. Umpamanya masa yang wujud dalam karya hanya beberapa jam sahaja, tetapi ruang yang diambil tidak terbatas malahan boleh melampau alam ghaib.

Mimpi
Sesuatu kejadian yang muncul dalam minda seseorang ketika dia sedang tidur. Kejadian ini boleh membentuk peristiwa apa-apa sahaja. Hadir dalam keadaan abstrak dan absurd. Freud mempertalikan mimpi yang muncul dalam tidur seseorang sebagai penataan kemunculan konflik jiwa iaitu seorang yang tidak mendapat sesuatu yang dihajati di alam realiti akan membawanya ke alam mimpi.

Kejadian dalam mimpi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis : 1. Mimpi yang membawa tanda atau alamat yang konvensional. 2. Mimpi yang membawa makna terbalik. 3. Mimpi peribadi seseorang yang tidak sama takdirnya dengan mimpi orang lain. 4. Mimpi ngeri

Fungsi
Memasukkan unsur arkitipal Menerapkan implikasi psikologi tentang kekecamukan jiwa watak Bayangan, alamat, sesuatu petanda yang akan datang kepada satu-satu peristiwa pilihan.

Bayangan Akan Datang


Menampilkan sesuatu isyarat, alamat, tandatanda, pembayangan dan kias yang bakal terjadi dalam masa yang terdekat. Contohnya, ada penulis yang memulakan penyelesaian terlebih dahulu pada awal karya, bererti pengakhiran cerita tersebut telah diketahui. Apa yang hendak disampaikan kemudian adalah peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian/pengakhiran yang telah dibuat

Bayangan akan datang boleh disalurkan ke dalam karya menerusi beberapa motif

Motif Psikologi
Gerak-gerak yang khusus pada anggota badan dan seterusnya secara intuisi (perasaan yang boleh diramalkan) Berdasarkan kejadian mimpi. Secara semula jadi, setiap manusia sering mengalami pergerakan secara tiba-tiba pada salah satu anggota badan. Ianya merupakan sesuatu tanda seperti :

Mata bergerak kekiri satu kesedihan dan kekecewaan Mata bergerak kekanan hendak melihat orang yang jauh Tapak tangan kanan gatal hendak mendapat duit,rezeki Tapak kiri gatal hendak keluar duit atau rugi Jantung berdebar akan ditimpa kecelakaan Bulu remang naik ada iblis atau syaitan berhampiran

Merupakan penerapan beberapa pembayangan yang ada hubungan dengan kepercayaan-kepercayaan dongeng dalam masyarakat Melayu dari dahulu kala hingga sekarang. Kepercayaan dongeng ini banyak digunakan oleh para pengarang selepas tamat perang. Contohnya :
Kucing hitam melintas jalan (sial) Ular dan biawak masuk rumah (malapetaka) Mendapat bunga ara (akan jadi kaya raya)

Motif Memasukkan Wawasan Kesedaran Kebudayaan dan Kesedaran Melayu

Motif Takdir
Motif ini datang dari Qada dan Qadar seperti awal yang menghindarkan diri seseorang dari malapetaka. Kejadiankejadian serupa ini turut dikategorikan sebagai bayangan akan datang. Contohnya apabila seseorang watak berada didalam kapal terbang yang hendak terhempas, tentulah watak berkenaan menganggap ditakdirkan dirinya terselamat.

Arketaip
Berasal dari perkataan Yunani (Greek) yang membawa maksud penampilan,penyalinan, peniruan kembali idea, peristiwa, kejadian, watak, perbuatan, falsafah, pandangan hidup, dan konsep dari model asalnya atau prototaip. Kejadian, peristiwa dan perbuatan, kepercayaan dan segala yang berlaku seperti kejadian alam menurut Al-Quran, sains,kelahiran dan kematian, pembunuhan, pembinasaan dsm dianggap sebagai prototaip.

Jika perkara ini diterapkan ke dalam karya spt melalui simbol, mimpi, watak, peristiwa, tempat, ia akan menjadi teknik arketaip. Arketaip mula dihuraikan oleh Plato dalam bukunya The Republik. Dalam teori kesusasteraan moden, arketaip dianggap sebagai satu kritikan kesusasteraan moden. Lazimnya, sumber-sumber arketaip diserapkan didalam karya sebagai motif untuk mengkritik pemerintah, masyarakat, negara, malah dijadikan sanjungan kepada pihak yang tertentu.

Imej
Bermaksud gambaran atau refleksi atau kata juga sebagai pencerminan peribadi, sifat, tabiat, fikiran seseorang manusi dan gambaran bentuk, warna, texture, atau sifat sesuatu objek. Istilah ini mempunyai kaitan rapat dengan bahasa figuratif di dalam karya kesusasteraan.t

Algeori
Bermakna cerita-cerita dalam karya prosa yang mempunyai makna pendua, iaitu makna luaran di permukaan dan makna dalam yang tersembunyi yang hampir sama dengan teknik simbol dan metafora. Istilah berasal dari perkataan yunani (allegoria). Digunakan dalam karya bagi tujuan penyindiran terhadap pihak atau golongan tertentu. Contohnya dalam kisah Sang Kancil dan kisah Kura-kura, Putera Gunung Tahan, novel Tikus dan Rahmat.

Simili
Sejenis bahasa pengucapan yang memeuatkan perbandingan antara satu perkara dengan satu perkara yang lain. Selalunya menggunakan perkataan seperti, seperti, ibarat, bagai, macam dan umpama. Fungsi utamanya adalah untuk memasukkan unsur indah. Selain itu bagi memperlihatkan ketepatan imej atau sifat luaran sesuatu peristiwa yang dibuat secara ukuran bandingan dengan sifat objek tertentu dari segi bentuk, rasa, bau, bunyi dan warna. (berkaitan dengan unsur pancaindera.

Contohnya
Bagai dihiris sembilu Tajam seperti sembilu Bagai langit dengan bumi

Metafora
Bahasa pengucapan yang memperlihatkan cara ekspresi dan cara perluahan. Terdapat sesuatu perkara yang sengaja diserupakan kepada sesuatu perkara yang lain, satu idea atau satu perlakuan. Tidak menggunakan perkataan seperti bagai, seperti, ibarat, umpama, sebaliknya digunakan secara langsung dengan perkara yang hendak diserupakan.

Simbol
Bermaksud suatu perkataan, rangkai kata, perbuatan, idea, peristiwa yang dimaknakan kepada perkara yang sama sekali berlainan. Perkataan yang simbolik adala perkataan yang konotatif iaitu yang mempunya pelbagai makna dan tanggapan. Simbol berpecah kepada 2 :
Simbol Sastera Simbol Bukan Sastera

Simbol bukan sastera bermaksud simbol yang tidak membawa makna konotatif dan mempunyai berbagai-bagai jenis dan simbol seperti simbol dalam matapelajaran sains, matematik (H2o, tanda -, tanda +) Selain itu simbol tumbuhan, bangunan objek, dan haiwan tergolong dalam simbol ini. Juga boleh dirujuk melalui aksi seseorang seperti angguk-angguk maksudnya setuju, geleng-geleng tidak setuju, tunduk-tunduk ertinya malu. Selain itu, gerak tubuh seseorang juga merupakan simbol bukan sastera. Contohnya seperti wanita yang duduk di atas kerusi sambil menggoyangkan kaki. (Huraiannya sila rujuk buku kerana tidak sesuai untuk dibentangkan)

Simbol sastera adala pemilihan atau penggunaan perkataan, idea, objek, subjek, peristiwa tertentu yang mempunyai imej berkonsep. Penggunaan simbol dalam karya fiksyen boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu Sumber konvensional Sumber non-konvensional Simbol konvensional ialah yang lazim digunakan dan menjadi pengetahuan umum. Contohnya : bunga simbol gadis Kumbang simbol teruna

Sumber non-konvensional adalah penggunaan simbol yang sudah lari dari kebiasaan yang membawa maksud yang sterotaip. Tanggapan makna simbol ini adalah berbagaibagai, terlalu abstrak dan ambigus Kris Mas yang membuat pengucapan tentang sajak dan lukisan abstrak menyatakan pada peringkat pertama penggunaan simbol ini diketahui oleh tiga pihak iaitu penulis, karya dan tuhan. Pada peringkat kedua karya dan tuhan, dan pada peringkat ketiga hanya tuhan sahaja yang mengetahui.

Fungsi simbol dalam fiksyen semata-mata sebagai sesuatu alat yang tersembunyi bagi menyampaikan wawasan pengarang yang tersirat. Sebagai contoh novel Tikus Rahmat yang diharamkan kerana kecamannya sangat jelas terhadap pemerintahan Tunku Abdul Rahman.

Personafikasi
Bermakna memasukkan sifat, perbuatan, aktiviti manusia dalam watak-watak bukan manusia. Ini termasuk mengorangkan atau memanusiakan objek, binatang, tumbuhan dan fenomena alam seperti awan, hujan, langit, bumi, bulan DSM. Sebagai contoh novel The Animal Farm dan Tikus Rahmat. Novel ini menggunakan binatang yang berperanan menggantikan watak manusia yang menjadi pemerintah.

Ramai penulis yang menggunakan teknik ini dalam karya umpamanya menggunakan tikus, anjing, kucing, lembu, pokok DSM.

Jukstaposisi
Bermaksud menempatkan atau meletakkan dua perkara sebelah-menyebelah dengan tujuan yang diterbalikkan. Contoh seperti perumpamaan Pukul anak sindir menantu bermaksud yang hendak dimarahkan oleh watak adalah menantunya, tetapi disebabkan tidak mampu memukul menantu untuk menunjukkan kemarahan lalu dipukul anaknya.

Seseorang warak membuat gambaran buruk tentang orang ini (si A) dan memperlihatkan gambaran baik orang itu (si B).

In Medias Ras
Istilah dari Greek yang membawa maksud di tengah-tengah . Bermaksud penulis memulakan cerita atau penyampaiannya pada bahagian tengah cerita. Pembentangan cerita sebelumnya, lazimnya dibuat secara infgatan kembali, imbas kembali, monolog dalaman, memoir, kenangan dan soliloke. Fungsinya adalah untuk memadatkan ruang yang luas ke dalam jangkamasa yang lebih pendek.

Realisme Magis
Sesuatu benda atau kehidupan yang sebenar yang dijadikan tidak masuk akal sifatnya dalam kehidupan dan diserapkan ke dalam karya. Menerapkan kejadian yang tidak masuk akal, supernaturan, memeranjatkan dan aneh yang hanya berlaku secara fantasi, imaginasi dan mimpi. Antaranya dalam karya Afrika barat bertajuk The Palm WINE-Drinkard yang menceritakan bagaimana sesuatu watak boleh berubah menjadi burung,biawak, air dan kayak.

Boleh diterapkan dalam karya oleh penulis yang mempunyai daya imaginasi dan fantasi yang kuat. Walaupun teknik ini tidak masuk akal, namun ia memperlihatkan sebuah karya yang menarik.

Suspens
Keadaan yang tertanya-tanya bercampur keinginan ingin tahu akan sesuatu perkara yang akan berlaku dalam sebuah cerita yang sangat sukar diramalkan. Teknik ini adalah lebih sukar dimasukkan ke dalam karya penulisan kreatif berbanding dengan drama dan filem kerana dalam penulisan tidak dilengkapkan dengan unsur bunyi dan gerak-geri watak.(gambar)

Surat
Sepucuk surat kiriman juga wajar dijadikan sebuah cerpen atau novel yang lengkap. ianya bermaksud segala isi kandungan cerpen dan novel seperti termuat di dalam sepucuk surat sahaja. Teknik ini berlainan pada/sebelum perang dunia kedua dimana pengarang fungsi surat hanya untuk pengganti berita, peristiwa, perkhabaran atau untuk mempertalikan rentetan plot agar tidak terputus.

Dalam karya moden surat kiriman boleh juga digunakan untuk maksud berkenaan tetapi sudah menjadi lapuk atau klinse . Seharusnya, teknik surat kiriman menjadi salah satu kepelbagaian teknik keseluruhan karya, bukan secebis sahaja. Kelebihan teknik surat kiriman adalah dapat mengeksploitasi tatabahasa dengan sewenangwenangnya sama seperti menulis surat peribadi. Ia tidak perlu menyusun plot seperti karya biasa. Plot boleh terputus-putus dan dicantum semula di mana-mana.

Wasiat dan Pesanan


Bererti kehendak dan kemahuan yang ditulis atau dicakap oleh seseorang untuk dilaksanakan pihak yang diamanahkan wasiat itu apabila orang yang berwasiat itu mati atau berhijrah ke tempat yang tidak mungkin kembali ke tempat asalnya. Memerlukan saksi dan biasanya dilakukan di pejabat guaman. Lazimnya mengenai pembahagian harta benda, penjagaan hak.

Kelebihan teknik wasiat adalah sama dengan teknik surat dimana penulis tidak tertakhluk kepada penggunaan tatabahasa dan urutan plotnya seperti lazimnya dilakukan didalam teknik penulisan yang lain.

Diari dan Buku Catitan


Merupakan teknik yang mudah bagi menulis cerpen dan novel kerana :
Penulis tidak perlu memikirkan sekuens plot dan jalan cerita. Tidak terikat dengan pembentukan dan pengembangan watak. Tidak perlu memikirkan ruang dan masa yang diambil kira seperti karya biasa. Bebas menulis apa-apa sahaja walaupun sesuatu catitan terkeluar dari konteksnya. Bebas dari tatabahasa.

Walaupun begitu
Penulis harus berhati-hati menyusun peristiwa, tarikh, perkembangan dan pertalian antara satu peristiwa dengan peristiwa lain. Perlu berhati-hati dengan tarikh walaupun tarikh palsu, waktu, dan latar suasana kerana perlu logik dengan suasana pada masa sebenar.

Karangan Berangkap
Salah satu daya tarikan dalam karya iaitu memasukkan karangan berangkap yang berupa pantun, syair, seloka dan sajak. Penggunaan pantun dan sajak biasanya bermotifkan penataan perasaan watak.penggunaannya juga disesuaikan dengan suasana yang romantis dalam karya. Tujuan utama memasukkan sajak adalah selain dapat menguatkan cerita dan sisipan kalimat-kalimat berirama yang dapat memberikan unsur indah ialah sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi sesuatu pertanyaan.