Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

GR 6223 ALAM SEKITAR DAN KELESTARIAN LAPORAN PROGRAM EKSPLORASI SAINS LEARNING FROM MOTHER NATURE SARJANA PENDIDIKAN SAINS

Pensyarah: (DR. ARBA`AT HJ HASSAN) TARIKH : 14 ~ 15 Februari 2007 PESERTA: 7 Orang Pelajar TEMPAT : Taman Alam Kuala Selangor

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya kami dapat menyelesaikan eksplorasi dan menyiapkan tugasan mengenai lawatan ke Taman Alam, Kuala Selangor. Walaupun terdapat pelbagai rintangan di awal rancangan yang mana pengurangan peserta disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan akhirnya kami berjaya juga meneruskan eksplorasi ini berdasarkan masa dan aktiviti yang telah ditetapkan.

Berpandukan pengalaman dan panduan daripada penasihat dan juga pensyarah kami iaitu Dr Arbaat Hassan, walaupun beliau tidak dapat bersama-sama dalam menyertai eksplorasi. Akhirnya kami berjaya juga tiba di Taman Alam, Kuala Selangor dan melakukan semua aktiviti yang telah dijadualkan.

Banyak pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sepanjang eksplorasi ini. Antaranya ialah melihat keindahan kelip-kelip di waktu malam dan juga melawat Bukit Malawati di samping memberi makanan kepada lotong-lotong yang sangat jinak. Berjalan kaki ke hutan bakau juga tidak dapat dilupakan dan sesungguhnya alam ciptaan ALLAH ini sungguh indah kerana di sinilah tempat perlindungan segala tumbuhan dan pelbagai spesis haiwan.

Akhir kata kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan eksplorasi ini. Terutama sekali kepada pensyarah kami Dr. Arbaat Hassan yang banyak memberikan nasihat. Tidak lupa juga kepada Encik Nagarajan yang banyak memberikan panduan sepanjang kami berada di Taman Alam. Dan akhir sekali kepada pihak UKM kerana memberi bantuan dari segi pengangkutan. Terima kasih semua.

Pengarah Program,

Disediakan oleh,

.................................... Hasmeer b Hasanuddin (P43016)

................................... Nurazidawati bt M Arsad (P47575)

SENARAI KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN SENARAI ORGANISASI PELAKSANA PERMULAAN EKPLORASI MELAWAT KAWASAN PENGINAPAN MENDAKI BUKIT MALAWATI MELIHAT KELIP-KELIP DI KAMPONG KUANTAN TALIMAT DARIPADA PENGURUS TAMAN ALAM TOUR WALKING KE HUTAN PAYA BAKAU PENUTUP

2 3 4 5 8 9 11 13 15 20

AHLI - AHLI ORGANISASI

PERMULAAN EKSPLORASI 14 Februari 2009 (Sabtu) Setelah sebulan melakukan perbincangan, para peserta sarjana kursus GR6223 Alam Sekitar dan Kelestarian bersama-sama penasihat kursus Dr Arbaat Hassan, sebulat suara bersepakat untuk membuat Eksplorasi Sains di Taman Alam, Kuala Selangor selama dua hari satu malam iaitu pada 14 dan 15 Februari 2009. Tujuan eksplorasi ini diadakan adalah sebagai salah satu tugas untuk memenuhi kurusus ini. Selain daripada itu, tujuan utama ia dibuat adalah untuk memberikan pendedahan kepada para mahasiswa/i sarjana (2008/09) kepada alam semulajadi supaya dapat mengaplikasikan pengalaman pembelajaran di lapangan apabila menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Ia juga dapat mendekatkan para pelajar tentang kejadian alam semulajadi ciptaan ALLAH dan bagaimana untuk memulihara dan menjaga alam sekitar flora dan fauna daripada pembangunan dan manusia yang tidak bertanggungjawab. Sebaik sahaja kelas Kaedah Penyelidikan tamat pada pukul 12.30 tengah hari, kami pelajar Alam Sekitar dan Kelestarian seramai 5 orang (Zaid, Din, Hasmeer Norlia dan Azida) berkumpul di Fakulti Pendidikan. Manakala dua pelajar lain (Zuriati dan Bibi) dalam perjalanan menaiki kenderaan sendiri terus menuju ke Taman Alam, Kuala Selangor. Bas UKM yang dipandu oleh En Rafi sudah siap sedia menunggu kami di depan fakulti. Apabila mengetahui hanya seramai 4 orang yang akan menaiki kenderaan UKM, En Rafi membuat keputusan untuk membawa jip UKM sahaja kerana lebih mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi.

Foto 1: Para peserta bersiap sedia untuk bertolak 5

Di awal perjalan, kami mendapat sedikit masalah yang mana En Rafi terpaksa berulang alik dari UKM ke stesen minyak sebanyak tiga kali kerana kad untuk mengisi minyak kenderaan mengalami masalah. Setelah mencuba untuk kali ketiga akhirnya minyak kenderaan boleh diisi dan tanpa membuang masa kami terus memulakan perjalanan bertolak ke Taman Alam, Kuala Selangor. Kami bernasib baik kerana mendapat En Rafi sebagai pemandu kami kerana beliau sudah biasa ke Taman Alam, Kuala Selangor. Oleh itu tidak mungkin kami akan sesat dalam perjalanan ke sana.

Foto 2: Stesen petronas Sebelum tiba ke destinasi, kami menjamu selera dahulu untuk makan tengahari di restoran berdekatan kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Setelah selesai makan tanpa membuang masa kami terus ke chalet Taman Alam. Dua peserta yang menaiki kenderaan sendiri iaitu Bibi dan Zuriati sudah lama tiba dan menunggu kami. Sebelum kami mendaftar masuk ke chalet masing-masing kami semua berkumpul di pondok berdekatan untuk mendengar taklimat daripada pengarah program kami iaitu En. Hasmeer.

Foto 3: Para peserta selamat tiba di destinasi

Foto 4 : Lebih kurang pukul 3.30pm akhirnya kami tiba di pintu masuk Taman Alam Kuala Selangor.

Foto 5 : Hari Tanah Lembap Sedunia 2009 akan diadakan pada 18 Februari 2009. Nampaknya kami terlepas peluang untuk bersama-sama meraikan hari tersebut.

Foto 6 : Kedatangan kami disambut oleh pekerja di Taman Alam ini. Pekerja-pekerja di sini nampaknya sungguh kreatif dengan memanfaatkan alam semulajadi untuk membersihkan alam sekitar.

Foto 7 : Inilah chalet penginapan kami selama dua hari satu malam. Bayaran adalah sebanyak RM45 untuk satu chalet. Sangat berpatutan. Cuma di dalam chalet ini tiada plug tambahan serta TV kerana untuk memastikan kami menikmati sepenuhnya suasana seperti di dalam rimba.

AKTIVITI HARI PERTAMA MELAWAT KAWASAN PENGINAPAN Masa: 4.30pm ~ 5.00pm Setelah solat Zohor dan mengemas diri di chalet masing- masing kami berkumpul di hadapan kawasan penginapan. Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah melawat ke kaunter penerangan. Di dalam kaunter ini terdapat banyak poster dan gambar berkenaan tentang Taman Alam ini. Selain daripada itu kami juga menemui cenderamata dan surat penghargaan dari UKM dan juga universiti lain yang telah membuat lawatan di sini.

Foto 8 : inilah kaunter penerangan yang mana kami mendaftar masuk chalet dan juga terdapat pelbagai cenderamata dan poster mengenai Taman Alam.

Foto 9 :Terdapat pelbagai poster dan Maklumat mengenai Taman Alam di sini. Surat penghargaan dan juga cenderamata dari universiti lain juga ditampal di sini. yang mana kami mendaftar

Foto 10 : Ini adalah replika peta Taman Alam, Kuala Selangor.

Foto 11 : Kami menemui surat yang ditulis oleh Dr Arbaat kepada En Raj sebagai tanda penghargaan menerima dan melayan pelajar pada sesi lepas.

MENDAKI BUKIT MALAWATI Masa: 5.30pm ~ 6.30pm Ekplorasi seterusnya adalah ke Bukit Malawati yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat penginapan kami. Bukit Malawati adalah salah satu tempat kunjungan yang tidak boleh dilepaskan jika singgah di Taman Alam. Ini kerana di sini terdapat pelbagai spesis haiwan dan juga tinggalan sejarah yang menarik.

kami

Foto12: Di sinilah stesen di mana membeli tiket dan menaiki keretapi bukit untuk menuju ke Bukit Malawati. Harga tiket untuk seorang adalah RM 2.00.

Foto 13 : Para peserta kelihatan sangat gembira bersama pasangan masing-masing menaiki keretapi bukit. Nampaknya seperti tidak sabar-sabar Untuk melihat keindahan di Bukit Malawati.

Foto 14: Dari jauh kami dapat melihat rumah api Altingsburg. di puncak Bukit Malawati

Foto 17: Meriam Penggawa

Foto 16: Papan tanda penerangan Muzium Kuala Selangor. Kami tidak berkesempatan Untuk melawat kerana sudah tutup. 9

Foto 18: Meriam di kubu Malawati

Kedatangan kami apabila sampai di puncak Bukit Malawati disambut oleh puluhan ekor lotong atau dalam bahasa Inggeris spesis ini dipanggil Long Tail Silver Leaf. Anak lotong sangat berbeza dari segi rupa dan warna bulu berbanding lotong dewasa. Ia mempunyai warna bulu perang keemasan dan sentiasa didakap erat oleh ibunya. Apabila mencapai umur tertentu anak lotong ini sedikit demi sedikit akan berubah menyerupai ibunya. Lotong-lotong ini merupakan haiwan yang jinak. Ia sangat mesra dengan para pelawat dan pelancong yang datang. Para pelancong gemar memberi makan kepada lotong ini. Antara makanan yang diberi adalah kacang panjang yang dijual RM1.00 seikat. Di kalangan petani lotong merupakan musuh kepada tanaman namun di sini lotong menjadi daya tarikan bagi para pelancong.

Foto 19: Antara aksi-aksi menarik lotong yang terdapat di Bukit Malawati. 10

MELIHAT KELIP-KELIP DI KAMPONG KUANTAN Masa: 8.00pm ~ 9.00pm Selepas pulang daripada Bukit Malawati kami semua bersiap-siap mengemas diri dan solat Asar serta Maghrib. Tepat pukul 8.00 malam kami sudah bersedia untuk melakukan eksplorasi seterusnya iaitu ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip atau dalam bahasa inggerisnya ialah firefly.

yang

Foto 20: Dalam perjalan menuju Kampong Kuantan kami terserempak satu papan tanda yang menarik iaitu kami telah memasuki kampong Teluk Penyamunnampak seperti kampong yang menakutkan.

Foto 21: Setelah hampir 10 minit perjalan dari tempat penginapan akhirnya kami selamat tiba di destinasi Kelip-Kelip Kampong Kuantan. Terdapat banyak larangan yang perlu kami patuhi apabila berada di sini, antaranya ialah tidak mengambil gambar, membuat bising, menangkap kelip-kelip, menggunakan lampu suluh, membakar ubat nyamuk (lengkaran dan semburan) serta dilarang memancing. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kelip-kelip yang terdapat di sini terpelihara daripada ancaman.

11

Sebaik sahaja tiba di kelip-kelip kampong Kuantan, tanpa membuang masa kami membeli tiket untuk melihat kelip-kelip tersebut. Harga tiket ialah RM40.00 untuk satu sampan yang boleh dinaiki oleh empat orang penumpang tidak termasuk pendayung sampan. Mereka juga membekalkan kami dengan air mineral sebotol setiap orang. Sebelum menaiki sampan tersebut kami diperlukan untuk memakai jaket keselamatan untuk memastikan keselamatan terjamin dan untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.

Foto 22: Para peserta kelihatan sangat gembira untuk melihat kelip-kelip disamping beraksi dengan jaket masing-masing.

Untuk melihat kelip-kelip tersebut kami perlu menyusuri sepanjang sungai. Ini kerana di sepanjang sungai ini terdapat banyak pokok barembang. Daun pokok ini merupakan sumber makanan dan habitat bagi kelip-kelip. Sepanjang menyusuri sungai ini kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah yang tidak dapat kami bayangkan. Menunjukkan betapa besarnya anugerah ciptaan ALLAH.

12

menghasilkan

Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Serangga kelip-kelip yang dijumpai di Kuala Selangor adalah daripada spesis Pteroptyx Tener. Di daerah Kuala Selangor, kelip-kelip boleh dijumpai di dua kawasan. Iaitu di Kampong Kuantan dan Bukit Belimbing. Persamaan di antara pekan ini ialah, kedua-duanya terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. Jangka hidup kelipkelip di sini adalah lebih kurang 30 hari sahaja. Kelip-kelip sering hinggap pada pokok'Barembang' yang banyak terdapat di tebing Sungai Selangor. Ia adalah sejenis pokok bakau. Nama saintifik Barembang ialah Sonneratia caseolaris.

Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen. Yang istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Maka, tiada kehilangan haba yang berlaku. TAKLIMAT DARIPADA PENGURUS TAMAN ALAM Masa: 10.30pm ~ 11.30pm Sebaik sahaja balik daripada melihat kelip-kelip di Kampong Kuantan, kami menjamu selera dahulu untuk makan malam kerana sejak dari petang tadi kami belum menikmati apa-apa juadah istimewa yang terdapat di Kuala Selangor ini. Kami singgah di sebuah restoran yang berdekatan dengan Kampong Kuantan. Restoran ini menyediakan banyak pilihan makanan laut yang enak-enak belaka. Setelah selesai menjamu selera, kami semua begegas pulang ke tempat penginapan kerana kami telah berjanji untuk mendengar taklimat daripada pengurus Taman Alam Kuala Selangor iaitu Encik Nagarajan.

Foto 23: Encik Nagarajan memberikan taklimat dengan penuh semangat sekali menerangkan perkara yang berkaitan alam sekitar dan Taman Alam. 13

Foto 24: Para peserta tekun mendengar taklimat dan penerangan yang diberikan oleh Encik Nagarajan. Banyak maklumat yang disampaikan oleh Encik Nagarajan. Antara perkara yang disampaikan oleh Encik Nagarajan adalah mengenai paya bakau atau dalam bahasa Inggeris ialah mangrove yang terdapat di Taman Alam Kuala Selangor. Menurut Encik Raj Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis haiwan liar di taman ini. Pokok-pokok kayu bakau yang hidup subur disini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri disamping ketahanannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Hutan bakau penting bagi ekologi dan biodiversiti. Antaranya ialah untuk ekosistem pantai, daun-daunnya yang gugur (detritus) menyumbangkan nutrien pada hidupan laut seperti ikan belanak dan udang penaeid. Hutan bakau juga merupakan habitat untuk ikan-ikan kecil, ketam udang, moluska, ikan dan kerang-kerangan yang menjadi sumber pendapatan para nelayan. Kawasan paya bakau ini juga menjadi tempat penghijrahan pelbagai spesis burung. Di samping itu dugong, monyet, biawak dan juga binatang yang hampir pupus seperti harimau menjadikan hutan bakau sebagai tempat untuk mencari makanan. Hutan bakau memainkan peranan penting melindungi kawasan pantai daripada hakisan dan sebagai pemampan daripada ribut dan juga tsunami. Selain daripada itu hutan bukau bersama substrat selutnya mampu menyerap nitrogen dan fosforus dalam kuantiti yang besar. Secara tidak lansung kejadian eutrofikasi dan ombak merah sedikit sebanyak boleh dihindari. 14

Sebelum Encik Nagarajan mengakhiri taklimat yang diberikan beliau menasihatkan kami supaya sentiasa memelihara alam sekitar dan dapat mendidik para pelajar tentang betapa pentingnya flora dan fauna kepada manusia. Kerana tanpa hidupan alam, kita tidak akan dapat memiliki kehidupan yang sempurna. AKTIVITI HARI KEDUA TOUR WALKING GUIDED KE HUTAN PAYA BAKAU 15 Februari 2009 (Ahad) Masa: 8.00am ~ 12.30pm Tepat pada pukul lapan pagi selepas para peserta siap bersarapan. Kami semua memulakan aktiviti pertama pada hari ke dua iaitu dengan melakukan senaman ringan sebelum aktiviti jungle tracking di hutan paya bakau dimulakan. Setiap peserta sungguh seronok melakukan aktiviti ini kerana ia dapat memanaskan badan dan juga dapat menghirup udara yang segar.

Foto 25: Para peserta kelihatan bersungguh-sungguh melakukan senaman dengan diketuai oleh ketua pengarah kami, En zaid. Setelah selesai memanaskan badan kami pun bergerak berjalan kaki di laluan pejalan kaki menuju ke hutan paya bakau. Di sepanjang perjalanan merentasi hutan kami menemui pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan.

Foto 26: inilah laluan pejalan kaki yang kami lalui. 15

Foto 27: para peserta begitu khusyuk melihat pemandangan flora dan fauna serta memerhati tumbuh-tumbuhan yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dalam perjalanan kami menemui tasik yang sangat luas. Tasik tersebut sangat cantik dan kami di larang untuk melakukan aktiviti memancing, berenang dan lain-lain.

Foto 28: Tasik buatan manusia yang sangat indah dan permai Di dalam tasik ini kami terserempak dengan ketam nipah yang sangat besar begitu juga dengan ikan temakul atau dipanggil ikan belacak. Ia merupakan spesis yang biasa di temui di kawasan paya bakau.

Foto 29: Ketam nipah dan ikan belacak

16

Salah satu daripada aktiviti yang menarik di Taman Alam ini ialah meyaksikan pelbagai spesis burung dari dalam dan luar negara. Beberapa buah pondok khas dibina untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung yang berminat menyaksikan keriangan mergastua yang beterbangan bebas.

Foto 30: Inilah antara pondok khas yang di sediakan untuk meneropong burung-burung yang terdapat di sini.

Foto 31: Antara spesis burung yang terdapat di hutan bakau.

Selepas hampir sejam berjalan kami sampai ke kawasan hutan bakau di mana terdapat banyak pokok bakau yang terdapat di sini. Namun begitu di hujung perjalanan kami sungguh terperanjat kerana salah satu kawasan hutan bakau di sini telah diterokai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Apa yang kami dapat perhatikan banyak pohon bakau telah musnah. Seperti yang dimaklumkan oleh Encik Nagarajan, beliau telah membuat laporan tentang perkara ini kepada pihak atasan sehingga perkara ini keluar di TV3 sedikit masa lalu. Apa yang dapat dilihat di sini, pihak yang melakukan aktiviti yang dilarang tersebut dikenakan tindakan dengan melakukan penanaman semula pokok bakau.

Foto 32: Kawasan pohon bakau yang telah dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab 17

Foto 33: Inilah antara anak-anak pokok bakau yang ditanam Menurut Encik Nagarajan cara penanaman yang dilakukan oleh pihak tersebut tidak memungkinkan pokok bakau itu tumbuh kerana ia tidak di tanam secara semulajadi dan kawasan penanaman yang dilakukan adalah sangat panas. Ini menyebabkan penanaman semula pokok bakau adalah gagal dan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Foto 34: Ini adalah spesis pohon bakau yang tumbuh di Taman Alam Kuala Selangor

Setelah selesai melawat kawasan hutan bakau kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke tempat penginapan. Sebelum pulang kami sempat melalui jambatan gantung. Jambatan gantung ini menghubungkan kawasan ini ke satu lagi kawasan hutan bakau yang berdekatan dengan pantai.

18

Foto 35: Para peserta kelihatan gembira dalam perbincangan untuk menyiapkan tugasan untuk diserahkan kepada Dr Arbaat. Sebelum kami semua bersiap-siap untuk pulang. Kami telah melakukan sedikit perbicangan dalam pembahagian tugas untuk menyiapkan laporan eksplorasi kepada Dr Arbaat.

Foto 36: Sebelum pulang para peserta eksplorasi sempat bergambar di hadapan kedai cenderamata. Setelah semua perkara telah selesai kami mendaftar keluar dari tempat penginapan. Bagi peserta yang menaiki kenderaan sendiri mereka bertolak lebih awal dan ada juga yang ingin tinggal lebih lama kerana untuk bercuti di sini bersama keluarga. Manakala bagi yang menaiki kenderaan UKM perlu menuggu En Rafi yang tiba di Taman Alam lebih kurang pukul 12.30pm. Para peserta merasa puas melakukan eksplorasi ini dan akan menggunakan sepenuhnya ilmu-ilmu yang diperoleh untuk di sampaikan kepada para pelajar apabila pulang nanti.

19

20

Anda mungkin juga menyukai