Anda di halaman 1dari 8

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Cemerlang Tarikh : 20 April 2009 Masa : 40 Minit (8pagi 8.40pagi) Bilangan Murid : 20 orang Tema : Alam Sekitar Tajuk : Pencemaran Sungai Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. ii. iii. Menyatakan secara lisan tentang pengalaman mereka melihat pencemaran sungai. Membaca dan menyatakan lima isi penting mengenai pencemaran sungai. Menulis karangan pendek mengenai kepentingan sungai kepada kehidupan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai Aras 1: i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2: i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. ii. Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

Fokus Sampingan: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3: i. Menulis karangan berdasarkan sesuatu tajuk dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran lisan dan menulis. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi. Ilmu : Bahasa Melayu, Sains dan Kajian Tempatan. Nilai : Kasih sayang, menghargai alam sekitar dan prihatin.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):  Kemahiran Berfikir : Menginterpretasi, mentafsir dan menjana idea.  Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.  Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.  Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai pencemaran sungai dengan cara berdialog dan membina ayat mudah.

Bahan Bantu Mengajar (BBB) : Power point, video klip, lagu, keratan lirik lagu, teks berita, komputer riba, ganjaran (pensil), buku latihan, alat tulis dan papan hitam.

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN DAN PEMBELAJARAN KB : menghubungkait, membuat inferens. BCB: menonton dengan aktif. BBB : power point, video klip

Murid-murid ditayangkan Set Induksi (5 minit) power point yang memaparkan gambar- 1. Murid diminta untuk melihat paparan power gambar sungai yang point dan video klip serta tercemar dan video klip menghayatinya. bertajuk Pencemaran Sungai. (Lampiran A) 2. Murid diminta untuk menyatakan perasaan mereka terhadap gambar yang dilihat dan menceritakan pengalaman mereka. 3. Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.

Guru memaparkan teks berita Sisa Toksik Ancam Pesawah melalui power point dan mengedarkan petikan teks berita tersebut dalam salinan kertas kepada semua murid.(Lampiran C)

Langkah 1 (10 minit) : Aktiviti 1: Guru mengedarkan teks berita kepada murid-murid. Aktiviti 2: Guru menerangkan cara membaca teks berita tersebut.

KB : membuat inferens, menilai

Aktiviti 3: BCB : i. membaca dengan Guru memilih murid secara intonansi yang betul. rawak untuk membaca teks berita tersebut. ii. mendengar dengan Aktiviti 4: aktif. Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan BBB : teks berita, power point meneliti teks sambil oint memahami petikan tersebut. Aktiviti 5: Murid-murid yang tidak membaca teks berita dipilih secara rawak untuk memberi komen mengenai bacaan murid-murid yang telah membaca berita dari aspek sebutan, intonasi, jeda, gaya bahasa dan kelancaran. Aktiviti 6: Sekiranya terdapat kesalahan pada bacaan, mereka dikehendaki memperbetulkan kesalahan tersebut dengan memberikan contoh yang betul. Guru memberi latihan Langkah 2 (10 Minit) kepada murid-murid. Aktiviti 1: Aktiviti Pengayaan: Murid-murid dikehendaki menyusun isi-isi perbincangan Menulis karangan yang telah dikemukakan dan pendek berdasarkan menulisnya di dalam buku tajuk yang diberi. latihan. KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens, menyusun atur. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.

Aktiviti 2: Murid-murid dikehendaki membina peta minda berdasarkan isi-isi yang telah disusun. Aktiviti 3: Murid-murid dikehendaki menulis karangan pendek yang bertajuk Kepentingan Sungai kepada Kehidupan dengan berpandukan peta minda tersebut.

KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. BBB : buku latihan.

Guru dan anak murid Langkah 3 (10 minit) KP: muzik, kinestetik. menyanyikan lagu Indah Bumi Kita. 1. Guru mengedarkan keratan lirik lagu . (Lampiran C) kepada anak murid. 2. Guru memainkan Indah Bumi Kita. lagu

3. Murid menyanyi bersamasama guru. Penutup (5 minit) KB: membuat kesimpulan. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -Bekerjasama 1. Murid menyatakan nilainilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. 2. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

3. Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran 4. Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.

LAMPIRAN B TEKS BERITA Tajuk: Sisa Toksik Ancam Pesawah Baca dan fahami petikan ini. Sisa Toksik Ancam Pesawah Oleh ANGELINA SINYANG

TELUK INTAN 20 April - Sebanyak 5,000 pesawah di Mukim Sungai Manik di sini berada dalam kebimbangan apabila air Sungai Batang Padang dan Sungai Chikus yang digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi dicemari sisa toksik yang dilepaskan oleh beberapa kilang berhampiran. Lebih merisaukan penduduk, pencemaran sisa toksik di dua sungai tersebut bukan hanya berlaku sekali tetapi beberapa kali dalam setahun sehingga menjejaskan mutu tanaman padi dan bekalan ikan air tawar di situ. Kejadian terbaru dilaporkan berlaku semalam apabila air Sungai Batang Padang bertukar warna menjadi kehitaman, berkeladak dan berminyak. Tinjauan Utusan Malaysia di sungai tersebut hari ini mendapati air sungai yang tercemar kini beransur pulih tetapi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih menutup saluran tali air bagi menghalang sisa toksik mencemari kawasan sawah penduduk. Penghulu Mukim Sungai Manik, Jamaluddin Mohd. Noor, 50, berkata, JPS bertindak segera menutup saluran tali air sebaik sahaja dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian pencemaran di Sungai Batang Padang pada pagi semalam. Beliau berkata, Sungai Batang Padang dan Sungai Chikus begitu penting kepada 11,000 penduduk di Mukim Sungai Manik kerana ia membekalkan air untuk kegunaan pesawah yang merupakan separuh daripada penduduk di daerah itu.

LAMPIRAN C LIRIK LAGU INDAH BUMI KITA Tetapi oh mengapa Ada saja balanya Indah permai bumi kita Aman sentosa sejahtera Lihat sungai yang mengalir Deru ombak yang berdesir Oleh itu hai kawan Bersama kita pastikan Hijaunya nusantara Menyegar pandangan mata Damai suasana Ciptaan Allah Maha Esa Jangan hancurkan Sayangi bumi kita Hanya satu-satunya Biar terpelihara Keindahan bumi tak lagi dicemari Keindahan bumi tak lagi dinodai Cemari bumi ini Indahnya dikotori