DISEDIAKAN OLEH : NUR IZZATI BT RADZI NURUL AIN BT ZAHAR NUR ATIQAH BT NASRUDIN SITY NURUL EZZMA BT EZANI NURLIYANA BT MOHAMAD MAIDIN NUR IYLIA AMALINA BT ZAINUDDIN PISMP 4C AMBILAN JANUARI
PENGENALAN
Perkhemahan Kepanduan dikendalikan oleh Pemimpin Berwaran yang mempunyai kelayakan perkhemahan. Pemimpin Berwaran yang sedang berusaha memperoleh kelayakan perkhemahan boleh membawa ahli-ahlinya berkhemah dengan bantuan Jurulatih atau pemegang Lesen Perkhemahan
PERMIT PERKHEMAHAN
KELAYAKAN PERKHEMAHAN
LESEN PERKHEMAHAN
PERMIT PERKHEMAHAN
Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah 2 tahun sahaja. Pemimpin boleh mendapatkan Permit Perkhemahan dengan mengadakan : satu perkhemahan ujian selama 3 hari 2 malam, disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Sisiwi @ Pandu Puteri Dewasa @ Renjer Puteri. Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan.
PERMIT CUTI PEK Permit Cuti Pek membolehkan Pemimpin mengadakan atau menghadiri acara Cuti Pek bersama-sama ahli Pandu Puteri Tunas dalam pasukannya. Pemimpin boleh mendapatkan Permit Cuti Pek dengan mengadakan : acara Cuti Pek Ujian selama 3 hari 2 malam, yang disertai oleh 36 ahli Pandu Puteri Tunas. Cuti Pek Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.
LESEN PERKHEMAHAN
Lesen Perkhemahan memboleh Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, atau Pandu Puteri Dewasa yang dipimpinnya serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antrabangsa. Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan : Perkhemahan Ujian selama 3 hari 2 malam yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri. Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.
Mendirikan khemah sebagai kediaman sementara sama ada semalam atau beberapa malam untuk sekumpulan ahli pandu puteri .
Ketika berada di kediaman sementara ini, semua ahli akan berkongsi setiap aktiviti yang dilaksanakan seperti mendirikan khemah, memasak, menyalakan api, riadah, dan menyediakan gajet.
Berkhemah memerlukan kemahiran tertentu seperti memilih tempat, cara mendirikan khemah, menyesuaikan perkhemahan dengan keadaan cuaca dan mengatur aktiviti yang bersesuaian.
Menerusi aktiviti perkhemahan, ahli akan dapat melatih diri mengamalkan sikap bekerjasama dan berdikari.
SEBELUM KEBENARAN PJ Daerah yPJ Perkhemahan Negeri yPJ Negeri yPJ Perkhemahan Kebangsaan
SEMASA: KEM