Anda di halaman 1dari 11

NOVEL TINGKATAN 1

MENITI KACA

Tema Novel Meniti Kaca mengungkapkan tema ketabahan dan kesabaran seorang anak dalam menghadapi pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan akibat penyakit nanar yang dihidapi oleh ibunya yang kemudian berakhir dengan kematian tragis. Kemudian, disusuli pula dengan dengan kematian bapanya.

Persoalan Usaha yang gigih akan mencapai kejayaan. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu. Sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat kampung. Hubungan bukan muhrim. Bertekad untuk berjaya walaupun hidup dalam kesusahan.

Watak dan Perwatakan

Nazar Anak tunggal Pak Sahar dan Mahyun Berumur 14 tahun Berambut lurus Mahir dalam Matematik dan Bahasa Inggeris Belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh Bersifat penyayang Rajin dan bertanggungjawab Bercita-cita tinggi Mudah menghulurkan bantuan

Pak Sahar Bapa Nazar, suami Mahyun Bekerja sebagai Pegawai Luar pejabat tanah di Lumut Menghidap pelbagai jenis penyakit Berambut lebat Bersifat sabar Taat kepada agama Sayang akan keluarga Bertolak ansur

Mahyun Berasal dari Tapah Isteri Pak Sahar dan ibu Nazar Memiliki wajah yang cantik Berpenyakit nanar Kerap bercakap seorang diri dan bernyanyi-nyanyi Bersuara lunak dan gemersik Meninggal dunia di celah batang kelapa

Pak Sehak Suami Mak Miah Bekerja sebagai pemandu teksi Baik hati Suka menolong orang lain

Mak Miah Isteri Pak Sehak Ibu saudara Nazar Mempunyai dua orang anak, iaitu Zainab dan Fauzi Seorang yang penyabar Bertanggungjawab dan penyayang Mudah terpengaruh oleh hasutan orang kampung

Ah Seong Rakan baik Nazar Mempunyai semangat tolong-menolong dan kejiranan yang kuat Memahami masalah rakannya, Nazar

Permulaan

Nazar mencari ibunya setelah pulang dari sekolah. Mahyun dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Keadaan tersebut amat membimbangkan Nazar. Mahyun dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa ketika hujan lebat. Fitnah orang kampung terhadap hubungan Nazar dengan Zainab. Nazar berjaya memasuki sekolah berasrama penuh setelah lulus dengan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bapa Nazar meninggal dunia. Nazar berazam untuk menjadi doktor.

Perkembangan

Plot
Novel ini berbentuk kronologi, iaitu mengikut urutan peristiwa.

Klimaks

Peleraian

Gaya Bahasa
Simpulan bahasa Bahasa Inggeris Bahasa berirama emak tiri, tidur-tidur ayam warden, exercise Kalau nak gugur, gugurlah nangka, Jangan menimpa si batang pauh; Kalau nak tidur, tidurlah mata, Jangan diingat orang jauh. Insya-Allah tepuk air di dulang, sedikit sebanyak terkena ke muka sendiri, tidur-tidur ayam. sangkar kedukaan, kotak ingatan, jendela kiran, memancing lamunan awan berarak lesu, angin pagi terlalu malas bertiup, angin bulan Oktober yang lembap itu, menampar-nampar muka Ah Seng

Bahasa Arab Peribahasa Metafora Personikasi

Latar Masa
Sejak Nazar berumur 14 tahun hingga awal tingkatan empat.

Latar Tempat
Di negeri Perak. Di rumah Nazar, Ah Seong, Zainab dan kawan-kawan mereka belajar pada waktu malam. Di tepi sungai, tempat Nazar dan Ah Seong berbual. Di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, Mahyun dihantar untuk rawatan penyakit nanar yang dialaminya. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Tempat Nazar belajar semasa tingkatan empat.

Latar

Latar Masyarakat
Pelajar, Nazar dan kawan-kawannya masih belajar. Masyarakat kampung yang kebanyakannya bersawah dan menoreh getah. Masyarakat majmuk, ada keluarga Ah Seong. Masyarakat yang prihatin dan tolong-menolong. Semasa kehilangan Mahyun, semua penduduk bekerjasama mencarinya. Masyarakat yang kuat pegangan adat dan agama. Keakraban Zainab dan Nazar tidak disenangi oleh penduduk kampung.

Pengajaran
1 Mensyukuri nikmat dan kurniaan Tuhan. Pak Sahar tidak pernah mengeluh dengan nasib keluarganya. 2 Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan. Nazar yang bijak membantu Ah Seong dan Zainab mengulang kaji Matematik dan Bahasa Inggeris. 3 Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita. Nazar belajar dengan tekun walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah. 4 Kita hendaklah mengamalkan semangat kejiranan. Kim Moi sekeluarga mengambil berat tentang keluarga Pak Sahar. 5 Tanggungjawab keluarga harus diutamakan. Mak Miah terpaksa mengutamakan keluarganya sehingga kadang-kadang terlambat menyiapkan makanan untuk Nazar dan Pak Sahar. 6 Menghargai jasa kedua-dua orang tua. Nazar ingin meneruskan cita-citanya sebagai doktor walaupun ibu bapanya telah meninggal dunia. 7 Mengisi masa remaja dengan mengejar ilmu pengetahuan. Nazar dan kawankawannya tidak pernah leka mengejar ilmu pengetahuan. 8 Tidak mudah berputus asa walau menghadapi pelbagai cabaran. Nazar tidak berputus asa setelah menjadi yatim piatu. 9 Kita hanya berusaha, Tuhan yang menentukan. Keluarga Pak Sahar mencuba pelbagai cara untuk mengubati Mahyun, namun penyakitnya tidak sembuh. 3

PAHLAWAN PASIR SALAK

Tema Novel Pahlawan Pasir Salak mengungkapkan tema tentang semangat juang yang tinggi dalam kalangan orang Melayu dalam menentang penjajah Inggeris di Pasir Salak.

Persoalan Semangat cinta akan tanah air. Keberanian menentang kuasa penjajah. Kepimpinan yang berwibawa. Kekejaman penjajah terhadap penduduk. Perpaduan serta kerjasama antara penduduk. Keburukan sikap tamak. Berwaspada setiap masa terhadap musuh. Kebijaksanaan seorang ketua. Pembelotan daripada bangsa sendiri. Sikap sabar membawa kejayaan.

Watak dan Perwatakan

Deli Anak tunggal Pak Itam dan Mak Miah Berumur dalam lingkungan belasan tahun Berkulit agak cerah Tinggal di Kampung Pasir Salak Mahir dalam persilatan, belajar silat daripada Datuk Maharaja Lela. Patuh kepada arahan ketua Bersemangat patriotik Suka membantu apabila diperlukan Pendendam Rajin beribadat

Datuk Maharaja Lela Penghulu Kampung Pasir Salak Bersemangat kental Bijaksana Seorang ketua yang tegas Mahir dalam ilmu persilatan Seorang ketua yang disegani dan dihormati penduduk setempat Sentiasa berwaspada dengan musuh Tidak bertindak secara terburu-buru, berhatihati dalam setiap tindakan

Pak Itam Ayah kepada Deli, suami kepada Mak Miah Seorang peniaga di warung Mahir dalam persilatan Orang kanan Datuk Maharaja Lela menentang penjajah Amat menghormati Datuk Maharaja Lela Ketua bagi pasukan perang yang berkubu di tepi sungai

Birch
Residen British di Perak Mendesak sultan menandatangani surat kenyataan kutipan cukai Ditentang oleh penduduk tempatan Dibunuh oleh Seputum Tidak menghormati penduduk tempatan

Seputum
14 Orang kanan Datuk Maharaja Lela Berani dan amat benci akan Inggeris Membunuh Birch ketika Birch sedang mandi Menjadi pengawal kampung pada waktu malam Seorang yang bijak Patuh kepada arahan Datuk Maharaja Lela

Permulaan

Deli dan orang-orang kampung dikejutkan dengan peristiwa Pak Wan diugut oleh Inggeris supaya membayar cukai dan buahbuahan yang dibawanya telah dirampas. Datuk Maharaja Lela meminta penduduk Kampung Pasir Salak untuk tidak tunduk kepada Inggeris. Beliau mengarahkan pondok kawalan dibina untuk mengawal pihak Inggeris daripada memasuki kawasan kampung. Datuk Maharaja Lela begitu marah apabila mendengar berita yang Residen Inggeris dan pembantupembantunya akan datang ke kampung mereka untuk menampal surat kenyataan cukai. Pandak Endut telah membunuh Mat Arshad. Birch pula dibunuh oleh Seputum. Pihak Inggeris akhirnya menyerang Kampung Pasir Salak setelah mendapat tahu tindakan penduduk kampung terhadap pegawai Inggeris.

Perkembangan

Plot
Novel ini berbentuk kronologi, iaitu jalan ceritanya mengikut urutan masa.

Klimaks

Peleraian

Pihak Inggeris berjaya diundurkan setelah ketuanya, Innes dibunuh. Deli ingin membalas dendam kepada Lamsah. Lamsah akhirnya mati terkena lembing. Datuk Maharaja Lela gembira dengan kejayaan anak buahnya tetapi meminta mereka lebih berwaspada.

Gaya Bahasa
Peribahasa Metafora Personikasi Hiperbola Bahasa Arab Perlambangan 15 tali barut, besar diri api kemarahan, api semangat bunga-bunga api jamung itu kelihatan berterbangan apabila ditiup angin yang menyerbu sekali-sekala matanya seolah-olah berapi assalamualaikum, waalaikumsalam, alhamdulillah, insya-Allah anjing penjajah

Latar Masa
Berlaku antara bulan Mac 1875 semasa perlantikan Residen Birch hingga 7 November 1875 apabila penduduk Pasir Salak berjaya menewaskan Inggeris. Waktu petang, penduduk berbual-bual di warung Pak Itam. Waktu malam, penduduk berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan berkawal. Musim angin hujung Oktober, ketika Mamat membawa surat kenyataan kutipan cukai kepada Datuk Maharaja Lela.

Latar Tempat

Latar
Negeri Perak Kampung Pasir Salak Bandar Bharu Bandar Tua, pembinaan kubu oleh anak buah Datuk Maharaja Lela. Warung Pak Itam yang berhampiran dengan pangkalan Rumah Pak Itam. Sungai, tempat Inggeris berlabuh sebelum menyerang Pasir Salak. Rumah Datuk Maharaja Lela. Tempat anak-anak muda belajar silat dan penduduk kampung berkumpul apabila ada maklumat atau perancangan daripada beliau.

Latar Masyarakat
Masyarakat Melayu di kampung yang pelbagai ragam dan kerenah. Masyarakat luar seperti orang Inggeris, askar sipah, dan askar Inggeris. Masyarakat pelbagai latar pekerjaan seperti penghulu, peniaga, penterjemah, askar, kapten, residen, dan nakhoda. Masyarakat Melayu yang membelot seperti Lamsah dan Mat Arshad.

16

Pengajaran
1 Kita mestilah berani mempertahankan kebenaran dan tidak takut kepada sebarang ugutan atau ancaman seperti Deli dan kawan-kawannya yang tidak gentar diugut oleh pemungut cukai. 2 Sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita murni. Penduduk kampung bekerjasama untuk menghalang kekuasaan Inggeris. 3 Menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Datuk Maharaja Lela melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penghulu. 4 Kita hendaklah bekerjasama dan bermuafakat mempertahankan tanah air seperti yang ditunjukkan oleh penduduk Pasir Salak. 5 Kita hendaklah patuh pada arahan ketua. Penduduk Pasir Salak tidak pernah mengingkari arahan Datuk Maharaja Lela. 6 Janganlah terburu-buru dalam tindakan, sebaliknya merancang dan berkir terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh Datuk Maharaja Lela. 7 Kita perlu bersimpati dengan orang yang memerlukan bantuan atau pertolongan seperti yang dihulurkan oleh penduduk kampung kepada Lamsah. 8 Kita hendaklah patuh kepada suruhan agama dan ibu bapa. Deli taat akan perintah Allah dan patuh akan nasihat ibu bapanya. 9 Kita hendaklah menyayangi dan memberi kasih sayang terutama kepada anak-anak. Ibu bapa Deli amat menyayanginya.

17

PANAS SALJU

Tema Novel Panas Salju mengungkapkan tema tentang kasih sayang dan pengorbanan ibu dan bapa dalam usaha menyelamatkan nyawa anak mereka yang menderita penyakit berbahaya.

Persoalan Semangat setia kawan dan saling membantu rakan. Kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya tidak ada bandingan. Keprihatinan golongan korporat meringankan golongan kurang berkemampuan. Kesanggupan menghadapi kesusahan bersama-sama. Keredaan menerima ketetapan Tuhan. Kesabaran dalam menghadapi kesusahan dan penderitaan.

Watak dan Perwatakan

Zulkii Ayah kepada Nadhirah dan Nazli, suami kepada Bushrah Pembantu Hospital di Hospital Kuala Lumpur Belajar secara jarak jauh di USM, kemudian Sarjana Sastera seterusnya PhD Bekerja sebagai pengarang sastera di Mingguan Malaysia Suka menolong orang Penyabar dan tabah menghadapi dugaan Seorang ayah yang penyayang Sangat bertanggungjawab terhadap keluarga Sangat gigih berusaha untuk memajukan diri

Bushrah Isteri kepada Zulkii Ibu kepada Nadhirah dan Nazli Bekerja sebagai guru Seorang ibu yang penyayang Bertanggungjawab terhadap keluarga Sanggup berkorban untuk anaknya Menghormati suami

Nadhirah Anak sulung Zulkii dan Bushrah Menghidap penyakit berbahaya, penyakit hati Berumur 14 tahun dan merupakan pelajar tingkatan dua Hormat-menghormati dan bersopan santun Kuat semangat untuk belajar walaupun sakit Mengenang jasa Seorang yang tabah Bekerja di Bank Islam Berkahwin dengan doktor bedah

Muliyadi Rakan baik Zulkii Bekerja sebagai pensyarah di ITM, Shah Alam Melanjutkan pelajaran PhD di London Berkahwin dengan wanita Perancis, Saleha Brigette Mempunyai dua anak Bertanggungjawab terhadap rakan Baik hati dan penyayang Tan Sri Shamsuddin Pengarah Sapura Holdings. Isterinya, Puan Sri Sapura Ahli perniagaan yang terkenal. Pemilik Sapura Holdings Dermawan Suka menolong orang yang memerlukan bantuan Penyayang dan bertanggungjawab

30

Permulaan

Mengisahkan Nadhirah menghidap penyakit hati dan hempedu sejak berumur 10 tahun. Penyakit menjadi bertambah serius ketika dia berumur 14 tahun. Ibu bapanya tabah dan berusaha untuk mengubati penyakit anaknya. Usaha gigih Zulkii mencari sumber kewangan membuahkan hasil apabila Tan Sri Shamsuddin bersedia membiayai kos rawatan anaknya di London. Bushrah pula bersedia untuk memindahkan sebahagian hati dan hempedunya kepada anaknya, Nadhirah.

Perkembangan

Plot
Novel ini dijalin menurut kronologi.

Klimaks

Pembedahan dilakukan oleh Dr.Tan Kah Chai, pakar bedah Hospital Kings College. Pembedahan selama 14 jam itu berjaya menyelamatkan Nadhirah daripada penderitaan penyakit yang ditanggung olehnya selama ini.

Peleraian

Bushrah meninggal dunia selepas lima tahun pemindahan hati dijalankan. Nadhirah melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi dan kemudian bekerja di Bank Islam. Dia berkahwin dengan seorang doktor bedah yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

31

Gaya Bahasa
Bahasa Inggeris Bahasa Arab Peribahasa Personikasi Metafora Simile Laras Sains dan perubatan trafc jam, special, Master of Arts, clear, role model, check in, frust, real, no problem, glamour, caesarian, airport, urgent, red tape zikir, walimatulurus, talkin, barzakh, subhanallah, assalamualaikum, waalaikumusalam, Al-Ashr, alhamdulillah, insya-Allah buta kayu, tersenyum simpul, buah tangan, bagai aur dengan tebing kereta tua ini memang selalu meragam di tengah jalan, musim panas meriah lubuk hati, badai kehidupan, hujan panas, wajah-wajah simpati bagaikan menunggu ledakan gunung berapi Pinatubo pigmen bilirubin, hepatitis

Latar Masa
Bermula daripada Nadhirah berumur 14 tahun hingga dia bekerja dan seterusnya berkahwin Waktu tengah hari, petang, malam dan subuh Waktu pagi, waktu persekolahan Hari pembedahan. Selama 14 jam pembedahan

Latar Tempat
Di kampung Zulkii, Ulu Tebrau Pejabat Utusan Malaysia Rumah Zulkii di Bandar Tun Razak Sekolah Bandar Tun Razak (2). Sekolah tempat Bushrah mengajar Hospital Besar Kuala Lumpur. Pertemuan dengan Doktor Gheetan Hospital Kings College, London. Tempat pembedahan pemindahan hati Pejabat Tan Sri Shamsuddin di Lembah Keramat. Zulkii bertemu dengan Tan Sri Lapangan Terbang Subang. Keluarga dan kenalan mengucapkan selamat jalan kepada Zulkii, Bushrah, dan Nadhirah

Latar

Latar Masyarakat
Masyarakat Melayu kampung di Felda Ulu Tebrau yang kuat bergotong-royong. Contohnya semasa majlis perkahwinan Nazirah, adik Zulkii. Masyarakat bandar yang masih mengamalkan semangat kerjasama antara jiran. Penduduk di Bandar Tun Razak mengadakan kutipan derma untuk membantu Nadhirah. Masyarakat korporat yang masih prihatin terhadap mereka yang memerlukan bantuan seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Shamsuddin.

32

Pengajaran
1 Kita hendaklah cinta akan tanah air sendiri seperti Dr. Tai Kai Chah yang menolak tawaran berkhidmat di Arab Saudi dengan bayaran yang lumayan kerana mahu pulang ke Malaysia. 2 Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Zulkii dan Bushrah tidak pernah mengeluh terhadap dugaan yang mereka lalui sekeluarga. 3 Kita mestilah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Zulkii sanggup bersusah payah dan berkorban apa sahaja untuk kebaikan keluarganya. 4 Kita hendaklah bekerjasama dan bermuafakat membantu orang yang memerlukan pertolongan. 5 Kita hendaklah mengenang budi kepada orang yang telah membantu kita. Keluarga Zulkii tidak pernah melupakan jasa dan bantuan yang diberikan kepada mereka sekeluarga. 6 Kita janganlah cepat berputus asa jika menghadapi dugaan dalam hidup. Zulkii dan Bushrah cekal dan gigih berusaha untuk membolehkan Nadhirah menjalani rawatan. 7 Kita hendaklah patuh kepada suruhan agama. Zulkii begitu taat terhadap ajaran Islam, begitu juga dengan ahli keluarganya.

33