Anda di halaman 1dari 22

AKTIVITI KELAS (LAKONAN) Mata pelajaran Tingkatan Tajuk Bidang : Bahasa Malaysia : Empat : Prosa Tradisional Peminangan Puteri

i Gunung Ledang Bidang Interpersonal Bidang Maklumat Bidang Estetika

Masa Hasil Pembelajaran

: 80 minit : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; mendengar dan menghayati audio CD prosa tradisional Peminangan Puteri Gunung Ledang mengenal pasti watak-watak dalam prosa tersebut melakonkan watak-watak yang terdapat dalam prosa tersebut merasionalkan tindakan yang diambil meramalkan peristiwa yang akan berlaku

Aktiviti Guru Sebelum sesi: Berbincang dengan murid sinopsis prosa tersebut Berbincang secara keseluruhan watak dan perwatakan dalam prosa tersebut Menyediakan audio CD Asmara Dana Menyediakan kad tugasan Menyediakan kertas warna,

Aktiviti Murid

Kemahiran Murid

Sumber

Murid telah memahami sinopsis prosa tersebut Merujuk buku teks

Kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca dan memaham. Kemahiran menulis Meramal masa depan.

Buku teks Akhbar dan majalah Internet CD dari KPM Audio CD

Aktiviti Guru gunting,gam dan surat khabar Semasa sesi: Memperdenga r muzik latar filem Puteri Gunung Ledang dimainkan Lagu Asmara Dana oleh Tiara Jaquelina Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan

Aktiviti Murid

Kemahiran Murid

Sumber

Murid mendengar lagu tersebut

Kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran membaca Kemahiran masa depan Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari Internet CD dari KPM LCD Audio CD

Membincangka n kad tugasan yang diberi secara berkumpulan


Mencatat untuk persembahan prop atau bahan yang diperlukan untuk persembahan

Guru mengedar kad tugasan kepada setiap kumpulan dan melantik ketua untuk melaksanakan aktiviti main peranan sebagai fasilitator
Selepas sesi:

Guru merumuskan.
Bersoal jawab Insentif kepada kumpulan yang menarik persembahannya.

Berbincang

Kemahiran lisan Kemahiran membaca dan memaham

Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari Internet CD dari KPM Audio CD

Lampiran KAD TUGASAN KUMPULAN

Kad Tugasan Kumpulan 1 Anda diminta menyediakan dialog Sultan Melaka menitahkan Tun Mamat meminang Puteri Gunung Ledang. Kumpulan anda diminta menghayati dan melakonkan dialog tersebut.

Kad Tugasan Kumpulan 2 Anda diminta menyediakan dialog Tun Mamat dengan Nenek Kebayan. Kumpulan anda diminta menghayati dan melakonkan dialog tersebut.

Kad Tugasan Kumpulan 3 Anda diminta menyediakan dialog antara Bunga Melati dan Bunga Melur yang menyindir hajat Lampiran Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang. Kumpulan anda diminta menghayati dan melakonkan dialog tersebut.

Lampiran

Kad Tugasan Kumpulan 4 Anda diminta menyediakan monolog konflik dalaman Puteri Gunung Ledang ketika memikirkan cara menolak lamaran Sultan Melaka. Kumpulan anda diminta menyediakan monolog tersebut.

Kad Tugasan Kumpulan 5 Kumpulan anda diminta merasionalkan syaratsyarat peminangan yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka.

Kad Tugasan Kumpulan 6 Kumpulan anda diminta meramalkan tindakan Sultan Melaka setelah mendengar syarat peminangan Puteri Gunung Ledang.

AKTIVITI PASCA (KARYA KREATIF) Mata pelajaran Tingkatan Tajuk Bidang : Bahasa Malaysia : Empat : Prosa Tradisional PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG Bidang Interpersonal Bidang Maklumat Bidang Estetika

Masa Hasil Pembelajaran

: 2 hari : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; Menghasilkan karya kreatif seperti pantun, syair, sajak, gurindam dan seloka Aktiviti Murid Kemahiran Murid Sumber

Aktiviti Guru Sebelum sesi:

Menjelaskan semula ciri-ciri pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak .


Membantu murid dalam menghasilkan karya kreatif.

Murid telah memahami sinopsis prosa tersebut

Kemahiran lisan. Kemahiran membaca dan memaham. Kemahiran menulis. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari internet CD dari KPM

Merujuk buku teks

Guru membahagikan kumpulan.

Memahami ciri-ciri puisi moden dan puisi tradisional

Semasa sesi: Memberi tempoh yang sesuai untuk menyiapkan tugasan ( 2 hari).

Secara berkumpulan menghasilkan karya kreatif


Pembentanga n

Kemahiran lisan. Kemahiran membaca & memahami. Kemahiran menulis.

Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari Internet CD dari KPM

Aktiviti Guru Selepas sesi:

Aktiviti Murid

Kemahiran Murid

Sumber

Rumusan: Mempamerkan hasil karya kratif dalam kelas

Ditulis dalam buku latihan

Kemahiran lisan Kemahiran membaca dan memaham Kemahiran menulis

Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari Internet CD dari KPM

Lampiran CONTOH PANTUN PUTERI GUNUNG LEDANG

Tanjung Puteri indah berseri, Suasana petang meruntun perasaan; Gunung didaki, lurah dituruni, Namun Sang Puteri tidak kelihatan.

CONTOH GURINDAM PUTERI GUNUNG LEDANG

Tujuh dulang hati kuman, Itulah impian puteri idaman. Tujuh dulang hati nyamuk, Rakyat jelata berhati remuk. Jambatan emas jambatan perak, Sindiran puteri terpahat pasak.

Lampiran CONTOH SYAIR PUTERI GUNUNG LEDANG

Tersebutlah kisah seorang puteri, Wajahnya cantik tidak terperi ; Tutur katanya menawan hati, Namanya mahsyur seluruh negeri. Sultan Mahmud berhati gundah, CONTOH SAJAK PUTERI GUNUNG LEDANG Segala dibuat menjadi susah; Seisi istana resah gelisah, Tun Mamat segera diperintah.

Puteri Gunung Ledang Lambang cinta agung dahulukala CONTOH SAJAK Mencabar jiwa raga PUTERI GUNUNG LEDANG Sultan sanjungan negeri Melaka Tujuh dulang hati nyamuk Tujuh dulang hati kuman Setempayan air mata Setempayan air pinang muda Emas perak..... Untuk kita kutip Segala pengalaman Negeri Melaka Jadikan bekalan Menatang masa depan. Lapan syarat mustahil bunyinya Digalas rakyat jelata Kecil besar tua muda Tanda setia kepada raja Nah, bangsaku! Agungnya cinta Setianya rakyat jelata Menggamit minda mencabar akal di kepala.

Lampiran

Lampiran CONTOH Perbandingan Watak antara Puteri Moden dengan Puteri Gunung Ledang

Tuanku Zara
1. Pendidikan Mempunyai Ijazah kelas pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995 dari Universiti Nottingham, England Menyertai Jabatan Penilaian Perniagaan di Unit Perancang Korporat Petronas pada Disember 1995 Naib Presiden Partnerships & Alliances di Formis (Malaysia) Berhad, syarikat berasaskan teknologi yang disenaraikan di Bursa Malaysia, antara 2003 dan 2005 Antara 2005 dan 2007, menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, syarikat pembangunan perisian dan kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur Mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak. Februari 1999 hingga Oktober 2000, Zara memegang jawatan Pengurus produk di Petlin (Malaysia) Sdn Bhd 2. Kecantikan Rupa paras yang cantik. Berdarah keturunan campuran Inggeris di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya. Mempunyai wajah Pan-Asia

Puteri Gunung Ledang


Mempunyai ilmu sakti atau ghaib yang tidak ada pada puteri zaman sekarang, contohnya dapat menukar wajahnya yang cantik kepada rupa orang tua Mahir dalam illmu batin dan handal dalam pencak silat Kekuatan intelek dan spiritual

Rupa paras yang cantik dan

menawan. Gambaran sebagaimana puteri Melayu dahulu yang mempunyai kecantikan semula jadi seperti matanya bulat bak bintang kejora, bibirnya pula bak delima merekah dan hidungnya mancung bak seludang mayang

3. Peranannya di istana Puteri zaman moden peranannya sebagai isteri yang lebih kepada membantu sultan atau raja dalam pemerintahan. Pembuat Keputusan di tangan suaminya sebagai seorang raja

Puteri zaman dahulu berperanan

sebagai pembuat keputusan seperti Puteri Gunung Ledang. Bahkan ada diantara puteri di raja yang turut berperang mempertahankan negara daripada serangan musuh

AKTIVITI PROJEK (PORTFOLIO PEMINANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA) Mata pelajaran Tingkatan Tajuk Bidang : Bahasa Malaysia : Empat : Prosa Tradisional Peminangan Puteri Gunung Ledang Bidang Interpersonal Bidang Maklumat Bidang Estetika

Masa Hasil Pembelajaran

: 2 minggu : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat; mencari maklumat melalui internet dan media lain untuk menghasilkan satu portfolio projek yang berkaitan dengan adat peminangan pelbagai kaum masyarakat Malaysia sepeti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain

Aktiviti Guru Sebelum sesi: Membantu murid untuk mendapatkan web.site yang diperlukan Meminta murid menghasilkan satu portfolio atau projek URL: www.heritage. gov.my Malaysian a.pnm.my Semasa sesi:

Aktiviti Murid

Kemahiran Murid

Sumber

Mendapat bahan-bahan daripada internet ataupun media lain Bekerjasama dalam kumpulan

Kemahiran lisan. Kemahiran membaca dan memaham Kemahiran menulis Kemahiran Banding beza Kemahiran berfikir

Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari Internet CD dari KPM

Aktiviti Guru Guru menilai projek tersebut

Aktiviti Murid Menyediakan projek yang dihantar kepada guru untuk dinilai

Kemahiran Murid

Sumber Buku teks Akhbar dan majalah Bahan dari Internet CD dari KPM

Selepas sesi:

Kemahiran membaca dan memaham. Kemahiran menulis Kemahiran banding beza. Kemahiran berfikir

Mempamerka n projek dalam kelas atau di sudut bacaan

Mengemel bahan-bahan projek tersebut kepada rakanrakan di dalam kelas

Kemahiran menulis Kemahiran ICT

Buku teks Akhbar dan majalah Internet CD dari KPM

Lampiran Perkahwinan Masyarakat Murut, Sabah Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi siteruna dan 13 tahun bagi sigadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis tilauan?; 1 tajau jenis minukul?; 1 tajau jenis belaying?, 1 tajau jenis manila?; 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankan selama lima hari berturutturut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan. Malaysia, Malaysian wedding, Murut, Sabah Perkahwinan Masyarakat Iban,Sarawak Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan dipakaikan dengan pakaian yang indah dan pelbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat yang tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat yang tidak baik. Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padi kerana ibu mentuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga hari mereka akan tinggal di rumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga. Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api. Iban, Malaysia, Malaysian wedding, Sarawak Perkahwinan Masyarakat Orang Asli Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti istiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/ mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh kaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba. Malaysia, Malaysian wedding, Orang Asli

Lampiran Perkahwinan Masyarakat Cina Peranakan Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil Nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat masyarakat Cina Peranakan hampir serupa dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu, contohnya tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja. Perkahwinan Masyarakat India Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pedanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan di atasnya. Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Perkahwinan Masyarakat Portugis (Serani) Pada zaman dahulu perkahwinan orang Portugis diadakan pada hari Selasa. Pada hari tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan large Noiba?. Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja. Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima kasih. Adat ini dinamakan noiba missa I gereja?.

Lampiran Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.a Merisik Atau Meninjau Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibu bapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui sama ada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan. Upacara Peminangan Meminang sigadis hanya dilakukan apabila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh ketua kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat. Upacara Menghantar Tanda Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda. Biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. Hantaran Belanja Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh ketua kampong atau ketua syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buahbuah atau lain-lain.

Lampiran Menjemput Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan. Upacara Nikah Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri. Berinai Besar Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki. Hari Persandingan Pada hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya belum dihantar terlebih dahulu.

Lampiran Jemput Menantu Majlis jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

Lampiran Adat Resam Masyarakat Melayu Pengenalan Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Merisik Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang sigadis berkaitan kemahiran rumah tangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak sigadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki, antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Cincin belah rotan Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudaramara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.

Lampiran Adat Resam Masyarakat Melanau Pengenalan Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk "Tanda tunang" dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti "Adat Menuga", "Adet Mebin" dan "Pakan" juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Merisik Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan 'sama gara'. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai 'sida adat'. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya. Meminang Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

Lampiran Adat Resam Masyarakat Bidayuh Pengenalan Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota sesebuah "Biik" atau "Ramin" dan menikmati hak sebagai anggota "Biik" atau "Ramin" itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap "Inses", perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tensebut.Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk mereka dengan keturunan bekas musuh mereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin. Pihak lelaki dibenarkan menemui perempuan yang disukainya di rumah perempuan secara sulit pada waktu malam selagi perempuan itu membenarkannya. Tetapi pihak perempuan juga inginkan kesungguhan daripada pihak lelaki yang mengunjunginya. Merisik Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi. Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan yang terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Dalam kumpulan BukarSadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum. Meminang Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Anda mungkin juga menyukai