Anda di halaman 1dari 2

1. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda sempena dengan Minggu Pengguna.

Tajuk syarahan yang anda pilih ialah Keburukan Penggunaan Kad Kredit . Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, para hakim yang bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan semua murid yang berada di sini. Saya ingin berterima kasih kepada semua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk keburukan Penggunaan Kad Kredit . Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan pembayaran. Pada ketika itu, hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Tetapi pada masa sekarang semua golongan memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit untuk kegunaan mereka. Di samping mereka menikmati kebaikan yang dibawa oleh kad kredit, mereka juga perlu menghadapi keburukan. Persoalannya, apakah keburukan penggunaan kad kredit? Para hadirin, Penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah kewangan kepada pemegang kad. Kemudahan kad kredit menggalakkan seseorang untuk berbelanja banyak. Pengguna akan berbelanja lebih daripada kemampuan mereka. Justeru, mereka tidak memikirkan kesan buruk apabila menggunakan kad kredit. Perbelanjaan yang bagai ikut hati mati, ikut rasa binasa menyebabkan mereka berhutang. Lama-kelamaan, pengguna kad kredit hidup di luar kemampuan. Mereka perlu memikirkan cara untuk melangsaikan hutang. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan kad kredit menyebabkan seseorang berhutang. Selain itu, penggunaan kad kredit juga mendorong pengguna kad kredit memupuk sikap materialistik. Mereka memohon beberapa kad kredit untuk memenuhi kepuasan hati mereka. Oleh sebab pemegang kad mempunyai peruntukan wang yang lebih banyak, mereka boleh membeli barangan berjenama. Mereka akan mementingkan kemewahan. Sebagai contoh, mereka membeli barangan berjenama seperti beg LV, jam tangan Devina dan sebagainya melalui kad kredit. Tujuan mereka adalah untuk berlagak di depan kawan mereka. Justeru, penggunaan kad kredit telah menggalakkan pengguna kad kredit memupuk sikap materialistik yang bagai api dalam sekam. Hadirin sekalian, Pengguna kad kredit yang berhutang perlu menghadapi kehidupan yang tertekan. Ramai pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit kerana hutang mereka semakin bertambah dari bulan ke bulan. Kadar faedah hutang kad kredit amat tinggi iaitu setinggi 18%. Sesetengah mereka hanya mampu membayar kadar faedah setiap bulan untuk mengelakkan hutang daripada terus bertambah. Apabila hutang tidak mampu dilunaskan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah dan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan. Tegasnya, kehidupan pemilik akan berasa tertekan dan bagai manis dahulu, pahit kemudian. Di samping itu, hubungan kekeluargaan akan terjejas akibat penggunaan kad kredit. Pemilik kad kredit akan sering mencuri duit kepunyaan ibu bapa untuk membayar hutang. Apabila perkara ini

berlaku, ibu bapa pemegang kad kredit akan kehilangan kepercayaan mereka terhadap anak mereka. Pergaduhan dan perselisihan juga akan timbul. Ibu bapa juga perlu menanggung hutang anak mereka yang telah muflis. Hal ini merupakan beban kepada ibu bapa yang telah tua dan uzur. Akhirnya, hubungan antara anggota keluarga semakin renggang. Perkara ini menunjukkan bahawa penggunaan kad kredit mengakibatkan hubungan kekeluargaan terjejas. Tuan-tuan dan puan-puan. Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak terkawal. Dengan memiliki kad kredit, kita cenderung berbelanja dan berboros tanpa kawalan. Misalnya, kita membeli barang mahal dan melancong ke luar negara. Sikap memboros dan tidak cermat ini akan menyemarakkan inflasi. Dewan Masyarakat terbitan Disember 2001 menyatakan berlaku peningkatan mendadak sehingga 500 peratus pemilikan kad kredit setakat suku pertama tahun 2000. Bank Negara menjelaskan setakat April 2009, rakyat Malaysia gagal membayar tunggakan hutang kad kredit sebanyak RM 22.4 bilion. Oleh itu, jelaslah bahawa inflasi berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dihadkan. Tuntasnya, semua pihak harus menggembleng tenaga dan sumber untuk memastikan setiap lapisan masyarakat menggunakan kad kredit dengan bijak agar mereka tidak mengalami impak negatif penggunaan kad kredit. Hakikat buruk ini harus dicerminkan oleh semua pihak kepada pemegang kad kredit. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Pemilik kad kredit harus bertindak dengan waras apabila menggunakan kad kredit. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai