Anda di halaman 1dari 3

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Teori Gelagat Pengguna dari Perspektif Islam Klasifikasi Barangan di dalam Ekonomi Islam

Di dalam Islam, barangan adalah kurniaan Allah s.w.t. yang melimpah ruah kepada manusia. Ada dua istilah penting di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang barangan ini iaitu al-Rizq dan al-Taiyyibat. a) a) Al-Rizq (Rezeki) Al-Rizq dan penjelasannya diulang sebanyak 120 kali di dalam Al-Quran. Di dalam terjemahan Al-Quran oleh Yusuf Ali, ekonomis Islam, al-rizq digunakan untuk melambangkan makna-makna berikut: santapan pemberian Tuhan, kurniaan Tuhan, pemberian Tuhan,dan hadiah dari syurga b) b) Al-Taiyyibat (Kebaikan) Al-Taiyyibat diulang 18 kali di dalam Al-Quran menurut terjemahan oleh Yusuf Ali. Beliau menggunakan lima kata-kata yang berbeza bagi menunjukkan nilai etika dan kerohanian barang-barang al-taiyyibat. Menurutnya, al-taiyyibat bermaknabarang baik, barang yang baik dan tulen, barang yang tulen dan bersih, barang yang baik dan berkhasiat, dan santapan yang terbaik. Dua kategori barangan di atas boleh diperluaskan maknanya berdasarkan hieraki keperluan. Hieraki keperluan bermaksud yang mana satu yang lebih penting, kurang penting, dan sangat kurang penting di dalam kehidupan seharian. Terdapat 4 jenis barangan pengguna mengikut hieraki keperluan iaitu: i) i) Dharuriyah Ini adalah barangan yang memenuhi keperluan asas manusia. Kadangkala dirujuk sebagai barangan pembangunan dan ianya termasuklah keperluan asas kepada makanan, pakaian, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan, barangan atau perkhidmatan yang memberi perlindungan kepada harta dan agama. ii) ii) Hajiyah Ini adalah barangan yang menambahbaik kualiti kehidupan manusia, menjadikannya lebih selesa dan mudah/senang. Walau bagaimanapun, tanpa barangan ini kehidupan masih boleh diteruskan tetapi menghadapi sedikit kesusahan dan ketidakselesaan. iii) iii) Kamaliah Ini adalah barangan mewah yang menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan lebih bermakna, lebih sempurna. Contohnya memiliki rumah banglo besar dengan kereta mewah yang mahal dan kolam renang

dsb., di dalam Islam boleh digunakan selagi ia tidak melibatkan sesuatu yang boleh merosakkan manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Araf ayat 32: Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
Semester Ogos 2006/2007

11
DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

iv) iv) Tarafiah Ini adalah barangan atau perkhidmatan yang dilarang di dalam Islam kerana barangan dan perkhidmatan ini merosakkan manusia. Firman Allah di dalam surah Al-Maida ayat 90: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Objektif Akhir Ekonomi seorang Muslim

Kepuasan kerohanian adalah lebih penting daripada kepuasan material. Manusia akan benar-benar bahagia dan gembira secara material dan rohani jika mereka menuruti peraturan dan undang-undang penggunaan Islam. Sebaliknya mereka akan dihukum jika menggunakan barangan atau perkhidmatan yang salah.
Anas Zarqas Model

Model ini mencari penjelasan bagaimana seorang pengguna Muslim menggambarkan tingkat kepuasannya, utility atau ganjaran yang berbeza-beza di akhirat daripada satu kombinasi barangan atau perkhidmatan yang dia menggunakan di dunia ini. Anas Zarqa menggunakan analisi Keluk Puas Sama bagi menerangkan situasi ini. Sila salin graf di dalam kuliah. Model ini bermula dengan mengklasifikasikan barangan dan perkhidmatan kepada 4 jenis barangan yang disebutkan tadi. LC 1 titik permulaan penggunaan seorang Muslim. Ini adalah penggunaan minimum yang mesti ada bagi meneruskan kehidupan. Sesiapapun tidak boleh hidup jika dia menggunakan kurang daripada C1 barangan ini. Barangan Tarafiyat adalah dilarang. Dengan sebab itu ianya tidak boleh digunakan atau dibeli. Disini, titik penggunaan maksimum barangan dan perkhidmatan oleh pengguna Muslim adalah C7.

Paksi-Y menunjukkan beberapa tingkat utility dalam bentuk ganjaran dan hukuman yang akan diterima kemudian hari sebagai keputusan penggunaan manusia di dunia ini. Manusia mungkin memperolehi kosong ganjaran, ganjaran yang besar dan ganjaran yang sangat besar atau hukuman seperti ditunjukkan titik-titik R0, R1, R2, R3. Tingkat penggunaan yang manakah yang akan dipilih dan apakah ganjaran daripada penggunaan tersebut? Pemilihan tingkat penggunaan bergantung kepada pendapatan, takdir dan kepercayaan di dalam Islam. Apakah ganjaran atau hukuman yang diterima bergantung kepada penggunaan yang mana menjadi perhatiannya dan sumber pendapatannya sama ada halal atau haram. Jika pendapatannya rendah, dia akan membelanjakan pendapatannya hanya kepada barangan dharuriyah dan hajiyah seperti yang ditunjukkan oleh titik C1, C 2 dan C3.
Semester Ogos 2006/2007

12
DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Jika kaya, dia boleh membeli barangan kamaliyah. Sebagai seorang Muslim yang patuh/taat, dia akan cuba meminimumkan penggunaan barangan ini ke titik C5 walaupun dia mampu memaksimumkan hingga ke titik C 7. Besederhana di dalam penggunaan sangat digalakkan di dalam Al-Quran, antara firman Allah: Surah Al-Furqan ayat 67 Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Kenyataan bahawa seorang Muslim perlu membelanjakan sebahagian hartanya untuk orang lain, surah Al-Baqarah ayat 215: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Kutukan Allah terhadap orang-orang kaya yang tidak memberi kepada orang miskin, susah dalam surah Yasin ayat 47: Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang- orang yang beriman (secara mengejekejek): Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.
Semester Ogos 2006/2007

13