Anda di halaman 1dari 34

PEMBELAJARAN MOTOR

KEBANGKITAN DAN KEBIMBANGAN


AHMAD SYARIFF BIN AHMAD TAJUDIN

KEBANGKITAN (AROUSAL)
Cratty (1989) sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual dan perseptual. Wann (1997), sebagai tahap kesediaan fisologi untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi. Kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi individu untuk bertindak secar fizikal mahupun mental.

PROSES KEBANGKITAN
Punca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik(SSA). SSA ini mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan. SSA terbahagi kepada 2, sistem simpatetik dan sistem parasimpatetik.Sistem simpatetik merupakan pusat kebangkitan. Tahap kebangkitan yang optimum sebenarnya berada di pertengahan . Tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.

KEBIMBANGAN (ANXIETY)
Wann (1998), sebagai interpretasi yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran. Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Kebimbangan boleh mendatangkan kesan positif atau negatif bergantung kepada cara individu menghadapinya.

JENIS KEBIMBANGAN
Levitt (1980), kebimbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
1. Kebimbangan Tret (trait) -merujuk kepada ciriciri personaliti individu -contohnya, individu yang semulajadi mempunyai darah gemuruh yang tinggi. 2. Kebimbangan Seketika (state) - Merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil daripada tafsran individu terhadap rangsangan di persekitarannya pada waktu itu. - Bersifat sementara.

PUNCA KEBIMBANGAN

Endler (1978), kebimbangan seketika terhasil dari gabungan lima faktor.


Tekanan terhadap ego Tekanan terhadap fizikal individu Ketidaktentuan Perubahan Penilaian atau perbandingan sosial

PROSES TAFSIRAN KEBIMBANGAN


Psikologis British iaituGraham Jones telah mereka model kebimbangan seperti di sebelah . a. Rangsangan Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.

PROSES TAFSIRAN KEBIMBANGAN


b. Perbezaan individu Setiap individu yang dilahirkan di dunia adalah berbeza. Begitu juga dengan tahap kebimbangan semasa pertandingan setiap individu adalah berbeza .Menurut Thout (1998),tahap kebimbangan dipengaruhi oleh kematangan,jantina dan pengalaman seseorang atlit itu . c. Tafsiran Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi.Tafsiran yang dibuat boleh bersifat positif ataupun negatif.

PROSES TAFSIRAN KEBIMBANGAN


d. Pelakuan Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik dan begitu juga dengan sebaliknya.

SIMPTOM KEBIMBANGAN
- Perasaan bimbang ini boleh dimanifestasikan oleh perasaan ketidakpastian serta tanda-tanda fizikal seperti perut memulas, tapak tangan berpeluh, rasa sejuk atau denyutan jantung yang pantas (Cratty, 1973) - Simptom kebimbangan boleh dikenal pasti melalui 3 peringkat iaitu kognitif,somatik dan juga behaviour

SIMPTOM KEBIMBANGAN
KOGNITIF
TIDAK DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN KELIRU KURANG KONSENTRASI TAKUT BAYANGKAN KEGAGALAN

SOMATIK
TEKANAN DARAH BERTAMBAH JANTUNG BERDEGUP KENCANG BERPELUH TERASA UNTUK KENCING OTOT TEGANG

BEHAVIOR
MENGGIGIT KUKU

PERGERAKAN LESU

BERMAIN MENGIKUT PERASAAN GELISAH MENGELAK EYE CONTACT

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN


Strategi yang digunakan untuk mengurangkan kebimbangan ialah penetapan matlamat; strategi pengawalan pemikiran seperti pemikiran positif dan pengstrukturan kognitif ; teknik relaksasi seperti visualisasi dan pernafasan (Gould.Eckland & Jackson,1993 ; Jones & Hardy ,1990 ; Orlick & Partington,1988 ) Berikut adalah antara teknik yang biasa digunakan oleh atlit untuk mengurangkan kebimbangan adalah:

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN


a. Terapi pernafasan Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks. Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN


b. Pemusatan (centering) Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa. Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN


c. Relaksasi Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut. Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN


d. Visualisasi Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang. Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

KEPENTINGAN KEBANGKITAN DAN KEBIMBANGAN DALAM SUKAN


Berkait rapat dengan prestasi individu atau atlit. Menentukan naik turunnya prestasi individu atau alit.

TEORI DAN MODEL


TERDAPAT TEORI DAN MODEL YANG MENERANGKAN HUBUNGAN KEBANGKITAN/ KEBIMBANGAN DENGAN PRESTASI SESEORANG ATLET
HIPOTESIS PEMBALIKAN U TEORI DRIVE(DORONGAN) TEORI PEMBALIKAN (REVERSAL) TEORI ZON BERFUNGSI YANG OPTIMUM (ZOF) MODEL CATASTROPHE TEORI MULTIDIMENSIONAL

HIPOTESIS PEMBALIKAN U
Horn (1992) yang mana apabila kebangkitan berlaku secara berterusan, maka prestasi atlit akan meningkat serta juga akan mengalami penurunan secara beransur-ansur. Menurut Duffy (1932) pula, peningkatan ketegangan otot akan menyebabkan persembahan prestasi yang tidak memuaskan dan akhibat daripada tekanan ini, ianya akan mengurangkan tindak balas terhadap kelenturan otot dan tubuh badan.

HIPOTESIS PEMBALIKAN U

APABILA TAHAP KEBANGKITAN MENINGKAT.PRESTASI JUGA AKAN MENINGKAT. TETAPI APABILA TAHAP KEBANGKITAN TERLALU TINGGI, PRESTASI AKAN MENURUN .

TEORI DRIVE (DORONGAN)


Teori Drive (Dorongan) ini telah diperkenalkan oleh Hull (1943) dan telah diubah-suai oleh Spence (1996). Teori ini menyatakan prestasi wujud daripada kebangkitan dan maklumbalas yang betul dan tidak betul.

TEORI PEMBALIKAN(REVERSAL)
Teori Reversal diperkenalkan oleh Smith dan Apter (1975) dan dipopularkan oleh Kerr (1985,1987) Menurut Apter (1984), teori ini lebih memberi fokus terhadap hubungan antara kebimbangan dan kesan emosi sebagai rangka umum terhadap menjelaskan personaliti dan motivasi. Kebangkitan yang tinggi mungkin memberikan gambaran iaitu kegembiraan sesuatu yang menyenangkan. Kedua-dua tingkah laku ini mempunyai kaitan yang rapat terhadap peningkatan atau penurunan tahap prestasi seseorang atlet atau individu itu.

TEORI PEMBALIKAN(REVERSAL)

TEORI PEMBALIKAN(REVERSAL)
1. hubungan kebangkitan dan suasana Hedonic iaitu interpretasi seseorang hingga menjadikan mereka seronok atau tidak seronok seolah-olah dalam bentuk X . 2. Bentuk ini menerangkan keadaan telic dan paratelic. Mod telic menggambarkan perwatakan yang begitu serius ataupun berorientasikan untuk mencapai matlamat atau goal manakala paratelic lebih kepada bermain-main atau berorientasikan permainan (Apter, 1984). 3. Teori ini berpegang kepada suatu keadaan situasi iaitu dengan meningkatnya kebangkitan boleh dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan atau sesuatu yang menyeronokkan bergantung kepada metamotivasional state .

TEORI PEMBALIKAN(REVERSAL)
Dalam telic metamotivasional , seseorang individu itu akan berada dalam keadaan kebangkitan yang tinggi dan dianggap sebagai tahap kebimbangan tertinggi dan boleh memberi kesan negatif. Sementara dalam paratelic motivasional state , seseorang individu itu sendiri akan berada dalam situasi yang menggembirakan, berorientasikan permainan dan sebagainya yang membawa kesan positif. Mod telic boleh dilabelkan sebagai peringkat memperoleh kebangkitan dan paratelic sebagai mengelakkan kepada kebangkitan. Keputusannya boleh dibahagikan kepada empat sudut iaitu kebimbangan, kegembiraan, kebosanan dan ketenangan atau relaksasi.

TEORI ZON BERFUNGSI YANG OPTIMUM (ZOF)

TEORI ZON BERFUNGSI YANG OPTIMUM (ZOF)


Menurut model ZOF ini, setiap individu mempunyai tahap optimum kebimbangan pra prestasi yang mengakibatkan atau menghasilkan prestasi memuncak, walau bagaimanapun jika kebimbangan prestasi wujud di luar ZOF, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah, prestasi akan terganggu dan bertambah buruk ( Hanin, 1986 ). ZOF berfungsi mengukur kebimbangan dan prestasi secara berulang-ulang atau melalui ingatan semula tahap kebimbangan sebelum prestasi memuncak, atlet yang berada dibawah tahap kebimbangan rendah kebiasaannya mempamerkan persembahan tidak memberansangkan, atlet yang diatas tahap kebimbangan tinggi akan mempamerkan persembahan terbaik bila berada di tahap heightened state of arousal .

MODEL CATASTROPHE

MODEL CATASTROPHE
Model ini berkaitan dengan implikasi persembahan diantara kebangkitan fisiologi dan kebimbangan kognitif, peningkatan kebimbangan state akan memudahkan prestasi mencapai tahap optimum, model ini menggariskan dua implikasi penting iaitu kebimbangan kognitif dan kebangkitan fisiologi kebangkitan fisiologi boleh mempengaruhi prestasi akibat interpretasi individu tentang simptom-simptom fisiologi, peningkatan kebimbangan kognitif memberi faedah kepada prestasi pada tahap yang rendah kebangkitan fisiologi tetapi memberi kesan buruk apabila kebangkitan fisiologi tinggi Tetapi apabila kebimbangan kognitif ditahap rendah, perubahan dalam kebangkitan fisiologi boleh memberi kesan sama ada negatif atau positif keatas prestasi bergantung kepada beberapa banyak atau tinggi kebangkitan yang dialami

MODEL MULTIDIMENSIONAL
Model Multidimensional (Marten, Burton, Vealey, Bump,& Smith, (1990) menerangkan bahawa kebimbangan terdapatdalam bentuk kebimbangan somatik (dapat dilihat melalui komponen fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang estim kendiri). Kedua-dua bentuk kebimbangan ini mempunyai hubungkait dengan kebimbangan stet (dipengaruhi oleh emosi yang dapat dilihatseperti takut, stres dan peningkatan tahap fisologi) dan kebimbangan tret(dipengaruhi oleh personaliti).

KAEDAH DAN PENGUKURAN


UJIAN KEBIMBANGAN DALAM PSIKOLOGI SUKAN BOLEH DIUKUR DALAM PSIKOLOGI DAN JUGA PSIKOMETRIK. PENGUKURAN KEBIMBANGAN DALAM ASPEK FISIOLOGI IALAH DENGAN MENGGUNAKAN KADAR NADI,TEKANAN DARAH DAN GALVANIC SKIN RESPONSE UJIAN LAPORAN KEBIMBANGAN KENDIRI MERUPAKAN UJIAN YANG PALING MELUAS DIGUNAKAN DALAM PSIKOLOGI SUKAN

KAEDAH DAN PENGUKURAN


UJIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR KEBIMBANGAN STET IALAH Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2; Martens et al., 1990) DAN Mental Readiness Form (MRF; Krane, 1994) MANAKALA UJIAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR KEBIMBANGAN TRET IALAH Sport Anxiety Scale (SAS; Smith et al., 1990)

KAEDAH DAN PENGUKURAN


CONTOH BORANG CSAI 2:
TIDAK SAYA AMAT PENTINGKAN PERTANDINGAN INI SAYA BERASA BIMBANG DENGAN PERTANDINGAN INI SEDIKIT SEDERHANA BANYAK

TAMMAT
SEKIAN, TERIMA KASIH...

AHMAD SYARIFF BIN AHMAD TAJUDIN