Anda di halaman 1dari 6

Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan

Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan. Oleh itu ciri utama dalam semua ibadat adalah berpaksikan ukhuwah dan persaudaraan. Kewajipan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji diantara lain adalah untuk membina ukhuwah dan perpaduan di antara satu sama lain. Justeru, maka Allah mengisyaratkan bahawa setiap orang mukmin adalah bersaudara. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10: Maksudnya: " Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.". Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang beriman di ikat oleh tali kekeluargaan seagama, satu ikatan yang mengatasi hubungan darah dan kekeluargaan. Mereka berkewajipan untuk memelihara persaudaraan dengan saling menghormati, bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah HATI GAJAH SAMA DI LAPAH, HATI KUMAN SAMA DI CICAH. Inilah ciri persaudaraan Islam unggul yang di bina oleh Nabi S.A.W. ketika berhijrah ke Madinah. Persaudaraan yang berasaskan akidah ini berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai pegangan agama dan kabilah. Sejarah mencatatkan kehebatan tahap persaudaraan ketika itu di antara golongan Ansar dan Muhajirin yang dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada saudaranya dari golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin dan mereka yang mempunyai dua bidang tanah, sebidang diwakafkan kepada Muhajirin. Demikianlah tingginya tahap persaudaraan dan kasih sayang yang dihayati oleh masyarakat Islam di zaman nabi S.A.W. Sesungguhnya persaudaraan Islam yang bercirikan roh kekeluargaan dan semangat kekitaan semakin berkurangan, malah terdapat sesetengah ahli keluarga tidak mengenali ahli keluarga sendiri, dan jarang sekali berjumpa. Sesetengah jiran tetangga pula tidak mengenali dan bertegur sapa dengan jiran tetangga yang lain. Sesetengah golongan peniaga pula memeras golongan pengguna. Sesetengah majikan mengabaikan kebajikan para pekerja. Sesetengah golongan fakir dan miskin yang lemah tidak di pedulikan oleh golongan berada. Fenomena hasad dengki, khianat, dendam dan buruk sangka berleluasa dalam masyarakat. Dalam perkembangan semasa, apa yang membimbangkan lagi ialah berlakunya permusuhan dan perbalahan di kalangan para pemimpin dan pengikut parti politik yang pastinya akan mengancam kekuatan dan kedaulatan umat. Persoalan besar timbul dan terus menjadi tanda tanya ialah mengapa umat Islam terus berpecah walaupun kekuasaan kita terus semakin mengecil?. Mimbar ini berpendapat antaranya ialah kerana pegangan akidah dan taqwa umat Islam sedang di landa krisis. Kehidupan harian sebahagian umat Islam tidak di kuasai oleh iman dan akhlak tetapi di pengaruhi oleh nafsu yang mengutamakan kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan agama, masyarakat dan negara. Kehidupan mukmin yang diibaratkan oleh Nabi S.A.W. sebagai satu anggota badan yang jika salah satu daripada anggota badan itu sakit maka seluruh anggota badan lain juga akan merasai sakit, sudah tidak wujud lagi. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Dalam menangani permasalahan yang membimbangkan ini, minbar menyeru segenap lapisan masyarakat Islam agar sama-sama menghayati budaya ukhuwah dan perpaduan dengan kaedah yang di gariskan oleh Allah S.W.T. diantaranya:

Pertama, mengikis perbuatan saling mencaci, mengeji, mengadu domba dan berperasangka buruk antara satu sama lain yang menjadi punca perselisihan dan perbalahan. Ini selaras dengan perintah Allah S.W.T., firman-Nya: Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (Surah al-Hujurat: 11) Kedua, memastikan hak-hak sosio-ekonomi dan politik dalam masyarakat dipenuhi dengan adil dan saksama. Hindarilah amalan diskriminasi dan double standard dalam apa jua aspek yang menyentuh kepentingan setiap individu. Dengan terlaksananya keadilan akan timbullah kepuasan yang mewujudkan persefahaman, penghormatan dan kerjasama yang sekaligus mengukuhkan perpaduan. Ini selaras dengan firman Allah: Maksudnya: Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Ma'idah: 8 )

Riba yang Dimaksud Al-Quran Kata riba dari segi bahasa berarti "kelebihan". Sehingga bila kita hanya berhenti kepada arti "kelebihan" tersebut, logika yang dikemukakan kaum musyrik di atas cukup beralasan. Walaupun Al-Quran hanya menjawab pertanyaan mereka dengan menyatakan "Tuhan menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (QS 2:275), pengharaman dan penghalalan tersebut tentunya tidak dilakukan tanpa adanya "sesuatu" yang membedakannya, dan "sesuatu" itulah yang menjadi penyebab keharamannya. Dalam Al-Quran ditemukan kata riba terulang sebanyak delapan kali, terdapat dalam empat surat, yaitu Al-Baqarah, Ali 'Imran, Al-Nisa', dan Al-Rum. Tiga surat pertama adalah "Madaniyyah" (turun setelah Nabi hijrah ke Madinah), sedang surat Al-Rum adalah "Makiyyah" (turun sebelum beliau hijrah). Ini berarti ayat pertama yang berbicara tentang riba adalah Al-Rum ayat 39: Dan sesuatu riba (kelebihan) yang kamu berikan agar ia menambah kelebihan pads harts manusia, maka riba itu tidak menambah pads sisi Allah ... Selanjutnya Al-Sayuthi, mengutip riwayat-riwayat Bukhari, Ahmad, Ibn Majah, Ibn Mardawaih, dan Al-Baihaqi, berpendapat bahwa ayat yang terakhir turun kepada Rasulullah saw. adalah ayat-ayat yang dalam rangkaiannya terdapat penjelasan terakhir tentang riba,167 yaitu ayat 278-281 surat Al-Baqarah: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba, jika kamu orang-orang yang beriman. Selanjutnya Al-Zanjani,168 berdasarkan beberapa riwayat antara lain dari Ibn Al-Nadim dan kesimpulan yang dikemukakan oleh Al-Biqa'i serta orientalis Noldeke, mengemukakan bahwa surat Ali 'Imran lebih dahulu turun dari surat Al-Nisa'. Kalau kesimpulan mereka diterima, maka berarti ayat 130 surat Ali 'Imran yang secara tegas melarang memakan riba secara berlipat ganda, merupakan ayat kedua yang diterima Nabi, sedangkan ayat 161 Al-Nisa' yang mengandung kecaman atas orang-orang Yahudi yang memakan riba merupakan wahyu tahap ketiga dalam rangkaian pembicaraan Al-Quran tentang riba. Menurut Al-Maraghi169 dan Al-Shabuni,170 tahap-tahap pembicaraan Al-Quran tentang riba sama dengan tahapan pembicaraan tentang khamr (minuman keras), yang pada tahap pertama sekadar menggambarkan adanya unsur negatif di dalamnya (Al-Rum: 39), kemudian disusul dengan isyarat tentang keharamannya (Al-Nisa': 161). Selanjutnya pada tahap ketiga, secara eksplisit, dinyatakan keharaman salah satu bentuknya (Ali 'Imran: 130), dan pada tahap terakhir, diharamkan secara total dalam berbagai bentuknya (Al-Baqarah: 278). Dalam menetapkan tuntutan pada tahapan tersebut di atas, kedua mufassir tersebut tidak mengemukakan suatu riwayat yang mendukungnya, sementara para ulama sepakat bahwa mustahil mengetahui urutan turunnya ayat tanpa berdasarkan suatu riwayat yang shahih, dan bahwa turunnya satu surat mendahului surat yang lain tidak secara otomatis menjadikan seluruh ayat pada surat yang dinyatakan terlebih dahulu turun itu mendahului seluruh ayat dalam surat yang dinyatakan turun kemudian. Atas dasar pertimbangan tersebut, kita cenderung untuk hanya menetapkan dan membahas ayat pertama dan terakhir menyangkut riba, kemudian menjadikan kedua ayat yang tidak jelas kedudukan tahapan turunnya sebagai tahapan pertengahan. Hal ini tidak akan banyak pengaruhnya dalam memahami pengertian atau esensi riba yang diharamkan Al-Quran, karena sebagaimana dikemukakan di atas, ayat Al-Nisa' 161 merupakan kecaman kepada orang-orang Yahudi yang melakukan praktek-praktek riba.

Masa itu penting


"Maaf, saya sudah lambat .........................................." "Jika saya masih ada masa sedikit lagi..........................." "Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja.." Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas? Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa? Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan. Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa sebenarnya akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia. Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya? Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting. Katanya: "Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan." Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah, mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan maksimum. PRINSIP 20/80 Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan "seruan" di atas. Prinsip ini telah diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini juga dikenali sebagai Prinsip Pareto. Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%. Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat berkesan, cemerlang dan gemilang! Insya-Allah.

Kecermerlangan diri
Setiap insan inginkan kecemerlangan di dalam diri mereka. Kecemerlangan diri tersebut adalah untuk diri individu itu sendiri, keluarga, kerjaya, bangsa, agama dan negara. Teknik atau cara untuk cemerlang dipelajari sama ada melalui didikan daripada ibubapa, guru, saudara mara, jiran, rakan-rakan, kursus/seminar atau melalui pengalaman realiti yang telah ditempuhi. Maknanya, terdapat pelbagai cara yang boleh dipelajari dan dipraktikkan mengikut kesesuaian diri individu itu sendiri. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips atau panduan bagi merealisasikan kecemerlangan diri kepada para pembaca sekalian. Keberkesanannya adalah bergantung kepada kesesuaian, cara dan keikhlasan anda mempraktikkannya."Tepuk dada tanyalah selera". 1. Bersikap positif terhadap perubahan Perubahan adalah satu harapan dan bukannya ancaman. Yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk berubah. Melihat diri sebagai agen perubahan. 2. Bersikap postif terhadap diri sendiri Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi. Semangatkan diri untuk mendapatkan kemahiran baru. Wujudkan keberanian dan yakin dengan Allah. Menerima ketidaksempurnaan tetapi perlu menghormati diri sendiri. Bentuk imej diri yang positif. Bersyukur bila dikeji dan beristighfar bila dipuji. 3. Bersikap positif terhadap kepemimpinan Yakin mengenai kebolehan untuk memimpin diri dan orang lain. Mempunyai pegangan positif mengenai : I. Kebijaksanaan diri II. Kebolehan diri III. Kemampuan/keupayaan diri Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk : I. Mencari alternatif dan pilihan serta boleh membuat keputusan.(lakukan solat istikharah untuk membantu) II . Bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi diri sendiri - menulis skrip hidup sendiri. III. Mengubah apa yang perlu diubah secara mental, emosi dan tindakan. IV. Berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 4. Bersikap positif terhadap masalah Menerima hakikat bahawa "masalah adalah asam garam kehidupan". Setiap

masalah boleh dipecahkan kepada beberapa masalah kecil. Setiap masalah Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya jika berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah. Jika kita tidak mampu menyelesaikannya, orang lain mungkin boleh membantu. Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi. Merasionalkan pemikiran bahawa masalah adalah satu cabaran atau keputusan yang perlu diurus. 5. Bersikap positif terhadap orang lain. Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain. Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain. Kita memerlukan orang lain untuk berkongsi idea atau pendapat. 6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood Emosi perlu 'berehat' sekali-sekala (emotional retreat). Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri. Setiap emosi ada maksud yang tersirat. Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik. "Ada pasang, pasti ada surut". 7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif Hormati idea dan pemikiran sendiri. Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu organisasi baru. Walaupun idea kurang bermutu, jangan menyalahkan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai idea. 8. Bersikap positif terhadap keputusan yang dibuat Ingat bahawa setiap keputusan mempunyai risiko. Tidak mahu membuat keputusan adalah satu "keputusan". Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik. 9. Bersikap positif terhadap qada' dan qadar Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah. Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. 10. Bersikap positif terhadap matlamat yang ditetapkan. Matlamat akan positif jika dikuasai oleh pemikiran yang positif. Perlu rasa malu pada diri sendiri sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sentiasa memperbaiki diri jika matlamat tidak tercapai dan jangan berputus asa.