Anda di halaman 1dari 23

PROSES ISLAMISASI DI MALAYSIA

Sejarah & Perkembangannya

DEFINISI

PENGERTIAN ISLAMISASI- Kamus Dewan Edisi Keempat Usaha (proses dan sebagainya) menjadikan patuh kepada, sejajar dengan, atau sesuai dengan ajaran (ciri-ciri dan sebagainya) agama Islam. Perihal mengislamkan, pengislaman.

SEJARAH KERAJAAN ISLAM DI TANAH MELAYU


KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Masyarakat Islam di tanah Melayu lahir di pusat-pusat perdagangan di pesisir Pantai Timur dan juga Pantai Barat Tanah Melayu. Lahirnya perkampungan Islam Penyebaran lebih mudah berlaku apabila orang yang berpengaruh di satu-satu daerah itu memeluk Islam.

KERAJAAN ISLAM KELANTAN Dianggap sebagai kerajaan Islam pertama di Tanah Melayu Dibuktikan dengan jumpaan dinar emas bertulis Al-Mutawakkil dan juga Al-Julus Kelantan bertarikh 577 H bersamaan 1161 Masihi. Berkemungkinan besar kerajaan ini telah wujud lebih awal daripada tahun 1161 M. Dalam buku Pelayaran Ibnu Batuttah, beliau ada menyebut bahawa beliau singgah ke satu daerah di Kelantan pada 1279 M yang bernama Kilu Krai ( Kuala Krai ). Pada waktu itu, seorang raja islam ( Urduja ) memerintah Kelantan. Beliau rupawan yang gagah dan pandai berutur bahasa Turki. Menurut buku Detik-detik Dejarah Kelantan, kerajaan ini bertahan sehinggalah Kerajaan Islam Melaka di bawah pemerintah Sultan Mahmud Syah menakluki Kelantan pada 1477

KERAJAAN ISLAM TERENGGANU Wujud pada tahun 702 Hijrah bersamaan 1302 Masihi. Dibuktikan dengan jumpaan Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang pada tahun 1899. Batu bersurat ini telah ditulis pada 4 permukaan dengan Bahasa Melayu Lama bertulisan Jawi.Mengandungi hukum syarak yang wajib dipatuhi oleh rakyat. Antaranya : Wajib atas Muslimin patuh kepada undang-undang Allah Hukum zina Syarat am berhubung dengan mengingkari membayar hutang Batu Bersurat ini telah menjadi bukti yang sangat jelas tentang pengislaman penduduk satu daerah di Tanah Melayu pada abad ke 14

KERAJAAN ISLAM MELAKA Dalam Sejarah Melayu, pengislaman Parameswara berlaku apabila baginda bermimpi didatangi Rasulullah dan diajar mengucap kalimah syahadah Kemudian, satu rombongan dari Jeddah diketuai oleh Saiyid Abdul Aziz telah datang ke Melaka dan telah mengislamkan Parameswara berserta pembesar-pembesar negeri yang lain. Berikutan itu, baginda telah menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah pada tahun 1414. Penyebaran Islam telah berlaku ke seluruh pelosok Tanah Melayu kerana negeri-negeri di Tanah Melayu berada di bawah jajahan takluk negeri Melaka.

PENYEBARAN ISLAM KE NEGERI-NEGERI LAIN Kerajaan Melayu Melaka telah berjaya meluaskan empayarnya sehingga ke nusantara. Negeri-negeri di Tanah Melayu telah menjadi negeri naungan Melaka dan melalui cara ini, agama islam telah berjaya disebarkan dengan pantas. Setelah agama Islam diamalkan, keluarga diraja dan juga bangsawan telah menukar nama mereka. Hal ini kemudiannya diikuti oleh rakyat jelata. Maharaja Derbar Raja II >> Sultan Muzaffar Syah Puteri Wanang Seri >> Puteri Lela Wangsa Cau Seri Bangsa >> Sultan Ahmad Syah Seri Agar Raja >> Tun Mahmud

PERKEMBANGAN ISLAM SEBELUM KEMERDEKAAN


PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS KEJATUHAN MELAKA Selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, agama Islam bergerak secara perlahan di Tanah Melayu selama 400 tahun. Antara usaha yang dilakukan untuk memastikan agama islam masih menjadi pegangan ialah: Mengadakan pelajaran membaca Al-Quran di rumah-rumah untuk anak-anak kecil Mendirikan sekolah-sekolah agama rakyat di peringkat rendah dan menengah Mendirikan persatuan-persatuan Islam yang memberi maklumat mengenai ajaran Islam kepada Muslimin

Mendirikan Majis-Majlis Agama di tiap-tiap negeri seperti yang dipersetujui dengan penjajah Memberikan panduan agama pada khutubah-khutubah Jumaat Mendirikan masjid-masjid dan surau-surau di setiap kampung. Mengadakan keramaian seperti Hari Isra Mikraj, Hari Keputeraan Rasulullah, Malam Nuzul Quran dan bermacam-macam lagi

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA Bangunan-bangunan yang baik didirikan dan ada diantara sekolahsekolah agama yang diakui ole Universiti Al-Azhar di Mesir supaya para pelajarnya dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir Antara sekolah yang diakui ialah ialah: Al-Makhad Al-Muhammadi di Kelantan Madrasah Al Sultan Zainal Abidin di Terengganu Kuliah Allughah Waddin di Pahang Mahad Johor Kolej Islam di Selangor (1955)

Antara matapelajaran yang ditawarkan ialah Tafsir, Hadis, Feqah, Akida Islamiah dan lain-lain

GERAKAN ISLAM MENENTANG PENJAJAHAN


Pembaharuan sistem pendidikan telah melahirkan ramai ilmuan yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai kesedaran untuk membangunkan bahasa Melayu Pertubuhan-pertubuhan telah ditubuhkan bagi memajukan kehidupan orang melayu. Antaranya ialah: Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Guru-Guru Islam Masyarakat Melayu juga mula berfikiran jauh untuk mambawa pembaharuan kepada masyarakat melayu dengan cara menerbitkan akhbar seperti Seruan Azhar dan Pilihan Timur, Setelah berusaha keras, akhirnya Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan dan perjuangan mereka yang terdahulu sangat memberi erti kepada masyarakat Melayu dengan terbentuknya sebuah negara Islam yang bernama Persekutuan Tanah Melayu

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU FASAL 3:

Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan, akan tetapi agama-agama lain boleh juga diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana juga bahagian di dalam Persekutuan

ISLAMISASI DI MALAYSIA
SATU PROSES UNTUK MENJADI NEGARA ISLAM YANG MEMBANGUN

Langkah paling awal ialah menubuhkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang diketuai oleh sultan dan Raja-Raja Melayu Bidangkuasa MAIN mengenai pentadbiran hal ehwal agama Islam ialah: Undang-undang kekeluargaan seperti nikah-kahwin, cerai dan nafkah Pengurusan wasiat, pusaka dan pemberian Menguruskan zakat fitrah Menguruskan Baitulmal Hukuman keatas kesalahan yang menyentuh kesucian agama dan lain-lain

JAKIM Bagi melicinkan lagi pentadbiran, Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) telah ditubuhkan pada 1968. Fungsi MIK adalah membincang, menimbang dan mengurus segala perkara yang dirujukkan kepada MKI oleh Raja-raja, sultan dan juga MAIN Pada 1974, MKI telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri Pada 1984, bahagian ini telah menukar namma kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pada 1997, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah ditubuhkan setelah kerajaan pusat mengambilalih kuasa dan peranan BAHEIS

KEMENTERIAN PENERANGAN Kementerian ini membantu masyarakat dalam menjalani proses islamisasi melalui media massa iaitu radio, dan televisyen. Pelbagai program berhubung dengan Islam telah disampaikan melalui televisyen dan radio. Antaranya ialah: Forum agama Hal Ehwal Islam Khutubah-khutubah jumaat Sambutan Maulidur rasul Siaran langsung Pembukaan Majlis Tadarus Al-Quran

KEMENTERIAN PELAJARAN Kementerian ini membantu masyarakat dalam menjalani proses islamisasi dengan cara memasukkan matapelajaran islam ke dalam semua sukatan pelajaran di semua sekolah kerajaan. Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid Islam diwajibkan keatasnya untuk mengadakan seorang guru Islam untuk pelajar-pelajar tersebut. Pelajar lepasan Kolej Islam diberikan siji l pendidikan supaya dapat menjadi guru Pada 1963 seramai 5 orang pelajar lepasan Kolej Islam di Hantar ke Universiti Al-Azhar di Mesir buat pertama kalinya.

TILAWAH AL-QURAN Mula dianjurkan pada 1960 untuk menarik minat muslim dalam meningkatkan mutu bacaan Al-Quran. Pada kali pertama, pertandingan ini hanya dianjurkan sehingga ke peringkat kebangsaan Bermula pada 1961, Tilawah Al-Quran diadakan di peringkat antarabangsa Biasanya, Kerajaan Persekutuan menyediakan perbelanjaan khas, $3000 untuk pemenang peringkat kebangsaan dan $5000 untuk peringkat antarabangsa, berserta tiket percuma ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji Tilawah Al-Quran telah berjaya melahirkan masyarakat yang saling berkenal-kenalan sambil mendalami ilmu-ilmu agama.

INSTITUSI EKONOMI Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah ditubuhkan pada 1991 bagi melicinkan urusan pungutan zakat. Prof Ungku Aziz mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan institut kewangan untuk menyimpan wang bakal-bakal haji. Pada 1969, Lembaga Tabung Haji telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Perbankan Islam mula diperkenalkan pada 1983 (Bank Islam Malaysia Berhad) bagi membendung masalah riba dalam sistem perbankan. Syarikat Takaful Malysia Berhad memulakan operasi pada 1985, bertujuan menyediakan perlindungan daripada malapetaka & bencana, khususnya buat masyarakat Islam.

CABARAN ISLAM PADA ZAMAN KINI


CABARAN DALAM PROSES ISLAMISASI

Kristianisasi menyulitkan proses islamisasi di negara ini daripada berlaku. Remaja mudah terpengaruh dengan ajaran kristian yang telah diubahsuai walaupun pada hakikatnya agama itu adalah agama samawi. Penyerapan budaya barat berlaku dalam segenap aspek kehidupan menyebabkan masyarakat islam sering keliru dalam mengamalkan ajaran islam.

AJARAN SESAT

Ajaran sesat telah menyebabkan ramai masyarakat yang beragama islam terpesong. Ini disebabkan oleh terdapat segelintir umat islam yang mengaku dirinya nabi (agama kahar) dan juga wakil tuhan (kerajaan langit). Ajaran islam tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna berikutan pegangan terhadap rukun islam dan rukun iman yang kian longgar. Al-Quran tidak dijadikan sebagai panduan hidup.

KURANGNYA PERPADUAN DALAM KALANGAN UMAT ISLAM SENDIRI

Taksub kuasa pemerintahan menyebabkan segelintir pemimpin hilang fokus. Kurangnya sensitiviti terhadap agama.

Umat islam yang mengamalkan cara hidup nafsi-nafsi.

PENUTUP

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan agama islam terus berkembang dan dapat dipraktikkan dengan sempurna di negara ini. Kita haruslah menyokong tindakan kerajaan bagi memastikan proses islamisasi berjalan lancar di malaysia.

Sebagai umat islam yang bertaggungjawab.kita haruslah bijak dalam menapis elemen-elemen kehidupan yang tidak bertepatan dengan ajaran islam agar syiar islam akan terus menjadi agama contoh yang maju dalam segenap aspek, dunia dan akhirat.

SEKIAN