Anda di halaman 1dari 3

APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ?

Assalammualaikum semua...moga Jumaat ini membawa kebaikan untuk kita semua. hari ni,aku tumpang gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh sekolah Sakinah.apa taknya,komitmen dan kerja keras guru -guru dan pihak ibu bapa akhirnya membuahkan hasil bila mana tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi (sumber:Berita Harian 18/2/11) 23 Sekolah Berprestasi Tinggi) 1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor 3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; 4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; 5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah 6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; 7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur 8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan 9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak 10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur 11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur 12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang 13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor 14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak 15. SK Convent Muar, Johor 16. SK Seri Biram, Pahang 17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; 18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur 19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang 20. SK Sultan Ismail, Terengganu 21. SK Jalan Tiga, Selangor 22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang 23. SJK(C) Lick Hung, Selangor. senarai ini melengkapkan jumlah sebanyak 43 buah sekolah di seluruh negara untuk tahun ini. apa tu sekolah berprestasi tinggi ( SBT) tersebut? Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam pendidikan dan juga antara usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengangkat kualiti sekolah -sekolah

terbaik ke taraf dunia.

Matlamat utama : untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan. Sasaran : untuk mewujudkan 100 buah SBT menjelang 2012. Aspek ditekankan : inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Autonomi yang diberikan kepada sekolah -sekolah ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjana daya kreativiti guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif. Kita ingin lihat idea -idea yang lebih berani dan segar untuk meningkatkan pencapaian murid muncul dari sekolah sekolah berprestasi tinggi. SBT adalah sebagai makmal idea -idea kreatif pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Matlamat akhir SBT bukan sekadar memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah, tetapi memastikan kecemerlangan sekolah dapat memberi impak yang positif ke atas pencapaian setiap murid. Antara Kriteria untuk dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah : 1. Mana-mana sekolah tidak kira sama ada sekolah bandar atau luar bandar atau pendalaman yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT serta mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama. 2. SBT perlu memberi sumbangan kepada se kolah lain melalui program mentor oleh guru SBT, perkongsian bahan dan pengetahuan, perkongsian amalan terbaik dan pertukaran pelajar. 3. SBT juga perlu mengekalkan hubungan baik dengan sekolah dan universiti untuk mencapai persefahaman bersama. 4. Pada masa sama, SBT perlu menekankan kepada ciri -ciri untuk pembangunan berterusan status mereka melalui peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan. 5. SBT perlu memastikan peningkatan tahap prestasi (akademik, kokurikul um dan sukan) serta program jalinan dengan universiti tempatan atau luar negara. 6. SBT harus menjayakan lebih banyak program melibatkan komuniti sebagai penanda aras kepada sekolah lain, peningkatan jumlah guru dan murid

cemerlang serta meningkatkan kebe rhasilan untuk semua pelajar. (Sumber : Utusan Malaysia)

Anda mungkin juga menyukai