Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pada Ahad yang lalu iaitu 7.8.

2011, saya telah menjalankan Bina Insan Guru ( BIG) besama sama dengan rakan sekelas iaitu kelas BC K2. Kali ini kelas kami telah memilih untuk Megah. Kami berkumpul di balsis tepat pada pukul 8 pagi. Setiausha BIG iaitu Khoo Cheong Yu mengambil kedatangan pelajar, Pengerusi BIG juga memberikan taklimat dan menyatakan peraturan peraturan yang perlu dipatuhi semasa menjalankan aktiviti kitar semula. Kemudian, kami beratur dan berjalan ke Taman Megah. Kami mengambil sarapan di kedai makanan terlebih dahulu. Tepat pada pukul 9 pagi, kami tiba di stesen kitar semula.Kami beratur dan mendengar taklimat daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas aktiviti kitar semula. Beliau telah menerangkan konsep kitar semula, cara stesen kitar semula ini berfungsi kepada kami. Dengan penerangan daripada beliau, saya lebih memahami tentang konsep kitar semula. Selepas itu,Kami dibahagikan kepada 9 kumpulan.Saya dan rakan sekelas saya iaitu Wong Zi Ling merupakan kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengutip tin- tin besi, barang barang besi. Sementara menunggu kedatangan lori yang dating menghantar barang barang yang hendak dikitar semula, beberapa rakan membantu untuk mengantungkan poster kitar semula bagi tujuan ditayangkan kepada masyarakat setempat supaya mereka mengetahui kewujudan stesen kitar semula ini. Tidak lama kemudian, lori yang membawa barang barang yang hendak dikitar semula telah sampai. Kami membantu mengangkat bungkusan bungkusan yang terdapat dalam lori tersebut. Kami mengambil keluar semua barang barang di dalam bungkusan dan mula membezakan dan menjalankan aktiviti kitar semula di Taman

membahagikan barang barang kepada kategori kategori yang berlainan. Kumpulan saya bertanggungkjawab untuk mengambil tin tin besi seperti tin makanan sardin, tin susu pekat, tin biskut , besi dan sebagainya. Sepanjang

proses ini, kami salling membantu antara satu sama lain membahagikan barang barang yang hendak dikitar semula.Kami menamatkan aktiviti kitar semula ini pada pukul petang. Kali ini merupakan kali pertama saya menyertai aktiviti kitar semula seperti ini. Penyertaan aktiviti kali ini banyak memberi manfaat kepada saya dan secara tidak langsung pengetahuan saya tentang kitar semula bertambah. Dengan penyertaan secara langsung dalam aktiviti ini, saya mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula.Saya lebih memahami bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar. Aktiviti ini juga meningkatkan kesedaran ke atas kepentingan kitar semula Konsep kitar semula perlulah diamalkan selangkah demi selangkah untuk memelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat tanggungjawab semua rakyat. Melalui aktiviti ini, saya juga menyedari betapa pentingnya semangat kerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Kami membantu satu sama lain dalam proses mengklasifikasi barang barang kitar semula. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, aktiviti kitar semula dapat berjalan dengan lancar dan Berjaya. Di samping itu, saya berasa amat kagum terhadap pihak berkuasa berusaha dengan gigih untuk mengerakkan aktiviti kitar semula dan saya berharap dapat menyertai aktiviti yang bermakna seperti ini pada masa akan datang

Anda mungkin juga menyukai