Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA: EKSPLORASI RIMBA PEMIMPIN MUDA

MONDAY, 07 DECEMBER 2009 17:36

PENDAHULUAN: Gabungan Generasi Melayu Terengganu bercadang untuk mengadakan Eksplorasi Rimba Pemimpin Muda untuk meningkatkan kemahiran, kecergasan fizikal dan ketahanan mental ahli-ahli didalam meneruskan cabaran di alaf baru ini. Program yang dirancang ini adalah berbentuk outdoor supaya semua peserta dapat melibatkan diri berinteraksi dan berkomunikasi antara ahli dengan lebih berkesan. Aktiviti pembangunan sahsiah diri di beri penekanan supaya dapat mewujudkan ahli yang berilmu, beriman dan bertaqwa seterusnya terhindar daripada perlakuan negatif. OBJEKTIF: Melahirkan pemimpin muda yang berilmu, beriman dan bertaqwa melalui pembangunan sahsiah diri yang kental. Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin dan bersedia. Menyediakan asas kemahiran dan akal pemikiran yang matang sebagai persediaan memasuki alam dewasa. Memberi peluang dengan mengalakkan golongan rakan muda berinteraksi kearah pemupukan semangat kerjasama dan penerapan nilai-nilai murni. TARIKH: 09 hingga 11 Julai 2009 TEMPAT: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. PENGANJURAN: Gabungan Generasi Melayu Terengganu Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia KUMPULAN SASAR: 60 pemimpin muda seluruh negeri PENGISIAN: Pengisian bagi program ini taklimat, suaikenal, ceramah, kuliah agama/taklimat tazkirah, latihan dalam kumpulan, latihamal, riadah, kembara, survival dan lain-lain mengikut kesesuaian. ATURCARA PROGRAM: Hari Pertama: Jam 9.00 pagi Bertolak ke Pengkalan Gawi Tiba dan Taklimat Pembangunan Tasik Kenyir Makan Tengahari / Solat Zohor Jam 2.00 petang Bertolak ke Santuari Kelah Jam 5.00 petang

Kraf Perkhemahan (Tapak Perkhemahan Gua Bewah) Jam 7.00 petang Persiapan Diri / Makan Malam Solat Maghrib / Bacaan Yasin / Tahlil / Zikir Munajat / Solat Isyak Jam 9.00 malam Aktiviti Eksplorasi Minda 1 Jam 10.30 malam Minum Malam / Rehat Hari Kedua: Jam 5.00 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Renungan Subuh Belia Cergas Sarapan Pagi Jam 9.00 pagi Rekreasi Gua Bewah Jam 1.00 tengahari Makan Tengahari Solat Zohor Jam 3.00 petang Rekreasi Gua Taat Jam 7.00 malam Persiapan Diri / Makan Malam Solat Maghrib / Bacaan Yasin / Tahlil / Zikir Munajat Jam 9.00 malam Aktiviti Eksplorasi Minda II Jam 10.30 malam Minum Malam / Rehat Hari Ketiga: Jam 6.00 pagi Persiapan Diri / Solat Subuh Berjemaah Renungan Subuh Belia Cergas Sarapan Pagi Jam 9.00 pagi Konservasi Alam

Bertolak ke Taman Herba Air Terjun Saok Jam 2.00 petang Bertolak ke Pengkalan Gawi Jam 4.00 petang Majlis Penutup & Penyampaian Sijil oleh Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Terengganu - Peserta Mengambil Tempat - Ketibaan Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu - Bacaan Doa - Ucapan Ketua Peserta - Ucapan Oleh Pengerusi Penganjur - Ucapan Dan Perasmian Oleh Y.Bhg. Tuan Pengarah Belia & Sukan NegeriTerengganu - Pengumuman Peserta Terbaik & Kumpulan Terbaik - Penyampaian Hadiah - Penyampaian Sijil - Penyampaian Cenderahati - Sesi Bergambar - Minum Petang - Berselawat Balik ke Kuala Terengganu / bersurai ANGGARAN PERBELANJAAN: Makan Minum @ RM30.00 x 60 x 2 hari - RM3,600.00 Pengangkutan Peserta (Bas) @ RM1,000.00 x 2 buah x 2 trip - RM4,000.00 Pengangkutan (Bot) @ RM2,500.00 x 3 buah - RM7,500.00 Peralatan Perkhemahan - RM1,000.00 Honororium Fasilitator @ RM100.00 x 12 jam - RM1,200.00 Insuran Kelompok @ RM10.00 x 60 orang - RM600.00 Kain Rentang @ RM150.00 x 2 helai - RM300.00 Saguhati Urusetia / Jurulatih @ RM200.00 x 10 orang - RM 2,000.00 Perbelanjaan Runcit - RM500.00 Jumlah Besar - RM20,700.00 MAJLIS PENUTUP: Dicadangkan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Pengarah Belia & Sukan Negeri Terengganu. PENUTUP: Pembelajaran yang berterusan adalah aset terpenting yang harus diberi kepada mereka agar dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kecergasan mental serta ketahanan fizikal didalam menempuh pelbagai rintangan sebagai persediaan kearah pemantapan diri. Pemimpin pelapis persatuan yang beriman, berilmu dan bertaqwa perlu diwujudkan untuk kesinambungan kepimpinan akan datang yang benar-benar ikhlas, jujur dan amanah. Insya Allah.

Sekian

Presiden Gabungan Generasi Melayu Terengganu