Anda di halaman 1dari 5

CERAMAH

Ceramah adalah ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis yang formal. Bahagian pertama ceramah akan diisi oelh ucapan penceramah yang membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk megemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan penceramah cuba menjawab s oalansoalan yang dikemukakan. Persediaan Ceramah Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut: (a) Siapakah audiennya?

(b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien? (c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan? (d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?

Setelah mengenalpasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkaraperkara penting seperti berikut: (a) mengetahui tajuk ceramah dengan teliti

(b) membuat persediaan rapi (c) menyemak setiap ilustrasi (d) meninjau atau melawat tempat ceramah(jika boleh) (e) memakai pakaian yang sesuai

Dalam membuat persediaan rapi, penceramah haruslah mengambil masa yang secukupnya untuk membuat persediaan.Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan perasaan gementar yang mungkin boleh di rasai oleh audien. Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang berkenaan,membuat rujukan seperti buku, rencana dan kertas kerja terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Mencari maklumat terkini amat penting pada tahap ini kerana kemungkinan

audien akan bertanya kepada penceramah tentang pendapatnya yang mutakhir yang berkaitan dengan tajuk ceramah tersebut.

Apabila sudah megumpul maklumat, penceramah hendaklah menulis teks ceramah dan mencatat seberapa banyak topik dan subtopik sebagai panduan dalam proses penu lisan teks ceramah. Penceramah hendaklah melafazkan teks ceramah di depan cermin sebagai latihan. Latihan ini amat penting bagi membolehkan pencersmah melihat air muka dan aksi-aksi yang kurang sesuai dan seterusnya membetulkannya secara sedar. Kemahiran Melahirkan Pendapat

Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kehairan untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspekaspek yang berikut :

1. cara melahirkan pendapat 2. cara mempengaruhi audien 3. nada dan intonasi Cara Melahirkan Pendapat Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut: (a) menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah (b) menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan

(c) menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien d aras pendapat (d) mengelakkan an menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar difahami (e) menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret. (f) Menunjukkan keyakinan diri. Cara Mempengaruhi Audien

Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran mempengaruhi audien seperti yang berikut : (a) mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan

profesion audien (b) menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan dikalangan audien (c) menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik (d) menyelitkan unsur humor (e) memastikan suara anda didengar oleh semua audien (f) menjagka had/batas tumpuan audien Nada dan Intonasi Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar diberi perhatian

adalah seperti berikut : (a) meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian (b) menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila hendak merayu (c) jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan

(d) pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikut dan memahami hujah anda. (e) Menggunakan bahasa baku (f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun KEMAHIRAN MENUTUP CERAMAH Dalam menutup ceramah, penceramah sekali lagi wajar menunjukkan kewibawaannya melalui kemahiran-kemahiran berikut:

(a) membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. Dalam hal ini, pengerusi perlu mewujudkan susana yang kondusif dan menggalakkan penonton untuk melibatkan diri

(b) merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini, penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea -idea yang telah dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan satu kepuasan di kalangan audien (c) menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat (d) memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah.

CONTOH TEKS CERAMAH

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Mahad Jubin, guru guru dan para pelajar sekalian.Assalamualaikum.Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengundang saya menyampaikan ceramah pada petang yang permai ini. Sebagai pegawai perubatan, saya amat berbesar hati menerima undangan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Mengawal Lipas,Lalat Dan Tikus Para pelajar yang dihormati sekalian,

Sebagai permulaan, saya ingin menjelaskan perihal lipas. Terdapat beberapa jenis lipan di Malaysia, antaranya wood roach,brown banded dan lain-lain lagi. Jangka hayat lipas antara 15 hingga 84 minggu.Seekor lipas betina boleh mengeluarkan 30 kelongsong telur yang mengandungi 14 hingga 30 biji telur bagi setiap kelongsong.Lipas mempunyai tabiat buruk, iaitu mengeluarkan makanan yang separuh hadam semula.Di samping itu, lipas juga meninggalkan najis sewaktu makan.Bulu kakinya pula menyebarkan virus, telur cacing, kulat dan kotoran.Lipas membawa penyakit seperti keracunan makanan, cirit-birit, disenteri dan alahan kulit.

Tempat pembiakan lipas adalah di saluran kumbahan, di tempat pembuangan sampah, di premis makanan yang kotor, di tangki najis dan di tempat yang lembab yang terselindung dari cahaya matahari. Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk kita mengawal lipas. Antaranya, kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal, mengelakkan sisa makana berterabur, menutup lubang yang dilalui lipas dan mencuci peralatan dapur selepas digunakan.

Selain lipas, lalat juga berbahaya kepada kita.Lalat boleh hidup selama dua bulan.Lalat sejenis serangga yang berasal daripada Order diptera dan beraneka jenis serta mengandungi hampir 90 000 spesies yang diketahui.Lalat terbahagi kepada empat jenis, iaitu lalat rumah, lalat kandang, lalat daging dan langau.Lalat rumah didapati di rumah yang kotor.Lalat membiak di tempat-tempat yang kotor seperti di tempat pembuangan sampah-sarap dan sisa makanan.Lalat membawa penyakit seperti cirit-birit, pembawa tifoid atau keracunan makanan. Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kita perlu mengawal lalat dengan beberapa cara, iaitu menjaga kebersihan sama ada di dalam rumah atau di sekitar kediaman. Kita juga perlu membuang sisa makanan ke dalam plastik sebelum membuang ke dalam tong sampah, menutup tong sampah dan melakukan semburan untuk membunuh lalat dewasa.Kita juga boleh mengawal lalat dengan menggunakan perangkap lalat, lilin dan pembunuh elektrik.

Tikus membiak di tempat yang terdapat makanan dan di kawasan yang terlindung.Selain itu, tikus tinggal di kawasan longkang, di kilang pemprosesan makanan, di premis makanan dan di kawasan sampah sarap. Tikus menyebarkan penyakit melalui pengguguran bulu, najis dan air kencing. Antara penyakit yang disebarkan oleh tikus adalah hawar, tifus, leptospirosis, jangkitan virus dan jangkitan bakteria. Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kita boleh mengesan tikus melalui beberapa cara seperti mengesan najis, air kencing, bau dan tempat persembunyiannya. Kita juga boleh mengesan kehadiran tikus apabila mendapati kesan kunyahan pada daun pintu, daun tingkap, bungkusan makanan dan kesan korekan. Tikus dapat kita kawal dengan cara menutup tong sampah-sarap, menyimpan makanan di tempat tertutup dan menghapuskan tempat persembunyiannya. Kita juga boleh memasang perangkap tikus dan memasang jaring dawai di tempat-tempat tertentu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha mengawal lipas, lalat dan tikus bagi menjamin kesihatan kita dan keluarga. Sekian, terima kasih.