Anda di halaman 1dari 14

1) Frasa bagi menggambarkan kegembiraan hatiku terlonjak keriangan bibirnya mengukirkan senyuman deraian ketawa memecahkan kesunyian menguntumkan

senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai 2)Frasa bagi menggambarkan kesedihan hatiku sebak menahan kepiluan deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu airmata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar duka yang terlara hatiku remuk-redam menanggung kekecewaan hatiku hancur-luluh bak kaca yang terhempas di lantai 3)Frasa bagi menggambarkan ketakutan peluh sejuk mengalir di tubuhku aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa tubuh menggigil, menggeletar ketakutan darah berderau mata terbeliak, terperanjat 4)Frasa bagi mewujudkan unsur suspens lembaga hitam berlalu pergi sepantas kilat di hadapan derapan tapak kaki kedengaran burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta anjing menyalak pada malam bulan yang sedang mengambang daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin kencang angin bersiulan di luar pintu awan hitam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya oklah setakat di sini sahaja saya sempat berkongsi dengan Alex frasa-frasa menarik , diharapkan ianya dapat membantu Alex sewaktu menulis karangan nanti. Jika saya ada idea lagi, saya akan menambahkannya di ruangan ini. Akhir kalam....wassalam daripada hamba yang hina ini. Frasa-frasa yang boleh digunakan sewaktu menulis karangan yang berjenis fakta: kemelut kehidupan - krisis/masalah di dalam kehidupan mentelah lagi - tambahan lagi (in addition); digunakan sebagai penanda wacana menjadi ukurtara terhadap kemajuan ekonomi - penanda yang dapat dijadikan bukti kemajuan ekonomi (an indication) muat turun dari lelaman - download taksiran harta - anggaran/jumlah harta yang dipunyai

bersekongkol dengan kumpulan ekstremis - bersubahat/berkomplot dengan orang jahat menyelongkar rahsia - membongkar/mencari tinjauan secara rambang - 'survey' secara agak-agak jaringan kerjasama - 'networking'
kita perlu mengorak langkah kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini komitmen menyeluruh agensi yang terlibat kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu manifestasi kesanggupan bangsa manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi masalah sosial dan susila yang meruncing masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan melangkah dengan seribu kekuatan melontarkan soalan yang cukup penting melupakan cita-cita yang lebih luhur membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah membetulkan ketidaktepatan fakta membimbing mereka memenuhi impian membina impian masa depan yang lebih gemilang membongkar kepincangan membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka mempengaruhi minda generasi muda mempertahankan perasaan saling bersefahaman mempertingkat dan memperteguh kefahaman mempraktikkan elemen tolak ansur memudaratkan kesejahteraan rakyat menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak menampilkan wajah baru yang disulami tekad menangkis tuduhan yang tidak berasas mencapai tahap yang mencemaskan mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya mendapat perhatian dan liputan media massa mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

Pembentukan ayat Tanya:


  

persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh pernahkah terlintas dalam gawang minda para........ sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?

Tema perpaduan :
    

   

Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah senjata utama yang menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang Pepatah ada menyatakan hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum

Tema kemajuan negara


           

cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga Pertumbuhan mapan ekonomi negara Prestasi ekonomi yang mapan Gahnya Malaysia di persada global menjadikan Malaysia lebih tersohor Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia asil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara mendepani abad milenium

tema : peranan kerajaan




citra budaya dan jati diri bangsa

tindakan secara kolaboratif

Tema : masyarakat
            

memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9 menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif. Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah. Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan masyarakat madani bangsa yang maju dan kompetitif

Tema : semangat kejiranan


       

Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan Kikis sikap prejudis Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya Bagi memperteguh tali-temali sosial Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat Di bawah satu bumbung muafakat

Tema : generasi muda


         

Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas Berkiblatkan budaya asing Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda Berpotensi untuk menggegarkan Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup Bijak menyerap tekanan

   

Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan Dalam meniti perjalanan hidup Dalam pancaroba dunia

Tema: kekeluargaan
  

     

mewarnakan jiwa anak-anak menjadi uswah terbaik tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Didedahkan dengan realiti kehidupan Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa adis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi Bertunjangkan kekuatan intelektual Dipacu oleh tenaga muda Dipasakkan dalam jiwa

Media massa
      

akhbar arus perdana mendominasi minda generasi muda Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini Berupaya menjadi wadah yang efektif Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat

Kempen :
    

Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku Dilaksanakan secara berkesan dan efisien Instrumen yang paling efektif

Semangat Patriotisme
 

Misi menyuburkan semangat patriotismebukan perkara enteng Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara

Menjiwai patriotisme yang kental

Tema sekolah
           

Guru selaku arkitek pembangunan insan menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni menyemarakkan nilai-nilai murni sekolah wadah penting untuk penyaluran ilmu pendekatan konvensional sekolah medan interaksi sosial golongan pendidik yang berketerampilan pendidik perlu memahami aspirasi negara menghayati Falsafah Pendidikan Negara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat

Tema : Alam sekitar


   

Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita

Tema Kesihatan :
   

pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ. Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna Menyerang sistem imunisasi badan

Tema usaha.langkah
      

Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak meneruskan usaha sampai berjaya Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut Jangan lakukan kerja sekerat jalan Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain

     

Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan Usah biarkan masalah ....terus membebani ................. Usaha secara kolaboratif Menuntut sinergi pelbagai pihak Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut Mencari resepi terbaik

Teknologi Maklumat:
     

Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada Bagai galah di tengah arus peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakah menyalahgunakan teknologi Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

1 menyaksikan ikatan kemesraan 2 hari-hari yang berlalu 3 kudepani saban hari 4 kesempatan yang datang bergolek tidak kupersiakan 5 mengocak ketenangan kali perasaanku 6 berputar ligat dalam ruang fikirku 7 untuk sedetik Cuma 8 mengukir sebuah mimpi 9 menginsafi kealpaan 10 mengutip nostalgia 11 menyelongkar sengsara 12 menggenggam tiap keletah1 3 martabat yang kecundang 14 pandangan itu seolah menyelongkar 15 menghiris perasaannya 16 air matanya mula bertakung 17 tidak tersedik di sukmanya 18 mencantas tali persaudaraan 19 terkial-kial menelinga butir demi butir 20 himpunan kalimah dengan nada yang sarat bengis 21 memancarkan panahan marah yang tidak terempang 22 sabarnya hampir terungkai 23 kuntum senyum masih merinin 24 menanjak usia 25 cita-cita sebagai nyawa yang menjadikan nadi terus berdenyut

26 memberi sejengkal meminta sedepa 27 tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu 28 mengemudi pelayaran sebuah bahtera 29 memuntahkan lahar 30.Materialisma dan sekularisme diganti dengan spiritualisme

1 Membaca jambatan ilmu 2 Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad 3 Bertangguh itu pencuri masa 4 Hidup ini adalah satu perlumbaan 5 Ilmu itu pelita hati 6 Kata itu kota 7 Masa itu emas 8 Muafakat membawa berkat 9 Anak-anak ibarat kain putih 10 Untuk hidup setahun tanamlah jagung, untuk hidup sepuluh tahun tanamlahpokok, untuk hidup selama-lamanya tanamlah ilmu 11 Kecintaan kepada dunia merupakan pokok dari tiap-tiap kesalahan 12 Amar makruf nahi mungkar

. berdepan dengan hambatan 2. situasi yang sinonim 3. terpamer dengan banyaknya 4. masih menimbulkan kontroversi 5. dasar pascakemerdekaan 6. isu yang paling dominan 7. masalah yang melingkari 8. perspektif itu terus tercerna 9. sekelumit daripada sekian banyak kejadian 10. terpugar oleh propaganda 11. berpaksi pada perasaan cinta yang tegar 12. senjata terbaik dan ampuh 13. menggamit hati dan perasaan 14. semangat keramat 15. muhasabah diri 16. keringat para pejuang 17. tidak wajar dikesampingkan 18. berfikir dalam kerangka ilmu 19. merangsang sentiment 20. mempunyai dimensi yang luas 21. pemacu pertumbuhan ekonomi 22. jurang itu kini semakin melebar 23. setelah diulek begitu lama 24. kepentingan dan masa depan generasi yang dinaunginya

25. merupakan perjuangan suci yang tidak pernah terpadam 26. pelbagai delusi (kepercayaan palsu) 27. mengungkapkan prinsip sejagat 28. negara mereka dipapakedanakan 29. manusia yang pincang akhlak, rendah moral,sesat pemikirandan menyeleweng kepercayaan

Menepati kriteria yang ditetapkan 2. Masih bergelumang dengan kemelut 3. Optimistik 4. Bahan bacaan picisan 5. Diklasifikasikan 6. Pencabulan hak 7. Tidak wajar dipandang sepi 8. Mula membaca muslihat 9. Terbelenggu dalam kepompong kejahilan 10. Dieksploitasi dengan begitu rakus 11. Kecelaruan dunia 12. Digembar-gemburkan sebagai abad maklumat 13. Martabat manusia yang berteknologi tinggi tergadai 14. Keselamatan dunia dipertarungkan 15. Laluan berliku lagi beranjau 16. Sistem yang silap ditatarajahkan 17. Semakin usang dan menunggu masa untuk rebah menyembah bumi

18. Program yang dirintis19. Penurunan tahap kepercayaan20. Mensensasikan jumlah ganti rugi21. Jelas memperincikan22. Anjakan dramatik23. Senario mimpi ngeri24. Di bawah lembayung25. Sinar mentari26. Meletakkan stigma27. Kekerasan hanya boleh dijustifikasikan28. Jaringan komunikasi dan tenaga sejagat29. Inti pati pengglobalisasian semula dunia30. Memperoleh momentumnya Mengelakkan litigasi32. diimplimentasikan33. melontarkan idea dan pandangan34. fenomena yang menjadi lumrah35. di peringkat akar umbi36. mengadaptasikan realiti baru37. kita sekadar boleh meramal38. memartabatkan diri39. berkubur begitu sahaja40. anugerah berprestij41. mencambah minda42. kedaulatan negara dihakis43. menyelinap masuk ke dalam44. tumbuh dari satu akar rohani45. keseimbangan antara kehidupan duniawi dengan ukhrawi46. laporan yang tuntas47. menerajui tampok kepimpinan48. memanipulasi dan menghalalkan kaedah49. digunakan sebagai platform kegiatan50. membebaskan manusia daripada belenggu dan cengkaman51. mendukung satu sisitem nilai52. disemai subur53. didalangi oleh egoistik54. media yang diperkudakan55. yang didalangi oleh56. diberi liputan yang meluas57. rancak memainkan sandiwara58. membawa bahana jangka panjang59. mempertimbangkan kemerosotan reputasi60. menjadi bahan cemuhan61. anggapan yang songsang sama sekali62. masih meracuni min. mengintai-intai peluang65. gelanggang kehidupan66. mencipta tamadun agung dengan acuan sendiri67. membina kembali kegemilangan dan keagungan68. bangunkan minda yang merdeka69. memalapkan nilai peradaban insan70. menggarap ilmuda63. penyakit masyarakat yang memualkan

1. Segelintir masyarakat2. Musibah melanda3. Melumpuhkan ekonomi4. Dipinggirkan5. Sifat keperihatinan6. Menjadi denyut nadi7. Sedekad yang lalu8. Agenda perjuangan9. Medium pengajaran10. Kajian menyeluruh dan telus11. Terus lestari12. Menobatkan negara13. Landaan gelombang globalisasi14. Menyerah kalah15. Terjajah minda dan budaya16. Tindakan provokatif 17. Untuk mengumpan18. Merencanakan tindakan19. Telah menjangkau20. Yang ditunjangi kekuatan21. Menambahkan iltizam22. Menggamit perasaan kita23. Memekakkan telinga, menutup mata dan membutakan hati24. Memperkotak-katikkan25. Menjunjung tanggungjawab26. Dapat dirungkaikan27. Mengharungi arus perubahan28. Tersebar ke sarwajagat29. Masih menjadi tanda tanya

30. kehilangan pedoman31. mengubah paksi32. mengalami penghakisan33. acuan kita sendiri34. digagaskan dalam Wawasan 202035. fokus pemerkasaan36. rangka matlamat strategi telah dilaksanakan37. terus utuh38. peranan yang lebih signifikan39. bersaing di peringkat global40. persada dunia41. perubahan yang mendasari42. menukarkan haluan43. bertindak secara kolektif 44. langkah yang kerdil45. komitmen sederap46. senario yang dipaparkan47. mengetuk pintu hati48. masih terbelenggu dengan persepsi budaya49. melampiaskannya secara bersahaja50. dek fahaman agama yang jumud51. berfikiran sempit yang obsesi52. mencari pohon rendang untuk bernaung53. titik bengik kehidupan54. meluaskan horizon minda55. meluaskan ruang lingkup kegiatan56. menghidu peluang57. menghimpun rasa kemanusiaan58. acuan baru mentaliti masyarakat59. percambahan minda60. menongkah cabaran61. mengekalkan kelangsungan62. anjakan paradigma

63. modal insan64. dunia yang didominasi65. persekitaran yang kondusif 66. mencakupi pelbagai bidang67. jagatraya68. Dasawarsa69. Kampung sejagat70. Globalisasi menerobos ke setiap pelosok dunia